Thursday, March 29, 2012

kepala aku sakit lagi lah. rodah pulak nak pindah.

harini moOd aku memang agak tak best dari awal pagi.

masuk lambat 4 minit

lunch dengan raudhah kat tempat yang best tapi jadi tak best sebab ini hari-hari terakhir raudhah ada kat ofis ni. raudhah akan bertukar ke JPM.

bosan.

ini je word yang ada dalam kepala aku.

tade lagi orang akan teman aku sembahyang, makan, gelak2, soping moping, tade. dah tade.

sepanjang raudhah ada terasa hidup ceria. keletah dia buat aku rasa best je nak gi keje. now..die sedang menghabiskan sisa waktu kat ofis ni. tinggallah aku...

aku tak kan lupa jasa baik raudhah kat aku. aku sayang dia.

pada yang baca blog ni, thanks ya. aku sakit kepala skang ni.

Wednesday, March 28, 2012

rabun dah ke??

salam sejahtera.

lately kepala selalu sakit. kerap sangat kerut kening. jadi sakit pulak kening aku. 

dedenyut je manjang.

bukan. bukan gejala awal pregnant ok. hahahahaha....masih berpuasa ni.

ari tu ada juga cek mata dengan suami, mata kanan 125 , mata kiri 150 rabunnyer..nak buat spek, alahai...spek yang lama pon ntah kat bukit mana aku letak. aku pon tak ingat. 

lagi satu, aku ni pemalas. *malas pakai spek*
 
aku selalu teraba2 kalau bangun pagi.  

suka tengok suami bukak spek. rasa macam suami muda 10 tahun dari usia sebenar. tapi.....nak suruh dia bukak tak pat lah...mandi pon pakai spek. tido pon dengan spek. kau berani bukak, kejap lagi pantas tangan die tepis macam pendekar. 

sakitnyer pale haku....

rabun dah ke??

Monday, March 26, 2012

setahun lalu apa yang aku buat eh??

salam readers..
kena apdet hari ni sebab esok aku tade. seharian di POJ...kerusususs........hahahaha..

setahun yang lalu pada tarikh 27.3.2011 ape yang aku buat eh?? 

erm..

ini dia :) 






hari ni genap lah setahun. :) 

kejap je rasa masa berlalu. 

Friday, March 23, 2012

abis.

semalam aku cari baju nak pakai hari ni. semua baju tu aku rasakan...average 2,3 years ago. 
dah lama tak buat baju kurung. dah lama tak beli baju pon kan. last time beli baju pregnant je. 

masih ok. masih boleh pakai cuma..rasa nak bertukar selera baru.

hari ni teman Raudhah jalan2 kat Jln Tar. Teman?? tak lah aku pon memang nak mencari sesuatu yang baru.

peliknyer, Jln Tar tak crowded macam selalu. kalau tak...orang gaji, orang kat Jln Tar pon macam ulat.

abaikan keadaan kat Jln Tar tu, ape aku nak cakap ialah...

aku boleh dapat 3 helai tudung yang equal sehelai tudung kat Fareeda..siyes. tak tipu. sangat sama pattern and material, tapi harge jauh lebih murah. 

cantik tak semestinya mahal. :) sedap sikit nak dengar.
Mahal tak semestinya cantik , ini yang parah sikit.

samalah macam seorang perempuan, cantik tak semestinya mahal maharnya..*macam aku* (sila..sila muntah)



Tuesday, March 20, 2012

happy anniversary sayang..

19.3.2012
salam :) 
alhamdulillah..hari ni genap setaun aku dan suami diijabkabulkan. 
taun lepas waktu macam ni aku tengah sibok melayan tetamu yang balik. amik2kan goodies....
dengan gaun putih + merah, + lecak aku tak benti menguntumkan senyuman. happy dapat jadi hak milik kekal En. Azmee..

dan..petang ni jugalah aku period...
itulah period pertama dan terakhir aku since bernikah pagi tu. :P 
dan selepas 10 bulan...
hasilnya, lahirlah Amsyar Wafiy :) 

syukur teramat sangat. di hari jadi dan ulang taun aku, aku dihadiahkan olehNya seorang putera. 
terasa sangat beruntung dan  bersyukur....
kalau orang lain terpaksa buat IVF...etc..untuk dapatkan anak, aku pula diberi olehNya seawal usia perkahwinan. syukur Ya Allah...

buat suamiku tersayang..
terima kasih kerana sudi mengikat janji dengan seorang perempuan annoying ini.

terima kasih sayang..kerana menemani diri ini tatkala berjuang melahirkan putera hati kita..

terima kasih sayang...

kita melaluinya dengan tenang..
kita menempuh dugaan dengan seribu kesabaran
sayang harap abang akan sentiasa di sisi sayang... 
menemani sayang membesarkan anak kita, mungkin anak2 kita..

abang,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya..tak meminta dan tak mengubah yang telah ada. 

masih ingat lagi ketika ayang di masukkan ke wad ??
setiap kali abang balik, setiap kali itulah ayang akan menangis. ayang palingkan muka ke dinding, tak sanggup rasanya melihat abang tinggalkan ayang di wad sendirian...

ayang tau. abang pon sama. sebab tu abang akan cuba cari jalan nak jumpa ayang. alasan abang pada guard ward, "nak hantar makanan untuk isteri"  walau cuma 20 minit, abang tak kisah, asalkan dapat jumpa ayang.

sebelum abang balik, abang sikatkan rambut ayang, abang pastikan ayang dah solat, abang buatkan ayang milo panas, abang suruh ayang baring dan pejamkan mata, senyap2 abang balik...
abang tahu, ayang tak tido pon. ayang sedar abang balik. dan bila abang dah tade, ayang akan peluk froggy kuat2 , ayang menangis. sedih...

ayang ingat masa doktor kata nak induce, abang buat solat hajat 7 masjid semoga ayang dapat melahirkan secara normal tanpa induce. masa tu abang kata kalau ada 10 masjid pon abang sanggup asalkan ayang selamat melahirkan..

terima kasih abang..

semoga ikatan ni kekal hingga ke akhir hayat kita.. 
ayang nak kita sama2 besarkan anak2 kita, kumpul duit sama2 sampai cukup untuk kita berjanji di Jabbal Rahmah...

abang, ayang sayang abang.

