Wednesday, November 30, 2011

baby tade jantung.

entry kali agak saspen sikit. bukan aku yang tade jantung atau baby aku. tapi baby kawan aku yang didakwa takde jantung. ish..ish..ish..(geleng kepala)

last week, aku bercuti di kampung, sedang enak aku membaca harian Metro yang merapu tu, aku didatangi mesej (eh. ayat cam novel sastera Interlok pulak)
ok, ringkaskan,
kawan aku mesej tanya tentang klinik pakar wanita area Bangi, Kajang dan Putrajaya. sebagai seorang sahabat yang mempunyai naluri keibuan yang tinggi, terus aku suggest dua nama hospital dan pusat rawatan di Bangi yang konon femes tu *mata ke atas tangan di bahu*
hospital yang aku suggest tu tak bukak so kawan aku pegi pusat rawatan yang ada kat area Bangi tu.

menurut dakwaan kawan aku, let me called her Ekin, 
die senak di bahagian bawah pusat , belah kanan, cam senak2 cam tulah. Dr scan , then Dr di pusat itu cakap ,
"awak gugur ni...baby awak xmenjadi.klu lg seminggu awak xturun darah, kite kene cuci lah.klu x buang nti, awak blh dpt jangkitan."
berguguran lah air mata Ekin bila tau berita ni. well..sape pon ada kat tempat die, mesti menangislah kan. baby die baru 9 minggu. walaupun masih kecil tapi...naluri beb. naluri ibu itu tak lari dari rasa sedih kalau tau anak yang die kandung tu dah tade nyawa.
untuk mendapatkan kepastian, Ekin ni mesej aku tentang permasalahan yang dihadapi (abaikan bahasa Melayu aku yang tetunggang tebalik ni. aku suka beremosi time menaip)
aku tanya simptom2 Ekin ni , sekadar senak2 perut je die kata, then lepas sehari semalam senak tu berkurangan, so aku pon review balik diari aku, (ehem. diari ok. kuno tak??) aku rasa memang aku ada senak2 perut masa usia kandungan bawah 12 minggu. tapi Dr Kevin kata, itu perkara biasa sebab baby sedang membesar dan rahim mengembang..mungkin regangan dalam rahim tu yang buat perut rasa senak. di samping rahim kan berhampiran dengan pundi kencing..
aku cadangkan Ekin untuk rileks dlu, jangan terburu2 amik keputusan nak gi cuci kandungan die yang didakwa tak bernyawa tu.

aku discuss dengan suami, and suami suggest aku bawak Ekin ini gi klinik yang aku selalu pegi ni. mungkin boleh dapat pandangan atau penjelasan lain kan. aku pon kebetulan memang nak ke klinik on Tuesday (semalam) so aku ajak Ekin sekali.

Masa kat klinik tu Dr Kevin dengar cerita Ekin, die tak bagi harapan yang tinggi kat Ekin samada baby die hidup atau tidak sebab Dr kata memang kadang2 ada baby yang gugur di dalam perut tapi tak keluar sebagai darah tapi dia berlaku pendarahan di dalam rahim. masa Dr Kevin bagi penerangan tu aku yang dengar dengan penuh khusyuk and tawadhuk ah. aku memang suka input2 ni ... aku dengar lagi Dr kata,  mungkin juga baby itu tak normal sebab tu die tak menjadi. tapi apa2 pon Dr minta Ekin di scan dulu.
masa ni aku rasa detik yang paling mencemaskan, saspen and aku rasa aku dapat kirelah degupan jantung aku. cam nak berhenti tau. yelah...nak tau keputusan betul ke baby Ekin dah tade?? gugur dalam kandungan??? aku tengok Ekin pasrah je baring atas katil tu, aku dah berdoa aku harap semua ni mimpi je...
bila appear je kat screen, ada kantung dan ada seketul daging yang ditengah2nyer ada jantung yang sedang develop well, aku rasa bersyukur amat. teramat sangat. aku mengucap, aku istifar, aku urut dada banyak2 kali...Ya Allah..baby Ekin ada lagi. SELAMAT!. selamat ok. selamat! bukan tak menjadi, bukan tade jantung, bukan sekadar kantung je yang membesar, dakwaan Dr kt pusat rawatan tu sama sekali TAK BENAR.
Ekin, tentu2 sekali bersyukur teramat sangat. baby die selamat. degupan jantung baby 171 bpm.
lepas tu Dr bercerita2 dengan Ekin aku dah tak dengar sangat sebab aku sebok bergosip dengan Kak Muna, assitant doktor , sambil gossip minum air gula. *jangan lah tanya kenapa kena minum* hahahahaha...
 
before this aku dah dengar 2 kes tentang  pusat rawatan tu tapi aku abaikan je sebab pada aku itu mungkin nasib atau bahagian masing2 kan. tapi bila terkena kat Ekin, Dr tu just simply bagi conclusion cenggitu, aku rasa cam...aish...tak bleh lah.
tapi ada juga yang seronot2 dengan tempat tu. yelah mungkin ini bahagian Ekin kan. tapi pada aku better have a safe side. tak mau aku suggest lagi tempat tu kat orang. kang tak pasal2 je jadi benda yang tak diingini hanya kerana sikap doktor yang cek lebih kurang then jump to conclusion. 
alhamdulillah...walaupun aku tak lah kaya, dan ada duit yang banyak tapi aku bersyukur setakat hari ini aku berusaha sehabis baik menyediakan yang terbaik buat anak aku. aku percaya ibu2 kat luar sana pon akan menyediakan yang terbaik buat anak mereka. 
hah, kawan2 yang lain nak tau apa nama tempat yang Ekin pegi tu?? 

