Tuesday, March 22, 2011

outdoor shoot :)

hye peeps! aku nk gi outdoor shoot ni..tapi lokasi masih dalam pilihan :)
jap je lagi dalam sengah jam lagi aku kene gi kedai penantin mak andam tu untuk di mekap dan kami akan meneruskan aktivit berposing tak hengat dunia :)
best weh kawin..
kau boleh pakai apa saja kat bridal tu..sebab kau bayar kan..suke kau lah nak pakai baju apa..
ha, sebut pasal baju, nnti di next entri aku ceritakan satu persatu persiapan majlis aku ..
apa2 pon, gengs..tolong lar doakan hari ni tak ujan ok
letih lar aku nak bposing dengan payung je ..
tu lar ari tu aku cakap aku suke jalan dalam ujan sebab tiada orang akan perasana aku menangis, nowadays.ujan dah 3 hari ..cish..sibet btul lar mulut ni.
aish..
k lar aku nak gi mandi dan bersiap ke bridal :) 
bye darl !!

Monday, March 21, 2011

aku dah kawin :)

hye darl..
dah bape lame lah tak bukak blog ni. maklumlah aku kan bz dengan majlis aku...and now, aku berbahagia dengan title Puan yang aku dapat secara hakikinya..before this pakai title Puan kat ofis je..nowadays..aku guna sampai mati lah title ni.
ok bukan nk citer hal aku dapat title puan ni banyak2 nanti kang ijau lak muke korang nak baca sampai abis.
aku nk update tapi pic aku tak ada dalam hp aku, banyak di kamera kawan2..so aku kene copy dari page2 mereka baru boleh apdet lebih lanjut kat sini :) 
apa2 pon thanks la kan kepada yang hadir, saudara mara, makcik2 pakcik2, kawan2, semua yang hadir aku ucapkan terima kasih.
tak sangka ramai sangat kawan yang hadir terutama sekali kawan2 time skolah dulu..
wat a suprise, my fwens nama iye Suriani datang bersama dengan our classmate Salam, and aku dapat hadiah dari Sahli and Adilah (diorang share ..ehem.)
ramailah lagi yang datang..
kawan2 kat poli , terutama sekali bulat, shima, ajar, nad, kak ngah,fateen(giler budak ni boleh datang itu sudah cukup gempak okeh) tatin dan fendi, wani dan salleh , serta ain dan keluarganya...ouh..sangat terharu..
begitu juga gundek kesayangan aku si odah, datang bersama adik2 dan ibunya..(makcik noridah yang menten cun) ramai lagi..
kengkawan kampung, adah, ani , epi, joja, wakid , ina, zai, mimah dan lain2 (erk..sebenarnya ramai nak tulis dah mengantok ni)
teruja sangat weh. giler terharu..
tak terhinggalah ucapan terima kasih pada yang hadir. untuk sementara ni je pic yang mampu aku aplod. hehehehe...

Friday, March 11, 2011

ini hari last

dear fwens...
hari ni ialah hari last aku keja...
pandang semua orang , aku layan senyum je..sebab aku sebenarnye...bedebar tahap gaban.
lagi berdebar2 bila orang salam dengan aku, then wish taniah, congrats..semoga berkekalan...
ouh....giler nyer perasaan ni..
bedebar2 beb.
kalau korang leh rasa apa yg aku rasa ni..nak je aku transfer perasaan ni..
aku tak coOl ok.tak sama sekali pada waktu2 ni.
sangat nebes.
pagi tadi aku drive gi keje kan, aku melayan perasaan...
smbil layan perasaan tu kan, aku berfikir2...
hari ni hari last kan aku pegi keje sensorang..
pasni ...
aku akan pergi keje dengan MY BF. eh.slh. suami lah :P

pasni..
aku tak leh bangun lambat lagi..aku kene kejutkan suami

pasni ..
tak leh makan megi lagi..aku kene masakkan nasi untuk suami

pasni
aku tak leh malas2 lipat kain lagi ..aku kene lipatkan baju suami

pasni
aku tak leh meroyan , jejerit kat umah cam rumah tu aku yang punya , sebab aku kene perasaan dan hati suami

pasni
aku tak leh nk kuar jenjalan dengan mawi  lagi..sebab aku kene jaga batas pergaulan, aku dah ada suami

pasni
aku tak leh nak suka2 belanja duit aku cam aku mampu beli segala..sebab aku kene ada izin dari suami..