Friday, March 16, 2012

selesai dan amat berterima kasih.

salam readers :) thanks masih setia dengan aku dalam segmen mari bercerita. :P hahaha..

lepas bersalin kita mesti melalu satu sesi berpantang. memang wajib berpantang. untuk jaga luka jaitan dan luka dalaman kita.

tempoh berpantang bukalah tempoh masa yang seronok ok. 
semua benda aku buat semua kena kawal. jalan tak boleh laju2, tak boleh berak cangkung, tak boleh makan sembarang, tak boleh menyapu, pijak tanah and what so ever. 

sampai je rumah dari hospital, makcik and mak aku siapkan air mandi untuk aku, dan aku pon mandi. mak yang mandikan aku pon adoi. aku berdiri je die siramkan air. masa ni aku takut tengok perut aku sendiri. macam belon air. lembik. ish. ngeri ah.

lepas mandi makcik aku pakaikan bengkung dan mak siapkan makan untuk aku. sebab aku balik sampai rumah dah petang, so terus lah makan untuk malam.

Tradisi Jawa, kalau berpantang, kena makan banyak , air segelas, dan mesti abiskan makanan tu. walau sedap mana pon makan tak boleh tambah. TAK BOLEH ok. 
lauk aku bukan sedap mana pon, bubur dengan ikan bilis goreng +kicap. itu je. 
sepanjang berpantang aku makan bubur, sayur rebus dan at least mesti ada ikan. pagi pukul 9 aku mesti mandi, sarapan, berurut, susukan anak.  
pukul 12 - 1 mesti makan, minum air segelas je. tu pon segelas besar. air barli herba.
petang pukul 5 mesti mandi. 
waktu maghrib kena pangku anak. kalau boleh susukan. mesti pangku. (untuk elak benda2 tak elok rapat dengan baby)

malam sebelum tido mak aku suruh aku minum milo panas. biar badan tak sejuk. 

dulu aku wondering betulke lepas bersalin kita akan rasa sejuk?? 
betul. memang lepas bersalin kita akan rasa badan kita sejuk lain macam. aku kalau tido malam pakai baju sejuk. pakai selimut berlapis2..

luka jaitan tu akan berdenyut2 bila waktu malam. memang mengucaplah aku kala malam menjelma. ntah eh, aku tak tau lah orang lain cane kan. tapi tak lama dalam 3 hari die tak sakit lagi dah.

bengkak susu.
ini memang paling tak tahan. breast jadi besar, bengkak, panas dan berdenyut2...2 hari jugaklah aku bengkak susu. bila bidan datang urut, aku tahan je sakit tu. sangat. sakit.
bila susu dah keluar masa tu memang menitis2 sampai basah baju aku. baunye...amat menyelerakan :) :P

dalam tempoh berpantang ada mak2 yang tak bagi anak buat keje kan, tapi aku 2 minggu lepas pantang, dah tolong mak sidai kain. ada yang kata tak boleh nanti tumpah darah. tapi..terpulanglah pada kepercayaan masing2 kan. aku sidai je tade pape pon. aku sidai dalam rumah then mak aku bawak keluar. mak aku pon dah tak boleh nak marah sebab aku ni kalau sakit memang lemas kalau duduk saje. aku demam pon aku tak suka duduk memanjang. aku akan bangun juga. kuatkan semangat.

rumah kampung macam rumah aku yang ada tangga, memang mencabar sikit lah bagi ibu berpantang. nk gi toilet kena turun tangga, nak makan kena turun tangga, mula2 aku takut juga jaitan terbukak ke ape kan. manelah kita tau kat bawah sana tu apa keadaannya. aku takb erani tengok jaitan kat cermin. aku ngeri. tapi alhamdulillah..tade pape. kuatkan semangat and tawakal. sakit pulih kita semua ketentuan Allah...

jamu.
aku tak makan jamu sampai aku dah 2 minggu lebih berpantang baru makan. tu pon aku makan tak straight. aku makan selang2 sebab jamu ni buat aku sembelit. ya Allah..sembelit lepas pantang memang owsam! giler sakit bontot nak gi berak. aku tak beli pon set berpantang. 
masa aku mengandung 8 bulan , Zila ada ajak aku gi kursus ibu mengandung anjuran jabatan agama wilayah, masa tu ada pakar O&G Hospital Pantai KL , Dr.Adilla die kata tak perlu makan jamu2 ni sebab jamu ni ada kandungan steroid, badan kita akan regain energy secara semula jadi dari apa yang kita makan, dari sesi urutan yang kita buat, dan die sarankan kita bersederhana dalam setiap perkara. badan kita akan pulih sendiri secara alami. tak perlu kita paksa2 untuk cepat baik. lagipun masa dalam hari aku menyusukan baby kesian baby nanti die panas. 

