Tuesday, August 23, 2011

kalau boleh aku nak sepak laju2 sambil makan eskim.

hari ni aku agak kekabut sikit sebab bos dapat komplen dari JKSM tentang satu surat aduan client. siot ah client tu. masuk ni dah bape kali tah die dok antar surat komplen. sikit2 komplen. aku bukanlah kekabut apa kan, cuma aku kesian ah kat bos aku sebab die kena hentam dengan client tu. sedangkan client tu yang memang barwah. menci aku. so sebagai pekerja dedikasi lagi cemerlang taun depan aim APC (mata ke atas tangan di bahu) aku pon nak tolong bos aku selesaikan kes ni.


dari tadi aku karang ayat nak jawab balik surat komplen tu. tebalik2 ayat aku. ok, bukan senang nak jawab komplen dalam bahasa formal ye. kalau setakat kau nak hambur kata2 berunsur makian memang kacang weh. tapi ini kena tulis baik2, ayat kena sopan2 perh...cabaran weh. cabaran.

time ni aku teringat cikgu Ainon dengan Cikgu Normah. dua2 ni cikgu bahasa Melayu aku time skolah menengah. aisey..cikgu yang memberi kesan ah sampai BM aku dapat A. tapi..tu dulu...6 tahun lepas weh. skang ni aku nak tulis pon kekabut. ayat nak kena matured ni. cish.

client ni memang masalah . aku dah tak tahan ah adap surat komplen die. berderet2 surat die antar kat jabatan aku. kalau boleh aku sepak die laju2 sambil makan eskrim...

nota sesepak : ni lah contoh orang yang selalu bersangka buruk dengan orang lain. benda kecik pon panjang2kan. cuba jadi orang tu positif sikit. manjang nak komplen je meh lah keje sini. baru kau tau.

Monday, August 22, 2011

ujung minggu lagi :)

ujung minggu yang lalu aku balik kg lagi :) haha..asik balik kampung je. entahlah aku rasa best je duk kat umah aku sendiri kat kampung tu. tenang dan mengasyikkan :) 

aku balik dengan akak aku + kawan dia. biaselah aku sepasang dengan suami aku :) dengan menaiki sebuah kereta saja (jimat minyak) kami bertolak pada petang Jumaat. sebelum bertolak tu singgah bazar Presint 2 untuk beli 'cemilan' (ok, ini namenyer makanan ringan2 dalam bahasa Jawa) sempatlah aku membeli murtabah, kuih dan kopok lekor. murtabak itu dah percubaan kali keberapa tah aku beli kat bazar ni. manjang tak sedap je tiap kali beli. harap2 kali ni punya sedaplah.

kami berbuka dalam kereta. kakak aku tak nak benti2 die nak straight sampai umah. so berbukalah kami di dalam kereta yang melambung2 tu. kakak kata murtabak yang aku beli tu sedap. sedap sangat sampai die nak pegi bazar tu beli sendiri. gile. beli murtabak semata2 dari damansara. kan tak betul tu namenye.

sampai umah dalam kul 9 lebih. aku sambung duduk kat meja makan, makan lagi. walhal dalam kereta tadi aku dah bedal murtabak, kopok leko, kuih, ayam goreng and jajan Cheezel BBQ flavour + air kelapa muda. sampai umah ada plak ayam pecik mak beli, and asam pedas. tak tunggu lama..terus bedal lagi. mak kata aku kuat makan skang :) hahaha..bukan senang nak tengok aku kuat makan. dlu2 masa anak dara, aku buka dengan kuih 3 biji and air katirah je dah kenyang. pinggang aku 24 tau :) comel kan. hahaha...

hari Sabtu aku gi umah Cik Puan Bunga, bajet nak begosip dengan dia, tade plak. die gi skolah. hari Sabtu pon kena gi skolah (sape kata jadi cikgu senang sila ketuk kepala sendiri dengan senduk)  sambil nak menziarahi makcik aku , aku nak tengok anak buah aku yang skang dah makin kacak tu. :) si Adam Irfan Xaharis.

ini pencapaian adam yang terpaling merbahaya lah, die panjat grill sampai tinggi. ni makcik aku dah suh turun. kalau tidak..die panjat sampai boleh pegang kunci grill tu then die cabut. ouh.bahaya betul si dobot ni.


bila aku snap pic die ada flash terus die turun dari grill tu then duduk depan aku sambil wat muka gini. die suruh amik pic die kot. hahaha...aku pon amik. tapi kualiti pic memang ke laut sikit ar sebab guna hp cap katak kan. :) 

ini belum lagi die bukak handbag aku cari apa ada kat dalam tu and makcik aku kata dia akan benti bukak beg orang bila die dapat duit or hp. hahaha...Adam ni bijak betul :)
adam suka nak isap soft toy kat keychain motor adik aku. bila aku cakap, "ei...jijik ah adam..geli2. takmau!" die akan buat muke kecut. macam termakan asam tu. seolah2 die rasa jijik lah ketika itu. hahaha..comel...

adam memang menghiburkan. tapi kadang2 kata makcik aku dia agak annoying. alah. budak2kan. makcik aku suh simpan pic adam banyak2 dalam hp biar anak aku kacak cam die. ...aku memang dah selalu tengok pic die. sejak2 preggy ni naluri keibuan  aku makin tebal. bila nampak baby je aku rasa sayang sangat. haha....kuasa tuhan. 

adam suka bola. abis die tebalikkan bakul bola dan dia baling2 bola2 yang bertaburan tu kat aku, kat suami kat semua orang . sambil gelak2 jahat. apekah adam?? last2 die masuk dalam bakul tu. ya Allah..adam. hahahaha...

lama aku tunggu Cik Puan Bunga tak balik2 gak aku pon beransur pulang....

petang tu aku minta mak aku buatkan lontong kuah lodeh. aku nak makan sangat. kakak plak nak nasi lemak. aih.mak aku ada satu je. tapi selera anak2 dah macam ape kan. tapi mak buatkan juga.. pelik je tengok mak aku begitu baik hati lately. masa tengah tolong2 mak potong2 sayur, tu aku tiba2 rasa pedih kat ulu hati. sangat pedih. aku tak penah plak rasa cenggini sepanjang puasa. sakit tu datang sengah jam sekali dan berlarutan untuk seminit dan akan hilang. muncul balik sengah jam kemudian. aku rasa pergerakan baby ok je. dan tak mungkin sakit tu datang dari lower tummy aku. 

suami plak ketika orang lain sebok masak die tido kat depan tibi dengan anak kesayangan dia si Abby tu. aku tak kejut die aku cuma baring sebelah dia dan cuba releasekan diri. tapi tak boleh juga. sakit tu makin kerap pulak... pedih sangat. mak kata mungkin aku gastrik. mak tak suh buka, tapi suami beriya suruh aku buka. aku fikir sayang nak buka sebab dah pukul 4 lebih. lagi bape jam je nak buka. aku tak tahan sangat aku solat Asar, and suami decide nak antar gi kinik. aku pon ikut jelah. tapi...klinik semua tutup. akan buka balik jam 8 malam lepas buka. seluruh Yong Peng tu aku jejak tade klinik bukak (klinik Melayulah). dugaankan..
kuatkan semangat tahan sakit sampai lah berbuka puasa. alhamdulillah..sampai juga buka even die punya sakit tuhan je yang tahu. aku lupa pulak yang aku ni memang ada gastrik. last year aku kena gastrik. sakit2 pon mentekadarah tak ingat.

