Friday, February 25, 2011

Jumaat ni..tak baik buruk sangka :)

Hari ni dah Jumaat dah..
uhuhu..cepat masa berlalu
kak azie and along apish dah semakin berdebar2..
aku pon follow mereka gak  berdebar2
yelah di saat nak majlis ni kan, emosi agak terganggu sikit, sebab masing2 tertekan dan berdebar2 kan. aku pon tak terkecuali nak rasa berdebar2..sape tak berdebar beb..kalau fikir kan majlis ni mau tak tido aku sepanjang malam.
bukan nak cerita pasal majlis ke ape, semua orang pon tau kan hari Jumaat ni kita kena penuhkan dengan amal2, dan banyak rahmatnya pada hari Jumaat yang indah ni.
tapi..
pagi2 lagi aku datang ofis, tup2 mata tertancap lagi pada satu komen yg agak membuat aku tersenyum sumbing. 
bukan nak menyindir, tapi aku rasa macam..hahahahaha...gelak lah aih..
macam nilah..orang kan, kalau memang ada masalah dengan kita, dia akan cari tau pasal kita kan..stalk page kite, stalk FB kita, stalk lar mana2 laman sembang sosial yang kita ada, tujuan dia satu je, NAK TAU pasal kita.
aku tak kisah kau nak stalk ke ape ke kat page aku , sikit aku tak heran, tengoklah..kalau tak tengok kang tak tau pulak aktiviti terbaru aku , nanti kau tak de bahan nak gosip bila lepak minum kat Old Town or Secret Recipe.  Lagipun page aku memang untuk di view..bukan untuk di jadikan tempat untuk bergaduh2, nak bergaduh kat luar la kan..kat padang bola ke, kat parking ofis ke, kat ruang tamu rumah ke....hahahaha...
tapi..kau jangan ingat aku ni macam kau juga, suke nak stalk2 page kau, t
engok..baca ...status kau...then gi buat group chat then kutuk kau..
kau jangan ingat aku macam tu..sebab aku langsung tade minat, tade hati nak bukak page kau, tengok apa kau buat, tengok apa kau aplod..takde..ok. TAKDE HATI.
aku lagi suke tengok kawan2 aku yang happy2 uplod pic diorang, tak kisahlah diorang gi mana2..tak ajak aku pon takpe..aku tak kecik ati, sebab setiap org tu kan ada privacy masing2..mungkin mereka tak nak ajak bukan sebab tak suka, mungkin sebab mereka rasa selesa di kalangan  mereka je..
aku tak terkesan pon dengan benda2 remeh macam ni.
cumanya..aku nak pesan..kalau kau yg datang kat wall aku, then nk kutuk2 aku, kau hanya akan menyerlahkan lagi sape diri kau yang sebenar2nya..ok. sebenar2nya kau pon tak lah baik sangat ..
jadi jangan mudah menghakimi orang macam kau tu malaikat ok. tak ada salah langsung.
bila kita ni berdepan dengan problem, kita kena tau cane nak selesaikan , bukan nak perbesarkan isu tu sampai bertahun lamanya .
matanglah sikit dalam menyelesaikan masalah..
aku pon tak baik sangat, sebab tu aku tak nak gi stalk page orang then buat group kutuk2 aku..tak perlu..sebab tak datang apa pon.tak menguntungkan malahan aku dapat lak saham percuma Tuhan bagi.
aku bukan budak sekolah agama nak cerita panjang2 bab2 Hablum minannas ni..
masing2 dah besar kan...kate dah pandai cakap english...ha..maju kan...
ape kata kau cuba lah tengok balik dalam diri kau, baik sangat ke kau ni sampai nak label aku ni macam2??
baik ke??? 
tapi kan....mak aku kata, orang yang salah dan menutup kesalahan dia dengan kesalahan orang lain, itu adalah orang yang LOOSER..
(eh..ingat mak aku tak pandai cakap english ke??)
sebab die takut..takut orang bongkar kesalahan die, sebab tu die bertubi2 post kat wall , kat komen dalam FB..kat status dalam YM..tentang salah orang lain..
what a kind of looser lah kau ni.
sorilah..kalau kau terbaca entri aku ni, kau rasa kau nak carut kat mana2  itu aku tak kisah.
ok TAK KISAH.
sebab orang lain tak buta, ada pendidikan dan terpelajar, mereka boleh menilai siapa yang lebih baik dan siapa yang lebih suka duduk dalam tempurung pemikiran macam kau. Membuka aib orang memang favourite kau kan, semua benda yang kecik2 pon ko boleh detailkan , (punyalah kau tak puas hati kan)..hahah..
tapi kau sedar tak, itu hanya menyebabkan orang berfikiran, kau ni kebudak2kan..
sebab..budak2 je suke gaduh2 pasal benda kecik.
aku letih nak taip panjang2, aku bukan perempuan yang suka berkomen2 panjang2, mesej berjela2, tak cukup kat FB, buat lagi inbox, tak cukup inbox buat lagi YM....
aku tak suka macam tu..
jadi setakat harini aku masih boleh bersabar dan InsyaAllah aku akan cuba bersabar..
dari memikirkan benda2 ni baiklah aku fikir macam mana nak jadi muslimah cemerlang, sebab idup kat dunia ni tak lama, semua ni pinjaman semata2 kalau bukan dari sekarang aku bersedia, esok lusa takut tak sempat je.