masa aku sembelit tu,suami ada belikan aku ubat sembelit, then memang bila makan aku akan terkentot2 je.  satu hari tu aku  makan ubat tu then aku ingat tade pape lah kan, aku menyusukan Wafiy, tau tak apa jadi kat anak aku?? die pon turut sama tekentot2 macam aku, then teberak2 je. kesian. sangat kesian tengok dia asik tekencit2.. 

regim berpantang yang sangat hebat telah mak aplikasikan kepada aku. dan syukur alhamdulillah, sebulan lepas bersalin aku dah boleh buat keje2 ringan. lipat kain, basuh baju, mandikan anak, and aku memang tak suka bergantung harap pada adik2 aku je untuk tolong aku. 

ramai gak yang tanya pandaike aku jaga anak bila balik rumah sendiri, aku nak jawab cane ek?? aku tak kesah orang nak cakap aku ni pandai2 ke, berlagak ke, degil ke, aku tau apa aku cuba buat. sebelum aku balik rumah sendiri dan sambung berpantang di Putrajaya, aku dah dibekalkan ilmu oleh mak. setakat mandikan, tidokan, uruskan Wafiy memang bukan tugas berat pada aku. kena ada semangat dalam diri nak bedikari. kalau semua harap mak semata2 sampai bila pon tak belajar. siyes. aku tak tipu, lepas aku balik ke Putrajaya, sebulan kemudian aku balik kampung lagi, mak cam tak caye je anak aku makin bulat, aku makin sihat and die bangga aku berjaya menguruskan rumah tangga aku. 

aku balik ke Putrajaya setelah genap sebulan aku berpantang. salah satu sebab aku balik ialah suami yang jauh. cost nak balik ke kampung every week 120 hengget sehala. (minyak, tol sj) 
+ suami rindu nak aku masak untuk dia. die kata kalau masak sendiri, tak sedap. suami aku bukan jenis yang mengada2 tapi bila die cakap macam tu, aku rasa sedih, kesian, rasa cam...alahai suami...memang tak boleh tinggalkan aku lama2 kat kampung. Tempat isteri tu kan di sisi suami, berpantang tu cuma adat. agama yang paling penting. bukan adat. :)

dulu2 masa mak aku bersalinkan adik aku, seminggu mak aku dah masak. + aku masa tu sekolah darjah 1, kakak darjah 3, abang sekolah menengah. tade nenek aku datang nak jage de...mak aku berpantang sendiri je. mak aku memang jenis orang yang tak reti duk diam, sampai skang alhamdulillah, die dah 56 tahun, tade sakit kronik. masih kuat berjogging keliling kampung.


syukur alhamdulillah, selepas 60 hari berpantang, badan kembali sihat. cuma masih berhati2 nak makan benda yang sejuk2..especially ais. memang aku jauhi ais untuk setakat hari ni. beside aku memang penggemar hot baverage since aku anak dara. masa mengandung je slera b oleh berubah nak minum ais.  makan yang gatal2 pon aku tak brani lagi. walaupun aku tengok kat cermin luka jaitan dan kecut dan sembuh.  

kadang2 ada baiknya berpantang ni, dan berpada2. yang mana terlalu mengarut tu tak payahlah ikut. kita ni ada pegangan idup. ada akidah. kalau kita terlalu mempercayai sesuatu, maka Allah akan uji kita, dan dari ujian itu kalau kita tak nak beriktikad dengan ketentuan Allah mesti kita akan percaya perkara yang berlaku itu membawa kesan kepada kita.  sebagai ingatan pada aku dan pada pembaca juga ;) 

ouh..hari ni baru sdikit lapang. tap tak bape nak lapang juga. nak siapkan mana yang belum siap. nak kemas mana yang belum bekemas. 

sekian dulu :) thanks for reading coretan aku nie.

Thursday, March 15, 2012

....sambungan ....

lepas aku abis solat hajat, dan habis baca surah At-taubah, aku tengok jam dah pukul 10.30 malam.
aku pon baring lah merehatkan diri, akak sebelah katil aku yang baru masuk tu peramah. die sapa aku dlu, aku ni kalau orang dah tegur aku memang ringan mulut nak bertanya..kalau orang tak tegur aku diam ajelah. tu memang sifat aku.

akak tu aku tak ingat nama die apa, dia ceritakan tentang pengalaman pertama dia yang bersalin secara induce. die kata sakit sangat2.. kali ni dia mengandung anak kedua pon rasanya di induce juga sebab die dah overdue macam aku. sedang aku seronok berborak dengan dia, aku terasa cam ada cecair panas mengalir dari vagina. panas2 hangat. keluar dan tak dapat ditahan. aku gi toilet aku tengok pad aku dah penuh air. sebabkan darah yang keluar sebelum ni telah bercampur dengan air ketuban aku yang keluar tu, so aku tak tau apekah ketuban aku keruh ke atau masih jernih. 

aku panggil misi dan misi mintak aku salin pad baru yang bersih, tunggu air ketuban tu keluar dan tengok kalau air ketuban dah bertukar kale , mybe baby dah makan najis die sendiri. 
aku gi tukar pad dan terus duduk kat kerusi. termenung. then aku rasa sakit perut. aku gi toilet dan ...
gi berak. ouh. saspen kan??? 

lepas selesai buang air, aku tukar pad, sebab pad aku penuh dengan air ketuban aku. misi nak tengok pad aku yang aku pakai tu, so aku tunjuk. misi kata 'clear liquor' . means masih jernih air ketuban tu. misi suruh aku duduk tunggu kontraksi. kalau dah makin sakit panggil die.

