Friday, September 30, 2011

apdet pendek2 je.

ok hari ni apdet pendek2 je. sebab malas nak tahep panjang2. geli orang nak baca nanti.
semalam aku ada kes "faraq nikah" 
faraq ni pembatalan nikah. permohonan batal nikah ni dibuat oleh seorang pakcik yang mana anak dia telah berkahwin lari di Thailand pada 19.9.2011dengan seorang lelaki tanpa kebenaran dia sebagai wali. dan membelakangkan kedudukan keluarga.
aku kesal sangat dengan kes ni sebab anak dia langsung tak ada rasa bersalah lari dengan jejaka kesayangan dia sampai ke Thailand nu...semata2 nak kahwin. bapa dia tenang je masuk mahkamah bersama emak dan seorang adik perempuan dia tunggu di belakang dewan. anak dia buat muka tak bersalah malah mencabar untuk meneruskan kes dengan perbicaraan. ouh...kasihan aku tengok mak ayah dia..macam nak menitis air mata aku.
kenapa seorang anak sangguh eh buat begini kepada ibu bapanya???
bapak dia nak faraq nikah ni sebab bapak dia rasa bapak dia berhak mewalikan dia, dan sangat terguris hati dengan tindakan si anak melarikan diri dan berkahwin sehinggan menafikan hak dia sebagai wali. apalah salahnya kalau kau mintak kebenaran dia, kalau dia tak benarkan pon kau boleh mohon wali enggan kat mahkamah. tade salahnya kau nak kahwin. betul niat nak kahwin tu. tapi sanggup ke kau lukakan hati ibu bapa kau yang membesarkan kau, memberi kan kau pelajaran, didikan..apekah??? tiada kesedaran betul. aku kesal. kesal. kesal.
nikah di Thailand tu, jangan ingat semuanya sah semata2...kau pasti ke saksi2 itu orang Islam? waima jurunikah itu sendiri?? kalau setakat tulisan jawi , ayat2 Alquran yang dia boleh baca sepotong dia, tau kah kau akan tauliah dia?? kalau benar Islam kesemua orang yang terlibat takpe. kalau mereka menipu?? bak kata bos aku, " di Thailand ni, bawah pokok pon boleh jadi pejabat, kedai kopi pon boleh jadi pejabat"

maaf kalau ada yang terasa. aku memang kesal. terlalu singkat fikiran mereka ini.

*********************
aku rasa sekarang ini aku macam berada di negara asing. mana2 aku pegi penuh je muka2 pendatang ni. rimas betul aku. betul mereka mencari rezeki di bumi Allah. kita tak nafikan rezeki Allah di mana2..tapi..kalau dah terlalu ramai yang mendapat hak kerakyatan Malaysia sebagai pemastautin tetap, sedangkan bahasa melayu yang basic tu pon tak boleh sebut dengan baik, masih ada telor negara asal ...korang rasa layak ke mereka mendapat kerakyatan???  
aku setiap minggu berdepan kes pengesahan nikah. pengesahan nikah ini dibuat oleh pendatang2 yang nak mendapat taraf pemastautin tetap, mereka kena daftarkan perkahwinan di negara asal sebagai salah satu syarat untuk mendapat taraf tu. bayangkanlah kalau dah datang Malaysia tahun 1985 masih tak boleh cakap melayu dengan baik, aku rasa betapa tak layaknya kau memegang hak kerakyatan itu. bukan bahasa je aku bengangkan, duduk di sini mendapat subsidi yang kerajaan bagi, ada yang belagak seolah2 macam aku ni plak yang menumpang kat bumi sendiri...
aku jadi takut nak bayangkan apa akan jadi pada masa akan datang... macam mana nasib anak aku nanti?? bersaing dengan anak2 mereka..adakah dia akan mendapat hak dia sebagai warganegara yang sepatutnya dia dapat?? 

maaf kalau ada yang terasa. aku cuma takut satu hari nanti, peribahasa kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan menjadi satu fenomena di negara kita. 

********************

umur persaraan kalau dilanjutkan kepada 60, aku rasa ketika umur ini aku dah tua, aku pon dah bosan keja, aku fikir nak balik rumah dan tengok tv sambil makan kacang krup krap. (kalau ada gigi lagi lah kan )
semalam aku dengar Hot Fm..isu umur ni lah. hahaha..ramai yang tak setuju...tapi ada seorang brader ni..die kata dia setuju sangat umur persaraan ni dilanjutkan sebab dia kata di luar negara umur persaraan average 80 tahun. hahahaha...dah tebongkok2 masih keja weh..dia cakap juga, takde masalah dengan graduan lepasan universiti yang nak apply keja ni. banyak dah iklan keja kosong di Malaysia ni cuma graduan je memilih. ahahaha..ini aku nak gelak lagi kuat dari tadi...and dia cakap lagi, masuk kerajaan tak susah, banyak je iklan dari kerajaan tentang jawatan2 kosong ni. aku ingat ayat dia "gov keep advertise bout vacancy. cuma kena bersaing sikitlah kan" hahahahaha..aku gelak lagi kuat dari gelak2 yang tadi.
uUh...senangnyer fikiran dia kan...
kalau korang beli paper, tengok kat The Star, Utusan , Berita harian, berita minggu , job vacancy tu majoriti vacancy apa???
hahaha...senang eh nak masuk keje kerajaan?? 
cane nak masuk kalau  jawatan tak ada yang kosong. tade yang berganjak. 
dah kalau umur 60 tak pencen2 lagi bila yang muda2 nak naik pangkat?? duduk je tecongok2 sampai gaji langgar dinding.
tengoklah statistik kat sumber manusia berapa ramai graduan menganggur , kalau mereka2 ini tak diberi peluang menjadi pelapis.asik harapkan orang veteran je mentadbir, bila nya diorang nak aplikasikan apa yang diorang belajar?? takkan lah barisan pentadbir kita nak terdiri dari orang2 yang dah tua2..yang fikiran dah melayang ke rumah, bini, tanah, anak, and so on..

kalau di private makin senior makin tinggi eh gajinya??? ke perlu bersaing dengan orang muda juga??

aku memang sengaja buat entry yang tak ada konklusi. biar orang yang baca fikir sendiri :)

Thursday, September 29, 2011

kini sayang sudah 6 bulan lebih :)

ouh..pejam celik pejam celik sudah 27 minggu aku membawa si manja dalam perut ni..

seminggu selepas naik cuti berhari raya, on 15.9.2011 aku pegi ke KKIA, cek seperti biasa.
berat ketika ini (aku tak makan nasi.hanya makan roti dan air mineral saja masa ni) 45kg.
dari tarikh cek on 24.8.2011 berat aku 42kg..so naik lah dalam 3 kg dalam average 3 minggu.
Bp ok, HB aku naik cantik je 11.3 :) heheheh..berjaya weh naikkan tanpa peria katak ok. aku makan kerang je banyak.
sebabkan aku ni tade masalah sangat..aku cuma jumpe misi :) tak jumpe pon doktor.
masa tengah consult dengan misi, misi tanya pernah tak aku amik suntikan kancing gigi. aku cakap, aku baru amik masa aku pegi private on 26.8.2011 ,  2 hari lepas cek kat KKIA pada bulan yang lalu. then misi tanya kenapa aku tak teruskan je cek kat private, and kenapa aku masih cek di kedua2 klinik?? 
aku pon jawab secara jujurnya..

