Monday, October 31, 2011

kebosanan terubat juga :)

salam semua readers :( mesti readers i semua dah tak jengah blog ni sebab...dah lame kan tak honline. ini sume sebab..intetet (memang sengaja eja cenggini) yang macam haram kekdahnye.. orang lain dah beronok2 happy pc ada tenet, aku je termanggu2 takde tenet, kesana sini mengunyah kopok dan sebagainya sambil baca buku cerita katun. aish..kasihan sama aku tau .

ok hari ni dah ada tenet so aku dah bleh apdet blog. ouh..banyak nyer citer nak apdet. tapi..bagi aku baca dlu blog2 kerinduan aku. ouh..kak Eda_ejai kata sudah lama tak menjengah aku, aku pon sama tak dapat baca cerita pengalaman dia bersalinkan Hasnaa...
begitu juga blog2 febret yang lain, hari ni sesi baca blog oranglah :) esok aku start apdet kisah2 terkini ahku :) 

ada yang kata aku dah besalin sebab senyap dari dunia maya ni. belum2!!! belum lagi...masih lagi semangat pergi keje sambil bawak botol air merah aku. :) 
tapi..tapi..tapi..aku ada berita sedikit membimbangkan bout my baby :( sangat buat aku tak lalu tido dan sentiasa sedih. :( 
nak tau kena tunggu esok. 

Monday, October 17, 2011

adam kacak akan datang yeay!

Adam kacak anak kesayangan Cik Puan Bunga akan datang ke rumah aku. yeay!
eh. kenapa aku suka sangat eh??
sebab ...
die comel lah. aku lupe aku tak kemas bekas kuih raya lagi. bukan malas..tapi dalam bekas tu masih ada kuih elok lagi. suami selalu tengok tv sambil makan kuih2 raya tu. suami aku tu..kalau die bukan manusia dia mahu menjadi mesin pemproses makanan. die katelah...

kalau ikut hati mahu saja dong ah aku cuti untuk menghibur cousin aku neh..tapi..tapi..mengenangkan ofis nak pindah ni. kang aku cuti sape nak tolong Afiq kekemas. yelah..tak tolong kemas dapat tolong tengok pon ok lah kan..ahahahah..

Ouh..sebentar tadi aku telefon cousin aku tuh, mereka sudah merambu2 di Jln Tar dan kini sedang mencari rumah tumpangan nak mandikan Adam. Adam dah macam mental bila kepanasan dan berpeluh2..ouh..
syg mokde ni....

Thursday, October 13, 2011

yeay! cukup sepoloh :)

ok. petang ni aku dah siap kira pegerakan baby aku . dah cukup sepoloh :)
semalam aku gi kinik. and..misi kata aku dah kena start kire baby movement kat chart dalam buku pink tu :)
hari ni aku kira lah..misi kata cukup sepoloh benti kira. catatkan waktunya :) eheheh..

menurut laporan misi semalam, aku sihat. HB aku cantik 11.6....syukur amat.. berat aku 47.5kg :) misi kata takpe. even last month 45, naik 1.8kg after deduct percentage baby, die kata ok je :) ekceli aku seram gak kalau2 kena tempah tiket percutian ke Klinik Presint 9 untuk minum air gula kan..tapi alhamdulillah..misi kata aku sihat. syukur sangat...
jantung baby 144 :) misi kata normal tapi agak aktif si kecil ini. 
sesi consultation, misi ketawakan aku sebab aku kata aku baca dalam baby centre ada cakap pasal baby sendawa dalam perut..die gelakkan aku sakan. ahahahahah.....tah mana tah aku ada baca masa tu...tapi tak ingat kat entry yang mana..

sekarang ni aku rasa susah sikit nak bergerak laju...kadang2 tu aku kena pegang bawah perut aku , tampung perut aku yang mengeras dikerjakan dek baby ni..
tadi masa rehat aku duduk minum dengan acik cleaner kat ofis aku ni, die cerita pengalaman die preggy..kebetulan die cerita tu semua similar je dengan aku. hahaha..die kata kalau mengandung baby lelaki kita akan sentiasa rasa pegerakan die lebih aktif di sebelah kanan perut kita. and baby kerap menggeliat dan buat perut kita jadi keras dan bersegi2..hahahahaha.....
tengoklah keluar kang baby apa, sebab....ramai yang buat tafsiran ni. tapi instinct aku kuat mengatakan dia ialah.. ehehehehe...:) 

sayangku si manja yang dikasihi..
membesarlah kamu dengan sihat di dalam rahim ini..
akan ku cuba menunaikan segala tanggungjawabku sementelah kamu lahir nanti..
jadilah anak yang soleh, berakhlak mulia dan membanggakan kami ..
insya allah...akan ku cuba menjadi ibumu yang terbaik sehingga kita dipisahkan oleh takdirNya

jangan jadi jendol.