pukul 11 malam aku mesej suami, suami kata dia baru je sampai rumah dari rumah CPB, die penat sangat and nak rehat. aku bagitau die aku dah start sakit2 and ketuban dah pecah. suami tanya nak tak die datang, aku boleh cakap " tak payahlah esok je. tak tau lagi bersalin bila"
kat pale otak aku ni boleh berfikiran sakit ni akan hilang. hahahahaha..bongek tak??

pukul 12.30 tgh malam 3.1.2012, 
aku dah mula rasa contraction 3 in 10. setiap kali datang kontraksi tu aku rasa macam nak tebalikkan katil tu. arh...sakit sangat...aku bagitau misi, misi suruh aku masuk bilik pemeriksaan. Cek OS dah bukak 3 cm. Doktor cek air ketuban, masih lagi jernih. Doktor minta aku tunggu lagi sikit kalau dah bukak 4 cm baru boleh tolak ke labour roOm. keluar dari bilik pemeriksaan aku mesej suami, aku cakap aku dah start sakit sangat. tolonglah datang tengok aku. masa ni aku dah menangis. 

pukul 2.00 pagi, 
aku dah tak tahan. aku dah berguling2 atas katil tu. tapi memang tak melegakan sakit tu. air ketuban keluar setiap kali kontraksi. panas dan hangat. aku rasa tak selesa. katil dah mula basah sikit. aku bagitau misi lagi, senior misi cek OS aku, sebab tunggu doktor lambat sangat.. cek2 dah ada 4cm.
terus misi mintak baju baby, and die suruh aku tepon suami minta tunggu kat labour roOm. misi sangat baik hati, die tau aku dah tak larat die suruh aku duduk kat wheelchair, die yang bongkar almari cari baju anak aku. aku cuma boleh tunjuk je kat mana aku letak baju tu. 

tiba2 ada orang pegang bahu aku, aku toleh belakang tengok suami dah sampai...
masa ni aku menangis. aku cakap kat suami sakit sangat. aku tak tahan. aku merayu2 kat suami mintak maaf. mintak ampun.. suami cium tangan aku minta aku bertenang. aku memang sedih sangat. time ni. 
aku ditolak ke labour roOm..

dalam labour roOm, aku tengok jam pukul 2.30 pagi, misi kata lagi 2 jam insya Allah aku bersalin.
what??? 2 jam??
aku rasa macam nak putus nyawa aku, aku kena tunggu lagi dua jam?? 
masa ni aku baca zikir Nabi Yunus tanpa henti2. memang sakitnyer...Ya Allah...sangat222222 sakittttttt...
misi pasang tiub keluarkan air kencing, misi minta aku bersabar. sampaikan aku boleh tertinggi suara kat misi, aku cakap "tolonglah saya misi. saya dah tak tahan..." misi minta aku sabar.sabar. dan sabar.
3 orang misi yang berusia. aku tau ni mesti misi senior. mereka sangat baik. pada aku sapa2 pn kalau sakit, memang akan emosi. tapi misi2 ni coOl je aku tengok.
misi suruh aku mengiring ke kiri. setiap kali kontraksi, aku pegang besi katil tu sampai begegar2 katil labour roOm tu. masa ni aku rasa panas. panas sangat. setiap kali kontraksi aku berpeluh, panas aku rasa nak bukak baju dan masuk dalam ais. panas sangat!

aku tengok jam baru pukul 3.30 pagi. aku meraung minta maaf minta ampun kat mak aku. misi cakap jangan menjerit nanti meroyan, aku terus diam. aku sebut "Ya Allah" tak putus2..masa ni aku serahkan idup mati aku pada Allah. aku nak selamatkan baby aku. aku kena kuat. aku teringat mak aku, abah aku, adik2 aku, aku rasa macam aku dah nak pegi tinggalkan diorang semua. aku menangis menahankan azabnyer aku nak bersalin tu.

Di luar Labour Room, 
suami dan adik lelaki aku tersengguk2 tunggu berita dari dalam labour room. adakah aku selamat bersalin atau sebaliknya..suami peluk froggy kesayangan aku dan berdoa aku selamat. tak putus2 suami berdoa aku selamat. 

pada awalnya suami aku tak dibenarkan masuk sebab suami tak menghadiri kursus teman kamar bersalin yang mana kelas ni adalah wajib bagi  suami yang nak teman isteri bersalin. kami kan dari Putrajaya, tak tahu pon ada kelas ni. so misi kata suami aku tak boleh masuk teman aku bersalin. dia boleh tunggu kat luar labour roOm.

jam dah pukul 4.30 pagi, aku masih tak bersalin lagi, jalan baru bukak 7 cm. ada lagi 3 cm nak cukup 10cm can aku boleh meneran. masa ni aku dah lemah. aku rasa macam nak mati. sakitnyer...Allah je maha mengetahui. memang janji Allah tu pasti. sakit bersalin ni sakit kedua selepas sakaratulmaut. memang sangat sakit...air mata aku tak henti2 mengalir. actually kalau menangis kita akan jadi lagi lemah. 

aku panggil misi, aku pegang tangan misi, aku cakap "tolonglah misi, panggilkan suami saya masuk. saya nak tengok suami saya. saya takut tak sempat tengok dia" 
misi pandang aku, die senyum dan berlalu pergi. 
tak lama lepas tu, suami aku masuk sambil peluk froggy aku. mula2 suami senyum, tapi bila die tengok aku menangis2 die jadi sebak. 

misi kata aku dah lama sakit tapi tak bersalin2 so die bantu bukak jalan untuk aku, die korek2 bagi besar laluan untuk baby. masa ni aku dah tak ingat pape, aku cuma bertahan untuk baby. pada aku biarlah baby selamat. biar aku mati pon takpe. aku sanggup asalkan baby aku selamat. aku serah semua kat Allah. SEMUA ok. 