eh..eh..banyak nyer aku merapu.
ouh..baiklah hari sudah tengahari..aku nak makan dlu, nanti kalau rasa tak puas hati boleh balas kat FB ke, kat blog ni pon boleh..aku sentiasa terbuka nak baca kritikan2 kau. 
mesti hati kau berdebar kan skang?? rasa nak marah je kan??? sabar..cepat2 lah istighfar..nescaya akan padamlah api kemarahan dalam diri kau tu.
sekian, salam sayang..
da~

Thursday, February 24, 2011

ehem. marah nampak :)

hye all..
dah beberapa hari ni aku kepanasan duk kt ofis ni..sebab ekon dah bagi kejesame ...suke2 ati nak ada, suke2 ati nk mati..
pada entry yg lalu, (kalau ada org baca lah kan..) aku ada story kat u all aku ni tak suke berada di dalam keadaan yang " panas" tak kisahlah panas hati ke, panas bontot ke, panas ape2 jelah yg panas..tak suke ok.
tapi aku suke minum air teh O panas2..
ni aku boleh duduk lak kat ofis yang erm...boleh tahanlah membahangnyer.  Ini kalau Cik Puan Bunga duduk ofis aku ni..mau kurus die , sauna percuma :)
tulah..merungut2 panas kan...
dan2 tadi ujan lebat giler..sangat lebat disertai guruh berdentum2 dan angin kuat. 
aku abis2 kes je kuar tengok kat luar dah ujan. 
biaselah org yg comel kan suke bermonolog, 
(tadi pagi kemain panas....) elok je aku alih pandangan dari ujan, tetiba
*BUNYI PETIR KUAT GILER*
(ehem. marah nampak)

dalam pada ujan tak henti2 ni aku termenung la kejap kan..tengok2lah FB...
komen2 dari kengkawan....  Tibe2..mata aku tertancap pada satu nama yang kelihatannya asing lah dalam FB aku. (aik...ko komen aku ke???) dalam hati dah panjat kesyukuran dah...
ko tau tak?? aku ni macam nak berjoget sambil pegang labu sayung atas kepala tau..
kenapa???
sebab..aku rasa cam pelik giler..
siyes aku  pelik.   tak penah kot die drop komen2 kat FB aku.tibe2 ari ni muncul.
  *senyum..*
ada juga org yg sudi drop komen kat page org HIPOKRIT macam aku ni kan. 
ape2 pon, thankslah ye..aku appreciate sangat2.
*senyum lagi*
nggak pantas dong rasanya kamu mau sakitin aku..kerna aku belajar jadi tabah dari apa yang pernah kamu2 lakuin terhadap aku. udah deh, aku geli kok bila mikirin perkara seperti ini .
udah dulu ya..
nnti jangan lupa drop lagi komen eh....sebagai tanda penghargaan, aku buat bentuk PEACE ni 
orang memBERI kita meRASA
orang BERBUDI, kita BERBAHASA :)

ehem. marah nampak :)


meh ambik meh..meh lah..meh ambik coOl blog ni perisa coklat...
sedap diminum time PANAS.
sedap nauzubillah air ni..