dulu time aku sekolah menengah perkataan 'jendol' ni memang popular lah. pada aku jendol ni macam habit je nak sebut bila marah orang. hahaha..jahat kan??
for example ' jendol punya drebar bas, aku dah tekan loceng benti jauh2 plak'
walaupun maksod asalnya tiada kaitan dengan niat aku sebut perkataan itu, tapi aku rasa sedap je nak sebut. masa tu trend weh. sape sebut jendol ni die nampak ayu ah. gerek seh.

pagi2 ni aku masuk ofis tengok kasut bos tade kat depan bilik die, aku tengok tadi kereta bos pon tade kat park die. aku assume bos cuti. tapi tade plak die mesej. sebagai p.a yang baik dan cemerlang dalam tugas *mata ke atas tangan di bahu* aku pon tepon boss, boss kata dia masuk ofis cuma lambat sikit. ok. aku pon duduk2lah depan pc sambil print jadual kes hari ni.

elok je aku tengah duduk2 tu bos masuk, aku dah ready2 lah apa yang patot nak masuk court..tiba2 bos keluar balik dari bilik dia, then die cakap 
'tasha tak jadilah kes hari ni, wife saya kena tahan wad. kepala baby senget. tak masuk laluan dia'
ouh..wife bos aku juga preggy, due date die dalam 20 - 22 Oktober ni..
aku pon angguk kepala dan melahirkan rasa simpati.

sebab kes tak jalan dalam court, so kes2 yang sedia ada ni akan disebut di hadapan pembantu hakim a.k.a pendaftar mahkamah untuk ditangguhkan ke tarikh lain yang bersesuaian. 
biaselah kan bila kes tangguh tiba2 ni, orang2 ni kan macam nak kena histeria ...
berpusu2 serbu ofis aku tanya kenapa kes mula lambat lah, kenapa tangguhlah..
and macam2 lagi. aku ni tade kuasa sebagai pendaftar, so aku tak leh nak tolong kawan aku sebut kes depan dia.

*sebut kes ni bukan kau sebut2 biasa tau, bukan sebut sambil korek telinga ke.. bukan..dia ialah satu proses kau berdepan dengan pihak2 Plaintif dan Defendan atau Plaintif saja atau Defendan saja dan kau terangkan kepada dia proses yang tak lancar lagi di bahagian mana, apa yang tak lengkap lagi, before di sebut di hadapan hakim untuk prosiding seterusnya*

ada satu ahkak ni, memang aku dah dari tadi nampak die keluar masuk, keluar masuk ofis aku ni. dok sebok sangat nak tau bila kes die nak mula lah ape lah..then masa bos aku masuk ofis sekejap tadi pon die sebok keluar masuk duk depan meja kawan aku desak2 nak tanya kes die mula bila.
ahkak ni, selain ada kes kat dewan aku, dia  ada kes juga di Mahkamah Tinggi Syariah, kes kat dewan aku dia mohon cerai, di dewan MTS sedang dijalankan prosiding kes giliran bermalam (die ni bini no dua lah senang kata) bila die tahu kes ari ni di tangguhkan sebab hakim ada emegency lagi lah die dok sebok tanya aku plak tak leh ke selesai hari ni, aku dah jelaskan dah, kalau ada dewan lain yang sanggup terima kes kitorang bolehlah selesai, kalu tade nak buat cane, semua dewan pon sebok dengan kes masing2..
puas dah aku cuba terangkan tetap nak belagak pandai. dari gaya die aku tau die ni kerja kerajaan..cara die aku dah tau..ahahah..bajet.
bila bagi tarikh baru nak tarikh yang paling cepat kami boleh bagi kat die. then bila kawan aku tanya, 
'puan masa tarikh baru tu puan suci ke tidak?. kalau puan tak suci, kes tangguh lagi'   