"misi, saya nak bersalin kat GH je, saya takut kalau tade laporang dari KKIA, GH tak kan terima saya nanti. tak pun GH akan minta saya pegi besalin hospital private je " 
"eh tade lah puan, kalau puan nak cek kat private takpe, kami tak ada halangan..kalau nak teruskan disini juga tak ada halangan. nanti bulan ke 7 kandungan tu, puan minta laporan dari dia dan refer kepada hospital tempat puan nk bersalin tu. kalau tak pun masa puan dah cukup bulan minta doktor sediakan laporan kesihatan puan, dari awal sehingga puan nak bersalin tu dan surat refer ke hospital yg puan nak bersalin. itu tak ada masalah. "

"misi, ada kawan saya kata kalau tak gi cek kat KKIA nanti GH tak terima kita..saya takut jadi cenggitu , tu pasal saya cek kat dua2 tempat. satu sebab lagi suami saya nak tengok sendiri doktor cek saya. die nak masuk tengok keadaan baby die..."

"eh..sape lah yang cakap macam tu. jangan percaya..kalau puan nak cek di kedua2 tempat boleh, tapi kepilkan sekali buku laporan dari private tu, kami pantau tengok sama tak dengan kami punya laporan. Suami tu eksaited maklumlah anak pertama kan. biasalah tu.."

ok, fahamkan apa yang aku cuba sampaikan?? jadi sapa2 yang pernah pengaruh kepala otak aku dengan andaian2 itu sila mengaku salah :) hahahaha....

on 22.9.2011 aku gi cek kat private pulak :) macam biasa..aku datang dan beramah mesra dengan akak kaunter sementara tunggu doktor gi makan. ok doktor pegi makan dan beli ikan emas lagi. aish...balik2 ikan emas.
sekali lagi timbang , masa tu tengah hari aku cuma makan satu set nasi bersama chicken chop. dan air fresh oren. aku tak nak minum air manis takut gula nanti sangkut kan :) ehehehe...
then berat aku menjadi..47kg. ya..seminggu lepas berat aku 45kg dan dalam masa seminggu ia berubah jadi 47kg. kikiki....tapi tu aku dah makan lah kan.kalau + - naik jugalah berat badan kan :) ohohohoho..
pon begitu Dr. Kevin sahkan semua ok, aku sihat, baby pon sihat, dan aku tak ada masalah atau komplikasi lain :) 
tiba masa untuk scan pulak :) weE..suami dah tecongok kat tepi scanner..nak tunggu aku panjat katil untuk sesi scanning :) 
 


pic tak jelas sangat sebab baby tak mau tunjuk muka dia..ni pon doktor goyang2 perut aku...tekan2 sikit baru lah nampak. die memang pemalu macam aku :) ok :)
as now baby skang dah berat 7++ gram lebih. hah.ari tu time puasa berat die baru 358kg.....doktor cakap die kurus..lepas raya...amik kau. berat sampai 7++ gram lebih.
doktor kata baby aku tembam sikit. chubby than before :) hehehe...syukur..alhamdulillah..
baby sihat dan aku pon betambah2 lah sihatnyer kan. sayang baby so much :)


sekarang ni aku semakin berselera..mawi tengok aku makan pon cam tak pecaya kan. tapi mawi kata...

"makan kak long. selagi boleh makan, makan. "

ha..kata2 semangat yang buat aku positif je kan :) tapi aku masih beragak lah kan..tadelah aku pukul semacam je. kang aku obes lak nanti. tak pun diabet plak tak pasal2 kang. hehehe

sudah 6 bulan lebih baby sayang ini membesar dengan sihat dalam perut aku. setiap hari aku akan bercerita dengan dia tentang kisah2 aku dengan suami, perangai2 suami, apa yang buat kami saling menyayangi, and kadang2 kalau aku tengah baring nampaklah bentuk cam bahu dia, siku dia, kadang2 aku rasa dia macam tengah geletek aku..haha..kadang2 geli sangat. suami suka panggil baby suruh tendang kalau die dengar suara suami aku..nnti baby tendang suami mesti gelak2 die kata anak die dengar dia panggil. kelakar je aku rasa. memang lah die tendang2 aku. every time pon die menendang aku :)

sekarang ni, kalau aku terlalu lama duduk baby mengeras and akan terjadilah bonjolan2 comel. makcik cleaner tempat aku ni slalu tanya khabar aku, aku selalu cerita kat die sal baby. kebetulan masa macik tu pegang perut aku keras, die suruh aku baring. dia kata baby aku nak aku baring lah tu, die nak bergerak bebas..nnti dalam 10 minit tu bangunlah balik ...terharunya..ada juga yang prihatin kat aku :) 

nota baldi ---> hari ni, aku sakit pinggang sebab pagi tadi aku memunggah air berbaldi2. adoi ai..bangunan muzium ni memang dah tahap nak kena gazet warisan harta pra sejarah lah. geram betul aku. kejap2 paip tecabutlah, flush tanggal lah, pas ni aku tak tau ape nak jadi...

Tuesday, September 27, 2011

ape beso betul ni??

yep.. aku skang ni berada dalam fasa membesOkan diri.
ouh..semuanya kembang semacam je.pun begitu aku tak lah behajat nak pindah ke Seri Kembangan..
abis semua baju2 aku dh tak muat. ish..tinggal baju maternity je yang aku boleh pakai and tshirt asben. tu pon ngam2 je tshirt tu aku pakai.
seluar?? skirt labuh?? semua udah kecepet aku pakai.
ada baju maternity suami belikan. tapi..semuanya aku rasa cam tak sesuai je bawak gi ofis..mane taknyer ..corak cam nak gi fun fair kan ..bila aku nak yang ala2 formal semua pon saiz..ampun..gedabak2..
kenalah tempah sendiri kan...sementara tu pakailah dlu mana yang ada...
penat juga aku nak jawab orang tanya kenapa tak pakai baju dress..bla..bla..bla..
aku nak je jawab, bak meh baju tu aku pakai. kau carikan.aku pakai aje. aish..kalau ada dah pakailah. sebab tade lah tak pakai. 