ahad pulak, kami borong kepek kat Pt Laman. Wee...banyak giler kepek. tapi ada kepek yang tade sebab stok dah abis. giler. laju betul. tapi dapat belikan mak kepek 4 jenis, dan aku sendiri 4 jenis ok lah kan. sebab aku dah cakap kat mak aku tak mau beli banyak2. raya bersederhana je. weE..

hari ni aku cakap kat mak nak makan nasi lemak. mak masakkan nasi lemak. aku tolong juga harini, tapi tlong tengok je sebab mak suka buat keje sendiri. laju dan cepat. 

lepas buka kami bertolak balik. sayu tengok mak and abah duduk kat tangga tengok anak2 die balik. tapi..takpe Jumaat ni aku balik lagi :) hohoh.....nampak tak betapa aku sangat bias dengan suami. family aku first :P 

ok2 dah nak rehat ni aku nak gi servis kete jap. da~


Thursday, August 18, 2011

kalau dah memang mengada2..

alhamdulillah...hari ini aku berpuasa lagi untuk hari yang ke 18. masih lagi kuat insya allah...
mak mertua aku asyik suh aku buka je. die kata aku tak payah puasa pon boleh. tapi...aku rasa aku mampu. lagipun sekang ni baby dah faham sikit lah kalau die beraksi dalam ni aku cepat2 pujuk die suh duk diam2, aku sedang bepuasa, hehehe...ajaibnye, bila aku cakap cam tu dia akan diam :) ajaib kan? Masya Allah :)

topik lately ialah  balik raya kat umah sape dulu. hahaha..walaupun dah ada keputusan nak balik ke rumah sebelah suami tapi aku tak suka nak cakap terus terang. aku sebenarnya tak nak balik rumah suami sebab..rumah tu tak best. boleh cenggitu??  ayah mertua aku ada rumah kat kampung, rumah tu memang rumah pusaka keluarga belah ayah mertua. rumah tu tade sape duduk, kalau raya baru balik rumah tu. rumah yang tak berpenghuni ni aku tak suka. kalau belah mak mertua pulak nenek suami masih ada lagi tinggal di rumah makcik bongsu suami di Semerah. kalau balik ke sini aku memang suka sebab rumah kampung yang memang terasa kedamaian kampungnyer. aku dengan suami lebih selesa balik umah nenek belah mak dari balik rumah pusaka ayah mertua tu. rumah tade orang, abuk pon bersepah2, nanti aku laki bini tebersin2 je. dah la kami berdua alah kepada abuk. tak mau lah! 
dah dapat yang satu daerah, susah pulak nak decide balik umah yang mana dulu. tetap ada masalah kan. haha...cari yang sebelah rumah lah senang gaknye. kikiki..

skang ni aku jadi semakin mengada2 plak dengan suami. perangai mengada2 ni memang aku tak pernah praktikan pon masa aku belum preggy. sejak preggy aku jadi mengada2 sangat dengan suami. sangat2 mengada. eh entahlah ni pembawakan budak juga ke??  bila badan gatal2 aku suruh suami taburkan bedak. boleh buat sendiri je tapi tak mau nak suami juga. baju keje suami yang ironkan, baju suami yang basuhkan, rumah suami yang kemas, aku bukan tak nak buat, aku buat tapi bila mood aku datang sendiri. kalu smpai angin mengada2 tu, apa pon tak boleh. kadang2 aku sendiri boleh fikir aku ni kenapa mengada2 sangat. tapi kenapa tah macam ada kuasa yang menghalang aku dari bertindak. hah...peliklah pulak kan bunyik die. 

time suami buat semua keje tu aku bukan duduk melepak je kat depan tv, aku akan ikut dia buat. kalau die iron baju aku, nanti aku duduk sebelah dia, tengok die buat, kalau dia vacuum rumah aku tolong tarikkan vacuum tu. kalau die basuh baju aku tolong kibas2kan kain , asing2kan kain baju. aku tak tau kenapa aku cenggitu. dulu semua tu aku buat sendiri je. sebelah mate je boleh siap. keje umah semua orang pon boleh buat kan. tade kan kat sini yang tak tau cane nak basuh baju guna mesin kan?? kan?? aku percaya semua anak dara boleh buat. bebeza betul bila dah bawak perut ni. lain pulak perangai nyer.
Mawi kata, time preggy selalunya tabiat kita tebalik atau songsang dengan tabiat asal kita. atau perangai asal kita. kalau dulu aku cam kasar je kan, skang aku jadi lembut. kikiki...

malam nak tido mesti nak tunggu suami usapkan kepala, then aku selitkan tangan bawah badan suami baru boleh tido. ini perangai AIN. ini memang perangai kawan aku time aku study dulu. ain ni roOmate aku masa aku part 4 kat Poli, die selalu kalau nak tido mesti nak selitkan tangan die bawah bantal aku baru boleh tido. kadang2 kalau tak dapat bantal aku, die selitkan kaki die kat bawah kaki aku. die nak rasa yakin aku ada kat sebelah die. hahaha...nowadays aku yang jadi cenggitu. ah. tulah dulu kutuk Ain. aisey..

bila makan kat luar, aku akan order ikut tekak nak makan apa, tapi nanti makanan dah sampai, yang suami punya tu aku nak makan. suami dah faham dah...die dah tau aku memang cenggitu kan so dia akan abiskan yang aku order tadi tu, then aku abiskan yang dia punya... hahahaha....ape punya perangailah aku ni.
dulu masa zaman tunang, aku selalu bagi dua makanan yang aku punya dengan suami. kami akan makan sama2 apa je yang kami order. nowadays gini pulak jadinye.

dari zaman tunang , bila nak raya suami akan belikan baju and kasut. tapi kali ni aku nak beli sendiri, tapi die tetap kena belikan juga untuk aku something , samada kasut atau baju atau apa2 lah. hah? tamak tak?? tahun ni aku nak belikan suami sandal tapi suami tak nak. suami kata die baru beli kasut sebulan sebelum puasa, masih elok lagi die tak mahu beli lagi. nnti banyak kasut macam aku tak muat rak. hahahaha...nak belikan baju suami ni cerewet sikit kan. die akan belek2 baju tu dulu, jahitannya, kualitinya...wat so everlah. jadi aku kenalah tunggu dia ada masa freee baru boleh gi soping.. tu pon aku pasti kalau tempat tu ramai orang dan sesak, insya allah lah suami akan cakap 'lainkali lah yang' 

mujurlah suami orang yang bersederhana, asal cantik dan sesuai dia ok je. takdelah mengutamakan branded sangat. die sangat low profile. suami kata , "tak branded tak bemakna tade duit, simpanan tu penting " aku ingat sampai bila2 kata2 ni.

eh. citer ape ni. tadi citer sal aku yang mengada2. tetiba terbagi mesej lain pulak. hehehe...

bila balik kampung, mak aku pon pelik tengok aku manja lain macam dengan suami aku. sampai tido kat peha suami time tengok tv. sebab mak aku tau aku bukan jenis cenggitu kot. mak aku sayang kat menantu die ni, bila die tengok aku tido kat peha suami aku, die akan suruh aku bangun begalih kat tempat lain, nanti kaki suami aku kebas2 katanya...haha..mak lak tolong cakap. ke mak aku jeles tengok aku dapat baring kat peha suami aku?? kalau mak aku yang baring kat peha bapak aku tebalik lah dunia...hahaha...

aku tak tau lah esok anak aku jadi cane?? adakah akan jadi sebijik cam perangai mengada2 aku ni?? mengada2 takpelahkan jangan kuang ajo. hehehehe...