Friday, November 25, 2011

kebersihan kan sebahagian dari iman :)

assalamualaikum readers aku yg disayangi. yg mana berdaftar secara rasmi lah kan. yang stalker...aku pon sayang juga :) hehehehehe...silent readers lagi aku sayang sebab sudi baca blog aku :) heheheheh..
pagi tadi ada gotong royong perdana sempena majlis perasmian oleh Yang Di Pertuan Agong ofis baru aku. (baru lah kan..)

bahagian aku ialah sekitar kawasan landskap dan kolam pancut. eh. ini panggil air pancut ke kolam pancut ah?? aku tak tau lah. tapi area tu lah kan. pic tak de sebab hp aku mampus. b3 kOng..cish. :(

dengan perut yang besar berisi seorang budak comel ni aku mengelilingi kawasan kolam pancut sambil dibantu oleh Afiq untuk kutip sesampah yang ada. macam2 ada kat area kolam pancut tu. taik kucing pon besepah2. 

sepatutnya gotong royong ini akan berakhir jam 5.30 petang, tapi aku benti setakat tengah hari je, mane tahannyer panas bawah tu, aku pula berkeadaan begini.aku kalau setakat cabut2 rumput ni perkara kecik pada aku, tapi tu dulu lah kan.. aku memang suka bersih2kan kawasan ni. aku tak suka tempat kotor, besepah, semak and bersampah2.
aku memang TAK SUKA . 
jadi gotong royong adalah salah satu aktiviti yang menyeronotkan :)
kebersihaan kan sebahagian dari Iman..jadi jagalah kebersihan rumah, tempat kerja dan diri sendiri ya.

ouh ya..bagi yang perempuan2 ni, kalau korang basuh barang personal korang tolong lah balut dengan tisu or else surat khabar atau kalau boleh sorok2kan lah kalau nak buang dlm tong sampah eh. kalau boleh hormati benda yang keluar dari badan kita itu sbaik mungkin, memanglah kau dah basuh, tapi ia tetap melambangkan siapa kau kalau kau buang sepah2 ok. ish..lagi satu, pada kau mungkin bersih sudah, tapi bagi orang lain ia mungkin tidak. so janganlah sepah2kan jeli pad / pantyliner kau kat atas lantai, jangan buang sampah makanan dalam tong smpah sanitary. sila, kenal pasti tong sampah itu ok. kate keje gomen.

please lah...aku ni bukan lah nak mengata, tapi kalau dah berlaku depan mata, kadang2 geram juga. bukak2 tong sampah nak buang tisu ada plak panty liner tenganga kan..
kalau korang?? lalu tak nak pandang?? lalu?? lalu??
kalau lalu memang terrror :) tapi tidak pada aku!
memalukan tahu!

Thursday, November 24, 2011

tak punya masa yang panjang

masa tak cukup nak bebel2 kat blog ni. walaupun dalam fikiran aku dah berbagai2 entry hasil dari monolog dalaman aku setiap hari, tapi tak dapat lah nak aplod. :) 
aku bz sikit. tak delah bizi sangat. tapi aku jenis apa aku buat, aku suka fokus. tak suka buat sikit tinggal men blog, tinggal men FB, nnti sambung lagi..tak suka cenggitu.
mak aku marah kalau aku suka buat keje tangguh kejap then buat benda lain baru buat lagi benda tadi yang ditinggal. kalau nak buat, buat abiskan. kalau nak benti, terus benti..
ye. org Jawa banyak pantang larangnyer. tapi jangan lah anggap kami ni suka berpantang2 ni percaya benda2 karut ok. mak aku ajar aku cara gini supaya aku menjadi orang yang lebih fokus dan bertanggungjawab terhadap tugas aku :) see?? indahkan budi bahasa orang Jawa?? 

nak solat Zuhur dulu lah ye. doakan aku selamat ye kawan2. sebab aku dah rasa tak best je lately..
sakit pinggang kerap datang tapi tak begitu kuat. datang2 dan hilang....

Wednesday, November 23, 2011

selamat pengantin baru bestfwen!

