Thursday, June 30, 2011

apa tu???

semalam time aku kat dalam meeting MKSP, aku tengah bosan tunggu pegawai2 ni dok lah ulas2 laporan masing2, sebabkan aku kekenyangan melantak mee maggi cup (jangan marah aku makan benda ni, aku teringin sangat sampai tak leh lelap mata) aku pon rasa kengantukan teramat sangat.  Sambil nak tunggu pegawai2 ni buang air liur berbincang aku letak tangan aku usap2 perut aku.

Encik asben duduk berdepan dengan aku dalam meeting tu (meja U-shape). so aku boleh tengok die, die boleh tengok aku :) hehehe...dalam meeting pn nak main mata. die perasan aku dah mengantuk sangat. 
tiba2...
aku rasa ... "Doing!!!!" kat perut aku. terus mata tebeliak. tekejut aku. apekah itu???
suami terus mesej aku " what happe d??" 
spechless...
hahaha...rasa2nya apakah perkara yang telah berlaku??
sebenarnye aku rasa cam perut aku ada pergerakan kecil. sekelip mata je. cam ada benda sepak dari dalam perut. aish...bahagianya rasa ...:) sampai petang aku senyum sendiri. nak terangkan kat asben pon tak tau cane nak describe. asben lak ingat aku nak muntah time meeting tu. sebab mata tebeliak secara tiba2. kikikiki..

Wednesday, June 29, 2011

macam2 hal lah.

hari ni masuk2 ofis pagi, aku terus on pC. standard lah kan aku nak cek jadual kes hari ni. bukak2 je pC tengok abis aku punye icon bar and display pC aku berubah. semalam aku tak close pon window untuk blog aku. pagi ni aku tengok semua window2 aku dah tade. kalau nak kata pc ni otomatik update die tak kan ubah feature dalam ni. yang menjadikan aku marah ni, sebab aku dah tukar password aku 2 kali dalam bulan ni, and suami pon dah tukarkan password ICT Admin kat pc aku. pc aku ada dua akaun je. aku and ICT Admin. aku tak tau lah sape yang dok pedajal pc aku ni. 

aku memang sangat particular dengan barang2 aku. janganlah ada yang cuba nak usik. kat mana aku letak kadang2 nampak cam besepah, tapi itu aku punye identiti. aku tau kat mana aku letak.cane gaya aku letak, cane cara aku susun. cuma aku, aku je yang tau semua ni. so bila bergerak sikit je aku dah boleh agak ada orang duduk tempat aku or else ada orang usik tempat aku. 

aku ingat dalam ofis serba oldskool ala2 muzium jepun ni, ada hantu je, tapi ada juga orang yang macam hantu. kalau dah rembat tu memang mimpilah nak dapat balik kan. pen2 aku semue dah makin susut. aku dah sorokkan pon susut juga. aku tak tau lah kalau hantu kat dlm ofis ni saje nak main2kan aku kan. tapi hantu pandai ke bukan tutup pc?? tau lak cane nak shutdown properly kan. 

aku bukan kedekut pon, aku cuma tak suka tempat aku ada orang duduk, tanpa kebenaran aku. kalau Anim (ofismate aku) tak datang pon aku tak penah curi2 bukak pc die, or else duduk tempat die saje2. tak penah lah aku usik2 barang orang kalau orang tu tade. pada aku itu kan hak and privacy orang. aku respect orang yang ada kat sekeliling aku dengan cara macam ni. 

dulu aku duduk rumah sewa dengan itique (pronounce as itik) tade pon die usik barang aku. die tau aku bagi die pakai barang aku, tapi die tak usik sikit pon barang2 aku. tade lah curi2 pakai minyak wangi ke, losyen ke, mascara ke kan..die kalu nak pinjam mesti gitau dulu. aku selesa dengan cara dia and sebab tu kami boleh duduk sebilik even bilik tu kecik je. aku memang pantang ar orang usik barang aku. and aku jenis marah pendam dlu lama2 bagi dah bengkak baru hambur. tapi selalunya aku pendam2 lama aku blah je terus. aku tak tunggu dah. nasib2 ar kan sape yang terasa. aku tak nak cari gaduh. dari aku bertegang urat pertahankan hak lah konon2nya baik lah aku blah. 

so hari ni moral of the story, kalau ada yang rasa nak pinjam barang aku, just gitau. jangan dah pakai lanyak siap2 baru nak gitau. aku sumpah bengkak gusi baru tau!

jangan buat aku marah tu saje!

aku tak suka tempat aku diceroboh oleh orang lain. tak kisah lah nak amik apa pon. unless u tell me first. dont ever tresspass my place.  Jangan berperangai macam Setan ok.