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday

kehamilan di usia 20 minggu

Tuesday, August 16, 2011

sayang..

telah masuk 20 minggu aku kandungkan sayang..
sekejap rasa masa berlalu..
terasa macam baru semalam aku tertonggeng2 memuntahkan isi perut..
seakan baru semalam ....

hari demi hari, 
sayang makin membesar dan aktif di dalam sana..
aku dan suami sangat teruja menunggu kelahiran dia.
inilah buah hati aku dan suami 
inilah lambang kasih dan cinta aku pada suami..

dulu..
aku seakan2 menolak kehadiran sayang..
aku tak tahu apa yang sebenarnya aku rasa bila ujian kehamilan itu menujukkan tanda positif.
aku tak tahu apa yang patut aku rasa. gembira? seronok? teruja? 
sedangkan ketika itu aku TAK BERSEDIA . sangat tak bersedia.

dan suami..
aku terharu bila suami menerima secara terbuka rezeki yang Allah kurnia
suami meyakinkan aku, yang aku mampu menerima rezeki ini 
seingat aku 3 hari aku berfikir tentang kenyataan ini, 
mampukah aku kandungkan amanah ini?? 
mampukah aku harungi pahit manis sepanjang tempoh ini?? 
mampukah...
dan akhirnya.....
kekuatan itu hadir sendiri tatkala aku mengadu pada Allah tentang perasaanku.
ternyata, Allah tak akan mengurniakan rezekinya atau ujiannya tanpa ada hikmah disebalik yang berlaku..
terima kasih Allah..

dan kini, 
sayang telah 20 minggu aku kandungkan.
dan aku tak pernah berhenti doakan kesihatan dia, perlindungan dia, 
aku harap, aku dapat menyayangi dia sehingga akhir hayat aku. 

setiap hari aku nyanyikan sayang lagu yang berkemundang di blog aku ni
kerana bait2 lirik lagu ini teramat mendalam ertinya pada aku.
dan sayang seakan mengerti aku menyanyikan lagu ini untuknya..
setiap kali aku nyanyikan, pasti dia duduk diam dan selesai menyanyi dia akan aktif semula :) 
ouh sayang....

sayang..
membesarlah kamu sihat di dalam ini ..
kami akan cuba menyediakan yang terbaik untuk kamu..
dan kami takkan berhenti mendoakan kamu..
semoga kamu lahir sebagai insan yang soleh dan bertaqwa..
andai aku tak dapat melihat dia, aku harap aku mampu mengucup dia dan mendakap dia di syurga ...


ehsan dari blog tatin :) heheh.

Monday, August 15, 2011

kita kena selalu positif barulah hidup lebih ceria

wah tajuk entry macam slogan talkshow astro  plak. kelas kau jah.. entry kali ni, ialah entry mengunjungi KKIA kali kedua. ok dah lama dah aku pegi KKIA tapi baru hari ni aku berkesempatan nak apdet. 
untuk entry aku yang lalu aku ada ceritakan tentang permasalahan aku dengan tanggapan negatif aku terhadap perkhidmatan KKIA. itu ari tulah.. skang..tidak lagi.

setelah berfikir sambil goyang kaki makan kacang, aku akhirnya mengambil keputusan untuk menghadiri appointment di KKIA setelah lewat 7 hari dari tarikh temujanji. kekangan masa aku nak pegi tu buatkan aku terus lupa. kikiki..after a week dari tarikh temujanji aku suarakan hasrat kepada suami untuk KKIA. mula2 suami agak pelik sebab sebelum ni aku dah buat keputusan nak teruskan cek di private. tapi aku terangkan kepada suami apa alasan2 aku dan suami sikit pon tak bersuara. dia cuma diam dan tak cakap boleh, atau tidak. dia cuma diam dan diam. sepanjang perjalanan ke KKIA suami hanya diamkan diri. mungkin dia marah kan sebab aku tade pendirian. kejap ok.kejap tak.

dalam perjalanan ke KKIA ,setelah beberapa minit membisu akhirnya aku bersuara, aku tanya suami marahkan aku ke sebab aku ganggu waktu kerja dia (masa ni aku pegi kul 11 lebih hari Rabu) tapi suami kata tidak. aku tau hari Rabu adalah hari yang selalu sibuk bagi suami. hari2 pon suami sibuk tapi hari rabu selalunya lebih sibuk dari biasa.  
lega hati aku kejap je bila suami jawab tak menganggu dia. sebab..aku tengok muka suami serius gile.
last2 aku tanya jelah kenapa dia buat muka serius macam nak kena hukum gantung tu. die jawab 
"as its free, dont expect much. lepas ni jangan merungut ok. terima je."
kan.aku dah agak die bengang dengan keputusan aku. tapi aku ok je. aku buat tak faham  hahahaha..

sampai di KKIA tu jam kul 12 tgh hari, tade orang. lengang je weh. hahahaha...masuk2 terus nombor aku kena panggil, amik darah, gi kencing, jumpa misi and jumpa doktor. smooth je proses. tade kena tunggu lama. 12. 45 aku dah keluar dari KKIA dan berjalan dengan hati gembira ke pasar tani kat wisma tani tu. 

masa nak amik darah tu siap2 aku hulur lengan, rupanya amik ujung jari je. 
warh..termalu dengan misi.
gula aku ok. HB aku pon ok tapi kena tambah makanan yang menambah darahlah sebab HB aku sebelum ni 12, dah turun 11.2. tapi masih ok. tekanan darah ok. misi bagi aku dengar heartbeat baby, normal. Then masa jumpa doktor kaw2 aku tanya soalan. sebab tade orang kan. aku je dalam tu. so aku tanya kat doktor macam2. sejak aku masuk bulan ke empat aku diserang rashes seluruh badan. abis lengan aku penuh dengan bintik2 merah. selain tu perut aku pon kena rashes juga. doktor kata ini kes pembawakan budak, nanti satu masa rashes ni akan hilang sendiri. alhamdulillah...skang makin kurang. aku baru nak beli krim gamat yang my cousin guna masa dia chicken pox tu, tapi dah makin kurang dah. so aku tak beli lah. 