20.11.2011 
tarikh ni memang cantik ah kan...
bestfwen aku , dari kecik smpai skang ni telah pon selamat mendirikan rumah tangga pada tarikh cun ni :) taniah epi :) 
malangnyer aku tak dapat balik kampung kerana hal2 yang tak dapat dielakkan.
siyesly aku sangatlah gembira bagi pihak kawan aku yang dah selamat bergelar PUAN :) 

taniah Puan Fizie Lyana binti Abd Wahab. akhirnya dia kini menjadi milik Iszuan Ahmad selamanya :) 



base on pic2 yang kengkawan aplod memang terasa kemeriahannya lah kan ..
teringat masa diorang pakaikan aku inai, teman makan mee bandung...ouh..pengantin keluar malam curi2 nak gi makan mee bandung..kau ado?? aku je lah tu :P 

sepanjang hari Ahad lepas, aku cuma temenung and memikirkan betapa lah meriahnyer majlis..pagi2 aku dah mesej kawan aku Ani :) aku suh die smpaikan salam pada pengantin :)  aku nak mesej thru pengantin je tapi aku dulu jadi penantin aku tau lah cane bznyer...
ade lak kau masa nak tengok2 hp kau. so aku msg kawan aku yang menjadi orang kuat majlis tu je lah kan :) 
suami pujuk2 aku sabar banyak2...die minta maaf tak dapat hantarkan aku balik kampung kerana tuntutan keja2 dia..kesian aku :(

ouh ya...aku pon baru je nak baik dari batuk. sepanjang minggu lepas aku  dah macam Tam Spider ah. suara serak2 basah. seksi je bila sebut kes kan....

sebut pasal kenduri kawin ni, aku dan suami jarang2 sekali menghampakan pengantin yang menjemput kami kecuali faktor2 yang tak dapat dielakkan. yang memang dah try abis baik ah pusing sini, pusing sana tak boleh selesai gak, barulah kami tak pegi.. kami menghargai jemputan kawan2, begitu juga ketika kami bersanding, kehadiran kawan2 tu lah yang buat kami rasa dihargai. 

kalau pon tak dapat pegi, aku akan cuba kirim something pada kengkawan yang pegi.
aku dah melaluinya dan aku tau cane perasaannya bila kite tengok orang datang rumah kita, kawan2 yang jauh2 datang ke rumah..memang terharu. lagi terharu kalau kawan2 tu datang ikhlas beri hadiah ..masa bukak hadiah tu lah baca kad2 diorang rasa cam nak nangis..

aku tak berdendam dengan orang yang tak datang majlis aku, esok kalau mereka kahwin, (kalau aku dijemput) aku akan cuba datang. its ok. setiap orang ada alasan kenapa tak dapat datang kan. menyampah pon boleh jadi alasan kenapa tak datang kan :P 

and aku tak suka lah nak ungkit2 benda lama. for example kau pegi majlis kawan kau jauh2 nu kat Utara ke Pantai Timur ke kan, tiba2 time kau die tak datang kau pon mula lah mengungkit2 kesal dengan tindakan kawan kau tu tak datang majlis kau..aku BUKAN jenis yang begitu. dont worry..aku seorang yang open menerima alasan orang lain. bukan sekadar menghukum tapi jelas kenyataan kita kadang2 orang anggap sebagai alasan semata2. tapi kalau memang dah tak boleh nak elak, nak buat macam mana?? kita bukan ada super magic boleh puaskan hati semua pihak kan :P 

suami akan hantarkan aku balik kampung on dis Saturday lepas appointment dengan gynae. cish. kena juga jumpa ingatkan boleh postpone.
boleh lah aku pegi majlis kawan aku tu kat belah husband dia...nilah bestnyer bila kahwin sekampung, satu sekolah dan satu daerah. senang kawan2 nak datang merai. 
tak sabar nak pegi. tapi..tade baju :( baju dah tecit2 ah. 

baju sudah banyak yang lusuh kerana kerap kali digunakan. *geleng2 kepala*

Thursday, November 17, 2011

batuk. adoi ai.

mane tah dapat penyakit ni. tau2 bangun pagi tekak dah sakit. perit. dah 2 hari gini. last2 ini hari aku punya suara macam tam spider.
terus feeling2 nak nyanyi lagu kita satu (ost cinta elysa) kat dalam court. 
lepas semua kes selesai, bos dah gi bilik dia, afiq pon dah blah, aku nyanyi sorang2 dalam court. 
'kita telah ditakdir bersama..untuk hidup di dunia...
malam siang kita jadi 1...' 
aku dah tak heran lah kalau boss aku dengar suara aku dari bilik die. gua tensi. tensi tau. tensi sebab ramai orang cerai. hahahaha..org nak cerai aku yg tensi. kah kah kah....

ouh ya..
tadi pagi, masa tengah jalankan sebutan / bicara, boss tiba2 nak mintak take 5. biasanya bos kalau mintak take 5 ni time dah kul 11 lebih ke..ni  baru jalan bape kes dah stop 5 minit. ish..
then tiba2 je afiq amik semua fail atas meja yang belum dipanggil bawak masuk bilik boss aku. 
aku ingatkan boss nak sorting balik fail tu mana yang die nak sebut and panggil dlu , mana yang die nak sebut kendian kan..tapi salah lah tafsiran aku.
masa aku nak gi toilet aku ikut shortcut bilik bos, then bos gitau aku, 

boss : tasha, saya rasa panas betul lah duk kat ateh nu..telinga saya bedesing ...mata dok mengantok...
aku : lah..ekon rosak ke??
boss : bukan. saya rasa lain macam lah.
aku : hah?? boss, ada unsur mistik kah ini??
boss : tak tau nak kata la..takpa ar..saya p solat sat. sat gi kita mula balik.