'eh, ye ke?? tak tau plak cerai kena dalam keadaan suci. tak tau lah suci ke tidak'

perh.perh.perh....aku dah naik darah dah time ni..aku pandang je die..aku nak je sound betapa jendolnye kau ni, cerai dalam keadaan haid tu HARAM. even jatuh tapi hukumnya haram. haram tetap haram. kau nak cepat nak kami semua tanggung dosa kau ke benarkan lafaz talak dalam keadaan kau tak suci??

seb baik masa tu die cam dah temalu sebab kejendolan die dalam bab agama kan, die terdiam and amik tarikh terus blah.  mujur blah. kalau kau besuara tadi..memang aku bahasakan sehabis baik. aku bukan nak belagak lah kan..tapi benda basic ni..nikah, cerai , rujuk dalam Islam kalau dibuat main2 akan jadi betul. buat betul2 pon jadi betul.  kenapa ada yang mengambil mudah perkara ni..ini hukum syarak. mane boleh buat main2..sebat je nak cerai. tak kira hukum kan..

seorang lagi, makcik masuk tanya bila kes anak die nak mula, aku terangkan lagi tentang kes2 yang ditangguh ni tak boleh senang2 pass kat dewan lain , sebab dewan lain pon semua penuh...masih nak penjelasan lagi kenapa tak bleh lah itu lah ini lah..
aku tanya lah yang nak cerai ni sape??
die jawab anak die yang nak cerai. la...hai. aku tau lah die sebagai ibu nak amik tau hal anak die, yang nak cerai anak die kot, die bagi alasan, die susah nak cuti, eh..tade dalam prosedur mahkamah anak nak cerai mak bapak kena ada. pihak2 je yang terlibat perlu ada. itu saje. sebok nak datang tengok pastu bagi alasan tak leh cuti suka2..itu bukan masalah aku ok. makcik ni dengan ahkak sengal tu sama2 lah keluar masuk2 ofis kau. die buat yang lain turut keluar masuk2 juga sebab nak tau tentang kes masing2.. aish..
geram aku dibuatnye..tolonglah...
lagi aku tak faham kan, mak bapak ni kalau nak datang bukan tak boleh, tapi janganlah lebih sudu dari kuah. kadang2 dalam court kite panggil pihak2 diorang pon nak masuk sekali. eh.eh.eh...jakun betul.

semalam aku ada baca artikel dalam utusan harian kolum rencana,

"Demikian di Malaysia, pengurusan agama seperti ‘mahkamah yang bernama syariah’ yang melewatkan kes-kes talak sehingga seseorang wanita terpaksa berkurung nafsu bertahun lamanya adalah cawat besi halimunan yang dipakaikan kepada wanita beriman secara kejam"

balik2 kami juga dipersalahkan...hakim pon manusia biasa. siapakah kita menidakkan perkara yang akan berlaku dan telah berlaku?? kita bukan Tuhan. jadi, janganlah Jendol sangat.

Tuesday, October 11, 2011

tade tajuk sesuai.

entry kali ni, tade tajuk sesuai. 
sebab. tade tajuk nak capture cane aku rasa skang.
aku tak tau kenapa aku rasa badan aku lain macam je ari ni. hari ini saja ok.
aku kena homesick kah?? aku asik ingat anak2 aku yg aku tinggal kat umah. 
abot, arba'yah, fogi and cecik. ouh..kenapakah mereka bermain di minda aku??
aku keluar dari court pagi tadi sebab aku rasa pinggang aku macam nak patah. terus akut ak masuk sampai petang ni. ye. aku tak masuk sampai petang. muka seposen je jumpa bos.
sori boss tak tau nak citer cane rasa ni.
aku tak leh duduk lama2, aku rasa cam bedenyut2 je belakang aku ni. nak silang kaki dah tak boleh. perut dah beso susah nak silangkan kaki. 
ouh. esok aku ada appointment dengan KKIA. 

kasi kahki : dah lah tak masuk sampai petang kan, pon tade masa nak bukak email jabatan.
aku kena marah sebab tak bukak email jabatan. 
yang bestnye yang marah itu ptpO saje ok. buleh nak marah. tak kisah. sebab aku dah biasa dah kena marah dengan PTPO bertaraf Jusa ni..kikiki..