seterusnya pembesaran badan memang tak disangka2 sekarang ini. gaji ni aku kena beli underwear baru..hahah..malu nak citer. nanti kata aku ni menunjuk2 plak kan..tapi sebagai seorang perempuan berjiwa murni yag sentiasa positif (fuh~ ) aku nak citer sikit lah sebagai pengajaran, sebabkan aku ni preggy kali pertama jadi semua persiapan ialah persiapan kali pertama. yang mana sebelum ini aku tak sangka akan saiz breast boleh berubah menjadi besar dan lebar ..haha..so skang ni aku dah kena tukar cup, kena pakai yang lebar dan selesa. plak tu yang maternity bra bukan macam bra biasa kan..rege pon bolehlah tahannyer...kalau kau beli yang pasar malam bleh lah dapat yang murah kan....tapi untuk kualiti dan keselesaan memang tak dapat nak sangkal lah yang ada brand memang bagus. so belilah yang berjenama sikit. tahun2 akan datang boleh guna kalau ada rezeki mengandung lagi.

dah cari baju, underwear, satu lagi aku kena cari..
kasut aku.
ada lah sesetengah orang yang masih ingin kelihatan ranggi dan cantik di kala preggy yang menggunakan wedges..dan ada yang tak ketinggalan untuk suggest kat aku beberapa pattern wedges kan..tapi..tapi...
aku tak pula berfikiran begitu. time2 ni aku sentiasa nak benda yang simple dan selesa ok.simple. bukan cantik dan berjenama semata2, tapi haruslah aku kelihatan simple dan selesa.
pernah lah kasut2 aku dikutuk oleh sesetengah orang, tak cantik lah..tak lawalah..tak sesuailah...tak nampak matured lah...aku tak kisah. sebab ...aku yang pakai. aku yang nak selesa. bukan orang lain. kau cakap, kau tegur , kau kata apa saja aku tak kisah, itu kan hak aku :) see??? hahahahaha...

time kau preggy esok lusa..kau taulah cane rasanya..ingat..ini kan time aku yang preggy..esok lusa kalau kau preggy lagi, atau kau preggy untuk pertama kali...kau akan merasainya sendiri...

last time aku cari sandal buat ganti2 selipar aku yang sedia ada ni, aku tekejut giler bila saiz 36 sudah tidak muat ok. tak muat. aku kena pakai at least 38. tebeliak mata aku. aisey...kenapa ini macam pulak...37 tak semua brand ada size ni kan..selalunya size nombor2 genap je..aku tanya 

"36 1/2 tade ke amoi?? "

"tadelah kak. ini semua size genap."

ok. pasrah sandal aku skang sudah bersaiz 38. dah macam kaki mak aku pulak. :)
ouh..kalau aku punya kaki besar sikit lagi aku sudah boleh pinjam kasut Cik Puan Bunga. hahahahaha..

skang ni aku rasa tumbesaran di bahagian betis aku obvious betul. aku pegang betis aku keras and pejal. dlu betis aku kecik je..ala..kalau tengok kaki aku macam kaki ayam je ...(aku tak ingat sape yang cakap cam ni, tapi aku ingat ada orang cakap begini ketika aku di poli)

masa aku kat kampung, cuaca panas. berbeza kat Putrajaya, selalu je mendung2 nak ujan. kat kampung last week aku rasa nak tebalik je dunia..panas terik. so aku ke dapur and menyelongkar rak2 cawan mak aku.

"cari apa kau ni?"

"cari cawan besO yang dulu kak gee suka guna buat air oren tu"

*kak gee tu akak ipar aku :)

"ouh..mak guna buat air oren juga. ada dalam peti ais. mak dah buat 3 hari tu tak abis2 lagi."

dapat kat aku mug tu, sekelip mata je aku hirup. mak aku sampai geleng2 kepala...

skang ni semua pon aku nak yang besO2 je..haha...tido nak banyak2 bantal. kaki bantal, belakang badan bantal..kepit bantal, peluk bantal..hahaha...suami?? suami peluk anak2 die lah...

semalam aku belaga bontot dengan suami masa kat sinki.

"ape beso btul ni?"

suami senyum je pandang aku.

Monday, September 26, 2011

embah meninggal. mak dah jadi yatim piatu.

update simple je. sebab tade benda nak citer.
nenek aku meninggal pada hari Sabtu 24.9.2011 jam lebih kurang 2 pagi.
aku dapat call dari abang aku tu pon setelah 2 3 kali ringing baru suami jawabkan fon aku.
tau tak sbab apa??
sebab aku dah boleh agak ada berita tak best. kalau tak , tadelah abang aku tepon tetengah malam. 
aku tak sempat tengok arwah embah aku sebab...aku sampai dah lambat. lagipun memang gerak dari Putrajaya pon dah siang, kul 8 pagi..
aku tak tau kenapa aku tak begitu sedih. tak begitu terpilu seperti ketika arwah nyaie aku meninggal dulu...
embah meninggal setelah 9 bulan arwah embah lanang (arwah atok lelaki) aku meninggal.
and...aku secara jujurnya mengaku, bahawa....aku tak begitu sedih mengenangkan pemergian dia, tapi aku sedih dengan peninggalan dia...
dia meninggalkan anak 14 orang. salah seorang ialah mak aku.
aku sedih bila tengok mak aku asyik cakap " mak aku dah takde, aku dah jadi yatim piatu" 
perkataan ini dia ulang2 dari dalam kereta aku jemput dia kat umah embah aku sampailah semalam aku nak balik ke Putrajaya. ya..aku lagi sedih melihat mak aku seperti ini. 
semoga roh embah dicucuri rahmat. alfatihah.

Thursday, September 22, 2011

sirit berit aku dibuatnye.

ouh..semalam aku tak bape sihat, niat di hati nak balik umah berehat sementara suami ada hal di sekitar Putrajaya kan. tapi...niat asal telah dilencongkan ke PICC.
ya..PICC semalam macam pasar borong selayang. sangat ramai manosia yang matanya bulat2 tejegil2 tengok santapan hidangan yang telah di packing2 untuk diperbedal oleh sekalian orang yang ada. :) aku pon ada juga :) sama2lah mata bulat terbuntang2 tengok satay, nasi ambeng, nasi itu nasi ini, mee segala jenis bagai.

dapat salam dengan PM kau :) weE. ..TPM and wife also Koh Tsu Koon.(eh apekah ini aku pon salam ) bukan nak salam sebenarnya..aku lalu kat situ bersama BOolat, aku dok lah follow die, smpai kat gerai air, aku baru nak lalu PM dah on his way menuju ke arah kami , aku tak dapat lari melainkan di arahkan oleh mak polis di situ "ketepi2 ketepi, lagi sikit. ni benti dlu , tunggu PM lalu" aku pon ketepi2 sampailah berada di barisan hadapan betul2 depan PM, dah PM hulur tangan, aku yang tekejung2 teruja ni pon salam ajelah.
*bagi yang agak islamic sikit sori ini mungkin hesu sensitep.*

dah lepas laluan PM, manelah aku tau jalan itu akan menjadi kuncup kerana manosia2 bermata bolat dan terjegil sambil mulut mengalirkan air liur akan menerkam hidangan2 yang ada di gerai2 itu kan. abis orang tolak2 aku..kasihan sama perut aku. aku rasa ada satu tolakan paling dasyat sampai aku rasa nak tombang je. tapi aku kuat weh. rasa tak sedap badan aku hilang bila orang dah berpusu2 tu aku pon bedal jalan je cari apa yang patot di capai. sampai terpisah aku dengan BoOlat.