misi minta suami bacakan ayat2 suci kat telinga aku. biar aku ada kekuatan. setiap kali sakit kontraksi aku paut lengan suami, aku paut besi katil, aku cuba bertahan. sedaya aku. 

misi 1 : "bila ada rasa nak teran, tarik nafas panjang2 dan lepaskan , mulut katup jangan bunyi, suami tolong angkat bahu isteri biar dia punya dagu cecah dada" 

misi 2 : "ok simpan tenaga, bila tade rasa nak teran, cuba rileks..bernafas dengan lebih teratur. "

misi 3 : "suami jangan berhenti, bacakan ayat2 suci, teruskan jangan berhenti"

suami : "sayang kuat sayang kuat, Allahu laa..ilahaillah hual khaiyul qayyum...(ayat Kursi)

tiba2 aku rasa ada benda menolak disertai sakit yang teramat sangat. masa ni aku cuba teran...tapi...nafas aku terputus.

misi 1 : "ok cubaan yang bagus. cuba lagi, cuba lagi. lagi. lagi. lagi.."

misi 2 : "ok, rileks, 1,2, 3 ....lepas.."

aku teran.......terputus lagi. nafas aku. 

misi 1 : dik, jangan berenti dik, anak awak dah nak keluar ni. fikir baby. fikir baby.

misi 2 & 3 bacakan aku ayat suci Al -Quran, suami pon bacakan kat telinga aku. 

aku teran lagi ....dan lepas lagi. aku rasa dah tak larat nak pegang kaki aku sendiri. 

misi2 tengok aku dah tak larat diorang decide pasung kaki aku kat tiang. time ni aku dah memang lemah. sangat. aku kena kuat untuk selamatkan baby. 

sekali lagi aku rasa ada benda nak keluar, aku teran.......dan misi2 terus bagi semangat. dah macam sorak kat padang bola pulak aku rasa time ni. 

suami pon turut sama bagi semangat. putus lagi nafas aku.

misi 1 : dik..sikit lagi dik, dah keluar kepala baby dah...sikit lagi. 

nafas aku putus lagi. masuk ni dah 3 kali aku putus nafas. aku dah lembik. masa ni aku fikir anak aku nak keluar. keluar lah cara cane pon aku nak anak ni hidup.

once again, aku teran...

misi 1 : ok, kepala baby dah keluar, lagi kuat, lagi kuat lagi kuat..

misi 2 : (panjat katil dan tolak perut aku so that baby tak temasuk semula ) 

misi 3 : pegang tangan aku kuat2 dan bacakan aku ayat2 Al-Quran.

again..putus nafas aku tapi dengan bantuan misi tolak perut aku so aku boleh curi sikit nafas. 

misi 1 : lagi kuat lagi kuat...dik..dah sampai idung anak awak ni, kenapa benti. kesian die. cuba lagi..

bacaan ayat Kursi makin kuat kat telinga aku. suami baca sambil titiskan air mata, aku pejam mata...
aku tarik nafas dalam2...
1...2...3...aku lepaskan sekuat2 hati aku...
jam 6.14 pagi , 
aku rasa ada benda panas beserta air mengalir keluar ...

semangat yang tak putus2 dari misi buatkan aku kuat dan akhirnya...
kedengaran suara bayi terbatuk2 dan menangis...

bila dengar suara baby aku jadi kuat nak teran keluarkan bahu dia.


sejurus baby keluar, misi letakkan di atas bahu aku. 
kelihatan..
seorang baby penuh selaput lendir menangis2 mengigil kesejukan mencari dada aku...kesian sangat....
tangisannya semakin kuat dan aku mengalirkan air mata. 

aku tediam dan takmampu berkata apa2. aku cuma pandang syiling dan aku dengar suami azankan baby sebelah aku, misi bawa baby aku untuk di bersihkan dan suami mengikuti misi tu keluar. tinggallah aku dalam labour room tu. 

apa yang ajaibnya, bila baby keluar, rasa sakit yang macam nak putus nyawa tadi, terus hilang. tinggal rasa senak2 macam nak berak je , tu pon sebab nak keluar uri. 

tiba masa yang dinanti2kan. sesi menjait. 

well...sesi ni paling menggerunkan pada aku. tapi saat dan ketika misi menjahit ni aku dah tak rasa apa2 melainkan rasa lega teramat sangat. lega sangat. masa misi jahit luka episiotomi sambil membacakan aku ayat-ayat Quran. zikir ...

masa sesi menjahit tu aku minta misi selimutkan aku sebab aku rasa sejuk sangat. tiang pasung kaki tu menggeletar sebab kaki aku menggeletar kesejukan... 

selesai sesi menjahit yang owsam tu, aku pon dibiarkan keseorangan di bilik labour rOom tu. sementara tunggu doktor datang cek jaitan aku.

siap menjahit misi bagi aku minum milo. sedapnyer aku rasa, aku sedut sekali lalu je. abis.

tinggallah aku sorang dalam bilik tu. 

pukul 8 lebih, doktor masuk nak cek jaitan masa ni aku mamai2 sebab aku baru nak telelap. tapi aku cam sape yang masuk tu. yep! aku cam sangat.

"hye Doktor Totin!" aku senyum2 (tapi masa ni bibir aku kebas akibat aku gigit bibir masa meneran tadi)

Dr. Totin : hye, mana tau nama saya??