banyak nyer pasni...pasni..
tapi lepas dari tu..
aku akan jadi..

isteri yang bahagia sebab dapat bangun solat subuh dengan suami..

isteri yang ceria sebab semua kerja2 rumah dibantu suami..

isteri yang gembira sebab makan bersama2 suami..

isteri yang solehah sebab semua benda aku buat dengan kerelaan dan keredhaan suami..

tapi..
sebelum semua ni aku mampu kecapi..
aku kene bersedia..
memikul satu lagi tanggungjawab dan amanah Allah pada aku..
semoga aku mampu memikul tanggungjawab ini dengan jayanya.

ceh ceh ceh..
meluat2 lak korang baca kan..ok.sila muntah.
hahahaha...

kepada semua kawan2 yang baca entri ni, terutama sekali ani, adah , madi, dan para gundek kesayangan, thanks eh..doakan aku selamat melaluinya ya..
miss you all..love u all!
muah.

Thursday, March 10, 2011

mak...

mak...
ntah kenapa hari ni adik rasakan adik nak menulis entri ni untuk mak

mak..
adik sedih...
sebab dah tinggal berapa hari lagi..adik akan jadi milik orang mak..
adik dah tak jadi tanggungan mak lagi..

mak..
maafkan adik mak....
halalkan lah air susu yang mengalir dalam tubuh ni mak..

mak, 
kalau dulu adik seorang yang paling degil dan susah untuk mak nasihatkan..
sekarang adik faham...
kenapa mak sangat suka membebel2 kat adik..

mak, 
terima kasih atas pengorbanan mak selama hari ni
terima kasih juga atas kesanggupan mak membesarkan adik, memberi pendidikan, mengajar tentang akhlak sesama manusia, menitik beratkan adab dan kesopanan, serta kasih sayang mak yang tak pernah berbelah bagi...
terima kasih ya mak..

mak..
adik tak mampu bagi emas permata pada mak, adik tak ada apa yang hendak di banggakan. 
tapi adik berbangga punya emak yang sangat tabah, cekal dan kuat semangat..
ribut petir mak harungi demi sesuap nasi untuk kami..
panas terik mak berdiri demi sesuap nasi  untuk kami..

mak, 
adik tak sekuat emak, tak setabah mak, tapi adik percaya...
segala bimbingan mak selama ni akan adik jadikan pegangan..
adik akan cuba menjadi seorang perempuan yang tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan ni.

akhir sekali,
mak, 
terima kasih ya.
adik doakan mak diberkati umur dan diberi kesihatan yang baik sehinggalah hajat mak termakbul untuk mengunjungi rumahNya..
amin..


dapat tahu sesuatu

hari ini aku dapat tau sesuatu..
bukan dari orang..
aku sendiri melihatnya..
saat kasih hampir terpatri..mampukah aku menolak semua ini??
ya Tuhan...
kesabaran yang macam apakah ini???

Tuesday, March 8, 2011

Mawi :)

today aku cam blur2 sikit..maklumlah..masuk2 ofis je aku tengok mawi tengah duk kat HR.
aku tanye wat menda die kat situ, dia kata nak gi lapor diri kat JPM.
wah..mencinyer...aku tak suke2!!!!
tak suke mawi blah gi jbtn lain..aku suke mawi ada kat sini..sebab...
mawi best....
haha..die punya aset berbentuk bantal air yg kalau dicucuk nnti dia menggelitat2..
tuhan dah bagi aku 2 tahun 3 bulan duduk bekerja bersama mawi and now aku kene terima mawi akan tinggalkan aku untuk ke tempat lain. bukanlah tinggalkan terus..tapi at least kami (sekalian makhlok di MSWP) terasa kepergianya..
well ..as everybody know, mawi is a big brutal babeh..eh.slh tulis.
mawi atau nama sebenarnya Mohd Nasmawi bin Nasarudin berasal dari Sg Besar Selangor telah dibesarkan dan disekolahkan di High School Muar, dengan kelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan, Mawi mengorak langkah menjadi seorang PA di Mahkamah ini untuk hampir 3 tahun.  