you know what, masa aku dengar menu2 disebutkan, aku dengar ada "nasi ambeng" terus aku terliur. Masya Allah..kuasa tuhan maha Esa, dalam pada orang ramai2 berebut tu aku nampak satu lorong clear giler, ada jalan ke satu gerai yang ada banyak bungkusan. aku ikut je lorong tu sampai terpacul aku kat tempat tu akak tu hulurkan 2 bungkus bungkusan dia kata cenggini "ini nasi ambeng ye..."
aku ambil, say thanks and blah. tekedek2 aku jalan di dalam sesak2 itu sampai aku jumpa suami duduk dengan bebudak ofis aku mentekedarah kat sebuah port. aku datang tesengih2 sambil tunjuk dia apa aku dapat. tanpa berlengah..

nasinyer tetutup sikit. nampak enak bukan??
aku bedal nasi ni je tade rasa nak makan benda lain pon. hahaha...tapi..sambal goreng die tu macam ada something aku terbau. tapi..aku buat dek je sebab rasanya masih ok....

dan...ini hari aku mendapatlah manfaatnya..iaitu mensirit tanpa henti seakan2 marathon. tapi aku bersukur ah dapat juga makan nasi ambeng kan.

malam tadi sebelum tido suami asik cakap pasal nasi ambeng. aku dah kejam mata pon die masih nak citer sal nasi ambeng. ouh abang..lantak kau lah..aku dah nak tido..hehehehe...

dan ini hari...aku dah letih lah duduk dalam toilet. perut tak best ni. yang pasti perut ini sakit bukan sebab ketam sambal  and udang lemak aku semalam. sebab..tiada kedengaran pon suami aku sakit perut. lagipun dia tak mkn nasi ni semalam. 

dis week nak buat nasi ambeng lah. nak tak??

Wednesday, September 21, 2011

w0rdless WedneSday..

iki jenenge pencok. arek??

Tuesday, September 20, 2011

selamat tinggal nur hanim :(

hari ini entry sedih untuk anim. opismet sebelah meja aku. 
baru pagi tadi die dapat surat tukar ke ofis lain di sekitar KL juga. seperti kawan2 yang lain, ini jam turn Anim plak kena tukar ke pejabat lain untuk menggendong tugas sebagai setiausaha N27.  pon begitu aku tetap bersedih. 

kenapa aku sedih eh??
sebab...
sebab aku dah tade kawan ah nak gosip lagi. aisey...dah lah tade kawan nak gosip, tade lak orang nak teman aku tidur kat bilik rehat. hehehehe...selalunya kalau aku tengok die terbongkang je kat sofa tu, aku akan parkingkan diri berhampiran dengan dia. bukan atas sofa lah. mane muat. aku parking kat atas lantai je...

pasni kosonglah meja dia, kak sue pon nak abis kontrak, tinggallah aku je gadis  dalam ofis ni. ceh. gadis menda. 

biaselah bila dapat surat tawaran anim agak sedih dan berfikir macam2 tentang tempat baru dia. sapa2 pon dapat surat tukar akan fikirkan situasi tempat baru cane kan...mesti punya fikir kat mana nak makan, sape nak ajar buat keje...and so On...

kalau kau keje cikgu mesti kau dah tau datang sekolah lain pon tetap akan jadi cikgu juga dan mengajar. kalau kau jadi p.a ni cabaran utamanya ialah...adakah kau akan tetap jadi p.a atau sebaliknya. ini telah terbukti apa bila sahabat baik aku yang suatu ketika dlu nya seorang p.a kini bertukar menjadi bell boy. tukang adap bos punya emosi. kikiki..dah malas nak citer banyak2. 

aku paling takut nak blah dari pejabat aku skang ialah bila aku kenangkan...selama 3 tahun aku kat sini, aku tak belajar banyak benda berkaitan bidang dan kepakaran aku. sebab...kat sini kami terpisah jauh dari dunia p.a sebenar. aku tak buat claim bos, aku tak book flight, aku tak siapkan diari dia, aku tak merasa menghadiri mana2 seminar atau majlis bersama bos dan sebagainya.

so ape aku buat kat sini??
aku masuk court, dan catat setiap keterangan pihak2 yang menghadiri sesi perbicaraan atau sebutan. then masukkan dalam sistem. selebihnya tugas2 biase pengkeranian lah. 

dan perkara2 ini lah yang menghantui Nur Hanim skang...
aku pon kalau nak kena tukar aku tak nak orang expect aku dah keje 3 tahun dah tau semuanya..aku masih lagi bodo ok. masih lagi belajar.. ish..tiba2 rasa sebak dan kesal pulak.

dah lah..aku nak mempositifkan diri ni. k bye.

Monday, September 19, 2011

kadang2

nak tlis lebih2..blog ni dah lah menjadi tatapan umum stalker di ofis kan..jadi. tulis ringkas ajelah
aku tak suka lah dilantik jadi apa2 tanpa persetujuan aku terlebih dulu. 
well..semua orang pon ada hak untuk bersuara. bila yang kecik2 ni bersuara yang besar2 sebok nak kata kita ni melawan, besar kepala and what so ever. 

bila ada masalah je..oUhhh.... dia yang tulis minit, dia yang jadi urusetia mesyuarat, dia yang buat tu, buat ni, jadi dialah yang menjadi punca. eh.eh.eh..orang2 ni...kang aku sepak berdarah sorang2....

kalau nak satu2 team itu menjadi sebuah team yang dikagumi, haruslah punya leader yang cargas, effektif dan sangat memahami seperti bos aku. bos aku bagus. kalau ada apa2 terus tanya aku. tade nak cari salah aku, tanya dlu punca baru cuba sama2 cari solutiOn ...bukan terus2 tuding kat batang idung kau! kau ! kau! 

 tak gitu kawan2???

aktiviti pada hari cuti yang lama..

ya, last week aku bekerja cuma 4 hari. hari Jumaat dah cuti. Yeay! kalau tiap2 hari cenggitu pasti hari Khamis menjadi hari yang ditunggu orang. *kejap2. nak btulkan perut. senget pulak. *

Hari Malaysia pada 16 September ialah hari yang ditunggu oleh abang aku sebab itu hari birthday dia. termasuk juga my beloved cousin Memey...birthday mereka berdua adalah pada Hari Malaysia :) well..lupa lak nak wish kan. tapi takpe..aku wish belated pon diorang terima :) kikiki..