aku dengar je boss cakap cam ni, terus rasa tak sedap hati. ye lah..aku carry baby kan..benda2 tak elok ni suka kat baby. ah..takut lah..gi toilet kencing laju2...then masuk ofis duk tenangkan diri. 

bila mula kes semula, aku rasa biasa je...alhamdulillah tade rasa pelik2 plak.
kalau kat ofis lama dulu kadang2 ada garam kat koridor ofis, serpihan2 kemenyan ...kadang2 tu bau kemenyan tak pasal2..hahaha..tapi itu kat ofis lama..kat sini baru ini yang terjadi. 

aku tak suka nak terlalu percaya dan tak suka juga terlalu takbur kata tak percaya. in the middle.

Tuesday, November 15, 2011

ini entry untuk orang nak kahwin je :) tak kahwin pon boleh baca lah :)

salam :) pagi semua kawan2..
*entry bermanfaat haruslah dimulakan dengan berhemah*
ari tu aku duduk2 lepak ada lah kawan tanya cane aku punya preparation untuk kawin dlu2..
soalan tu memang soalan yang memungkinkan yang tanya tu muntah darahlah sebab..kalau tengok majlis aku yang simple dimple tu tapi menelan belanja yang ...ok2 tak mau citer tapi sekitar 20K++ kedua2 belah pihak lah kan..

siyesly...
kalau kau tade simpanan, mahu pon tabungan boleh je berkunjung ke  
Bank Rakyat bank pilihan bersama
kalau kau kahwin dengan anak orang kaya itu berkemungkinan kau layak untuk menggunakan duit sendiri, tapi kalau setakat keje tukang taip surat cam aku ni, tade kau mampu lah nak kahwin. kumpul duit bertahun2 pon tak tentu leh cecah sejumlah amount untuk majlis idaman kau. kecuali lah kau terlibat dengan MLM kan..tapi itu pun starting modal korek kat bank juga :) kah kah kah  ...

first of all, pastikan duit sudah ada, dan barulah kau senang hati nak pegi sana sini dan book pakej andaman , photographer and so On.

aku selak2 diary aku terjumpa lak list yang aku buat before kahwin dlu, hahaha..tak leh nak aplod lah kan nnti kantoi ape yang aku tulis. dah lah tulisan cakar ayam. kang tebalik kerusi masing2 ketawakan tulisan aku.

pihak aku, 
1. mak andam 
2.hantaran (hantaran aku hantar kat orang buat, aku tak larat buat sendiri. takde masa ok)
3.belanja majlis (dari sebelum majlis sehingga selesai pulangkan barang2 , kena tahu berapa ramai yang nak dijemput, baru leh bajet jamuan bape paks)
4.PA sistem (kalau tak nnti majlis kau macam majlis orang mati, senyap sunyi je) 
5.cameraman. (cari yang bebaloi, jangan cari murah sangat nanti kualiti pon ke laut,)
6. Goodies (ini kena cari yang betul2 sesuai dan mengikut bajet kau lah kan...)
7. lauk pengantin (ini sgt penting, kena ada menu, kalau tidak mahu jap lagi kau makan hati ayam goreng je kat meja beradap tu )

ini list yang wajib, tak termasuk sampingan yang lain, yg mana adik kau nak pegi kedai minyak motor tade ke, wat so ever lah..

di pihak suami pulak, 
1. mak andam ( aku terpaksa guna mak andam berbeza sebab umah aku JOhor suami plak Ampang..)
2. hantaran (pon sama antar kat orang juga...)
3. belanja majlis (dari sehari sebelum majlis till majlis selesai)
4. P.A sistem
5. Cameraman (ada orang sekali dengan tempat perempuan, means die guna cameraman yang sama , lebih jimat)
6. pengangkutan untuk ke rumah pengantin lelaki, 
7. penginapan sementara ( rumah ni penting. kalau sebelah kampung je memang jimat lah kan. kalau kena cam aku ni...kena ada rumah persinggahan untuk ahli keluarga berehat2 solat dan sebagainya sementara menunggu persandingan.)

ini baru sikit..nnti kalau ada sampingan2 lain, nak beli itu lah, beli ini lah....
Duit??? memang laju macam air. kadang2 kau tak sedar pon kau beli itu beli ini eh, duit kau dah abis. hahahaha...
pada aku , majlis aku tu simple je..tade lah grand sangat. pelamin tadelah woW hebat!. biasa2 je..
aku rasa dalam ramai2 majlis kawan2 aku , aku punya yang pling simple kot..hahaha...

pening tak baca?? kalau yang baca pening, lagi lah yang nak kahwin :) 
mane yang kawin sebelah kampung, memang siyesly jimat lah. tak termasuk kos penganngkutan dan penginapan , kalau ada hulur2 duit minyak tadelah sampai beratus2 kan..
kalau kena yang utara selatan tu...ouh...siyesly mencabar. 