eh, nk gi tempat mawi lah. nk begosip pasal kete . tak ada masa nak gosip pasal benda2 nonsense tuh ok.
da~

Wednesday, February 23, 2011

marilah bersama memeriahkan FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Monday, February 21, 2011

tak suke ok.tak suke lah.

hye peeps..
no. i tak suke ok.
ok bace lah tajuk entry tu dah boleh agak kan aku nak tulis aku tak suke tentang sesuatu..
cenggini cenggini aku tak suke bila dalam keadaan ini, 

 lapar

panas

 sakit perut

3 keadaan ini boleh buat aku jadi raksasa ijau berkulit mengelupas dan bermuka sangat mengerikan. jangan keji aku ok. ini lah aku.
aku tak tahan lapar, bila lapar je moOd aku memang ke longkang.
sebab tu kat umah aku banyak giler stok makanan, tak kire lah kecik besar, mahal  ke  tak, aku memang akan sesiap standby bli and susun cecantik dalam almari dapur.
hahaha..di samping itu, aku selalu terfikir nak bli lelebih, mane tau ada orang datang nanti kan.. (ceh, bajet ade org nk dtg umah kan....yg dah datang blok seblah singgah pon tak nak :P dah2..nnti gaduh lagi)

keadaan kedua, panas..
aku bukanlah cantik sangat pon sampai tak suke dengan cuaca panas terik eh. aku ni cume allergy..
bila panas je aku punye badan akan ruam2..
ouh..annoying nyer munyik. macam budak kecik.
aku memang dri kecik lagi berkeadaan seperti ini, bila panas je leher aku, pelipat tangan aku (yg tempat selalu amik darah kat lengan tu) akan muncul ruam2 merah.. ruam2 ini akan muncul tanpa belas ikhsan kat aku.
kalau die dah muncul tu cume aku je yg tau betapa merenyamnyer jejari runcing aku nak garu..ouh shit..
sebab tu lah aku tak gi karnival2 yang ada kat sekitar rumah aku.
bukan belagak lah wey..aku cume tak nak nnti aku bertukar jadi raksasa je .
korang jahat mulut kan kata aku ni suke menyendiri, bukanlah. aku memang tak suka keluar panas2 terik.

keadaan ketiga sakit perut.
adoi..sumpah aku memang tak tahan sakit perut sebab senggugut..
sakit perut nk terberak tu boleh aku maafkan lagi
kalau dah senggugut tu aku rela tegolek2 kat umah dari gi keje..
tapi kalau kene kat tempat keje, aku berpasrah je lah kan. tak kan nak balik umah tido lak. nnti kang org kata aku suh org lain punch lak untuk aku.
tak bek weh. jujur lah sikit :P

sebab tu aku suke gi tempat yg sejuk2, such as air terjun....kedai kek....kedai bunga...
aish..senang kata shopping mall lah kan.
ha..kan sejuk je tempat tu...
tak gitu??
sambil jenjalan tu boleh tengok2...pegang2...belek2....
kalau tengok poket tu ada sesen dua lagi nak di bazirkan, boleh lah beli.
kalau tade..tengok2 je dlu..
dah gaji nanti baru beli..
aku kan kedekut sikit bab duit ni...nak bli tu kene berkira2 dlu, wajib tak, boleh pakai lame tak..
maklumlah...aku org susah pada asalnye..jadi semua benda aku nak appreciate. 

dah2..jangan nak mengekeji aku  ok.
aku memang cenggini rupenye.
jangan nak kata aku ni bajet baguslah, mulut ustazah lar ape lah..dah2 tak mau dengar.
eh.emosi lak
dah lah ..
bye dude~

Friday, February 18, 2011

hina ke aku ni???