aku memang dah plan dengan suami dis week nak buat soto :) hehehe...walaupun aku tak terror memasak, tapi cukuplah sekadar mencuba. since aku kahwin ni aku suka sangat mencuba resepi. ari tu masa kat kampung raya ketiga mak masak soto, yelah ..anak angkat die nak balik kL kan siap2 dia masakkan soto. kalau aku yang nak balik kL..die bekalkan sukun goreng je. *muke sedih duduk tepi tingkap*

pagi Jumaat yang indah tu aku pegi ke pasar membeli keperluan membuat soto. aku memang suka makan soto. time merisik dulu makcik aku masakkan aku soto untuk menjamu rombongan keluarga suami. ehem. thanks cik pah and wah. love u so much.

ini hasilnya :) 

yummy..yummy..
dan yang tepaling penting dalam hidup aku :) ini dia ...manusia yang tak benti2 makan dan makan dan makan..


masa aku suruh suami rasa kuah soto kat periuk , suami kata kurang masin. tapi aku tak berani nak tambah lagi sebab takut kandungan garam tu boleh effek kat aku. kikiki..aku kan skang kena jaga pemakanan.*dung* tapi bila dah campur adukkan bahan2 tu dalam sebijik mangkuk, suami kata..

"sedap yang. sedap. macam makan kat kedai Hamid "(ini kedai favourite aku kat kampung)

terus berbunga2 hati aku. wah..tak perlu orang lain komen ah. yang penting suami kata sedap. itu penting. you guys..kalu nak masak jangan takut2, tak perlukan orang lain, just husband / pasangan anda kata sedap, sudah. cukup. 

 petang tu akak ofis aku datang dengan suami and anak die yang comel and manners :) afiq. aku jamulah mereka. then malam tu aku bagi kat beloved jiran aku, Mid Roden. dah alang2 telebih tu aku bagilah kan..nak harap aku dengan suami perabih memang tak larat ah..kikiki :)  

keesokan harinya hari Sabtu patotnya aku gi jemputan kawin kat Jempol. classmate time kat poli kawin. tapi....sebabkan tidur tak cukup kerana aku diserang batuk2 ...sepanjang malam tido tak lena kejap2 batuk. kejap2 batuk. cuaca tak menentu plak area Putrajaya dan Lembah Klang. kejap ujan dan berjerebu.. suami tak bagi aku keluar rumah. kami keluar cuma untuk gi kedai beli keperluan nak memasak je. untuk hari ini aku sekali lagi masak soto, kikiki...giler tak?? kentang kan perangai aku. BFF aku yg gi ke majlis kawan aku tu akan singgah umah aku untuk beraya.. terus rasa teruja nak masak lagi soto tu :) weE...buat lagi soti :) 

pukul 9 lebih cenggitu mereka pon sampai kat umah aku. punya lama aku tunggu...rupanya mereka sempat ke Melaka beraya di rumah my beloved Shima ....patotlah kan..lambat je aku tunggu ..
biaselah bila dah jumpa kami apdetlah status masing2 kan :) tapi apdet hal orang kitorang tak main ah..bosan ah. bek citer psal diri sendiri kan...bukan selalu jumpe :) *pic tak amik sbab masing2 tade moOd..kepenatan lah katekan *

dekat kul 12.30 malam barulah mereka beransur pulang. selagi masing2 tak mesej aku, aku tak tido. aku tunggu je sensorang mesej aku cakap dah sampai baru aku tido. hehe..caring tak aku? well...they all lah kawan baik aku. kalau aku tak risau, that mean aku tak ckup baik ah dengan kau. boleh gitu??? 

dan semalam...aku abiskan masa kat umah je. duduk tengok tv sambil baring cium ketiak suami makan krepek raya..tengok tv. baca novel. kemas umah. lagipun cuaca tak ok smalam. ujan lebat dari pagi. suami plak kalau ujan2 memang tak suka keluar rumah. kami memang selalunya akan duduk rumah kalau hari hujan. 

abislah juga separuh novel aku baca. sape kata duk umah bosan?? pada aku lah kan..dari aku bayar parking then cuma jalan2 cuci mata time tak gaji ni baiklah aku duk umah kemas umah, hias2 sikit, siram kaktus, ganti air daun serai, kemas2 tudung dalam almari, lipat kain, basuh baju , basuh tuala, basuh cadar, susun pinggan mangkok cecantik agar senang di ambil, lap dapur yang berminyak tu, cuci peti ais, and so On..sape kate duk umah tade keje?? tu orang malas je. :P

Tuesday, September 13, 2011

bila perut dah makin besar ni..

ya allah..baru sudah solat zuhur. now dah pukul 3.30 petang.  biaselah ..bila perut dah makin besar..nak bergerak tu lambat sikit. bukan ape, kalau bangun dari duduk cecepat rasa nak tombang lak. cam tak kuat je kaki nak tampung berat aku. hahaha..tak berat mane pon tapi aku tak penah berada di tahap berat macam aku berat skang. dari zaman anak dara lagi, kalau aku dah boleh cecah 40kg tu memang heaven lah...tahap aku nak menari2 riang macam princess je aku rasa.

ramai yang tegur aku kenapa masih pakai baju kurung even perut dah ketara besarnya..jawapannya ialah, aku selesa. ada baju preggy suami belikan masa nak raya ari tu, tak pakai lagi. aku tak suka plak nak pakai baju tu gi keje..sebab..aku rasa gi keje aku selesa pakai baju kurung. pergerakan aku pon tak lah terbatas sangat. pakai baju maxi tu aku rasa cam rimas je...kena pakai kain dalam pulak.. zaman aku skolah dlu pon kain dalam aku tak pakai..hahaha...

bila perut dah makin besar ni...cabarannya bila nak tido..rasa mengiring salah, telentang salah, takkan nak tido duduk plak kan..haha..rasa senak je perut..tiap2 malam aku suruh suami urut2 belakang aku, minta dia doakan aku selamat sejahtera, kadang2 suami sampai telelap2 urut2 belakang aku. aku plak tak tido2 lagi..kesian syg..mesti die ngantok sangat tu..

bila perut dah makin besar ni, nak solat pon susah..nak rukuk rasa ada benda yang menyengkang perut dan ulu hati. kadang2 tu rukuk sikit je..cepat2 iktidal..tak tahan..rasa keras je kat ulu hati.  sujud pon cenggitu..dlu sujud sopan je kaki tekatup..skang sujud kaki tebukak luas..kalu tidak..tak boleh nak sujud....

bila perut dah makin besar ni, baju pon dah banyak tak muat..kena beli baju baru. baby pon kena cari baju baru juga..so sama2 kena berbaju baru...jangan kata baju, bra and panties pon kena tukar...hehehe...towel pon dah tak muat nak lilit kat badan. 