seorang yang baik hati, kadang2 seorang yang jiwang. (mampus aku kene tempeleng ni kang) mawi sangat disenangi rakan2 kerana sikapnya yang easy going dan mudah mesra. dia tak memilih dalam berkawan, sangat mudah bercakap dengan beliau. cakap apa saja dengan beliau, korang akan rasa seronok untuk teruskan perbualan yang seterusnya.. 
di samping otaknya yang kadang2 mereng ke kanan ( lebih kepada kebaikan ) dia suka membantu sesiapa yang dalam kesusahan. contohnya ketika tayar motor kak zila pancit, dia lah yg tolong tengokkan kak zila bawak motor tu gi kedai sambil naik motor duduk kebelakang2 sebab tayar depan yang lembik kan..(tolong lar juga tu kan...) 
mawi juga tak kedekut , sangat baik hati ketika berbelanja..contohnya kalau aku nangis2 datang kat die cakap aku kempunan nak karoke, itu malam juga dia akan bawak aku gi karoke..asalkan aku gembira..
hahaha...bukan sebab aku dengan dia adalah hubungan gundek dengan mak ayam ok, dia akan cuba buat org disekelilingnya gembira...walaupun pada dasarnya dia terluka..dia ok saja asalkan org lain gembira.
sungguh bertuah sape yang memiliki dirinya.

aset yang dimiliki berupa sebiji kereta kuda berkuasa kuda 2500kps (eh..betul ke unitnye ni, sebatlah) 
mawi juga merupakan perempit sejati di seantero Gombak. hahaha...sangat degil ketika menunggang, walaupun pernah tergolek depan budak sekolah yang sedang menunggu bas, itu tak mematahkan semangat mawi untuk terus merempit menaiki kaldai belaannya yang kacak bergaya itu.

kehadiran dirinya kini di mana2 majlis ekslusif telah mengundang kontroversi. 
eh.slh ini ayat kat media malaya ni.sori. slh paste.
kegilaan mawi terhadap sukan lumba kereta, dan dunia permotoran telah menyebabkan beliau sanggup menghabiskan masa sepetang bersama my fiance di pameran kereta di PWTC.walaupun pada awalnya aku agak jeles dengan kepergian beliau ke sana bersama si dear, tapi akhirnya aku redha sajalah. nak buat cane kan..
kalau ku ikut aku yang bosan nanti :)

mawi sukar dijangka. 
itu ayat yang paling tepat untuk aku menginterprestasikan dirinya (abaikan maksud, pentingkan bunyi saja)
kalau petang ni kau telefon , beliau sedang menyiram pokok bunga, janganlah kau terkejut kalau malam kau telefon dia sedang makan durian di Raub atau di Bentong....itu memang port beliau kalau buhsan2..
tak  dapat dijangka kehendak dan kemahuannya, peminum Kopi O tegar ini sangat mudah beralih lokasi.
kejap2 di sini , kejap2 di sana..kejap di Gombak , kejap di Wangsa Maju, jap kang Segambut :P eh..ok2..tak2...tade2..
beliau tak kurus..jadi beliau ialah ge.....(ah..sebut sndirilah heh) 
tapi beliau tak membataskan pergerakan beliau hanya kerana title bantal air itu, beliau aktif bersukan..contohnya gulingkan rim basikal, galah panjang, dan macam2 lagi sukan2 kampung.
tak pernah rasa malu, mawi sangat suka mencuba benda2 baru dalam hidupnya.
hidupkan api rokok guna dua lighter , itu kemahiran beliau yang jarang2 aku jumpe pada orang lain.
sampai peguam kat tempat kami pon turut respect kepada beliau..nak tau cane?? 
kene tanye mawi..stylo siot..macam cowboy..

berbicara tentang soal hati dan perasaan, ternyata mawi masih lagi dengan pendirian, tidak mahu terikat dengan mana2 artis. 
hep! ape lah slh paste lagi.
hahahahaha...
cerita tentang hati dan perasaan , mawi akui beliau kini intim dengan seseorang. tapi  masih terlalu awal untuk beliau umumkan siapa gerangan bunga / kumbang yang bertandang di hatinya..
lihat saja wallpaper hpnya..pasti kalian terkejut :) eh..eh...ape lagi...tanyelah mawi :P
(gua stdby nak lari ni..kang jap lagi kene debik dek mawi )
mengakui sukar menerima cinta baru setelah dikecewakan suatu ketika dahulu, mawi lebih senang mendiamkan diri ketika ditanya tentang ciri2 wanita yang menjadi pilihannya..beliau menetapkan semua itu kepada takdir. mari kita sama2 doakan dirinya bahagia dgn pilihannya.