Monday, October 10, 2011

pelik tapi ini terjadi.

salam . selamat petang :)
pelik tapi ini yang terjadi kat aku.
aku tak tau kenapa sekarang ini aku akan buat perkara yang berlawanan dengan sifat semula jadi aku sejak berabad lama.

sejak aku preggy ni, aku sedar aku ada satu kecenderungan melakukan perkara2 yang luar dari biasa aku .
antaranya ialah,

1. minum kopi.
eh, aku bukan peminat kopi tegar cam Mawi tu. aku juga bukan seorang kaki caffeine ye. jadi semua minuman berunsurkan kopi, tak kisahlah ia di ubah menjadi cappucino ke wat so ever lah, aku memang tak leh minum. ia hanya akan menyebabkan kepala aku rasa pening2 dan mata menjadi kuyu. muke setim lah senang kata.

tapi...sejak aku preggy..ia menjadi kegemaran aku. fenomena ini tercetus masa bulan puasa, bangun sahur di rumah mak cik suami di Semerah, (well..as everybody know orang kampung memang suka kopi kan...) bangun sahur tu mak usu buatkan kopi, aku ni dh mengantok sangat gamaknye, malas nak bangun sahur, aku makan ala kadar dan terus minum air tanpa menoleh kiri dan kanan. suami plak tak sempat warn kat aku yang air itu air kopi, masa aku minum tu aku cakap kat mak usu 'sedapnye air ni , nk lagi.' mak usu yang teperasan aku terminum kopi terus bagi air jarang (jarang = air putih)  dia minta maaf sebab lupa aku tak leh minum kopi. tapi...reaksi aku, ' sedaplah ni. nak lagi. tak mau air jarang tu'
dan sejak dari itu sehingga hari ini, aku dah boleh minum kopi. apa2 pon jenis kopi aku ok saja. :)
pelik pertama.

2. makan nenas
satu rumah aku tau aku tak makan nenas. suami pon tau aku tak makan nenas. aku tak kecik ati kalau orang makan nenas depan aku tak pelawa...aku tak kecur pon tengok nenas curah dengan kicap or garam or kuah rojak mak bee..siyes tak terasa kecur.
tapi..ari tu aku tiba2 terasa nak makan pencOk. kalau ikutkan pencok tu pun bukan febret aku. tapi masa tu aku terasa nak sangat makan. suami takut2 juga nak bagi aku makan nenas sebab die takut jadi pape kat aku. orang ramai remind kat aku nenas ni tajamlah, and macam2 lagi...tapi..dengan kuasa Maha Esa, aku makan tade rasa pape melainkan sedap nauzubillah...
skang aku boleh lahap nenas tanpa rasa gentar.
pelik kedua

3. baca buku
ouh..aku skang suka membaca. kalau aku duduk saja2 aku tak boleh duduk semata2 , mesti cari apa2 yang boleh dibaca. katalog tesco yang dah kuning kalenye itu pon kalau aku tengah duduk kat dapur siang2 bilis aku boleh benti jap baca..ahahaha..itu memang bukan kegilaan waktu dulu. aku bukan manusia yang gemar membaca, tapi sekarang..itulah kegemaran aku. sebelum ni memanglah ada masanya aku ada mood aku baca novel tapi itu pon b oleh dikira lah kan..tapi nowadays..aku selalu baca something before tido. makan kat mamak pon aku beli majalah. sementara tunggu order aku baca majalah dlu :)
pelik ketiga.

4. suka membebel tak pasal2..
ini aku lagi tak tau kenapa aku jadi cenggini. kadang2 tu suami aku tanya aku ni marahkan apa, aku akan cakap aku marah semutlah, marah pisaulah...
masa tu aku nak kopek bawang, bawang tu jatuh. terus aku membebel, aku cakap lah bawang ni tak patot jatuh, tak kesian kat aku yang dah tak boleh bongkok ni bla..bla..bla..
suami tegur aku cakap jangan suka membebel2 ni....tapi benda tu macam laju je meluncur kat aku. aku tak tau lah kenapa begitu. adoi ai..

ada lagi perkara pelik yang aku rasa tak patot aku cerita kat sini... pada aku perkara yang aku tak boleh buat dan bila aku preggy ni aku bleh buat, itu sesuatu yang pelik lah. pada pandangan mata kasar orang memang takde hal lah kan..benda2 ni pon nk story kat blog lah ape lah kan..tapi ini secebis rasa yang aku nak kongsi pada korang :)
 

nota rindu : petang2 ni tiba2 rasa rindu pada kawan2 yang bertandang ujung minggu lepas. terasa lagi riuhnye mereka di rumah aku. ouh. indah persahabatan kalau diiringi keikhlasan dan kejujuran.