sape kata kahwin tak penat???
wah..heavenlah kalau tak penat. mesti merasa demam lepas majlis. dlu aku demam masa nak majlis rumah suami. bersanding dalam keadaan badan tak sihat..tapi kuatkan juga..kalau tidak...mau pengsan. cish.

lebih baik majlis kita ini ada yang handle a.k.a project manager. senang..apa2 kau refer pada dia, je. kalau semua kau uruskan jadi cam aku lah...pening. sakit kepala, letih macam2 lah..
tapi the best thing are, kawan2 aku yang sudi datang pakaikan inai untuk aku, 
yang sudi teman kan aku khatam Quran, temankan aku sampai aku sanding,  yang paling terharu, yang jauh2 datang meraikan aku, memang terharu giler...
saudara mara yang banyak membantu...ouh..time anak dara dlu aku tak reti nak pegi rumah sedara  kan..duk umah je alasan aku , "malu" bila aku kahwin, ramai saudara yang datang baru aku tau, betapa aku sangatlah tak patot bersifat begitu :) 
hahaha....jangan jadi macam aku ok :)
so pada kawan2 yang akan menamatkan zaman bujang ini serba sedikit list aku, aku memang tak leh nak listkan semua, mau 3 page tak abis taip ni. apa2 yang menjadi tanda tanya boleh je tanya aku sendiri atau mesej jelah kan..

eh. sape kawan2 ??? aha...ceteka ceteka..

ini masa tunang :) 
ini lepas nikah, khatam Quran
masa sanding :)
persalinan jawa :) wajib ada.
sesi shoot suka hati :)
outdoor Taman Botani Sri Medan.
kat rumah suami :)
outdoor Putrajaya :)
dah. abis.

Monday, November 14, 2011

abang bangun lah!

ok, cabaran betul lah kalau kejut suami tapi die buat pekak je. 
dah berapa hari ni suami susah betul dikejut.
*suami dah bagi kebenaran aku aplod citer ni. takut nnti ada orang kata aku citer aib suami plak*

Sabtu pagi, aku bangun Subuh, aku tengok suami masih tido, aku bersiap untuk solat dlu, before aku gi bilik solat aku kejut suami, aku nampak dah riak2 die nak bangun , dah teguling2...aku berlalu tinggalkan suami kat bilik utama..

lepas solat aku masuk bilik aku tengok suami begumpal dengan teddy and berselimut lagi....
ouh..suami..sengaja nak cari pasal dengan aku. 
aku cium2 suami aku penuh rakus sampai die tekejut. then die terus duduk ...

suami : " tekejut abang ingatkan sape nak rogol abang tadi" 

aku : *mata tekebil2 * (rogol??? please...kalau dgn rupa suami yang baru bangun tido + peluk teddy, tade orang nak rogol de..taklalu  kot..)

lepas kejut suami dengan cara romantik maniac, aku pon sambung tido, 
aku boleh termimpi gempa bumi...

masa tu aku rasa aku sedang tido, dan tiba2 aku rasa rumah aku condong , aku kejut suami suruh bangun tapi die tak mahu bangun,dalam rasa kecondongan tu aku kuatkan diri bangun dan tengok ke tingkap, kenapa rumah aku cam pokok nak tombang je ni, then bila selak langsir, aku tengok air tasik putrajaya dah begulung2 tinggi kale hitam nak menghempas tepian, angin kencang, awan gelap...
aku goncang2 suami aku suruh bangun, tapi die still mendiamkan diri...
aku pangku kepala suami, aku goncang2 badan dia, aku berdoa Allah selamatkan anak aku dan suami aku...

*tup!*

dah tesedar.

bedebar2 jantung aku..bepeluh2 muka aku...aku tengok jam dah kul 10 pagi. masya allah...
aku kejut suami aku, pastu dalam dalam suami mamai2 tu aku ceritakan mimpi ngeri aku. then suami ketawakan aku. die kata aku pengaruh tv...sebab selalu suami suka bukak channel kat astro tu, Mega Disaster.

keesokan harinya...aku nak kejut suami semayang subuh lagi, macam biasa die tegolek2 dlu atas katil..beguling2 dengan teddy2 dia...
aku geram, aku jerit ...

aku : "abang...gempa bumi..bangun bang..." 

suami tekejut dengar suara aku terus bangun. 

suami: "ingatkan raksasa mana lah tadi"

raksasa die kata aku???