hina sangat ke aku ni??
sampai kau sanggup palingkan muka kau dari pandang muka aku??
sanggup patah balik dari bertembung dengan aku??
sanggup pusing jalan jauh2 dari bersapa dengan aku???
kenapa??
kenapa??
jelaskan..
aku tak suka macam ni, aku tak suka diperlakukan begini.
aku tak suka di hina dengan cara ini.
ini satu penghinaan pada aku tau tak.
kalau tak suka cakap, ye kau tak suka, 
aku boleh terima dan aku akan jauhkan diri aku dari kau.
insya allah aku sendiri yang akan mengelak dari bertembung dengan kau.
itu kalau aku yang salah...

tapi..
APA sebab kau buat aku macam ni?? APA???? 
kalau ada yang buat kau menyampah nak pandang muka aku, tegur aku, sapa aku, senyum dgn aku, berpunca dari aku, aku minta maaf..
ikhlas aku nak minta maaf andai aku buat kau sakit hati.

kau rasa ini ke jalan yang ada??
ini saje ke jalan yang ada untuk menyatakan rasa tak puas hati kau terhadap aku??
kau tak rasa ada jalan lain yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ni ke??
kalau itu pendirian kau aku tak menghalang..
itu kan semua hak kau.
aku tak de hak untuk halang kau dari membenci aku, dan palingkan muka dari aku..
itu hak kau sepenuhnya.

cuma,
aku tak sangka..
aku tak sekali2 sangka,
ini yang aku terima..

jangan takut...
aku tak kan jadi macam lalang yang beralun ditiup angin, 
aku akan jadi tiang kayu yang teguh berdiri di cacak di bumi, andai aku rebah bukan kerana aku tiada pendirian, tapi sudah tiba masa aku kembali kepada yg maha Esa..

Thursday, February 17, 2011

"....xkn xleh nk bgtau kiteorg..kiteorg ade kot same ngn ko pg tu...kiteorg xsangka lak ko leh bermuka2 cmtu... ble ko wat cmtu..aku dh rase mcm ko wat baek ngn kiteorg ni pun sb ko dh nk khwin n sb tu ko xleh nk wat mcm **** wt ,nk xnk ko kena dtg kn sdgkn ko dh jnji ngn dieorg nk celebrate mlm tu kn kt guma ko..sb ko takut kawan2 x dtg wedding ko kn sb tu ko dtg gak...salah x klu aku pikir cmtu??..klu salah sori ar..tp mmg itu yg kiteorg sume pikirkan.."

berulang kali aku baca mesej ni.. aku fahamkan sebiji demi sebiji ayat dan perkataan di dalam ni..
lantas hati kecil ku bermonolog..

ini yang aku dapat bila aku cuba menjaga hati semua orang..
ini yang aku dapat bila aku cuba untuk menyelematkan hubungan yang sudah sedia ada renggang antara satu sama lain..
ini yang aku dapat bila aku cuba menjadi org yang tidak mahu menyebelahi mana2 pihak, 

aku tidak bermuka2, aku tak nak menjadi lalang, aku memang hipokrit..
kenapa  aku sentiasa berharap orang akan faham situasi aku..
aku tau org tak kan faham dan tak kan mahu tahu apa yg aku rasa sekarang..
biarlah..biarlah aku yg tahu..
aku yg pendam..
untuk apa aku bersuara di dalam keadaan ini??
perkara telah berlaku..
orang telah selesai "menghakimi" aku 
orang dah tak nak dengar penjelasan aku....

ya...
betul lah tu..
betul lah aku ini memang bermuka2...
sebab itu aku selalu ada di mana2 saja event2 yang dijalankan..
tak kira sapa pon yg ada ketika itu aku sentiasa ada.
ya betul aku hipokrit
siapa yang berani mengaku dia tak hipokrit??
mari perjelaskan sikap apakah yang sebenarnya hipokrit ni??
yang macam mana dikatakan hipokrit ni??
jelaskan...
biar aku terang...biar aku bersuluh tentang hal ini..
mari..aku sedia mendengar..