Thursday, October 6, 2011

nggawe epok2 ..

assalamualaikum.
tajuk entry dalam bahasa jawa , jadi pada yang memang berdarah keturunan jawa atau yang paling tepat yang berketurunan jawa mesti tau epok2 itu apa.
kalau kau jawa tapi tak pandai cakap jawa, tu bukan salah genetik kau. tu salah kau sebab tak mahu belajar :) hehehehe....
epok2 ni adalah karipap. bagi yang duduk Johor jarang kami panggil karipap. selalunya memang panggil epok2..
kan bunyinye merdu gitu seolah2 menepok2 bontot budak kecik untuk tido :) 

Isnin yang lalu, aku kemas2 dapur, aku tengok kentang aku ada 6 biji gedi2 (gedi=besar) dah tumbuh tunas. kasihan melihatkan kentang tu parking je kat raga mengkuang tu tade fungsi. aku pon fikir2 aku nak buat epok2lah..dari terbiar je baik aku buat sesuatu.  niat asal aku beli kentang tu sebab aku nak buat sambal goreng nasi ambeng 2 minggu lepas..tapi kan embah aku meninggal. so balik kampung dalam keadaan rushing sehingga terbengkalai semua projek aku.

hari Selasa, aku balik keje, macam biasa aku akan call penasihat aku kat kampung, macik kesayangan aku yang selalu ajar aku masak, hehehehe...die bagi direction cane nak buat. cukup bagi aku bahan2nye saje, sebab proses semua aku dah boleh agak lah kan. ala..masak ni basic die same je. yg penting bahan2 die.  
balik je rumah kupas2 kentang , potong2 jadi kiub kecik2 dan ...rendam dalam air :)
sementara aku menyiapkan ramuan2nya..aku gode2 kat dalam peti ais ada daging ayam blend masa aku buat begedil untuk makan soto time raya ari tu...ia boleh dimanfaatkan lagi memandangkan rupa dan bau masih boleh diterima pakai :) 

dalam aku sebok2 ni..suami aku pon sebok nak tolong2. die memang febret makan epok2. kalau duk depan tibi sambil tengok CSI die boleh abiskan beketul2 epok2..(ni die yang cakaplah) 
aku bagi tugasan paling senang, uli tepung buat kulit.
gigihlah suami uli tepung dengan majerin daisy aku yang dah berkurun lama kat dalam esbok tu. eh, majerin tu tahan lama tau. bau die wangi lagi :) 
uli punya uli ....sampailah sebati..then die buat bulat kecik2 susun dalam dulang air aku. kalau kat kampung aku mak aku pakai dulang seng je (seng = besi) 

masak inti epok2 ni senang je, bagi akulah..sebab bahan2 die memang sedia ada kat umah aku. takperlu panjat bukit ke redah longkang ke..tak perlu..bawang merah, putih, halia sikit (optional) ikan bilis, lada kecik, kari and ketang . itu je..tade lah susah kan..masak2 sampai kentang tu lembut.

lu nak makan lu buat :)
sebabkan  perut dah makin besar, jadi bila duduk bersila tu rasa tumit dah tekena perut kan...lama2 kaki cramp lak duduk bersila . so suami take over keje2 membuat epok2...mula2 aku gentel..tapi lama2 aku dah tak tahan sakit pinggang, aku guna jugalah cetak tu....(ilmu turun temurun tau gentel epok2 ni..)

ni yang aku gentel. ada banyak tapi aku dah bedal sambil tunggu suami siapkan yang lain :)
sementara nak tunggu yang lain siap, aku makanlah karipap yang dah digoreng. suami gigih abiskan keja2 membuat epok2 ni..sampai ke gumpalan tepong terakhir, dia pakai cetak yang kecik tu. cetak epok2 udang tu..punyalah tak nak membazir kan :)
alhamdulillah..adalah dalam 40 ketul aku dapat. dengan 6 biji kentang, sengah kilo tepung gandum . kalau sekilo dapat 80 kot, kalau aku kedekut skit, bagi inti kurang, dapatlah 100 biji sekilo tepung :) hehehe...

ok. dah abis dah epok2 ni. aku and suami je makan. aku pelawa dak mawi, haram..tak sampai umah aku pon. jadinye..ke perut kamilah ianya berlabuh. nak bagi midah, tapi masa aku siapkan ni dah pukul 9 lebih..aku tau mid dah tido :) hehehe...

epok2 ini sangat enak!