lepas selesai jumpa doktor barulah aku nampak suami senyum2 dengan aku. then suami nasihatkan aku, jangan terlalu berfikiran negatif tentang sesuatu perkara. kalau kita selalu negatif, maka kita tak kan nampak kebaikan yang ada di depan mata melainkan kekurangan dan kelemahan perkara itu. macam yang sebelum ni lah aku merungut2 kena tunggu lama. mane taknye lama, yang aku pon pandai, datang pagi2 memang lah ramai. masuk tengah hari tade orang pon...kikikiki...salah sendiri kan. so aku admitlah aku ni negatif thinker before this. 
kerajaan dah berabis berjuta ringgit untuk menaiktaraf perkhidmatan kesihatan di klinik2 dan hospital2, jadi kenapa kita terlalu tertutup untuk menerima penambahbaikan itu kan?? sebab..kita terlalu banyak disogok dengan cerita negatif tentang perkhidmatan yang diberikan.. ok skang ni jelas, aku memang kena ubah sikap negatif thinker ni. 

nah sebagai pencuci mata :)

ni masa scan di private, see the umbilical cord..

selepas beberapa ketika syg tak mahu lagi discan, die tunjuk bontot die. alah..comelnye..

ni die telangkupkan diri :) wee...macam bapak die kalau bangun tido.
ni scan kat KKIA, baby tetonggeng pulak, yang aku tunjuk tu kepala die. yang lebihnye pepandailah tengok eh.
 aku sayang sangat dengan baby ni. aku nak yang terbaik buat baby aku. aku akan jaga kesihatan aku sebaik mungkin. aku tak pernah rasa terbeban selama aku mengandungkan dia, walau rashes ni kadang2 membuatkan aku rasa perit seluruh badan, tapi aku redha, aku pasrah. kalau ini dugaan Allah bagi aku redha. aku sanggup. kalau nyawa aku galang gantinya pon aku sanggup. sebab aku terlalu sayangkan dia...

terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu ini :)

Friday, August 12, 2011

ini entry marah. tapi sebab bulan puasa bahasa sedikit sopan.

pertama sekali syukur aku ucapkan aku masih lagi dapat berpuasa pada hari ke 12 Ramadhan 1432 Hijrah ini. syukur juga ke atas hadrat Ilahi aku mampu bernafas dan masih sihat dan kuat mengandungkan khalifah Allah ini. 

pagi2 Jumaat ini aku dah rasa sentap hati dengan satu entry di blog cousin aku. bukan lah aku nak sentap dengan blog dia tapi aku sentap dengan somebody yang telah berperangai biadap dan kurang ajar (tak keterlaluan kalau aku cakap dia biadap base on cara dia menulis di blognya) 
kenapa aku nak sebok2 pasal kak lina ni?? 
sebab..aku sebahagian dari saudara dia. aku sebahagian dari darah yang mengalir dalam tubuh dia. kalau kau cek guna DNA memanglah takdapat accurate 100% DNA yang sama kan.. tapi dari segi perhubungan itu, aku adalah cousin dia. Ayah aku abang kepada mak my cousin ni. jadi..bila orang menghina dia dan keluarga dia, i am a part of her family. a part of her cousin. turut merasa terhina dan tersinggung dengan hinaan itu. 

atas sebab apa cousin aku dihina biarlah kami sekeluarga saja yang tau, tak perlu aku nak ulas panjang2 kan. tapi aku nak tegur sikit sikap segelintir remaja yang tak begitu menyedari diri bahawa hidup itu bukan seperti apa yang kita impikan.  tak semua orang dapat apa yang diimpikan. tak semua orang dapat kehidupan bahagia seperti yang diidamkan.  Hey you, ini life cerita betul tau. bukan cerita novel, di akhir cerita ada kebahagiaan yang berbunga2..

wahai manusia yang telah mengutuk, mengeji, dan menghina my cousin (kalau dia boleh baca lah entry ni kan :) harap2nyer ada lah petunjuk Allah bagi dia baca entry ni)
kalau kau rasa dia layak dihina, dikeji, dicerca kau teruskanlah. kerana apa yang kau buat tu memberi keuntungan kepada my cousin. kalau dia redha dengan ujian yang Allah bagi, pahala yang dia dapat atas kutukan dan makian kau itu.

kau bukan sesempurna mana pon aku tengok, aku juga tak sempurna, sebab manusia itu tak ada yang perfect kecuali nabi kita. kenapa kau begitu menghina jalan kehidupan orang lain?? kau punya tauliah ke nak tentukan jalan apa yang orang patut ikut?? jalan apa yang orang patut jauhi?? kau punya kuasa ke nak tentukan masa depan orang??? tentunya TAK kan?? jadi?? siapa kau nak judge orang?? nak kata orang kawin tanpa restu?? kau tau ke kenapa Allah duga dia?? kau ke yang menulis takdir hidup dia?? tentunya TAK kan???

kau terlalu prejudis dalam melontarkan pandangan kau. 

kau tak perlu canangkan keburukan , keaiban , dan kekurangan orang.. kerana tindakan kau hanya akan menunjukkan kelemahan kau dan siapa diri kau yang sebenar2nya. bagi orang yang tak buta hatinya dengan hasutan syaitan, pasti mereka dapat menilai sejauh mana kebersihan hati kau. tujuan apa kau ceritakan keburukan dan keaiban my cousin pada orang sekeliling kau?? kau puas?? kalau itu yang kau rasakan, Insya Allah satu hari nanti kau pasti akan tahu sebenar2nya kehidupan itu yang sebagaimana.

kau pertikaikan kelayakan dia menjadi pendidik, kau??? adakah kau juga pendidik??? bukan. kau bukan pendidik yang aku tahu. kau hanya remaja yang baru mengenal erti kehidupan. awal kehidupan. belum sepenuhnya cerita sebenar kehidupan. My cousin study bertahun2 untuk dapatkan segulung ijazah yang melayakkan dia digelar pendidik dan menyandang jawatan itu. kau?? study kah kau? setakat apa?? level yang macam mana?? kau degree holder kelas keberapa?? sila nyatakan kelayakan kau sebelum kau layak mempertikaikan kelayakan orang lain.

wahai cik adik yang cantik , 
jangan kerana rupa kau bangga kau dihimpit sang kumbang. kau juga tak tahu adakah masa depan kau masih dengan dia?? ok aku tak nak sentuh isu kau dengan BF KESAYANGAN KAU. tapi...ingatlah, hari ini kau mengata hal jodoh orang lain, esok lusa kalau ALLAH nak tunjuk pada kau sebenar2nya jodoh itu apa, aku harap kau sedar, jodoh pertemuan di tangan ALLAH. kita bukan sesiapa yang boleh meramal kehidupan masa depan. jadi beringatlah dalam memperkatakan hal orang lain. jangan kerana mulut kau hari ini, esok lusa badan kau yang binasa..