air yang tenang jgn disangka tiada buaya, dalam keceraiaan  yang ada pada dirinya, kadangkala teselit juga duka lara si budak degil ini.  siapa sangka budak degil ini kalau bersikap serius tak ubah macam cikgu sekolah nak belasah budak yang pecahkan cermin kereta cikgu tu.  sangat bengis .  tapi, kemarahannya tidak berpanjangan, mawi sangat mudah memaafkan orang dan tak mudah merajuk apatah lagi terasa hati. 
disebabkan sikapnya yang disenangi ramai, dia telah disalahertikan dengan ....oh ok. tak mau citer sal ni lagi :P
cukup sekadar ini bibliografi mawi, kendian hari aku apdet lagi :)
sape pon mawi, dia tetap berada di hati setiap insan yang mengenali dirinya :) 
semoga mawi berjaya di tempat barunya :)

miss mawi so much, ouh..kejinyer perangai..nak kawin nk rindu  lelaki lain pulak. tapi my fiance pon rindu die juga..abis sume benda dia tak mau makan, die kate tak best mawi tade..
dah sudah......
adoi...

Monday, March 7, 2011

Dikau pernah berkata
Akulah segalanya
Tanpaku tak mungkin kau bahagia

Namun di sebaliknya
Setelah ku percaya
Kau bersikap dinginku terpinga

Andai kau pergi 
Hilanglah arahku
Jangan kau pergi
Usah kau pergi
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku

Dengan sepenuh cinta
Daku tanam di dada
Dengan harapan terbina istana

Apakah di mindamu
Mengapa kau membisu
Hanya katakan kau masih menyinta

Ku tak mengerti
Mengapa kau bersikap sebegitu
Andainya
Kau tahu hatiku
Betapa penuh di dada menyintamu

Sayang
Ku masih tidak mengerti
Ke manakah hilangnya cintamu
Jiwaku resah dan sepi
Andainya kau pergi


tibe2 je aku rasa lirik ni macam buat kau tekenang kisah lalu kan..
dah nak kawin ni teringat2 lak citer lelame..
"andainya...kalau lah..."
ini ialah ayat2 terkilan yang akan dikatakan  setiap orang..
memang tak ada sape pon ada kuasa ajaib putarkan balik alam ni..tade..tade..
tade sape pon ada kuasa nak patah balik dari memilih jalan hidup ni..
tade ok.tade. 
jadi, kalau kita rasa pilihan kita salah, kita ada dua jalan saja, 
samada kita nak teruskan , atau berhenti.
sebelum kita teruskan kite kena tau kekuatan kita, kalau kita berhenti kita kena tau berapa ramai yang akan terluka dengan tindakan kita tu.
teruskan atau berhenti??

 

nebes ni beb.

uiiiihhhhh...tejuih lar mulut markonah2 yang dengki kat aku tuh bila baca entry kali ni..hahaha..
ok aku nak citer betapa aku sangat nebes ye.
nervous atau dalam erti kata lain sangat berdebar2, terjadi bila hari yang aku nantikan semakin hampir.
dlu time akak ofis aku kawin, giler belagak aku sound die, "eleh..nk nebes wat mende, rilek je.." 
ouh..skang rasa nak tempeleng muke sendiri kan..nak siram muke sendiri dengan air batu..biar sedor diri..
adoi ai...memang nebes tak bleh cakap weh.
malam nk tido pon susah.
kat bayangan aku ni..macam2 lah terfikir..
cane rupe aku nanti?? ouh..cane org yg dtg nanti,?? cane mak abah aku nanti..
argh...
nebes! nebes! nebes! 
dalam keadaan cenggini , tak lekang bibir ni mengalunkan zikir2 pemberian dari mak angkat kesayangan sejagat iaitu Hajah Asiah :) (sila gelak sampai guling2)  dia banyak bagi doa2 kat aku suh aku amalkan before majlis aku berlangsung. bukan apa, utk kita kurangkan rasa berdebar, rasa takut, rasa macam2 lagi lah. Dalam kekabutan ini, tak lupa juga pada macik2 cleaner , makcik2 polis , dan seluruh rakan kerja , kawan2 rapat juga..yang sentiasa bagi semangat kat aku, tak lupa juga pantang larang yang aku kene ikut untuk pastikan aku sentiasa kekal berseri di hari persandingan nanti :)
untuk korang yang belum lagi berkahwin mungkin rasa biasa je bila baca entry ni..rasa cam entry bodo2 je kan. tapi nanti di suatu saat , diri korang hampir di ambil orang, ketika itu, akan korang rasa macam mane aku dan orang2 yang telah berkahwin rasa.