Wednesday, October 5, 2011

citer2 time kecik aku dah bekubur lama lah!

cite2 aku time aku kecik2 dulu bila besar nak jadi cikgu.
dalam biodata2 yang aku aku tulis dalam buku kale2 kawan2 aku tulis 'cita-cita : cikgu' 
pada aku ketika itu, cikgu kot yang paling senang. paling mudah aku nak jadi. 
masa sekolah menengah...up sikit. nak jadi pensyarah pulak. ok ketika ini kan otak dah berkembang sikit kan. jadi cita2 pon macam nak up sikitlah kan..dari cikgu nak jadi pensyarah. pada aku kerjaya mengajar orang ni kelihatan keren banget deh. 
masa aku praktikal, aku praktikal kat UTHM ..hopkos lah kan dikelilingi pensyarah..tapi..ketika ini aku dah tak ada niat nak jadi pensyarah ke hape..
aku dah bertukar haluan. sebab?? sebab??? sebab???
dah aku amik Dip In Secretarial Science..tak kan nk jadi pensyarah pulak kan. hopkos aku ke arah bidang yang paling digeruni mak2 kat kampung masa first2 dengan nama keja ni.."setiausaha" .
ya aku nak jadi Setiausaha yang cantik...kesana sini pakai kasut tinggi, pegang PDA, catat keja2 harian yang aku kena buat, jaga seorang manusia yang aku panggil "bos" .

dulu2 time aku kecik2, aku selalu main cikgu2 dengan Cik Puan Bunga. bila aku jalan gi umah dia je, die ada kat umah, mesti dia ajak men cikgu2..semestinya dia yang jadi cikgu. aku dengan kakak aku jadi murid. kewibawaan CPB dalam bidang perguruan ni memang teserlah dari kecik ah. die suka sangat ajar aku lukis2..ajar aku baca buku...ajar aku mengeja...nanti main kale2 then die akan jadi judge. sape punya paling cantik dia akan bagi hadiah. eh. hadiah betul tau. kadang2 tu dia bagi set alat tulis..pensel lah..kale lah..marker lah...ketika itu, kalau aku dapat hadiah tu..aku teruja sangat. biarpun cuma 2 batang pensel yang diikat reben, aku akan  terima dengan hati yang girang...pada aku, itu kepuasannya bila dapat main cikgu2..
and now betul2 die jadi cikgu. and sampai skang die suka bagi hadiah kat orang. hahahahaha...

sekarang..kalau kau tanya aku samada aku nak jadi cikgu ke tak nak?? aku akan cakap. "tak"
sebab..aku tau tanggungjawab seorang cikgu ni besar. 
kesabaran cikgu juga sangat tinggi.
kebersediaan menerima tugas2 sampingan selain mengajar tu cukup2 lah buat hidup cikgu lebih sibuk dari pegawai daerah. 
ada yang kata cikgu ni keje senang. tengah hari dah balik. 
pada hakikatnya..tidak semudah itu.

selain dari mengajar, hari ujung minggu kalau ada kelas tambahan kena datang mengajar juga, hari biasa pon kalau ada kelas tambahan, balik lewat juga, marking paper student bukan sebiji dua..kalau sekelas, ada 30 orang, then kau mengajar 3 kelas. yang mana murid2nyer kepala lain2...tulisan, akal, fikiran semua lain2...
pernah tak kita fikirkan betapa steressnye jadi cikgu bila marking paper yang pelik2 jawapannya??
yang tunggang tebalik jalan kejenye?? penah tak??
kalau tak penah, sudahlah. tak perlu kau fikirkan tentang kegigihan cikgu2 kau.
kalau kau pernah terfikir, kau pasti sedari besar rupanya tanggungjawab cikgu2 ini :)

aku tak pernah ada list 'cikgu yang aku tak suka' sebab..semua cikgu2 aku aku sayang. tade yang aku ada masalah. waima dengan cikgu yang penah merotan aku sekalipun, aku tak marah jauh sekali berdendam.  
dulu..kalau kau sebut nama CIKGU AINON kat Sek Men.Dato Seth tu..semua orang pon kenal.
orang tak suka dia sebab mulut dia , and dia suka marah2 budak perempuan yang bertudung pendek, kain singkat, and macam2 lagi masalah disiplin. aku pakai tudung pendek masa aku tingkatan 3, bukan aku sengaja pakai, mak aku tebeli pendek. aku tak pernah kena tahan pon. sebab...kalau kita baik dengan cikgu , takkan cikgu tak nak dengar alasan kita kan.