Monday, June 27, 2011

lebam.

dah 5 hari. masih lagi cenggini.

ingat tak semestinya rindu.

kalau kita ingat sesorang tak kiralah lelaki ke perempuan ke, yang mana pernah meninggalkan kesan dalam hati kita, tak semestinya kita rindu. cuma kadangkala terkenang.
Sejak pregnant ni emosi kan tak bape tegak kan, aku selalu teringat kisah2 lama. kadang2 tu sebelum tido aku selalu doa aku dapat maafkan orang2 yang pernah menyakitkan aku. but i cant. aku tak tau bila la soft spot aku akan bertindak. 

suami selalu bagi nasihat, jangan diingat perkara lepas nanti kita yang sakit hati dan mungkin akan membengkak dan menjadi dendam. tapi bila tekenang tu rasa nak sesepak je muke sorang2. WatDefff.....

aku tak tau kenapa dah berabad lama aku tak pernah terfikir akan berhenti dari teringat yang buruk2 pasal dia.  Aku selalu cakap dengan diri aku sendiri, aku tak nak jumpe, terserempak, ternampak , terperasan or apa2 saja yang berkaitan dengan dia. selalu aku berdoa. selalu. dan aku tak nak luka yang pernah dihiris ni berdarah lagi. syukur. sehingga hari ni, Allah tak pernah ketemukan aku dengan dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku.

bila cam nak teringat je aku cecepat istifar dan doa dalam hati buangkanlah semua kenangan bersama dia. semua. aku tak nak ingat sikit pon. 

tak baik kan benci orang??? aku tak nak baby aku akan jadikan sikap aku ni acuan dia. sebab...perlakuan, sikap, sifat kita semasa mengandung mempengaruhi baby kita nanti . itu ustazah aku cakap lah kan. jadi jangalah benci orang nanti anak2 kita pon suka nak benci orang. tapi..ini bukan benci. cuma tak suka. tak nak tengok!.

arh. sudahlah!

penat lelah aku pertahankan rekod clean tanpa saman. akhirnya.. kete aku kena saman juga .
untuk pertama kalinya dalam hidup aku, kereta aku kena saman :) hehehe....
kelajuan ditetapkan : 80km/j
kelajuan memandu : 115km/j
masa kesalahan : 18.45 
tarikh : 3.6.2011
lokasi : Putrajaya Utara. 
erm...(geleng2 kepala)
jalan tade orang pon kene saman :) taniah :)

Thursday, June 23, 2011

ini entry khas untuk Adam Irfan Xaharis

entry ni mokde buat untuk anak buah kesayangan mokde yang kacak dan hensem sekali, 
Adam Irfan Xaharis. :) 

adam..
sekejap je mokde rasa masa berlalu..
dulu..masa mokde tunang adam masih dalam perut mama..
masa tu mama tak nak amik gambar dengan mokde sebab die kata die segan perut die sorang je yang boncit. 
memang betul. tade satu pon pic mama adam dengan mokde. tapi mokde ada suruh kawan mokde snap pic mama.
cantik kan mama adam...
adam..
sekarang adam dah pandai jalan. 
macam baru semalam mokde datang rumah nenek tengok adam kecik je. berbedungkan lampin yang ada gambar katun2..Adam tido waktu tu.
mokde belikan adam baju and sarung kaki ada telinga bear :) mokde suke sangat sarung kaki tu :) 


adam..
kamu dilahirkan atas rasa cinta dan kasih papa dan mama kamu yang sangat kuat ikatan hatinya..
mokde kagum dengan semangat mama yang kental mengharungi segala keperitan untuk bersama kekasih hatinya, papa Adam. begitu juga Papa Adam yang sentiasa berdiri di sisi mama Adam dalam apa jua cabaran yang datang...mokde kagum itu..

adam..
sebagaimana kamu dilahirkan sebagai baby comel yang menjadi kesayangan semua, mokde juga harap baby mokde akan comel macam kamu. pintar dan bijak. mokde tengok adam main lorry yang ada shape tu dengan kakak shira, mokde kagum tengok kamu masukkan shape tu dalam bekasnya..mokde rasa kamu memang bijak :)

adam..
mokde sentiasa mengikuti perkembangan kamu, sebab mokde sayang kamu. mokde selalu jadikan wallpaper pic2 terbaru dari mama kamu.  ramai kawan2 mokde kata kamu comel. mokde bangga tau. selalu tersenyum2 bila tengok pic2 adam..

mokde harap bila kamu besar nanti, kamu akan jadi anak yang bijak, baik, soleh dan sentiasa menjadi kebanggaan mama , papa dan seluruh keluarga kita ;) Adam anak yang pintar. mokde tau itu. mokde doakan Adam sentiasa sihat, dan semakin bijak.  

salam sayang , peluk cium dari Mokde Tasa :)





p/s : pada CPB, sorry pic tu aku rembat baik punya dari blog kau. takpe kan tape kan tape kan???