"manusia seperti ini tak layak digelar pendidik dan tak layak juga digelar manusia "
wah...cik adik..
ayat kau..sepertinya kau seorang manusia serba serbi sempurna..kau mempertikaikan my cousin tak layak digelar manusia?? jadi?? layaknye apa??
ketika Nabi Allah Adam dijadikan, Allah memerintahkan Iblis untuk memberi penghormatan kepada nabi, tapi Iblis menolak kerana iblis sombong dan mempertikaikan kejadian Nabi Allah Adam, Nabi Adam dijadikan dari tanah sedangkan dia dari api, kenapa perlu dia sujud kepada Nabi Adam, dan kerana kedegilan itu iblis dilaknat Allah sehingga hari ini dan sampai bila2 pon iblis menjadi musuh utama manusia. 
kau istimewa sangat kah untuk dipandang sebagai MANUSIA? sebegitu sombong kau pertikaikan kejadian Allah..sehingga sanggup kau kata  pada my cousin tak layak digelar manusia ? Astaghfirullah al azim...

nasihat aku pada kau cik adik manis, kau cantik. semua orang pon tahu, kalau kau dulu  freehair dan sekarang kau dah cantik bertudung..syukur. alhamdulillah..kau boleh jadi lebih baik kalau kau bertudung tapi bersopan dan jangan terlalu obses mengutuk orang. takut nanti tudung itu tiada nilai di mata orang yang memandang. 
sebab...hijab tak dibuka lagi di depan mata. 
sorilah kalau kau tak boleh nak faham entry aku yang berbahasa basi ni, sebab aku tak suka direct sound kat orang, aku belajar untuk menghormati orang lain walau dalam keadaan marah. dan masih belajar lagi untuk menjadi seorang yang penyabar. kalau ikutkan umur aku seperti kau, aku rasa aku dah buat lebih teruk dari ini. aku dan my cousin terlebih dahulu melalui umur remaja ...lebih dahulu melalui kehidupan. walaupun jalan kehidupan kami berbeza, tapi pengalaman hidup lebih dulu mematangkan diri kami dari kau. alahai..baiklah kau sambung belajar, dan cari kehidupan yang lebih baik. kenali diri kau. kenali potensi kau. kenali siapa yang kau nak jadi..

tak salah kau nak mengambil tahu hal orang lain, sebab semua orang pon punya keinginan nak mengetahui hal orang lain. tipulah kalau tade niat langsung nak amik tau hal orang. hahaha..
kau tak takut ke kalau Allah tarik nyawa kau dalam sekelip mata? tak takut ke dengan dosa2 kau yang kau tak sempat minta ampun dari orang2 yang masih hidup??  belum tentu doa orang sampai pada kau di alam sana kalau ada yang tak redha dengan kelakuan kau semasa hayat kau. jadi berfikir2lah sebelum berperangai kurang ajar dengan orang. 

sekian dulu lah entry aku pasal kau, aku tak suka cakap panjang2 tapi tade isi. cukuplah ini. agar kau menjadi seorang muslimah yang berpekerti mulia. 

aku juga mengigatkan diri aku melalui entry ini, agar tidak mengata, mengutuk , mengkeji, dan menghina orang lain sebab...aku selalu ingatkan diri aku  ketika ini Allah sedang menguji orang lain, aku takut kalau esok lusa Allah uji aku pula, adakah aku mampu menanggungnya?? adakah aku kuat menghadapinya..aku sentiasa ingatkan diri aku. aku harap entry ni juga mengingatkan kawan2 aku yang lain... 
kita memilih apa yang kita nak jadi. kita yang putuskan apa yang kita inginkan. kita yang menilai buruk baik sesuatu perkara. jadi, kalau kita mahu letakkan diri kita di sisiNya..juga pilihan di tangan kita. syurga atau neraka juga pilihan kita. sama2lah perbaiki diri kita.

Tuesday, August 9, 2011

sebab2 aku MC hari Isnin.

Last week aku balik kampung. lepas je berbuka hari Jumaat tu, aku dah packing2 barang. suami tanya nak gi mana ?? aku cakap nak balik kampung. suami suruh tunggu Isya baru gerak balik kampung. Fwah~ teruja siot. nak balik kampung...nak bersahur dan berbuka bersama keluarga ..

dari Putrajaya kul 9.30 sampai umah kampung 12.30 tgh malam. suami tak mau drive lelaju sebab die fikirkan aku dan baby. cayang temok auw~... muahx2X..
esoknyer bersahur bersama keluarga. Mak masak ikan masak merah. ape lagi..kami lahap laki bini tanpa mengira waktu yang dah hampir imsak. kat Putrajaya imsak 5.41 pagi, kat kg, imsak awal. kan kampung aku arah selatan.. mujur sempat benti makan. kikikiki..

petang2 gi bazar naik motor. puas pujuk suami nak naik motor. bukan senang die nak bagi aku naik motor. dari awal pregnant die tak bagi aku naik motor.  beside, bazar kat kampung aku tu sebelah jalan utama , so sesak sikit. aku fikir naik motor lah senang.  suami suruh aku duduk dekat2 sebab die takut aku jatuh. aku rasa aku dah dekat dah tapi suami kata dia tak rasa ada orang duduk kat blakang die. last2 aku geram aku buat aksi minah rempit tu. yang duduk rapat2 tu...then suami cakap, 
" ha..cenggini lah..baru abg rasa ada orang kat belakang"
"abang, saya malu lah orang pandang nanti. saya tak reti nak duduk cenggini. saya bukan minah rempit. saya awek drift hahaha.." 

cecececeh...dah kahwin malu plak. dulu zaman dapat bf mat rempit kemain lagi kan. haha..tu citer dlu der. tapi aku dah insap.dosa.dosa. meluatnya aku pandang diri sendiri beraksi seperti minah rempit, cenggitulah gaknyer orang pandang aku dlu kan. ouh. insap ya Allah...

bazar kampung aku selain tempat beli juadah ia juga tempat budak2 baru nak naik mempamirkan muka2 mereka. meluat aku tengok orang2 yang ulang alik naik motor kat bazar tu. jalan dah sempit. aku dah tekengkang2 bawak juadah kat tangan sampai berplastik2 boleh plak orang2 ni sebok nak lalu lalang. bukan beli apa pon, sebok lalu lalang je. rasa nak sepak biar mereka tergolek. yang perempuan2 pon sama. ish. mentel benor gayanyer.

lepas berbuka dengan jayanya aku pon berehat2 sambil tunggu terawih abis aku nak gerak ke kampung suami plak kat Semerah. kami sampai Semerah dalam pukul 10.30 malam.  aku suka balik kampung suami ni sebab kampung dia memang terasa macam kau ada di zaman 70an lah. dengan rumah kayu yang klasik, laman luas, pokok buah banyak..arh..best ah.
masa bangun sahur mak usu masak ayam ungkep. again..ayam ungkep jadi santapan aku. hahaha....
fwuh~ mables gojes.
ketika suami masih lagi dibuai mimpi dalam pukul 8 pagi tu, aku dah bangun pusing keliling rumah cari pokok buah yang ada. kebetulan ada manggis. aku dah riki dah pokok mana yang hasilnya banyak. ha...aku memang suka manggis. tetengah hari aku suruh suami panjat pokok jolok manggis. Mujur hari Ahad tu cuaca mendung dan gerimis sikit2. hehe..dengan payong kat tangan kiri, baldi kat tangan kanan, aku pegilah bawah pokok manggis. Wee...tunggu suami hulur kan buah manggis dalam botol yang diubahsuai jadi galah oleh suami. ah tak tau nak esplen. *buah manggis tak boleh jatuh atas tanah nanti dia 'bongko' reti dak bongko??? nek wong jowo ngomong bongko kaie koyok benyek lah* hahaha..sori tak tau nak terjemah bahasa melayu bongko tu ape.