"saya peminat setia blog doktor. saya suka baca blog doktor. selalu saya baca :) "

*aku kena cakap satu2 sebab aku rasa ketika ni mulut aku besar semacam je.*

lepas doktor seluk2 tengok ada salur tesumbat ke tak, then die pakaikan pad, doktor pon mengucapkan selamat tinggal. terubat sakit aku masa ni dapat tegur Doktor Totin :) c

siyesly doktor sangat cumel. manis je. kalau u all tengok blog die nampak cam die suka becerita, die sebenarnya sangat lembut :) senyum je :) weE...terharu2...

alhamdulillah selesai cek2 aku pon ditolak ke wad dalam pukul 9 pagi. 
suami temankan aku gi kencing, salinkan baju aku dan aku pon berehat di wad. 
masa tu aku pandang je baby comel bertopi ijau, berbaju cokelat ada gambar katun2..aku macam tak percaya itu anak aku. perut aku yang semalam besar dah ilang. tinggal kulit perut yang lembik2 macam belon air. ahahahahaha...ngeri aku tengok perut sendiri.

petang tu aku discharge sebab aku tade masalah apa2, then baby dah berak dan kencing.

thanks sangat pada CPB and Abg Hafizal yang datang melawat aku.  walaupun CPB dalam kedukaan si Farrel kesayangan die eksiden, die tetap tersenyum2 tengok aku yang dah rupa apa ntah..

suami kata mak aku terkejut sebab tak sangka aku bersalin subuh tu. mak cakap, malam tu mak tido dengan lena sangat. mak rasa perasaan lain macam sangat lena tu. Mak tak tahu yang aku kat labour roOm tu berperang nak beranak. suami tak sempat nak cakap kat mak sebelum gi spital sebab dah pukul 1 lebih pagi  kan,  dia malas nak kejutkan mak aku.

syukur...alhamdulillah..akhirnya aku selamat melahirkan. balik petang tu mak CPB yang amik kat spital dengan bapak aku. mak aku buat bubur merah kat umah. masa lawatan tengah hari tu mak aku dah datang so petang tu tak expect boleh discharge, then bila doktor tanya nak balik ke tak, terus aku jawab, Mahu! 

janji Allah tu pasti. sakit bersalin memang sangat sakit. dan ketahuilah bahawa sakit bersalin itu ialah sakit yang bersempadankan kematian. 

oh ya, 2 orang sahabat aku dah selamat melahirkan. kedua2nya baby lelaki. taniah buat Zila and Syaza. 
kami memang plan mengandung sama :) 

sekian, aku nak sambung masuk dewan bicara kes wali hakim, pengesahan nikah and fasakh. 
thanks for reading :)

Wednesday, March 14, 2012

cerita ceriti ibu preggy...

salam semua..
Alhamdulillah...setelah beberapa hari aku macam kekaburan je , hari ni dapat la aku merehatkan diri sebentar sambil menaip tentang entry kali ni.
entry kali ni aku tak tau nak letak tajuk apa, aku bedal semacam je. 

ini cerita 3 bulan lalu :) 
aku dah start mohon cuti awal 2 minggu sebelum tarikh due date aku pda 26.12.2011, so aku akan start bercuti pada 13.12.2011. tapi on 9.12.2011 aku dah balik kampung. eksaited nak beranak. boleh gitu??

11.12.2011 jam 12.30 tgh 
aku tengah asyik membaca novel, masa ni aku baring sambil peluk teddy..
masa aku nak alihkan badan, aku rasa kaki aku tak leh angkat. nak angkat pinggang nak alihkan badan pon aku tak kuat. sakit sangat aku rasakan di bahagian pubik. aku panggil suami, dan suami datang papah aku bangun. aku cuba melangkah memang tak boleh.
suami, terus salinkan aku baju, dan antar aku gi spital. Mak temankan aku gi spital. alahai..mak aku suka buat drama melayu petang2 ... die boleh nangis plak dalam kete. aku ni..lemah sikit kalau mak aku menangis sebab aku. aku terus rasa cam nak balik umah je walaupun masa tu suami dah belok masuk kawasan spital. 

bukak je pintu attendan dah sorong wheelchair,tak payah tanye pape, memang kalau perut boyot je diorang akan tolak labour roOm..*good job Spital BP*

sampai labour roOm misi naikkan atas katil dan mula lah pasang CTG, amik darah, and tunggu jap MO datang..
setelah di soal macam penjenayah, ehehehehe...doktor pon cakap, aku kena Symphysis pubis dysfunction (SPD) 

aku ditolak masuk wad. Wad 9 katil no 9.
seumur idup aku ini lah kali pertama jejak kaki dalam wad spital BP dengan kapasiti ibu mengandung.. aku tak penah lepak spital. senang kata tak penah adimitted lah. aku jarang sakit pon adoi. kalau demam gi jumpe doktor makan ubat dah baik :) 

bermula duk dalam ward, aku diberi suntikan Trama 50mg setiap pagi, petang dan malam. dan suntikan itu buat aku mengantuk. kejap2 aku tidur. mula2 kena tinggal dengan family kat spital, ya Allah..menangis2 aku. tapi takdelah meraung bagai. cuma sok sek sok sek kat atas katil.
mula2 tu manja sikit lah kan....lepas semalaman duk spital aku rasa kuat plak. boleh jalan macam biasa, cuma aku perlu menahan perut pakai tangan. doktor kat spital baik2. tak seperti yang digambarkan sesetengah orang. entahlah eh, rezeki aku agaknyer doktor sume baik2, and memahami. 
setiap pagi ada doktor hensem2 datang melawat, ada Dr Faiz, Dr. Haniff, Dr. Arun ...semua lelaki kan?? hahaha...+ misi2 pelatih yg suka dengar aku bercerita. takde lah bosan kan duk kt dlm wad tu :) 

ekceli, pelatih ni korang janganlah salahkan mereka kalau mereka buat salah. kite memang sakit, tapi mereka perlu belajar, kalau kite tak bagi chance diorang belajar, cane diorang nak jadi misi kan. aku tak marah pon bile diorang tersalah amik bacaan darah aku. biaselah pelatih kan.. +ve thingking.