Wednesday, June 22, 2011

please -ve thinking. go away!

pagi tadi aku gi KK Presint 3, nak buat buku merah :) sebab kandungan aku sudah masuk 12 minggu secara rasminye :) heheh... di entry yang lepas aku ada tulis aku baru 2 months sebab aku malas nak kire by week kan. keh keh keh..malas sangat. ape pon tak boleh.

so pagi tadi aku dan suami menjejakilah KK yang didakwa oleh Boss aku ada di Presint 3, dah tepusing2 tu baru jumpa KK tu. :) dekat je dengan ofis kami di WP Putrajaya. sampai sane biaselah kan, amik no, then sign up buku merah tu. 
ini ialah pengalaman pertama aku berada di klinik ibu dan anak (klinik kerajaan) sebelum ni aku tak penah datang pon klinik ni. aku tau kewujudannya tapi tak begitu amik tau. lepas isi buku merah tu, nurse tu interview sikit tentang tarikh nikah and tarikh last aku period. aku bagitau tarikh aku last period ialah pada 19.3.2011 dan aku nikah pada 19.3.2011. Dia senyum2 sambil kira due date aku +,-,+,- nurse tu tulis kat buku merah due date aku 16.12.2011.

lepas interview tu kena tunggu check up , nombor memang betabur weh. aku punyer turn 3030, tapi nombor 3031 masuk dulu dalam bilik check up tu, hahaha....aku punye gelabah aku ingat nombor aku dah telepas, cish. rupanya lepas nombor 3031 tu baru nombor aku dipanggil masuk bilik yg sama. masuk2 je kene ambik darah. well as a preggy woman yang begitu hensem aku tak tengok pon jarum tu disuntik kat tangan aku. sebab aku memang penakut jarum. sangat takut. aku cuma rasa sakit je mase die tarik. actually before this aku check up kat private , memang aku ada buat blood test ni. tapi siyes sakitnyer tadelah sesakit kat KK ni. lebam biru tangan aku jadinye. pada yang takut jarum macam aku, selamat mencuba :) ngeh2..

denyut2 ni. hahaha...


lepas ambik darah gi kencing. tadah dalam botol :) ini aku dah biase dah. kat private pon die bagi cam ni. aku dah terror ar tade lah cecer kat tepi botol :) weee..belagak ni. :) 

then tunggu lagi, untuk check up seterusnya ....

check up seterusnya di bilik yang berlainan pulak, dlm ni ada 2 nurse, aku panggil kak misi je :) aku peduli ape. dia check berat aku, aku underweight pulak. kene makan untuk tambah berat badan. then die cek lah BP aku. semua normal. lepas tu cek breast. adoi sakit breast aku di picit2. argh~~~ husband aku pon tak berani touch weh. kehkehkehkeh...then die tekan2 perut aku rasa nak muntah. lepas tu die kire balik due date aku dia tukar jadi 26.12.2011 kat buku merah tu. then aku disuruh  keluar dan tunggu untuk masuk bilik doktor pulak. kak misi bagi ubat banyak. kene makan! mesti abiskan!
ubat lagi! lagi dan lagi


tunggu lagi...

masuk jumpe doktor , doktor perempuan. baiklah. standard lah kan doktor. garang2 kang kene complaint. :) die tanya alahan2 aku, standard ar aku citer kan alahan2 aku, then die nk scan tengok baby aku :) weee..aku suke part ni. aku suke!!!
tengok baby aku tepusing2. wuish..aku tekejut sebab last time scan bentuk die macam anak dinosour tu..kecik je...tadi pagi scan tengok die dah ada kepala, kaki and tangan...comel je..hahaha..rasa terharu. sorry pic scan tu lekat kat buku pink tu. so tak pat nak amik pic die. nanti aku aplod lah. 
tapi doktor tak dapat nak layan soalan2 aku maklumlah client ramai weh. betimbun2 buku kat atas meja die. 

semua urusan tu selesai pada jam 11.45 pagi :) 
sampai ofis dah tengah hari. terus lunch sebab aku tak makan lagi dari pagi. so dangerous for my baby. kesian die tak breakfast pagi ni. just mama dia minum air kosong je. kasihan anak mama.