makan tak lalu beb. itu yang aku bengangkan ni. aku dah cuba makan banyak2 tapi tak boleh juga. lagi banyak aku sumbat lagi tak lalu aku nak telan. ish..ape kehal nye yeop...makan pon susah..kalau ada kabel yang boleh transfer lemak mawi tu, nk gak aku minta sikit...boleh lah buat tambah2 kan mana yang patot :P

tidur malam susah. ini lagi bikin aku panas...dah tido malam lambat , sah2 susah bangun pagi kan..tadi pagi je aku hampir nak EL..heheh..hampir lah ..tak jadi pon EL....akut tidur dalam area kul 1 , 2 cam tu baru tido..
tak tau lar runsing je fikiran..ouh..


apa2 pon aku sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancar..
pada yang sentiasa memberi sokongan kat aku, aku bersyukur sangat ada korang di sisi aku, 
tiada yang mampu aku ucap kan selain dari terima kasih.
thanks to all yg sntiasa mendoakan aku. tak juga kepada yang muntah ijau ketika membaca entri ni, nasiblah .

Friday, March 4, 2011

kalau aku dapat kau...mati aku kejekan.

peh...peh..peh...
pagi2 Jumaat ni aku dah hot. tapi tak lah se hot last friday kan..
uhuk. kang ada yang hati panas lagi. :P 
pagi tadi, seperti biasalah kan..aku pegi keje dengan si budak degil , sampai je ofis aku terus tuju ke parking. 
memang dah tau dah, si dear tunggu kat park.
kua2 je dari kete mawi si dear dah terpa kat aku, ehem. rindu katanya..
then aku dengan ghairah nyer bercerita macam aku ni tak jumpe die 2 bulan.
siap citer bangun kul bape, arini mawi bawak kete cane..macam2 lagilah.
tibe je aku terperasan, sebelah mawi parking tu ada avanza biru, 
(macam biasa nampak je avanza biru ni)
abaikan.
dalam pada aku bercerita2 tuh..dengan gaya tangan, mimik muka, dan diselangi gelak2 hantu kan, tibe2 je si dear diam dan pandang mata aku.
aku terkedu, (erk..nak ape ni???)
then die cakap cam ni, 
"yang abang nk gitau ni.....tayar kete ayang nak kene curi pagi tadi "
*doing* 
*tekebil2*
erk..kene curik???
ouh..terus lah aku menjadi hot2 and spicy kan.
dan2 tu aku terus rasa ada aliran panas dari ujung kaki naik kat kepala aku.
lancang je mulut aku berbunyi  
"kalau aku dapat kau , mati aku kejekan" 
bajet cam gangster kampung pisang kan, tanpa sedar aku dah membebel sampai ke kantin. 
aku tak marah pon pada si Dear, tu bukan salah dear pon...tu kan salah si pencuri vongek tanpa sempadan.
setelah aku puas membebel2 membabi buta   si dear pon menjelaskan bagaimana dia menyedari akan tayar aku yang tercabut sudah dari kereta. avanza biru tu rupanya kereta abang dear (abang ipar aku lah ) dah tayar tecabut, naiklah kete abang gi keje :)

pagi tadi, ketika si dear sedang panaskan kereta sumpah die tak perasan akan tayar kereta yang sudah di tanggalkan nat2 nya itu .
setelah cukup panas enjin kereta, dia pon bersedia nak gerak, elok je dia jalan, tiba2 dia dengar bunyi "grek" bunyi2 yang pelik pada kereta memang perkara yang cukup PANTANG  didengari oleh si Dear, die terus pandang cermin sisi dan melihat tayar kereta aku yang dah terkuar sikit dari kedudukan asal, nak tak nak si dear terpaksa berjalan perlahan2 untuk kembali kepada kedudukan parking sebelumnya.
tanpa melengahkan masa lagi, dia cek2 lah pada tayar tu..
korang tau tak, itu tayar sudah tiada skru ok. tayar semata2 je. skru tade..kalau tadi si dear jalan terus laju, konfirm tercabut dan...tak mau bayangkan apa berlaku.