lepas 3 hari 2 malam bercuti aku pon balik dengan girang :) sebab belum smpai due lagi :) 

23.12.2011 pukul 1.30 pagi (Jumaat)
masa ni aku rasa perut aku mengeras dan sakit. sakit tu berlarutan sehingga sengah jam. aku cuba relaks dan kira contraction. memang dah regular 10 minit sekali. aku relaks lagi. aku mengiring ke kiri, ke kanan, lama2 aku terlelap. 
 4.30 pagi aku dah terjaga semula.
aku duduk temenung..tau2 dah azan subuh.
aku solat Subuh, aku menangis sebab aku rasa cam dah dekat je masa aku nak berjuang. suami plak aku tepon dari malam tadi tak dapat2.. aku tunggu  mak aku bangun sambil duduk dalam bilik temenung..
pukul 8.30 pagi Cik Puan Bunga sampai umah aku, aku minta tolong die hantarkan ke Spital BP. dan again..aku ke spital BP..
macam biasa lah sampai je terus ditolak ke labour roOm. kali ni aku dah pandai panjat katil sendiri, baring dan terus angkat kaki. dah siap2 nak suh misi cek OS. kah kah kah..kelakar kan..kikiki..
senior nurse aku ingat lagi nama akak tu Hamsa, die cek OS, die kata jalan tade langsung. OS CLOSE. masa buat CTG memang contraction aku dah 98-99%, perut menggelodak...then doktor bincang2 nak buat apa dengan aku ni. hahaha...bila doktor decide nak bagi aku painkiller aku ye kan aje. sebab aku rasa cam dah tak larat nak buat pape. Misi baru inject aku tak sampai 5 minit aku terus tido. tido kat labour rOom ok. boleh gitu?? sedar2 je aku dah ditolak ke Wad. 
again..Wad 9 katil 9.
2 hari kemudian aku discharge sebab aku tade rasa kontraksi langsung selepas diberi painkiller tu.  Doktor bagi 7 hari dari due date untuk IOL (ini aku tak tau apa kah istilahnyer...tanye Dr.Najwa)
before balik doktor ada cek OS aku baru terbukak 1cm. so doktor suh balik dlu dan berjalan2 abiskan masa di rumah berehat2....

31.12.2011 Sabtu 11.00 pagi (birthday Suami)
aku gi spital lagi . kali ni aku pegi senyum2 riang. maklumlah tak sakit kan. sebelum gi spital tu aku dah puas pusing satu kampung. nak bagitau aku nak gi spital besalin. (mata ke atas tangan di bahu )
masa sampai kat labour roOm tu, aku senyum2 je gi masuk bilik nak cek. aku dah tau dah, mesti kena kencing dulu, buat CTG, then tunggu doktor nak amik darah. dah tak heran dah aku dengan jarum2 tu. 
Doktor briefing aku tentang induce. risiko2 induce dan komplikasinya. alhamdulillah ...doktor tak paksa aku induce, doktor bagi aku masa nak fikir nak induce ke tak.  tolak masuk wad lagi. ok. kali ni aku jalan kaki gi wad. kalau 2 kali sebelum ni tolak wheelchair, kali ni jalan kaki, senyum2..
Wad 9 katil 8. no more katil 9.. suwey...tak beranak2 aku nanti :P 

petang tu doktor2 berkumpul dalam bilik pemeriksaan, aku ingat seorang doktor india perempuan. sangat sakit ok masa die cek tu. eh, you all..(yg tak besalin lagi) tau tak cane cek jalan ni??
doktor akan masukkan jari dalam kite punya vagina dan buat bentuk 'v' dalam kita punya salur vagina tu. aku mengucap panjang masa die yang buat. 
dari petang tu sehingga malam lebih kurang 6x doktor2 ni cek bukaan. di samping tu mereka2 membantu membuka jalan. prosedur ni nama die SNS. ( ini pon aku tak tau ape maksudnya. diorang tulis dalam rekod aku cenggitu)
sampai malam tu aku dah lembik. sebabkan dah banyak kali seluk, so darah pon keluar...aku kena pakai pad. banyak kali buat SNS ni pon OS tetap statik 1cm.

masa suami nak balik, aku menangis. aku tak tau kenapa aku rasa aku dah tak tahan diperlakukan begitu. mujur misi2 sangat memahami. ada staff nurse tu bagitau doktor aku dah lebih 6x cek jalan, so doktor stop dlu. 

1.1.2012 (new Year babeh) 
hari ni tahun baru dalam 2012, tahun lepas new year aku sambut dengan adik, kakak, and tunang (skang suami) aku. aku dan suami potong kek sama2 coz my birthday on 2 Januari, so kami amik tarikh tengah2 untuk sambut birthday. 
tapi tahun ni, aku sambut atas katil spital. 
pagi ni, ada lawatan dari doktor pakar, aku ingat doktor pakar ni yang turun tengok aku masa aku kena SPD 2 weeks yg lalu. doktor nasihatkan aku untuk terima je Induce sebab die kata, "tak nak tengok ke baby awak?? heheheh.." dan jawapan aku " janganlah doktor, saya masih ada lagi option lain" then semua doktor latihan siswazah dalam 3 orang gelakkan aku. sebenarnye aku takut. induce lebih sakit dari bersalin biasa kata doktor. 

petang tu my best friend aku datang dengan tunang beliau, mak aku pon datang tengok aku. sampai lemas aku tengok mak aku menangis2 pegang tangan aku. aku buat2 tade pape je..
malam tu aku solat aku mohon Allah permudahkanlah untuk aku bersalin. aku dah rasa cam putus asa je sebab dah lebih due tak bersalin2 gak.