bila perut dah makin besar ni, mudah sangat rasa penat.. buat keje sikit penat. baru lipat kain dah penat. kadang2 nak menyapu pon dah tak larat. bukan malas tapi memang tak larat.. sekejap je nafas jadi laju..and rasa cam dada penuh je. sesak nafas lah senang kata.

apa2 pon cabarannya..aku redha. ini lah pahit manis mengandungkan anak sendiri kan..patotlah mak aku kalau marah anak2 die kadang2 sampai cakap cenggini "anak...anak..." dengan nada penuh kesal. skang aku baru tau..susah rupanya..bukan seindah seperti yang korang tengok dalam tibi ye..dalam tibi tu die tak citer cane susahnye korang nk sarung kain , seluar, even panties pon susah bila perut dah besar. 
ini bukan keluhan. ini ialah cerita aku yang aku ingin korang tahu susah senangnya bila kita mengandung..kalau tak betul2 kuat mental and fizikal, memang tak terbawa lah rezeki Allah ni..aku pelik tengok orang2 yang buang anak ni, tak rasa ke sakitnyer  , susahnyer, peritnya time pregnant..insap aku sekejap bila kenangkan betapa kejam manusia skang...buang je tepi jalan...atas bonet kete, tepi longkang...kejam!

dalam pada aku susah2 ni aku kadang2 tegelak juga bila kenangkan, aku ni kuat juga kan...padahal sebelum ni aku memang  lembik cam sotong ah. sikit2 pening. nowadays..kuat juga aku carry baby aku ni.. ya Allah..betul2 Dia kurniakan kekuatan..mesti suami aku doakan ni betul2 ikhlas dari hati dia..kikiki..

nota soalan : ada yang tanya berat tak bawa perut time preggy ni??
jawapan aku , "tak de lah. cuma mengah je." eh. dlu pon aku tanya benda yang sama pada akak spupu aku. so bila orang tanya kat aku, padan lah muka aku. berat ke?? berat tak?? berat eh???

Thursday, September 8, 2011

itu tak coOl bro..

tak coOl lah kalau kau tersentap hati dengan status orang then kau cecepat stalk page die sambil kunyah cokelat. ape kata kau terus je ke wall die dan menjadi salah seorang dari komentar.. menaip dengan gaya sinikal atau mungkin kau boleh terus je buat lambang middle finger. itu baru coOl weh. siyes cOol..

ahahahaha....jangan ikut aku cakap tu. itu hasutan syaitan. hehehehe...
oklah malas nak cakap lelebih. cuma aku nak citer sikit. sikit je. janji tak sampai 5 perenggan. 

citer die cenggini, penah dlu2 lah kan masa aku sekolah, aku ada aim satu group lelaki ni. ala bukan aim nak tembak dari jauh ke ape, just aim sebab ketika itu they were one of the famous amos group among student kat sekolah menengah aku time tu. Disebabkan sedikit salah faham yang tak berasas, aku bergaduh dengan group tu. satu group tu penah caci maki aku depan junior2 masa sambutan hari merdeka kat skolah . ok, lets imagine, seorang pelajar perempuan ditohmah oleh hampir 3- 5 orang pelajar lelaki yang mana pelajar perempuan tu dikelilingi dalam bulatan yang semua manusia2 itu mengherdik, memaki, mencaci, menghina , and satu ayat budak lelaki itu aku ingat sampai sekarang " kau ni memang perempuan kecoh, kau dengan keturunan kau sama je" ini ayat aku semat dalam hati beb. dalam hati ok. bukan dalam kepala semata2. aku menangis, menangis kerana mulut puaka orang lain aku yang dipersalahkan. bodo je aku rasa ketika itu. ketika itu lah kan. skang aku rasa tindakan aku tu paling tepat. aku tak melawan just diam and menangis. tapi aku ingat ah sampai mati apa yang budak2 lelaki perasan kacak tu cakap. ada yang cuba bekap aku tapi aku percaya mereka malu untuk pertahankan aku , kalau mereka pertahankan aku mesti yang lain akan kutuk. 

selepas kejadian tu, aku memang tekad, berazam aku akan tinggalkan sekolah tu tanpa ingin mengaku mengenali group pelajar lelaki itu. aku lupuskan dari ingatan aku tentang group tu. walau satu ketika dulu salah seorang dari mereka pernah hadiahkan epal merah sempena hari sahabat, aku tak mahu ingat. aku buang jauh2 kenangan2 tu. hancur hati aku bila aku dimaki, dicaci tade sape yang berani pertahankan aku even dia tahu aku tak salah. tapi ego punya pasal, tak nak mengaku lah pernah baik dengan aku. aku memang berdendam masa tu. sangat. aku cakap dalam diri aku, satu hari nanti orang yang pernah maki aku tu akan melihat aku lebih berjaya dari dia. lebih bagus dari dia, lebih bahagia dari dia... 5 tahun, aku tak pernah rasa aku patot maafkan mereka2 yang maki aku tu. aku tak pernah fikir aku akan jumpa mereka, atau salah seorang dari mereka. tiada maaf aku ungkapkan untuk mereka selama 5 tahun dari hari aku tinggalkan sekolah menengah aku :) 

Namun...Allah maha kuasa atas hamba2nya...setelah 5 tahun on 2009  akhirnya aku dipertemukan dengan salah seorang dari mereka. Dialah kawan aku yang pernah bagi aku epal merah sempena hari sahabat...biar aku namakan dia sebagai A. 
A terkejut melihat kejayaan aku masa tu...even aku cuma dip holder tapi die rasa aku memang sangat berjaya berbanding dirinya..dia tak sudah2 mohon maaf pada aku atas kejadian 5 tahun yang lalu. tapi..hati aku tak semudah itu memaafkan....ya aku memang manusia yang paling terluka. tapi, sebab aku memikirkan "hablum minannas" yang telah dididik dalam diri aku, aku maafkan dia. aku cuba untuk lupakan kepahitan itu. aku tak berniat nak jadikan dia couple aku. mahupun skandal aku. aku cuba terima dia sebagai kawan baik aku. tapi..tuntutan dari dia inginkan pesahabatan kami diteruskan ke satu tahap lebih serius buatkan aku rasa aku tak selesa. aku diamkan dia tanpa sebarang berita. aku biarkan mesej dia panjang berjela2 masuk dalam hp aku. aku biarkan panggilan dia sepi tak berjawab. aku tak boleh terima sekelip mata kepahitan yang pernah aku lalui. aku manusia biasa...