perlukah aku kembali membuka semua lembaran cerita lama untuk membuktikan aku insan teraniaya??
tak ...tak perlu...
itu hanya mennyerlahkan lagi kelemahan aku..
aku bukan begitu.
biarlah.
biar ia bersemadi dalam hati aku.
andai bermuka2, hipokrit itu layak untuk aku, aku sedia menerimanya..
itu kan hak kalian , kamu2 semua untuk menilai aku.
kerana aku tidak punya cermin besar yang mampu melihat setiap inci kelemahan dan kelebihaan diri aku..melainkan...
kalianlah cermin yang menilai aku...
thanks kawan2..
teguran kalian akan aku sematkan dalam hati aku..
akan aku jadikan ia sebagai pengalaman yang mematangkan diri aku...
sangat menghargainya..
aku tak marah, jauh sekali berdendam...
cuma aku rasa terharu...
mahu saja aku peluk setiap seorang dari kamu....
agar kalian tahu..betapa sekarang ini aku sangat menyayangi kalian ...
maafkan aku semua..
maafkan aku...

"tak kan ada yang pisahkan kita, sekalipun kau telah tiada, akan ku pastikan, ku kan memeluk mencium mu disyurga..."
ku menyeka air mata yang berlinang..

" kenapa ni syg??" cepat2 aku larikan pandangan dari azmee.
"syg, ini kan dugaan syg, ini bahagian syg, jangan takut..abg ada.....kita bukan pari2 bisa memuaskan hati semua pihak dengan setiap kuasa ajaib yang dia ada, kita manusia biasa..jangan nangis lagi..."
azmee memandang tepat ke arah anak mata aku yang bersisa tangis lagi.
aku dakap erat tubuhnya agar dia tahu bahawa aku sangat menyanyangi dia...
kerana dia sentiasa memberi kekuatan padaku...

Friday, February 11, 2011

am i dissapointed?

hye all...
hari Jumaat yang indah ni aku nak citer sikit sal apa yang telah menjadikan aku lately susah tido malam and selalu tekenang2 perkara ni.
ok. ini bukan nightmare story eh. ini cerita yang bikin kepala aku pusing2 laju macam sport rim wani.
dalam dunia ni tak semua orang akan faham diri kita, even parent kita pn kadang2 mengeluh tak faham kan kita,
kita ni bukan diciptakan untuk hidup bersendirian di muka bumi ini, kita hidup dengan bermacam2 ragam dan perangai manusia yang kadang2 membuat kan kita rasa tercabar kesabaran.
sebelum aku ceritakan lebih lanjut akan apa yang aku alami ni, baiklah aku mohon kemaafan terlebih dahulu,
pada yang terasa akan cerita aku ini, aku mohon 10000 kemaafan (eh, bape ribu tu??, sebatlah.)
aku tak tau macam mana aku nak ceritakan, ekceli aku pendam dah lama, mula2 aku nak buat tak tau je, tapi lama2 aku rasa benda ni sering membuatkan aku susah nak lelapkan mata, setiap detik bila aku teringat je akan timbul bermacam2 soalan, tanda tanya terahadap diri aku sendiri, am i not a good friend of her??
aku ni selalu susahkan dia?
aku sakitkan hati dia?
aku buat dia kecik ati?

ouh...
macam nilah, aku sedar kadang2 mulut aku ni memang lancang berkata2, menegur kesilapan orang, melihat kekurangan org, aku memang akui aku begitu cepat meluahkan rasa tak puas hati, tak suka , tak minat terhadap sesuatu.
aku cuma manusia biasa yang diciptakan dengan mulut yang jujur dan ikhlas mengomen. tapi tak adalah sampai nak menjatuhkan.because i talk base on a fact.fact ok..bukan khabar angin.
aku selalu jujur dalam memberi pendapat peribadi aku, even aku rasa pendapat tu macam tak patot aku suarakan, aku akan cuba luahkan dengan cara lebih sopan, aku harap  org tau itu pendapat aku , and org yang mendengar, sekiranya korang terasa hati, itu ialah hak korang.
ok, aku ulangi, HAK KORANG.
dari 1 sudut, mungkin org akan salahkan aku sebab mulut yang tak ada insurans la ape la,
dari 1 sudut lain pula, aku berpegang pada 1 prinsip, "berkata benar walaupun pahit, carilah kawan yang mampu berkata benar terhadap kau, bukan kawan yang mengiyakan kata2 kau semata"
ini prinsip idup aku. setiap org ada hak dan ada pendirian, so itu pendirian aku dalam melontarkan idea, kata2 dan luahan aku.
no doubt.