Doktor jumpa aku dan again die briefing aku pasal induce. aku bagi jawapan "ye doktor saya setuju"
malam ni aku dah rasa contraction yg light2 gitu. die datang regular 2 in 10 (sebut to inten) 
bila suami balik, aku menangis. sebab aku takut. aku takut kalau aku sakit suami tade kat sisi aku,dan aku mati tanpa sempat tengok suami. 

2.1.2012 (birthday aku ) 
pagi2 sebelum subuh aku dah bangun, buat CTG, then lepas buat CTG aku mandi, solat subuh. aku menangis, menangis dan menangis...aku mohon Allah permudahkan urusan aku. misi panggil aku ke bilik pemeriksaan. aku melangkah dengan penuh gagah. (background lagu kitaro :P )
Doktor yang nak induce aku ni giler kacak. aku dah paisey dah...tapi aku kangkang juga lah kan..bis tu nak buat cane kan..
masa doktor nak masuk ubat tu die cek OS dulu.. what a suprise, aku dah ada bukaan 2cm. sebab kan aku dah ada bukaan doktor tak jadi induce. die suruh tunggu mungkin akan terbuka lagi. menitis air mata aku. Ya Allah..tuhan makbulkan doa hambanya...
pagi tu aku mesej suami,aku mesej Cik Puan Bunga. 

lunch tengah hari tu, aku minta suami belikan aku chicken pop corn + cool blog Oreo. bila suami datang menjinjing beg plastik ada pop corn aku terus senyum2 gembira. 
lepas makan suami balik. petang tu Cik Puan Bunga eksiden langgar tiang. abis kete die remuk. kesian cousin kesayangan aku ni...lepas tarik kete ke bengkel, CPB datang melawat aku kat spital. aku hepi sangat masa ni.  ntah kenapa aku rasa seronok plak. sampai maghrib CPB baru pulang ke rumah dengan suami aku.

sepanjang hari doktor tade cek OS aku. aku pon tade rasa sakit sangat. aku rasa cam sakit senggugut  sakitnyer kerap lah still 2 in 10..
Maghrib tu ada akak tu baru masuk duk sebelah katil aku. dapatlah aku borak2. sebab selama hari ni, wad tu lengang. tade orang sangat, sume masuk kejap je. then besalin. aku je dengan sorang akak tu duk kat wad tu lama..

masa solat Maghrib aku sambung baca surah At-Taubah yang aku baca dari start aku masuk spital on 31hb. alhamdulillah dapat aku abiskan baca surah tu. aku buat nestum. aku mesej suami, tanya kat mana, die kata dia ada di rumah CPB, berborak2 (we all cousin cam adik beradik. lepak2 tu biasa) 

masa ni aku tak tau lah apa yang aku sedihkan. aku menangis lagi. aku solat isyak dan terus aku buat solat hajat. aku mohon dipermudahkan segalanya...aku menangis2 berdoa. aku tak penah putus asa nak berdoa. aku harap baby aku selamat. aku sangat sayangkan baby aku.

dan....
lepas aku selesai solat hajat, aku pon bersiap2 nak tido. tiba-tiba.....

nak tau apa jadi?? nantikan entry seterusnya... :)

Tuesday, March 13, 2012

masih tak sempat. aish.

tak sempat. tak sempat. tak sempat. sempuuuuuuttttt...
ok tak sempat nak update lagi cerita ceriti sakit menangis aku time bersalin. aisey...
aku kena belajar banyak benda untuk aku prepare jap lagi best ofis mate aku ni nak bercuti sebab isteri die nak bersalin. ha...tengok..bergilir2 kan cuti bersalin. :P
dulu time kawin pon sama, bergilir2 cuti kawin.
ouh...how i miss to read my favourite bloggers story..

Monday, March 12, 2012

gua kembali menggegar otak di MSWP.

salam semua!!!!!!!
warh...giler rindu nak berblog. ehem. rindu nak bercerita sebenarnya.
nantikan kemunculan entry hot dari aku. errr...bajet retis lak kan. takpe. aku memang artis (mata ke atas tangan di bahu)
giler aku tk leh menaip dengan kadar 100psm sebab tangan kaku. asik gentel pipi Wafiy je dah keras nak menaip. ah. emosi ah. (ekceli lama sangat tinggal keybord ini lah dapatnyer)
k skang ni aku nak bersihkan bilik aku yang dh macam tempat pelupusan dokumen terperingkat.. daari pagi aku datang aku cuma busy dengan pusing keliling bangunan berjumpa rakan2 sekerja. kan.??? artis tak?? ha...
tak lah aku gi register jari telunjuk untuk scan di mesin punch card. ok dah maju skang ni. tade dah kad2 kuning ke kale male ke tade dah.skang kasi tunjuk tangan kat mesin. (susah ah nak 'kirim pisang goreng' lagi)
hahahaha..
dah dah dah...aku nak mengemas. kalendar 2011 pon ada lagi. botol air aku yang tahun lepas pon masih elok je terparking kat tepi printer ni. aish..(geleng2 kepala)

sangat merindui masa2 baca blog sambil kira baby tendang. :)
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.