setelah berbuka puasa dengan lahapnyer kami pon bergerak pulang ke Putrajaya dalam kul 9 lebih dan sampai di parking rumah kul 12.30tgh malam. ok. ini cerita ketika aku berhenti sembahyang di RNR Jejantas Ayer Keroh...sebabkan perut dah penuh sangat time kat umah mak usu, tak larat aku nak solat Isya, suami je solat sendiri, aku cakap kat suami nak solat kat RNR je nanti at least perut dah ok sikit tade lah senak sangat kan. ketika aku masuk dalam surau tu, gelap gelita. teraba2 aku suis lampu. dalam hati aku dah tak sedap sebab tade orang pon berhenti sembahyang kat situ, orang2 pon tak ramai kat rnr tu. cam beberapa buah kereta je. suami tunggu kat kereta aku je pegi sorang2...time ni kesal dalam hati tuhan je tau. nape lah aku tak nak solat kat umah mak su tadi....dalam hati aku doa je semoga tuhan kurniakan aku keberanian super power.

aku gi kat tempat wudhu, tade pon macik2 cleaner lepak kat situ. biasenye kalau aku benti solat kat situ mesti ada macik cleaner lepak borak2 kat situ, tapi malam tu tade plak. aku buat dek je amik wudhu dan terus masuk surau bentang sejadah. masa aku adap ke dinding nak amik sejadah, aku rasa cam ada orang kat belakang aku, aku pusing tade.  aku dah mula takut. tapi aku kuatkan semangat juga. masa aku sujud aku sempat lah kerling kiri kanan kan. tapi aku buat tak tau je. aku fikir ala..perasaan aku je kan...then masa dah bagi salam, aku tengah tadah tangan nak doa, aku dengar cenggini "arhhhhhhh......" slow je. dari arah kanan aku. aku terus toleh. aku pantang betul kalau kena usik2 ni. aku doa cepat2 then aku kemas sejadah, sebelum keluar, aku cakap dalam hati "nak sembahyang pon kena kacau" then aku blah tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi bulan puasa kan??? menurut kawan2 aku yg terror bab agama kat ofis ni, mereka kata, syaitan di rantai tapi jin, tak. ouh. takutnye...

lepas ni aku tak nak lah solat lagi kat RNR sendiri2. tu lah degil. lain kali jangan makan banyak2 nanti perut senak nak solat susah.


Friday, August 5, 2011

semua orang pon nak duit.

sape kat sini tak suka duit?? semua orang pon nak duit kan. tipulah kalau kau cakap, 'duit itu keseronokan dunia saja. yang lebihnya akhirat' eh, beli beras guna duit ok. bukan beli guna senyuman sambil cakap ' apek, beras 5 kilo saya beli dengan hati yang ikhlas dan tawakal kepadaNya.'  tade ok. tade kedai akan bagi. 

lately kan sejak aku tulis kat nota bonus pada entry aku yang lepas pasal kerajaan bagi bantuan kepada Felda, mula lah ramai yang jadi profesor serba tahu yang meramalkan untung nasib kakitangan kerajaan ni. especially nak raya ni kan, semua pon asyik cerita pasal bonus. bonus.bonus. 
eh. naik pitam aku lah. 
aku pon giler duit juga. tapi kalau kau asyik cakap ' kau rasa dapat ke bonus???' ' kau ingat kerajaan nak bagi ke??' dan sebagainya..aku jadi rimas. aku tak tau lah kenapa isu bonus ni seperti isu yang begitu menyempit dada masing2 je. sampai nak makan pon tak lalu kan. hahaha..

well..aku pon merasakan kita perlu mendapat sedikit imbuhan. tapi..bukanlah setiap masa nak cerita pasal duit kan. lama2 aku pon boleh muntah. kalau kau gaji cuma RM1+++ macam aku ni, tak payahlah nak berbelanja cam kau tu bergaji 3k kan. ikut lah kemampuan. bila kau gasak tempah kuih raya berkoyan2 dengan orang, tempah langsir design terkini, baju nak satu almari kalau boleh hari2 tukar2 baju raya , kasut yang paling gedebum gojes..memang tak dapat lah berjimat kan..

look, duit ni isu sensitif sikit. kang aku cakap lelebih orang cakap aku ni poyo lah kan ' ala kau lainlah..laki bini keje kerajaan..' 'kau lainlah kerajaan yang datang temuduga kau' kau tu..aku ni..bla..bla..bla...kadang2 aku rasa nak fire je mulut2 longkang yang tak berhenti2 kondem pihak tu pihak ni semata2 nak rasa duit bonus ni. kau tau tak duit bonus diberi atas apa?? atas dasar apa?? kalau tak tau baik diam. 

amalkanlah sikap berbelanja ikut keperluan, ikut kemampuan dan ikut jumlah pendapatan. kalau kau ada pendapatan sampingan seperti ladang jagung berekar2 atau kau memang usahawan bisnes malam yang berjaya, takpe, kau nak memekak2 beli kuih 3 lori pon tade orang kisah. duit kau. tapi...kalau kau cuma kerani cabuk cam aku, then citer nak beli itu , beli ini, then bila gaji dah rasa cam ngam2 je lepas2 balik kg tak pat belanja lelebih kau dah mula salahkan orang tu orang ni sebab tak bagi bantuan. salah sape?? salah sape??? aku terus terang cakap, pasal duit ni aku cukup fedup untuk bercakap buat masa ni.

syukur alhamdulillah..suami aku seorang yang sabar mendidik aku menjadi orang yang berhemah ketika berbelanja. walau kadang2 aku rasa gaji cam tak cukup je kan..tapi bila aku kira2 balik, aku keep kat sini, aku skip kat sana..aku cari kat mana ada tempat yang aku boleh kurangkan..alhamdulillah..setakat ini tadelah aku sampai tak makan nasi atau cuma makan megi atau cuma goreng telur nak tunggu ujung bulan.

untuk yang single mingle triangle, memang tak terasa sangatlah kan, duit gaji untuk diri sendiri , mak ayah, adik2 sikit mungkin dan keperluan diri sendiri. bagi yang dah berdawen (kahwin) cam aku ni, memang semua benda pon kita akan share dengan pasangan..and anak lelaki tak lepas dari tanggungjawab terhadap ibu bapa dia tau. jangan lupa tu. bila suami kau nak bagi duit kat mak bapa die itu hak dia. memang masih tanggungjawab dia. berbeza dengan anak perempuan, bila dia dah berkahwin tanggungjawab sepenuhnya akan jatuh di atas bahu suami dia. jadi di sini jelas kita kena ingat, kalau kita sakit, kita perlukan rawatan, sepatutnya bukan kita yang keluarkan duit, kalau kita tade baju nak pakai bukan kita yang sepatutnya beli. kita bekerja , duit  gaji tu kita yang punya dan hak kita. kalau suami kata dia nak minta, kena ada kebenaran kita. kalau kita tak redha, tak bagi, tak boleh lah.  kecuali kalau kau dengan rela hati memberi sebahagian gaji kau untuk disharekan dengan suami, itu memang tak boleh nak cakap apelah. kau yang sudi. 