satu hari, A nampak aku dan suami ( pada ketika itu aku dalam tempoh bertunang) tengah beli popcorn untuk masuk panggung, aku tak tau bilanya dia nampak aku, tapi itu yang dia kata pada akulah..malam tu aku dapat mesej dari A, A kata aku sombong, tak ingat kawan lama, and satu ayat dia "aku tengok macam laki orang je bf kau tu" sampai sekarang aku ingat. aku balas mesej dia tapi masa tu aku dah hilang pertimbangan. aku mula membenci A semula. ok sekali lagi A dah calarkan rasa hormat aku pada dia sebagai kawan, aku tak perlu bagitahu dia aku pilih suami aku sebagai tunang ketika itu sebab aku rasa tiada apa yang perlu diperjelaskan antara aku dan A. A jelas dengan pendirian aku tak nak hubungan kami bertukar lebih serius, memang aku tak nyatakan aku ada pilihan sendiri tapi sepatutnya A sebagai kawan menerima dan menghormati keputusan aku. itu saja. tak perlu pertikaikan rupa paras tunang aku ketika itu.

pada hari aku bersanding dari meja makan aku nampak A tengah merenung aku. aku biarkan. aku jemput dia sebagai kawan lama. bukan sebagai sekandal atau apa2. kami tak pernah berskandal.  aku sudah sedia maklum perangai A yang gemar bertukar2 perempuan since di sekolah menengah lagi. jadi aku tak pernah expect kalau perasaan dia terhadap aku yang pernah wujud itu ikhlas . hahahaha...kawan baik aku pon dia pernah nak adjust. terlalu terdesak kalau aku tengok cara A itu.

baru2 ni, ada satu friend request dari kawan A yang aku ingat kata2nya sampai mati tu.  biar aku bahasakan dia sebagai P. dia add aku kat FB. tapi maaflah. tak kan aku approove...terlalu pahit untuk aku terima. kalaupun dia marah, bengang atau apa2 je rasa tak puas hati dengan aku, tak perlu kaitkan keturunan aku. aku tak boleh accept. mungkin niat dia add aku nak berdamai kot, sori . itu tak cOol bro. aku tak nak tipu diri aku sendiri. Budak2 lain yang ada dalam group tu yang mana tak berbunyi time aku dicaci maki tu, aku approove ah kan,aku percaya diorang pon berbelah bagi time tu. tapi yang lantang berbunyi2 time tu, memang aku dah buang dari senarai kawan aku. tak kan aku nak approove request dari orang yang pernah buat aku malu kan, itu tak cOol bro.

last2 jadi apa je pada mereka2 yang pernah caci maki aku tu?? hahaha...seorang tu ada yang jadi penganggur berjaya, seorang tu tak tau jadi apa, seorang tu tak penah nampak batang idung lagi, tak tau dah kaya ke belum, hahahahah...see?? doa orang teraniaya tu makbul. aku tak doakan buruk2 kepada mereka, cuma aku doa aku akan jadi lebih baik dari mereka...

moral of the story, kalau kita marah, bengang, atau apa2 je rasa tak best terhadap seseorang, berdoalah kepada tuhan untuk kita sendiri kuat dan tabah menghadapinya, dan kuat melalui dugaan2 lain dalam kehidupan. jangan doakan keburukan orang, sebab doa untuk keburukan lebih bersifat prejudis.  kalau kita solat tak tinggal tapi mulut tak benti2 doakan kejadian2 buruk kat orang, tak guna dah solat tu. hilang dah pahala kita.
alamak lebih 5 perenggan pulak. ok dah stop. 

nota sahabat : beb, yang bunuh kepercayaan antara satu sama lain dalam persahabatan itu bukan orang lain, tapi kita sendiri. kalau kita mampu kawal diri kita, perasaan dan hati mesti kita mampu harungi dugaanNya :)

Monday, September 5, 2011

baby mama kurus.

hari Rabu minggu terakhir bekerja aku ada appointment kat KKIA. cek seperti biasa. cuma tak ada sesi consult dengan doktor je. misi kata kalau cek biasa tak payah jumpa doktor. tak faham. tapi takpe abaikan. aku tak kisah pon :) 

menurut laporan sampel darah, aku punya HB turun. dari 11.2 (last time chek up) ke 10.2. next time kalau aku masih tak boleh naikkan lagi HB aku , maka sekali lagi lengan aku akan dicucuk untuk ambik sampel darah barang sebotol dua. kikiki..takdelah. sikit je amik.satu tiub picagari tuh. misi nasihatkan banyak2 makan kerang, hati ayam, bayam merah, buah naga (buah ni, tak penah terasa nak jamah pon. sedap kah??) and sayur2 yang berwarna2. dalam kepala otak aku, lobak and tomato je lah aku suka. bayam merah tu pon ok juga. kerang. hati memang favourite. HB aku turun sebab aku puasa kata misi. tapi, time buka aku lahap semua tak kira2 pon. 

berat badan aku naik. last time 41.25kg. now dah 42kg.. boleh lah kan..
misi bagi dengar heartbeat baby guna doppler , misi kata baby sangat aktif menendang. misi kata dia aktif. ini perangai sape aku tak tau. kikiki..

keesokan harinya hari Khamis, masa aku bangun sahur, aku rasa tak sedap badan. lepas sahur, aku rasa perut aku sakit. bukan sakit nak uk2 tu. tapi rasa lain ah. macam kejang. aku gitau suami, macam biasa suami akan larang sekerasnya niat murni aku nak keje. die kata nak gi antar aku gi cek kat private.

Dr. Kevin kata, aku tade masalah ape2 cuma mungkin baby makin membesar dan ruang agak terhad tu yang kejang sikit perut aku. tade kesan kat baby pon.  lepas cek BP, berat, and air kencing, semuanya ok. tade masalah. and tiba time untuk scan. 

satu benda yang buat aku rasa aku takjub sangat , aku dapat tengok, baby growing healthy dalam perut ni..tak sangka sangat perut kecik ni ada satu nyawa yang membesar dan aktif. dari segi fizikal baby cukup sifat. Dr. Kevin memang fokus pada jantung baby, die terangkan satu demi satu injap yang berfungsi, bahagian perut, buah pinggang baby, kepala dan keseluruhan bentuk baby. memang complete. kebetulan baby sangat memberi kerjasama untuk di scan. die melonjak2 kan badan dia, bergerak2 dan buat satu pusingan  lengkap. 

bila scan 4D, die tutup muka dengan lengan dia. memang nampak ah  sifat pemalu dalam diri aku ada pada dia. (mata ke atas tangan di bahu) puas aku pujuk2 tapi baby tak mau tunjuk muka dia. Dr pon cuba pujuk2 tapi baby tak mau. apa yang aku tekejut bila Dr kata baby aku kelihatan kurus. sepatutnya untuk usia 23 minggu baby sudah mencecah 500 gm. tapi , melalui scan baby baru 385gm. sedihnye...Dr kata sebab aku puasa, kalau aku tak puasa mesti baby berat lagi. tapi its ok, sebab baby sihat. aktif dan normal. syukur alhamdulillah...