wadehel perompak?? kau nak curi skru je ke?? 
kalau nak skru gi kedai skru lah. pasal apa bukak skru tayar aku.tahi kambing punya perompak. 
geram je aku dengar si dear cerita. 
menurut si dear lagi, sekarang memang tengah musim curi tayar kat taman rumah dia tu. so perompak durjana itu semua aim MyVeeLady aku sebab myvi antara yang senang nk "dikerjakan."
binatang apa lah perompak tu kan, tak reti ke mencuri tu berdosa, kang kalau tuhan bayar on the spot mati masuk longkang bawah taman tu ke, tak pon kuar2 simpang kene lenyek trelar ke, tak takut ke??
seumur hidup aku bersama MyVeeLady aku tu,memang dah 2 kali kena macam ni. dulu masa aku duduk kat Ampang kereta aku kene pecah dan lappy si dear hilang. Ini jam tayar lak nak kene curi, aisey..gua dah mandikan dengan air Yassin beb. dah baca2 dah masa lepas kejadian pecah kan kete tu, tapi masih lagi ada yang menatang durjana yg berkenan kat kete aku. siot benor perangainyer tu yeop!

Ape2 pon aku anggap ini sebagai dugaan, semua telah ditentukan oleh Nya.. yang salah pilih mungkin aku..
dah tau orang kata myVi senang nak buat keje, kenape beli??? belilah kete lain kan??
erk..soalan ni susah nk jawab. hahahahaha....

pada si menantang durjana perompak tayar kereta, 
lu jangan ingat Tuhan tak nampak lu de, silap2 hari bulan tayar yang lu curi tu yang sebat lu nanti.  Tuhan maha Adil, dia tak pernah berat sebelah, lambat dengan cepat je dol..ko tunggulah..kalau bukan tangan aku yang balas, mungkin tangan orang lain, kalau bukan kau yang terima, mungkin anak bini kau yang rasa, nasiblah. Apa kau buat sekarang ialah apa yang kau akan terima esok lusa :) gua doakan yang terbaik untuk lu de !

aish..nak kawin2 macam2 lak hal nye.

Thursday, March 3, 2011

persahabatan vs percintaan

hye all..dis week baru ni aku sempat nak apdet blog.
setelah last week penat aku hamburkan kata2 sinis untuk orang2 yang sengal, dis week aku nak ubah moOd menjadi lebih baik.
serabut perut aku tengok langau2 ijau yang berkeliaran kat wall aku ni hahaha...tapi takpelah..itu bukan cerita yang aku nak sampaikan hari ni.

semakin hari semakin dekat lah hari aku akan disatukan dengan seseorang yg sangat istimewa dalam hidup aku.  Berdebar jangan cakap, setiap orang yg tanya aku akan jawab " takut ni sebenarnye" sambil jegilkan mata. *show kat org betapa aku takut giler *
berdebar jangan cakap, abis sume benda aku buat asalkan aku tak benti dan berfikir tentang hari persandingan aku. giler cuak de.. lu orang nnti kalau ada kat tempat aku pasti akan tau....tapi..itu cuma jika korang bersedia lah nak kawin..kalau masih nak berjimba2 tak hengat dunia, ghentikanlah leman..tak payah fikir kawin..nnti porak peranda je rumah tangga tu :p 

pada awalnya aku cuma menganggap ini ialah takdir tuhan , dan aku dah sampai masa  untuk dijodohkan dengan si dia, namun di sebalik takdir ini ada kemanisan yang aku tak terungkap kan , tak terluah ...

sebelum ni sumpah aku tak fikir kalau orang yang aku anggap kawan biase jadi bf, tunang dan skang tengah line up nk jadi suami. nothing can describe lah weh. Pertama kali aku terima salam persahabatan dia, aku anggap die sebagai lelaki biasa yang tade apa keistimewaan pon pada aku. ala..pada aku time tu..kawan satu ofis je , tak kanlah die nak lelebih kat aku kan..die senyum aku senyum, die tanya aku jawab..
sape2 pon tak sangka akhirnya jodoh aku di sini. Dulu menonggeng2 frust tak nak duk kt KL ni..tapi kat sinilah segalanya bermula ...