aku percaya ramai yang mungkin akan cam tekeliru dengan kenyataan aku tadi. tapi itu yang aku belajar di sini . di ofis purba aku ni. berkenaan dengan hak2 isteri dan nafkah2 yang perlu diberikan kepada isteri oleh suami.  syukur sangat. ada hikmah aku duduk kat sini selama 3 tahun.aku belajar banyak benda tentang rumahtangga. sangat banyak untuk aku simpan jadi pengajaran. 

ok back to the rule, semua orang pon melalui krisis duit menjelang hari raya ni kan, tapi kenalah bijak uruskan kewangan kita. kena bijak kawal. kawalan tu penting. kawal nafsu serakah nak beli itu , beli ini, kawal diri dari merasa tak puas dengan kesenangan orang lain. baru tadi aku masuk tazkirah, Hakim Mahkamah Tinggi bagi tazkirah, beliau menyatakan :

'jangan kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih berada dari kita, bandingkan kita dengan orang yang lebih tidak bernasib baik sebaik kita, kelak kita akan menginsafi kelebihan dan kekurangan kita, kalau kita bandingkan diri kita dengan orang yang berada, sampai bila pon kita rasa kita nak bertanding dengan dia'

ini dari segi harta benda lah kan. kalau dari segi pelajaran memanglah prinsip ini tak boleh digunapakai.

aku berdoa aku tak terjebak dalam kancah keberhutangan serius menjelang hari raya ni.

Thursday, August 4, 2011

ini tak cOol. ini penyakit.

aku punya tengkok sakit. aku tertidor tadi kat sofa bilik rehat tanpa bantal dan akhirnya...bila bangun amik kau tasa! sakit tengkok. 
dah bape jam aku rasa sakit ni tak reda. siot ah. kepala aku sakit. 
skang ni aku taip dengan kepala aku tunduk ke bawah dan mata terpejam. 
sebab aku nak release kan kepala aku ni dari berdenyut2 akibat tengkok yang sakit. 
kesal.kesal.kesal.

hari ketiga. meredah ujan demi roti jala.

semalam petang....aku sampai kat bazar Presint 2 tu ujan lebat. aku gagahkan juga melangkah dengan suami masing2 berpayung... comel je aku dengan payung renda2 tah sape punya tah dalam bonet kete aku. hahaha...beriringan dalam ujang bersama suami, sambil berdoa, janganlah ujan lebat lagi.takut terbang payung aku.

sampai je bazar terus tuju ke kedai yang dimaksudkan tanpa menoleh ke kiri atau kanan. kau toleh kiri kanan pon orang sume bawa payung. tak jelas penglihatan. aku tuju kedai kuih, beli popia sambal 2 hengget. beli roti jala 4 hengget. murtabak 4 hengget and air teh bunga. fuh~ mables.. enak dan kenyang.

dalam ujan2 tu pon orang tak ada surutnyer. ramai juga. tapi takpelah. demi roti jala kan..
hari ketiga ni aku gagah sikit dari hari kedua.mungkin sebab aku dah mula biasa berpuasa. walaupun begitu budak dalam perut ni pon tak kuranglah aktifnyer....tapi takpelah nak...suka hatilah nak buat apa asalkan sihat 

cuma..malam tadi aku tak pat tido lena sebab aku asyik tersedar. aku tak tahu lah ape die buat dalam ni, aku asyik tejaga je. aku rasa perut aku tak selesa, kejap kang aku begalih kiri, kanan, kiri lagi,kanan lagi..sampai suami pon jadi tak selesa sebab aku asyik tesondol2 suami je, dalam gelap..mane aku nampak. siyes aku tak selesa...
 
aku mimpi abah aku. yang ni memang part tak boleh blah. aku kalau mimpi bapak aku that mean aku memang kena balik jumpa dia. tu petanda dia rindu kat aku tuh. hahaha..nampak gayanya minggu ni aku balik kg lah gayanye..balik dan berbuka2 di rumah :) weE..boleh gi bazar Parit Yaani :) 

pagi tadi aku bangun lambat ok. bangun dah dekat pukul 5. ish. sahur megi aku laki bini. mujur suami tak merungut...syukur suami sangat memahami. sementara aku masak megi die ironkan baju aku. alhamdulillah..:)
hari ni aku balik tumpang akak ofis aku sebab suami ada kursus kat POJ. tak sabar nak balik jumpa suami. suami asyik mesej tanya aku ok tak sepanjang die tade, alhamdulillah..masih diberi kekuatan. 

nota ujan : mujur semalam aku tak kejongor kat tepi jalan. jalan tu licinlah. kalau tak...betabur roti jala aku. ish. jatuhlah kewibawaan aku sebagai Puan Tasantek yang hensem.

Wednesday, August 3, 2011

puasa hari kedua :) sikecil jadi aktif pula.

semalam aku tak masak. aku nak try gi  bazar presint 2 . hah. kau. amik. sejam juge lah aku melangot dalam kete nak tunggu turn kuar simpang. kuar simpang tau. bukan turn nak parking. ape lah kejadahnye polis2 trafik dengan PBT kat situ duduk je tengok kete dah jem nak jalan tak boleh, buat dek je beli air soya. siot betul. kau tau tak aku tak semayang asar lagi. aku dengar azan asar dalam kete kat simpang masuk Mex. aku nak cepat balik, cepat solat and boleh telentang.  Si suami dah nak buat perangai KL die. suami plak jadi emo tak pasal sebab perkara tu simple sangat kalau nak jem pon. orang berebut kuar simpang dari parking kete then keluar ke jalan utama kan, kete lalu tak berhenti2. tade kawalan arus lalu lintas. ada motor polis je belambak. polisnyer tade. siot ah.

lepas sejam bersabar dapat gak balik umah. terus rush semayang sebab jam dah kul 6.20 petang. lepas solat salin2 juadah dalam pinggan. selesai aku pon baring depan tv. memang flat abis. dah tak boleh buat apa2. Si kecil dalam perut ni bila mak die baring je, die start berdansa. haha..tenggelam timbul perut aku. suami pon takut tengok. Perut aku kecik, and mybe tipis kan. bila aku tak makan, yang terbojol cuma kat tempat baby je. so bila die bergerak2 aku pon naik seram. aku pujuk2 die suh sabar ada lagi sejam nak buka. pujuk punya pujuk bapak die pujuk baru die duk diam. semalam si kecil agak aktif sikit. uish...

masa buka aku cuma minum air teh bunga. ouh. ini air kegemaran aku time puasa. dulu masa kat kampung, air teh bunga jualan oleh member skolah aku memang terbaik. nama dia Aji. ahahaha..family die kalau jual air memang superb ah. kalau balik mesti nak cari air kat gerai family die. semalam just berbuka dengan roti jala, ayam panggang and kuih muih serta keropok lekor. masa beli semua pon aku bedal 2 hengget. 2 hengget kuih, 2 hengget tu.2 hengget ni. dah buka.....erm...tade de semua aku cekik. sikit je aku makan. 

lepas buka cecepat solat magrib, mandi and rest. suami kata dia penat. die tak larat nak turun gi terawih. aku suh gak die turun pegi terawih kat surau bawah rumah aku. tapi aku cakap pon dengan kadar mata aku dah kecik giler. then selepas beberapa minit aku pon hanyut.....
kau tau tak aku solat isya kul 4 sengah pagi. hah.mcam gampang. tak sedar beb. aku sedar2 kul 3 pagi, dah ada kat dalam bilik. weE...sape tolong angkat aku masuk bilik ni..hahahaha...larat lagi suami nak angkat rupanya. 

hari ni aku berazam nak gi beli lagi roti jala kat Presint 2 tu and nak parking jauh sikit. takpelah jalan kaki dari aku melangot duk dlm kete sejam nk tunggu keluar. cish. tade sivik punya orang. 

nota bonus : eh, aku mengantuk2 pon aku dengar berita kerajaan bagi Felda duit bantuan hari raya. ehem. rasa2 ada tak bahagian kita?? kikikikiki..