Friday, November 11, 2011

episod : mari mentekedarah.

semalam, tunang bestie aku komen kat wall aku . "pisang" ini je word die taip. tapi...ia sudah cukup membuat aku membayangkan pisang yang masak, dan dimakan begitu saja..ouh..enak2...
dalam pada keenakan tak terhingga itu, aku pon teruslah menyuarakan rasa hati kepada suami, aku cakap aku nak makan pisang. mybe aku nak buat pengat pisang. suami aku kata ok je..

maka, balik dari keje semalam, merayaplah kami mencari pisang di Presint 8. kat mana lagi kan nak cari pisang kat area rumah aku ni. nak cari pisang dan parking yang senang, kat situ je lah. kalau kat Ampang dulu keliling umah aku kedai berderet. kedai jual keranda pon berhampiran rumah...ahahahaha...

selesai beli pisang, aku potong2 pisang itu tanpa rasa belas kasihan. gebu2 pisang ni. aku beli pisang berangan je. aku rasa pisang ni je available untuk sesi pengat aku. nak bli pisang emas, kecit2. ijau lagi. lagipun aku tak bape suka pisang mas. tak mantoP. pisang berangan memang superb. *cuba bayangkan pisang kat kedai mamak*

ini hasilnya : ) 

siap ada bubble lagi



syg aku ni...orang baru nak makan die punya dah abis. dah tu tengok tv manjang.

lepas kekenyangan makan pengat, kami pon tidur.. :)

ini lah gara2 komen "pisang" dalam FB aku.
ini hari sape tengok wall aku..kongasam betul...ramai pulak yang komen sal makan. argh...
aku dah bekira2 ape benda aku nak makan malam ni. cish..
pape pon thanks to Badrul Hanapi memang terbaik komen beliau. melekat kat dalam perut aku pisang tu :)

Thursday, November 10, 2011

ini cerita orang kedekut.

salam readers :)

kedekut?? itu memang salah satu dari 10001 sifat aku. aku tak malu nak mengaku aku ni kedekut. weh2..aku ni orang susah okeh. bukan orang senang..yg mana duit bertabur atas jalan, jadi bila ada duit aku memang menghargainye. dan aku..suka sangat menabung duit syiling *mata di atas tangan di bahu*
suami akulah yang suka menabung. aku tolong kirekan aje. :P

hari ini aku ceritakan bagaimana aku labelkan diri aku sebagai kedekut. 
ok, gini2..
masa aku anak dara dulu, seluruh gaji aku, aku akan bahagi2kan kepada mak ayah , kereta, rumah dan expenses peribadi aku. tapi nowadays...gaji aku hanya diperuntukkan untuk kereta saja.ni nak ada baby ni, so gaji aku aku abiskan tanpa rasa bersalah untuk bayar kereta dan beli barang2 baby :)
suami aku sangat berjimat orangnyer....die boleh keep gaji die till ujung bulan dengan expenses2 sampingan aku, makan pakai aku, kete, rumah dan sebagainya..
ok ini bukan apa yang aku nak cerita. dah2. tak mau cerita pasal duit gaji aku. tak baik. nnti menimbulkan riak dalam diri.

aku memang kedekut, tapi, untuk ilmu aku memang tak berkira. aku penah beli majalah tentang kehamilan and rumah tangga dan ditegur oleh seseorang
"larat kau beli tiap2 bulan majalah ni, kau baca ke??"
"bacalah kenapa??"
"satu je dah berapa, tengok dekat 10 hengget , buat makan kenyang."
"aku suka membaca ...nak wat cane."

pada aku lah kan...pada aku..aku tak nak compare dengan orang lain, sebab orang lain , lain rezekinya. aku memang tak berkira dengan duit kalau benda itu mendatangkan manfaat kepada aku. aku tak kisah kalau majalah atau buku yang aku beli itu harganya puluhan ringgit, asalkan aku puas dapat membaca dan mengambil ilmu di dalamnya...

kenapa berkira untuk benda yang akan kekal dalam diri kita sebagai panduan, rather dari membeli kasut, handbag, baju mahal2 kalau semua itu satu hari nanti akan tenggelam dek fesyen yang berubah???

aku tak tau kenapa otak kedekut aku ni tak mengambil pusing hal2 tentang fesyen2 ni, aku bergaya sekadar yang aku mampu dan aku lebih suka abiskan duit aku ke jalan yang aku fikir lebih baik.
aku percaya setiap orang lain pendiriannya..terpulang lah kan..

tapi..bila epidural dengan induce tak boleh nak beza apa benda tu, nampak tak betapa kau tak suka membaca, dan tak suka ambil tahu??

hal2 lain rajinlah pulak apdetnyer...tapi berkaitan dengan info2 kesihatan, info2 rumahtangga, tade plak kau nak amik pusing. hahaha...tu sebab aku ni suka cakap kat diri aku, biarlah aku bergaya asal ada, membeli belah semampu aku yg penting aku tak nak dipandang rendah hanya kerana otak aku yang tak digunakan dan tak dijana dengan baik. ahahahaha...

kalau aku nak berhibur pon aku akan pastikan tabungan aku cukup sebelum aku fikirkan hiburan. ahahaha...takdelah aku sebok plan holiday sana sini setiap masa, aku dan suami selalunya merancang sesuatu walaupun take time nak tuju ke plan tu asalkan kami punya simpanan yang cukup. suami banyak ajar aku tentang berjimat cermat. how to use is more important than how to find your money. ini suami aku selalu ingatkan. macam mana guna duit itu lebih penting dari macam mana nak cari duit. kalau duit ada tak reti guna, ke laut lah kan...even sikit rezeki yang ada tapi kalau bijak berbelanja itu lebih berbaloi2.. :)
sekadar renungan dan ingatan kepada diri sendiri, dan juga kawan2 yang lain, berbelanjalah dengan bijak. sekarang living cost makin tinggi, dan gaji kita naik sekalipun sara hidup tinggi, jadi berjimat cermatlah untuk elakkan masalah di kendian hari. :)

dah . nak gi makan. tah apa2 aku karutkan . nnti kalau aku asik apdet sal baby aku org kata poyo lak. macam aku sorang je rasa mengandung :P

Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday

kesayanganku

Friday, November 4, 2011

nak balik beraya lah :)

aku nak balik beraya dah petang ni. harap2 semuanya berjalan lancar. aku rindu kat anak buah aku. ouh..aku tak buat entry pasal anak buah aku sebab masa aku mengandung sehingga kandungan aku mencecah 5 bulan lebih..aku tak boleh tengok die. aku tak tau kenapa aku tak boleh tengok. aku geram. bila die nangis, aku angkat die diam..tapi..die tak nak lama dengan aku. mak aku kata, ia ada kaitan dengan jantina anak aku. entahlah..aku sebat je hug2 die even die tak suka..tapi raya ari tu aku balik, ntah kenapa aku rasa suka sangat dengan dia....ouih..naluri keibuan udah datang dong ah :) 

selamat hari raya aidiladha buat semua. 
semoga semua bergembira dan tiada berita2 tak best didengar naik raya nanti :) 
dan yang paling best ialah aku dapat berhari raya dengan suami and kini kandungan sudah 7 bulan lebih. raya aidilfitri ari tu baru 5 bulan lebih. tecit lagi perut. skang..nah kau.....

sebab perut dah besar, dan badan dah berat, aku punya kapasiti kelajuan bergerak tu agak terbatas membuatkan aku bergerak agak slow. untuk bergerak ke tingkat basement (parking) dari entry ni di aplod aku akan berjalan mengambil masa 15 minit. :) kenderaan berat dan berbahaya lah kategori aku ni. selalunya suami akan jalan depan. aku jalan belakang. takpe..aku tak kecik ati sebab aku tak larat nak ikut kaki dia...
ouh..buat sahabat2 yang dikasihi , nad, shima, ajar and liana syg hati2lah balik kampung.
buat sahabat2 yang preggy, zila and saza , selamat pulang bersama perut masing2 :)
buat yang tade perut tapi ada hati nak kawin, selamat pulang juga :) kikikiki...
ini nama dia abby , nama betul dia arba'iyah (tade kena mengena dengan abby abadi ok) wajib ikut aku mana aku pegi.

ok nak balik lah :) bye :) 
selamat hari raya aidiladha :)

Thursday, November 3, 2011

baby saya....

assalamualaikum ...
hari ni aku akan ceritakan tentang kerisauan dan kebimbangan yang aku lalui minggu lepas. 
seperti di entry lepas aku , aku berjanji menceritakan tentang baby aku yang ada masalah :( 

hari Rabu lepas aku gi KKIA untuk appointment biasa ,  tade cek bP sebab 2 minggu lepasnya aku dah buat semua tu, aku datang2 letak kad dalam bakul merah tu terus misi suruh aku gi kencing je. lepas kencing aku tunggu no aku kena panggil lah kan..dari kul 2 lebih till kul 4 baru aku dapat masuk jumpa misi. ramai orang mengandung skang ni. musim mengawan ke hape tah kat Putrajaya tu..abis semua tebojol je..

aku nak amik pic buku rekod aku tapi tade medium nak aku sampaikan ke PC ini utk di aplod. hp ayam  aku yang aku selalu guna buat aplod tu suami aku guna, sebab...iphone die tu poblem ah. letih aku nak jelaskan. yg penting, itu memang command problem for iphone. cish.

masa tengah cek perut aku, misi tekan2 nak cam kedudukan baby, mula2 die kata kepala anak dah masuk kat laluan dia, means die di bawah dan kaki die di atas. macam baby dah cukup bulan tu..
tapi bila die letak doppler tu tak dengar jantung baby..die dah buat muke tak best (tak tau nak describe)..

"mana pulok jantung baby neh , " 

aku lagilah panik..jangan lah nak cakap anak aku jadi apa2 kan..then die galih2kan doppler tu..
die tekan2 lagi perut aku..

tekan punya tekan, tolak punya tolak, die cekut satu benda 

" ini kepala dia" 

ouh..lega aku..
die letakkan doppler kat area tu then dapat dengar heartbeat baby 144 kelajuan dia. misi kata normal. tapi...