aku dapat tau , kawan baik yang selama ni baik dengan aku ada menyuarakan rasa tak puas hatinya kepada kawan aku lagi sorang, aku tak tau lar cane aku nak cerita, aku tak nak orang terasa hati dengan tulisan2 aku, aku tau ada kawan2 aku yang baca blog ni..aku tak nak perkara ini lebih panjang kendian hari.
cukuplah aku ceritakan secara ringkasnya...
beliau turut menyatakan aku ini hanya akan mencarinya ketika aku keseorangan, (means, tunang aku tak keje ke, tunang aku outstation ke , tunang aku tak dapat temankan aku kemana2 ke..)
masa aku dapat tau ni, menitis air mata aku..
lemah je aku rasa...aku tak sangka itu yang dia katakan terhadap aku..
kalau kau rasa kau terasa hati dengan aku, mari selesaikannya dengan cara lebih matang.
mungkin aku silap dalam menilai erti persahabatan antara kami, pada aku dia dah boleh menerima keburukan dan kebaikan aku. kelemahan dan kekurangan aku.
pada mulanya aku cuba menerima perkara ini dengan sesabar mungkin, tapi apa daya aku??
aku cuma manusia biasa..aku bukan malaikat yang tiada perasaan, sedikit sebanyak kata2 dia tu buat aku tak tidor malam.
aku tertanya2 betulke selama ni aku cari dia bila aku sendiri?? bila aku tak ada kawan?? betulke dia selalu jaga hati aku sedangkan aku tak jaga hati dia?? betulke dia selalu cuba mengalah dan aku selalu nak menang je???
macam2 soalan buat aku tak lena tidur..
sebab tu aku selalu bangun lambat lately (sebab ni juga aku selalu buat wani tertunggu2 aku :P)

baiklah, kalau kau terasa hati dengan aku, aku minta maaf sangat2, aku cuma mengaku kesilapan aku dan mengaku kelemahan aku dalam menjadi kawan kau, aku bukan good listener seperti orang lain, aku cuma tau sakitkan hati kau, aku cuma tau buat kau kecik ati, aku cuma tau nak blame kau dalam apa jua keadaan kau, tapi ...
percayalah itu bukan niat sebenar aku bila bercakap dan memberi pandangan terhadap kau.
aku tak pernah cemburukan kelebihan kau, aku tak pernah cemburukan kecantikan kau..tidak..tidak sama sekali
kau baik..sangat istimewa bagi aku..
aku harap segala persoalan ini akan berakhir..tapi aku tak tau macam mana aku nak cakap dengan kau, nak mula dari mana, nak cerita macam mana, and aku tak nak hubungan ini terus begini...

"usaikanlah kusut di hati aku ni agar bisa aku lena dengan hati yang tenang "





Thursday, February 10, 2011

SELAMAT BERTUNANG KAWAN2...

hye all...ouh...tengok tajuk pon dah tau kan ramai kawan2 kita yang tunang time cuti raya cina ari tu kan.
woO..begitulah aku..
raya cina ari tu agak pack lar jadual aku kan, aku kesana sini untuk memenuhi undangan.
well as you know me, aku memang suke dtg tengok kampung org, tengok budaya org, 
tak perlu lar kite gi tempat lain luar negeri ke hape ke untuk tengok budaya org lain, dalam negara sendiri kita boleh kaji budaya, adat, dan macam2 lagi.
k bukan nk citer sal culture or else nk jadi cikgu sejarah pagi2 ni, tapi aku nak citer sal perjalanan aku sepanjang raya cina ni.