Tuesday, August 2, 2011

dugaan puasa :)

weE...semalam aku berjaya puasa sampai ke hujung waktu. even aku rasa cam lembik je kan. memang lain lah aku rasa bila puasa bagi dua orang ni. lembik abis! first day la...

pagi tadi kul 4 aku dah bangun siapkan santapan si suami. sume aku perangat je lah tak larat aku nak masak dengan mate kecik ni..kang aku hiris tangan sendiri plak. kikiki. aku ni kalau mengantuk tahap gaban, berdiri pon boleh tido. kalah lah Pak Maliki dalam citer Kongsi.

lepas dok perangat lauk and nasi, aku kejut suami. Ya tuhan...susah betul nak gerakkan die. sebab malam tadi balik terawih suami tengok Tv taktau die tido kul bape. aku kul 10 dah berlayar...goOd Bye dunia...

cerita semalam..
pagi tu aku masuk court cam biasa, satu dua kes ok lagi.masuk kes ke 4 aku dah rasa cam nak tido je. mate mengantuk giler. tak tau lah kenapa. masa tu kul 10 lebih. Mak aku kata memang normal kalau mengantuk time2 tu tapi aku rasa lain macam mengantuk die. cuba kuatkan hati. abiskan juga semua kes. keluar dari court, aku apdet catatan...then tgh hari tu aku dah rasa cam nak pitam sebab aku rasa darah cam tak sampai kat kepala kau je. hahaha...aku pandang semua orang cam layang2. cepat2 aku gi bilik suami dan suruh die hantar aku balik rumah. (ekceli balik rumah nak rehat sambil tu suami kata kalau tak tahan boleh buka)
sampai rumah terus gedebush!!! telentang kat sofa tak sedarkan diri. suami kata aku tido dengan nyenyaknyer. sampai tak sedar bila suami gi keje balik.
 
aku sedar2 kul 3 lebih, tengok2 suami tade. lah kena tinggal kat umah rupanya aku ni. aku bangun solat zuhur. korang boleh tak bayangkan aku jalan macam orang mabuk todi. tapi aku gagahkan juga. alhamdulillah..kekuatan datang juga bila aku tak benti2 doa2 dalam hati minta Tuhan kuatkan aku.  selesai solat aku duduk depan tv and aku cuba nak tengok tv. tapi tak boleh fokus. aku pegang perut aku. aku pujuk2 baby supaya die sabar sebab aku puasa kan. dari pagi die gerak slow je. risau aku . sebab selalunya pukul 11 die akan start gerak2 sampai makan tengah hari, then die senyap kejap, nanti kul 3 lebih die gerak lagi. tapi semalam memang lain giler. aku rasa dia slow sangat bergerak. ada pergerakan tapi tak de seaktif biasa. aku berdoa tade pape lah kat baby kan. aku harap2 sangat die ok. 

masa buka tu aku kuatkan diri masak nasi, masak lauk sikit untuk suami, and suami balik kul 6 lebih. dari kul 4.30 petang dia keluar dari ofis, nak smpai rumah sikit punya lama, dia kata jalan jem. erm...sabar jelah.
buka aku makan kuih dengan keropok lekor je. nasi aku tak jamah pon aku rasa perut aku dah masuk angin and dah tak boleh accept benda berat. minum air teh suam and terus solat magrib. then duduk berehat barulah aku rasa ada pergerakan dari baby. lega aku...

then malam aku tido awal.. sebab aku dah mengantuk.
ape yang aku nak share is , aku rasa lain sangat perasaan puasa sebagai orang mengandung ni. aku dlu kalau puasa time anak dara, puasa ke tak same je. sebab aku dah biasa puasa ganti hari biasa kan. tapi bila preggy ni...rasa tu lain sangat. even dah tak larat ni, tapi aku kuatkan juga. aku nak juga penuhkan puasa. and baby pon cam tau je kan, aku puasa and die tak main ganas2 sangat. sebab..kalau die bergerak aktif aku sure lapar. lapar dan lapar. 

pagi2 ni boleh plak terview stoberi coklat buatan si Nad. adoi ai....

Monday, August 1, 2011

bila puasa..mesti ingat..

selamat berpuasa semua :) wee..tahun ni aku berpuasa sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang giler kentang. bukan die giler lah. die suka makan kentang ;)

well...as usual kan. bila nak puasa je aku akan teringat arwah nenek aku yang aku panggil Nyaie *panggilan bagi orang Jawa supernatural cam aku* sedihnye...
nyaie dah tinggalkan kami semua selama 11 tahun. dah 11 tahun. sekejap je. 
masa arwah nyaie meninggal aku darjah 6 tahun 1999.
aku bukan cucu kegemaran arwah nyaie aku. yang jadi cucu kegemaran die kakak aku. mane die pegi mesti die nak bawa kakak aku. aku tak nak bawak. haha....sebab aku degil dlu kecik2. aku selalu gaduh dengan nyaie aku. degil amat dong ah.

selepas hampir 11 tahun dia tiada, aku masih ingat setiap kali puasa, dia akan masak ayam ungkep (aku tak tau dalam bahasa melayu apa nama masakan ni)  untuk kami sekeluarga. makan sahur dengan ayam ungkep fuH~ mables ar ayam ungkep nyaie.
ari tu aku telefon mak aku, tanya cane nak buat ayam ungkep ni. Before this aku penah try buat tapi kuah die kelaut plak. banyak sangat sampai cair. kire percubaan pertama failed ah. And Sabtu lepas aku try kali kedua buat resepi turun temurun family aku ni. heheheh..ayam ungkep versi tasantek boncit. miahaha...

dan akhirnya..

tara..ini dia ayam ungkep :)
lepas siap masak je. suami terus ajak makan. die kata bau ayam ni semerbak sampai die tak sabar nak tunggu. and die pon cakap, dulu masa die kecik2, kalau bau  aroma ayam ungkep ini akan mengingatkan dia dengan suasana menjelang puasa.....

"kalau adik nak ayam ungkep tu sedap macam arwah nyaie buat, kena tunggu lama sikit tunggu kuah die pekat, manis2 sikit baru sedap .."

ternyata mak pon tak kan lupa cane mak mertua dia masak ayam ungkep ni. 
rindunyer kat nyaie...
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.