" anak awak ni breech ni. sebab kepala dia kat belah kiri perut awak, then punggung iye kat kanan. die ni telangkup ni" 

aku diam je. tapi dalam hati aku tuhan je tau.cam nak gugur air mata aku.  aku tak cakap pape pon aku diam je. aku ni jenis kalau tekejut ke, tersentap ke, aku terdiam. take time aku nak bersuara semula. aku baru je tesentap hati dengan situasi first tadi, ni die cakap anak aku breech pulak. aku tak salahkan misi tu. die buat keje dia, aku yakin dia pon tak berniat nak takutkan aku kan...

bila misi lagi sorang tengah cek patient lain die dengar sal breech tu ,

misi 2 : kenapa nye?

misi 1 : baby iye breech. melintang. muko kiri, punggong kanan

misi 2 : bape minggu doh?

misi 1 : 31 minggu. 

misi 2 : ouh..baru 31 minggu tak po lagi. nanti maghi cek lagi 34 - 36 minggu tengok masih breech lagi dok.

walaupun misi kedua tu cuba nak tenangkan aku, tapi aku tetap resah. aku buat muka coOl je,senyum2...cam tade pape..tapi..Allah je yang tau cane perasaan aku. breech ni tade masalah nak besalin, tapi aku kena C-sec, aku tak mahu....aku tak mahu..aku nak deliver normal.....

aku tanya misi tak nak bagi aku jumpa doktor ke, scan ke tengok betul2 ke baby ni melintang, tapi misi kata tak payah. so aku balik je la. keluar dari bilik misi tu aku masih boleh tersenyum dengan suami. macam biasa suami tanya ada apa2 complication ke ape2 masalah ke, wat so everlah..aku rasa pertanyaan die tu melalui gegendang aku sekali lalu je. aku senyum lagi...tapi aku tak cakap apa2..
dah sampai rumah, baru aku cakap..
suami aku itu jam juga nak bawak aku gi private kinik aku every month tu. die nak tengok betul ke baby aku breech. die dah resah. aku cuba tenangkan die, even aku sendiri tak tenang.

perasaan ibu mengandung ini terlalu halus dan sensitif. kau salah cakap ke, kau salah tegur ke, kau salah sikit je memang bisa menyinggung perasaan aku..sangat sensitif ok. jadi pada sesiapa yang ada kakak, adik , yang preggy jagalah hatinya ok. jangan disakiti even dengan memek muka...

aku minta suami bersabar dan aku suruh dia tunggu hari Sabtu utk appointment dengan klinik private, 
on Saturday itu, aku pegi ke klinik Dr. Kevin, macam biasa..doktor tanya keadaan aku sihat ke tidak, makan cukup tak, cek darah, tekanan darah aku rendah sikit dari selalu, then scan baby...
baby tak breech lagi. die berada di kedudukan yang betul. kepala kat bawah dan kaki di atas.
ahaha..lega..lega..lega..suami pon tersenyum lega.

Dr. Kevin ialah seorang pakar O&G lulusan UM dan  berpengalaman dalam bidang ni hampir 10 tahun, dia baru kahwin, die sangat baik dan memahami. dia suka ikan. abis bilik die bau ikan sebab dalam bilik tempat aku di cek tu ada akuarium besar yang dalamnyer ada macam2 ikan. dalam bilik scan yang gelap gelita tu pon boleh ada akuarium. mana2 pegi kat dalam klinik tu ada je ikan. doktor banyak bagi support kat aku. 

sekali lagi baby syg ni tak mahu tunjuk muka die. die bagi tengok kejap je lepas tu die tutup muka dia and kepala die dipusingkan sampai die mengadap tulang pelvik aku. memang tak nampak lah sebab die dah pusing belakang. tunjuk bontot je. aisey..ini perangai sape lah die ikt ni...*buat2 tak tau*
even sekejap, dapat tengok dia, Dr kata muka baby macam bapak die, bibir sedikit tebal, tembam dan berat sudah 1.5kg sekarang :) patotlah bila dia mengeras aku rasa cam nk kejongor, ( tegolek) rupanya die makin berat dah skang..aku pon rasa berat je nak hangkut perut ni. nak bangun dari duduk pon kena paut kiri kanan :) hahaha...

ada yang tak best! aku kena buat MGTT untuk next appointment dengan Dr. Kevin. tulah..sape suruh mentekedarah yogourt before check up, kan dah trace gula dalam urine. abis aku kena buat MGTT sebab Dr Kevin kata dah dua kali die trace aku punya gula tinggi sikit dari biasa..kesal.kesal.kesal.
aku pesan kat doktor, air gula tu letak perwarna  . bagi ada kale2..barulah feel nak minum. kah kah kah..doktor senyum je..geleng2 kepala.

balik dari klinik, untuk proses recover diri aku , aku pegi Jusco IOI Puchong, pegi Daiso ...ahahah...gigih mencari kedai ni sebab CPB kata kedai ni semua harga barangnyer cuma RM5. cuma RM5 ok. beli apa pon RM5. aku dapatlah rembat macam2 kat sini. yang comel2 ...stokin untuk berpantang and many more :) best giler..

ok dah abis citer sal baby aku. aku harap sangat baby aku selamat dilahirkan. aku skang ni pasrah je care mana die nak keluar, kalau terpaksa aku korbankan nyawa pon aku sanggup..demi seorang umat Islam yang akan lahir meneruskan kehidupan dan generasi aku :) 

ok. kak safiza datang antar barang Cosway. jumpa lagi next entry :)
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.