aku and kak rin *muncungkan mulut* telah dijemput secara V.I.P nye ke rumah kawan kami (Nurfazrul Fazzura binti Zakaria ) di Sg.Petani Kedah bagi menghadiri majlis pertunangan beliau. atas dasar persahabatan yang terbina, aku dengan berat hati pon terima lar undangan tu *dush!* (ada niat tak ikhlas di situ ) eh..tak tak.  :)
on 3.2.2011 aku dan kak rin telah bersiap sedia untuk memulakan hari dengan senyuman, 
eh. bukan. memulakan hari dengan langkah penuh semangat menuju ke stesen bas Jln Duta, tepat jam 10.45 pagi. 
we all pon naik lar bas Mara Liner menuju ke Sg.Petani,.
Sg Petani ok, bukan Sg.Congkak ke, Sg.Sungkit ke, jauh sekali Sg.Muar.bukan.bukan.
tiket bas ini telah dibeli oleh my beloved kak faz, kelass mak nok..org sponsor transport lagi..tinggal duduk and pergi je..
perjalanan pada mulanya seperti biasa, aku sempat lar di buai2 mimpi kan..
maklumlah, malam sebelum tu aku baru sampai dari kampung, niat di hati nak merehatkan badan seketika. sambil lurus2kan tangan aku pon melelapkan mata.
sedang enak aku dibuai mimpi, tiba2 aku rasa bas ni macam tersenggut-senggut kan, 
khuatir akan berlaku perkara tidak dingini, aku pon cecepat bukak mata.
nah kau! jalan jem noks...
adoi ai...(mengeluh dalam hati) 
ni mesti sampai lambat ni..lari lah bajet time aku macam ni..
sambil mengutuk2 dlam hati tu, sempat lar aku toleh org kerusi seberang sebelah aku, erm...ada baby comel..baby tu pandang je aku, tak senyum tak ada reaksi pape, 
(eh, ganas sangat ke muke aku smpai die tak nak senyum???)
selang beberapa minit lepas tu, bas ni berhenti kat tp jalan, tp jalan dowl..bukan tepi hentian, aku dah rasa cam senget je perasaan ni..ape nak jadi ni???
elok je brader drebar tu turun, aku tibe2 rasa ekon cam tade fungsi..panas~~
then brader tu naik lagi die garu2 kepala, (eh..ape lar garu2 kasi kompius aku je) 
aku ingat drebar tu gi memerut ke, menyiram pokok tepi jalan tu ke.....
rupa2nya..EKON ROSAK.
ouh...WatDeHell!! rosak de, tengah2 hari ok. time ni pukul 12.30 tgh hari..kat mana kawasan tu aku tak pasti sebab tade signboard lagsung.tpi jalan, ada pokok2 rimbun...
aku pon on lar En.Garmin aku, aku search lokasi aku...
aku ada berhampiran dengan perkampungan org asli kat Tapah nu..
drebar tu teruskan jga perjalanan , aku dah biru ijau je tahan panas kan...
sampai kat Hentian Simpang Pulai, drebar tu bentikan bas kat petonas , die bagi we all beli2 barang ke nak kencing ke, nak duk tunggu kat bawah pokok ke sebab keadaan dalam bas tu dah macam dalam microwave..
lepas 30 minit tu drebar tu suh naik bas..aku bajet, die nak teruskan juga perjalanan tu kan, aku ok je sebab die dah bukak tingkat atas bumbung tu we all dapat lar angin kan..
si senah sebelah aku ni (kak rin) dok lar bebel2 panas lar hape lar.....adoi ai..
aku ingat bas tu nak teruskan perjalanan , rupa2nya die nak bentikan bas die kat tepi jalan betul2 keluar dari petonas tu...then...
nah inilah keadaannya..