masa aku sekolah agama, aku penah kena rotan, kena cubit, dengan cikgu Nita Zainariah. ..cikgu ni memang popular di kalangan pelajar Sek.Agama Seri Telok. sebut je kelas cikgu nita tade yang mata mengantuk. semua mata terbukak luas je. dia tak suka bising, tak suka kelas kotor, dia tak suka kami pakai baju comot2...tudung tak berlipat..even aku baru darjah 4 sekolah agama, tapi aku faham apa yang cikgu maksudkan berpakaian kemas. susun meja time nak peksa pon kelas aku tak bising cam kelas2 lain. cikgu Nita ajar aku banyak perkara tentang disiplin diri. di Johor, sekolah agama dianggap wajib ..sape tak sekolah agama dikira macam tak best lah kan. even penat pagi petang sekolah tapi aku berbahagia sekarang sebab..ilmu agama itulah bekalan aku hidup sampai mati :) 

rotan, cubit and berdiri atas kerusi skang ni dah tak praktikal zaman skang. anak2 zaman skang kena marah sikit report sampai PPD. tak penah fikirkan tentang rasionalnye tindakan tu untuk pengajaran. sebaliknya ia dianggap mendera. aku kena rotan sampai 2 hari tangan aku merah berbekas tak leh nak pegang apa2, tapi aku tak cakap kat mak aku pon. sampai skang aku ada je lagi. tak mati pon. kadang2 kalau cikgu marah adik aku, aku akan cakap kat adik aku, dia yang nakal tak dengar kata, memang lah kena marah. tak kanlah ada cikgu yang datang2 sekolah marah2 semata2 sebab tak suka tengok muka budak tu kan?? 

dan entry ini aku buat khas untuk mengucapkan selamat hari guru sedunia buat cikgu2 aku yang mengajar aku sedari aku di tadika hinggalah aku dewasa...sehingga sekarang pon aku masih belajar, dari cikgu kehidupan..
selamat hari guru sedunia buat pakcik2 aku and my beloved cousin CPB and Kak Pae :)

nota cikgu :) percayalah kepada keberkatan dan kedaulatan guru. kalau tak percaya..tu pasal lah sekolah tak pandai2.. aku percaya ini.

Tuesday, October 4, 2011

raudhah pulang dan kami lega.

sambung dari entry semalam.
lepas aku dapat mesej dari si Miza menyatakan Raudhah dah pulang, dan aku terduduk kelegaan...
suami suruh aku berehat sebentar ...baring kejap...dan yang paling aku tak percaya bila suami tiarapkan diri dan melepaskan keluhan paling besar. 

"huuuuuuhhhhhhh.....leganya....leganya...leganya..."

lega betul dia bila dengar Raudhah dah balik.
lepas lega sikit baru aku mesej si Mawi. 
tak lama lepas tu, empunya badan yang hilang ni telefon aku.
betalu2 soalan aku. macam mercun menujah2 ke langit. then barulah si raudhah ni bagi tau..

"sha jangan risau k, aku tak pape lah. aku ok. tadi hp aku tetinggal kat ofis...aku patah balik ambik hp kat ofis. hp aku abis bateri pulak. "

"kau patah balik amik kat ofis tu pukul berapa??? aku orang last tak nampak pon kau??"
" dalam kul 7 lebih macam tu lah "

"abis tu kenapa orang telefon kejap2 dapat kejap2 off??"

"hp aku bateri die low. lepas tu mati terus. bas lambat.aku tunggu lama. dah lah jangan risau k. aku ok. "


moral of the story, 

belilah hp kedua. at least hp cikai ye kawan2. in case kalau terjadi apa2 kat korang, seperti situasi si Raudhah ni tadelah korang mati kutu nak tepon mak kat umah..apa2 pon ..kalau aku kat situasi Raudhah pon aku tak tau nak tuju mana. nak cari public ada pulak kat KL ni public phone yang berfungsi kan..
mujur dia selamat....
thanks lah kat Mawi yang sudi turun ke Senawang menyelusuri highway untuk melihat kalau2 ada bas tebalik atau bas eksiden....sorilah aku lambat inform. kikiki..
so aku and miza dah pakat nak geletek Raudhah sebagai balasan. hahaha.....