Dr minta aku ambil kalsium 2 biji sehari , kalau sebelum ni sekali sehari je, tapi sebab baby dah makin besar.  and banyakkan makan sayur2 and buah fresh. kurangkan pengambilan gula. 


ok, ada yang tanya kenapa aku ni tamak sangat buat check up kat dua2 kinik, private and KKIA.
jawapannya ialah kerana, aku nak extra care. aku takde pengalaman sebelum ni. memang tak dinafikan KKIA pon cek ok, cuma di KKIA suami tak dapat masuk tengok isteri, berbincang dengan doktor and tak dapat tengok baby time scan. Suami aku sangat teruja bila dia tau aku kandungkan zuriat dia, dia yang beriya nak teruskan di private sebab die dapat tengok sendiri anak dia dalam perut ni, discuss dengan doktor, tanya macam2 kat doktor. kat private tempat aku pegi ni, Dr die sangat understanding and sangat caring bout baby. sangat particular dengan perkembangan baby. kalau aku bersalin di hospital yang menjadi panel klinik ni, Dr akan temankan sampai aku kat labour room. tapi sebab aku decide nak balik kampung bersalin di kampung, tade lah doktor tu teman kan.....bukan nak riak ke ape, tapi aku just share pendapat. setiap orang berhak kata apa saja, sebab masing2 ada kemampuankan. one of my cousin dengan bangganya kata bersalin di private lebih baik tapi yelah die bersuamikan kontraktor berduit, aku cuma pegawai biasa je. larat and mampunya aku kat spital biasa, jadi besalin spital biasa sajalah. asalkan semuanya selamat. :)

kak bunga tu bersalin spital batu pahat je, adam kacak juga..

selamat hari raya aidilifitri :)

selamat hari raya aidilfitri buat semua yang mengenali diri aku ni. terutama sekali kengkawan sekolah rendah, menengah, poli dan semua ah. yang kenal aku lah. yang tak kenal pon aku nak ucapkan selamat hari raya jua...
last time aku tak sempat apdet blog before aku berangkat pulang ke kampung. sebab aku cuti pon secara mengejut. 

sepatutnya aku masih bekerja sehingga hari Khamis dan Jumaat baru gerak balik kampung. tapi...hari Khamis tu aku sakit perut dan rasa tak berapa selesa bila bangun pagi, terus aku cuti. aku gi cek kat kinik private tempat selalu. (entry menyusul kemudian :) )

Pagi Jumaat yang indah aku bangun awal pagi, lepas sahur aku tak tido seperti selalu, aku kemas2 umah, aku siap masukkan kuih dalam balang, lap meja makan, hias2 sikit kat ruang tamu, susun2 kaktus aku :) semua kain baju aku dah basuh siap2 malam sebelum tu, kain baju dah belipat, barang dah memang siap packing ah. aku make sure semua dah siap tersusun rapi baru lah aku mandi dan bersiap untuk balik. kakak aku time ni tak boleh puasa so ketika aku masukkan kuih raya dalam balang sakanlah die test semua biskut, krepek2 yang ada. sorry aku tak terliur pon....

sampai kampung dalam area kul 2 lebih.. bajet nak sampai before solat Jumaat lah kan, tapi tak sempat sebab suami tak bawa laju, dia kata speed trap besepah2. 


sepanjang berada di kampung, memang best ah. aku ajak suami gi ekspo kat Pt Sulong, Pt Raja, menjelajah bazar and macam2 lagi lah. aku rasa seronok sangat berpuasa dengan suami and keluarga. aku antar mak gi belanja barang dapur kat econsave, aku belikan adik2 aku baju raya, aku hias2 rumah, aku rasa seronok sangat. tak tau kenapa rasa tu masih lekat dalam hati aku. :)

cuma petang raya tu aku and suami ke rumah nenek suami di Semerah sebab nak berhari raya di sana  :( ok. ini satu pengalaman yang memang aku rasa tak best sikit ah. mana2 pon orang yang biasa beraya dengan family sendiri sekali bila kena beraya dengan mertua rasanya tak sama...aku bukan nak mengeluh ke ape kan, cuma terbit rasa sedih bila malam raya orang bertakbir bagai, biasanya aku yang isi kuih dalam balang setiap kali raya, tapi malam tu aku isi kuih dalam balang kat umah orang lain. teringat mak aku, abah aku, and adik beradik aku. ouh. sedih giler..menitis2 air mata bila nak tido malam. kah kah kah....kelakar kan. nama je sedaerah, tapi kampung lain2. ouh...

sepanjang malam aku tak boleh tido lena. baru nak telelap ada je yang buat aku sedar. baby dalam perut ni pon rasanya dia tak begitu tenteram sebab aku tak tenteram. kejap2 aku nak tekencing. toilet kat luar plak, kena turun naik tangga. tangga kayu yang jarang2 tu ok. bukan tangga batu. nyamuk tak osah lah kau cakap. berpesta atas muka aku.  bila perut dah besar ni, cabaran utama ialah baring atas lantai. even kau pakai toto tebal cap bunga raya pon, tetap terasa sakit pinggangnyer. ke kiri salah, ke kanan salah, telentang salah, adoi ai. taktaulah cane kan. teringat tilam aku kat umah mak. lagi terus mata aku terbuntang tak boleh tido.

pagi tu masa suami nak tinggalkan aku gi solat sunat aidilfitri, aku baru lepas mandi, aku rasa sayu hati. tengok je suami pegi. kalau kat umah mak mesti aku dah sibok hidang lauk atas meja, aku and kakak akan jadi manusia super sebok hidang2, hias2 , mak aku?? ah. lepas je kontrak masak die siap, dia tau semuanya akan siap dihidang je. kikiki...
tapi, ini rumah orang..aku nak sibok2 kat dapur, aku takut tegelincir. sebab dapur umah masih lagi dapur kayu yang kat atas umah tu. tempat membasuh pinggan mangkuk masih lagi menggunakan pelantar tradisional. memang dangerous lah kalau aku yang kat dapur tu. lantai kayu beralas tikar getah kalau kena air sure licin.

selamat hari raya :)

minta maaf kat suami tercinta :)
wajib ada. :) hehe...suami bagi sebagai untuk aku and baby :)
tahun depan dah bertiga pula. insya allah..
 ini dia mama and baby. (inside my tummy)

petang raya pertama tu aku balik umah mak. sebab..kebosanan tahap dewa kat umah atok suami. sampai umah mak je aku bedal lontong mak and sambal kerang. sedapnya hingga menghirup kuah. sambil2 tu aku bergosip dengan kakak and emak. malam barulah aku bawak emak and abah gi beraya umah embah.  dah raya ketiga barulah aku balik lagi ke rumah keluarga belah suami. hahaha...suami pon seronok beraya dengan family aku.sebab dia seronok dapat berjalan2 dan beraya...suami enjoy je aku tengok. syukur alhamdulillah suami memahami hati and perasaan aku :)

---> suka ah tengok ottoman kak bunga. coOl kentang je rasa. murah plak tu. nak gak ah beli. tapi..cane gaye aku nak bawak balik putajaya eh.
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.