aku dan yg lelain dah macam mamat nepal duk tepi jalan tunggu kalau2 ada bas kosong yg boleh tumpangkan kitorang gi Sg.Petani.
ouh....sib baik lar duk tepi jalan tu redup kan..tapi redup2 pon hati aku panas gak....canelah boleh rosak ni..
2 jam kitorang tunggu..2 jam noks..bukan 2 minit...
tade gak bas kosong seat yang boleh tumpangkan we all.
yelah raya cinakan..confirm2 lar bas penuh2 belake..
drebar tu dah puas tahan bas yang lalu , die pon rasa bersalah kot kat kitorang kan, tapi nyer..nak wat cane kan, dah rosak tu bukan die yang minta..berserah je lah (T_T)
perjalanan diteruskan juga dengan bas yang tade ekon, and keadaan jalan yang jem di susur2 keluar...
sumpah panas die...tuhan je tau.
angin pon rasa panas...
ni ar baby yg duk sebelah aku ...takde reaksi pon kn??? kompius..
*abaikan senyuman kak rin tu, die senyum kejap je lepas tu die memetir2 kepanasan*
 dalam kepanasan dan kepasrahan tu kami pon teruskan lar perjalanan juga sebab tiada bas yang boleh tumpangkan kami, (T_T)
sebat lar kan...nak smpai cepat punya pasal, aku pejam mata je even panas cam hape..
jam lebih kurang 9 malam cam tu we all smpai kat Sg.Petani.
hahaha..sampai pon :)

4.2.2011, jam lebih kurang 2.30 petang, kak faz siap di make up.
*kualiti pic agak cam haram kerana hp punye camera tak hensem*
nah..ni dia kak faz...
aku tade sangat pic die sebab , lepas aku tonyoh2 muke die ni, aku terus cari port nak lelapkan mata..tak larat nowk..tido tak cukup.

kat stesen KTM Sg.Petani

lepas majlis kak faz selesai, aku pon melelapkan mata barang seminit dua, then bersiap2 nak balik pulak
we all punya train sampai kul 9.00 malam, then we all pon mengucapkan selamat tinggal pada keluarga kak faz, and semua yang terlibat dalam majlis tu, tak lupa juga adik saudara baru kami, Siti Sara Phang binti Abdullah *pic di atas*

dari pukul 9 malam hinggalah pukul 5.30 pagi barulah kami tiba di KL Central .
terus balik rumah dan TIDO.
on 1.30 tgh hari aku dah siap2 nak ke rumah kawan aku lagi sorang juga dalam majlis bertunang.
ouh...giler kental kan semangat aku?? *poyo kejap*
abaikan budak yang pakai tudung merah tu :P
hah ini dia....kawan2 kak farah.
bukan. bukan kawan aku.
lalalala...kawan2 aku aku amik kat hp lagi satu, jadi tak pat aplod sebab hp berada bersama si dia :)
*kak farah, kak diba, kak nad, kak anjang, kak lisa, kak fadzilah, kak sape tu lupe name die..aisey..*
selepas selesai majlis ni , ak pon bertolak pulang..
sebabkan kampugn kawan aku ni die cam village's view kan, so aku seronok meronda2 naik kete transformer tunang aku..
ingat nak balik ke putrajaya , tapi memandangkan umah kawan aku dah hampir dgn umah mak usu tunang aku, so we all decide tuk bermalam di rumah mak usu sebelum balik ke putrajaya keesokan harinya..
jadi, perjalanan aku sepanjang raya cina ini ialah, Sg.Petani-Putrajaya-Umah kawan aku - Muar dan Putrajaya ....
kesimpulannya, selagi aku mampu, aku akan datang ke majlis kawan2 aku....its me..
i appreciate every invitation :P
dah lar , pening krang baca aku punye story kan ...lalalala...
da~ *peace*

Monday, February 7, 2011

entry lemau.

ish...lemau je nak keje ari ni.
dah lame cuti dah malas nk keje..
nasib baik naik cuti bos cuti lagi.
so tade lar keje sangat.
aish..aku dari tade bejalan2 di alam maya ni ke blog2 yang menjadi follower aku.
nak bukak FB..haram..
dah berbakul2 aku maki sape yg block Fb aku.
lappy aku dah ilang, so aku tade chance nak bukak kat umah
tu lar.dulu aku ade lappy org tak bagi pc. ni ha pc ade tapi tak leh on FB nak buat ape.
dah lar sume link yg best die nak blok.
chet! aku bukan tak buat keje.dah bos tengah cuti kan.
pOorrraaahhhh...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.