hidup ini ialah pilihan ( ini aku baca dalam novel ape tah lupe tajuk) 
"apa yang berlaku pada kita hari ini ialah apa yang kita pilih sebelum ini. jangan pernah menyesal bila kita salah buat pilihan, kerana dari situ kita belajar bagaimana membuat pilihan dengan lebih baik.  belajarlah dari kesilapan jangan terlalu mendongak ke langit, kerana langit tak selalunya cerah."

satu ketika dulu , ketika si dia menghulurkan salam persahabatan, aku tak pernah terfikikirkan dia ialah jodoh aku.  Ketika dia cuba menghulurkan salam cintanya, aku tak pernah berkata tidak, tak juga berkata iya, bukan sebab aku tak ikhlas menerima diri dia, tapi aku ingin membiarkan semuanya berlalu dengan masa sebagai pengukur keadaan. tapi sekarang aku sedar.. aku tak boleh membiarkan masa menentukan keadaan aku.  aku kena ada keputusan, dan aku kena ada pendirian.

syukur alhamdulillah..tatkala aku berdepan dengan pilihan2 yang datang, dia berada di dalam toplist aku. tapi kenapa aku tak mampu lagi memilih dia walau pun aku dah senaraikan dia sebagai toplist aku??
sebab...satu je..
aku masih takut melangkah, takut jatuh , takut rebah di pintu bahagia.
korang baca cam nak muntah tak ayat aku ni??
ini ayat dari hati beb.. 
menaip dari hati tanpa sepatah kata keluar dari mulut, hanya membiarkan jejari menaip , ikhlaskan??? :P 
 
aku pernah berangan akan memiliki sekeping hati milik seorang lelaki pemanjat  broga hill
uhuk. :P
tapi ...biarlah ia hanya sejarah silam yang akan aku semat indah dalam hati aku. 
giler jiwang aku petang ni. 

bukan tak ada lelaki lain yang lebih baik dari si dia, tapi ...mungkin ini kot yg tuhan namakan jodoh..aku tak terbukak hati pada yang datang jauh lebih baik, tak juga aku compare kan die dengan sesiapa..pada aku dia ialah dia..istimewa dia pada mata aku lebih penting dari kaca mata hati orang lain.  
hensem?? tak perlu..
kalau muke je hensem tapi tak mampu jadi pembimbing, buat apa kita pilih dia jadi penghulu hidup kita??
kita hanya akan menyebabkan diri kita berada di border line antara bahagia dunia sengsara akhirat atau bahagia dunia dan akhirat.
hidup ini pilihan kan??jadi buatlah pilihan yang terbaik. bukan berdasarkan rupa, harta, dan kerjaya semata2. tapi pilihlah dia dari sifat kepimpinannya, keteguhan imannya, dan ke ke yg lain (aku bukan ustazah nak cerita bab2 munakahat ni..dlu skolah gama sampai darjah khas je. :)

perkara paling sukar dalam idup aku setakat hari ini yang melibatkan hati dan perasaan, ialah..menukarkan title sahabat jadi seorang kekasih.
susah weh. ko ingat senang? kalau korang nak rasa kenelah bersahabat dulu baru bercinta..kalau kenal2 terus bercinta..tak de lar rasa cam aku rasa ni.
penangan die..memang tak boleh tido malam beb..sepanjang masa rasa nak memikirkan tentang orang lain, perspektif orang, kata2 orang..macam2 lagi lah..bukan senang ok. tak juga susah kalau kita sentiasa memohon petunjuk dari Nya.

ok lah kang baca banyak2 kang muntah ijau pulak, saje nak korang tahu, aku ni nebes yang sebenarnye! nebes tau tak nebes???
kalaulah aku boleh share kan rasa nebes ini pada korang....alangkah bestnyer..

setakat ini dlu aku merapu, nak blah dah ni..petang dah..
ada kawan datang dari Penang nak jumpe aku malam ni, nak bagi hadiah kawin katanya..
hah?? kawin?? shut up! 
aouh.....!!!!
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.