Monday, October 3, 2011

sekejap itu. aku rasa cam nak pengsan.

ini cerita hari Jumaat. sangat mendebarkan. sungguh. takpernah aku rasa begini.
petang tu..sedang aku berada di dalam kereta menuju pulang ke rumah, aku mendapat panggilan dari ibu Raudhah, Macik Noridah Hassan :) fuh. siap nama penuh. 
macik noridah kata, Raudhah tak sampai ke rumah lagi. aku tengok jam dah pukul 7.30 petang.
hah?? od tak sampai umah lagi?? 
kedengarannya suara ibu raudhah itu dalam keadaan sedih , risau dan bimbang. 
aku cuba tenangkan macik noridah and aku janji akan membantu sedaya aku. seingat aku, aku dan suami dah keluar ofis lambat, dan yang kat parking tinggal kereta aku, and 2 buah kereta pegawai lain. 
kalau dah pukul 6.30 kat ofis aku tu memang dah tade dah orang nak stay kecuali orang gile kuasa cam Peah. hahaha...itu sebab die selalu tak tau keje mana die nak buat dlu. dah petang baru dapat ilham kot. hahaha..

maghrib tu lepas solat aku masak untuk makan malam, aku rasa tak fokus je dengan masakan aku sebab aku risaukan kehilangan Raudhah. pukul 8 lebih BFF Raudhah si Miza mesej aku tanya ada nampak Raudhah ke tidak. aku tengok jam dah hampir kul 9 malam. time ni aku dah tak senang duduk. aku mesej Mawi. aku dah tak benti2 berdoa dah time ni. 

suami pulak...dah siap2 nak keluar rumah nak gi ofis katanya, nak cari Raudhah. dah..aku nak ikut tapi suami kata takpe biar die cari dengan Mawi je. ok boleh bayangkan tak  cane aku punya risau sebab...

Raudhah ni balik naik bas , dia selalu tunggu bas belakang bangunan KTM. beberapa minggu yang lepas dia baru je kena ragut masa on the way ke tempat dia tunggu bas tu. 

so kali ni aku dah fikir yang bukan2 dah. 
Si Mawi dah hubungi budak2 guard kat ofis aku yang mana bertugas untuk carikan Raudhah di area KTM sementara Mawi nak ke ofis aku. ouh..betapa cemas dan gentingnya saat itu. 
Anim pon mesej aku tanya tau tak di mana Raudhah?? wah. ramai yang tahu kehilangan raudhah.

suami dah bercadang nak cari dengan Mawi, tapi Mawi suruh stay dulu biar dia pegi cari dlu, nanti apa2 hal dia telefon . suami suruh aku minta no kad pengenalan Raudhah kat ibu dia so that senang nak cari kat Hospital.
hah?? boleh tak bayangkan cane berkembangnyer otak2 masing2 nak cari Raudhah ni. siap aku suruh suami bluetooth pic raudhah yang jelas dan clear lah dekat hp aku ni. senang nak tanya orang nanti.

dah pukul 9 sengah..aku dah mula nangis2...sedih+risau. suami aku plak tak sudah2 dengan andaian2 dia...semuanya negatif plak tu. aku pon dah tak leh fikir benda positif time ni.

kami semua cuba hubungi Raudhah. ada yang kata dapat call tapi kena reject, ada yang tak dapat2 call, ada yang mesej tapi pending tak sampai2 ke hp Raudhah..macam2 lagi lah usaha mereka nak membantu cari di mana Diva Glam Mahkamah ini hilang..

dalam pada aku menangis2 kesedihan itu , aku teringat lak tengah hari Jumaat tu aku keluar dengan dia, aku cari baju dengan dia, ouh..terus bertambah sedih. aku tak boleh terima kenyataan kalau terjadi apa2 kat Raudhah. 

dalam pukul 9 lebih dekat2 kul 10 malam,
tiba2 dapat mesej dari Miza , 
'raudhah dah balik' 
masa aku baca mesej ni. aku rasa cam ada satu perasaan lega, happy , tak tau nak cakap lah ...release giler smpai aku teduduk kat katil and rasa nak pengsan. mungkin sekejap tadi BP aku tinggi kan then tiba2 turun mendadak aku rasa cam nak pengsan plak. hahaha.....

yang free hair itulah Miza , sebelah tu Raudhah. baju ni lah yang dia pakai masa dia  hilang.


nak tau tak kemana Raudhah menghilang untuk hampir 6 jam???
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.