sebenarnya pagi tadi aku melangkah ke KK ni dengan 1001 persoalan. macam2 aku fikir. then balik ke ofis suami tengok aku diam je. suami ingatkan aku diam sebab tangan aku sengal2 kan. then suami cakap,
"sayang, kalau rasa nak teruskan check up kat private, cakap je. abang tak kisah :) " 
aku terus senyum.

nah pic tebaru aku. rashes di muka. :) taniah lah tasa ;)

Thursday, June 16, 2011

bukan ambil kesempatan.

kadang2 kita mengharap orang faham keadaan dan situasi kita. kadang2 kita rasa semua orang tahu akan perasaan dan kesakitan yang kita tanggung skang. harapan lah weh kalau orang nak faham kau tasa...
dah berapa hari aku tak dapat abiskan sidang bicara. aku keluar masa bicara tengah jalan. aku tak tau nak cakap macam mana, perasaan aku , kesakitan aku..aku tak tau nak describe cane. untuk orang yang pernah pregnant mungkin akan faham kot cane aku rasa ni...
panasnye dalam dewan yang berkuap tu tuhan je yang tahu. bila aku masuk je dewan tu aku rasa kepala aku terpusing2...duduk tak sampai 1 jam aku dah resah gelisah...peluh menitik dalam baju aku. bayangkanlah bilik yang tade tingkap yang boleh eksport angin dari luar + aku pakai black coat as usual.... tepat kul 10.30 je mesti perut aku minta di keluarkan isinya...aku kena lari keluar...dan lepas dari tu aku tak kan masuk balik court tu. kalau aku cuba buat juga finally aku akan keluar sekali lagi dan berlari ke toilet untuk muntah. 
aku tak menggunakan tiket sebagai preggy PA untuk lari dari tanggungjawab ok. aku memang tak boleh stay lama dalam tu. aku cuba. bukan aku tak cuba. aku lawan bukan aku tak lawan. tapi sapelah aku nak kata Tidak pada ketentuan rezeki aku?? ini yang Allah bagi dugaan kat aku, sape lah aku nak kata aku boleh elak dugaan ini??? so kepada yang terasa aku ni macam tak buat keje tu aku harap sangat pemahaman dari hati dan naluri masing2. ini bukan apa yang aku minta, aku tak minta diberi layanan istimewa tapi aku cuma minta fahamilah keadaan aku. 

pada yang rasa aku ni asyik mengeluh je sepanjang pregnant ni, harap korang juga akan faham, ini bukan keluhan. aku cuma luahkan rasa di hati. aku berterima kasih sangat kepada kawan2 yang memahami aku terutama sekali yang telah berumahtangga yang mana mereka2 faham keadaan aku ni, tanggungjawab aku dan sebagainya. pada yang belum kahwin, satu hari nanti korang akan kahwin dan akan lalui keadaan ini. mungkin lebih baik kedaannya dari aku atau sebaliknya...

jadi..sebelum terlintas kat kepala masing2 orang pregnant ni suka gunakan alasan pregnant sebagai cara nak lari dari tanggungjawab atau nak skip keje, itu tidak betul ok. cuba dulu baru tau.

Monday, June 13, 2011

selamat hari abah.

sedari aku kecil lelaki tua itu  yang selalu suapkan aku makan dan kerana itu aku sangat sayangkan dia.. aku sayangi dia tanpa batasan. kerana pada aku lelaki tua itu lah kekuatan aku sekarang. kasihnya aku pada lelaki tua itu lebih dari segala yang aku ada. tapi sekarang..setelah ijabkabul terlaksana, aku bukan lagi jadi tanggungjawab dia...aku kini milik seorang lelaki kacak yang aku gelar suami.

aku masih ingat bagaimana tangan kasar berurat itu mengejutkan aku bangun  seawal 6 pagi  untuk mengikutnya pergi bekerja. apalah yang budak berumur 4 tahun tahu tentang tanggungjawab lelaki tua itu...yang budak kecil itu tahu orang tua itu menganggunya tidur. menganggu mimpi2nya.  tetapi budak kecil itu akur. akur dengan rutin hariannya. meredah kesejukan pagi di bawah jaket besar milik lelaki tua itu...seakan2 perkara biasa padanya. tiada tangisan, tiada amukan hanya mengikut perintah lelaki tua itu.  dan budak kecil itu bahagia.bahagia di dalam dakapan lelaki tua itu.

ketika umur aku 5 tahun, aku dihantar ke tadika. aku tidak sedikitpun menangis ditinggal lelaki tua itu, kerana lelaki tua itu berjanji akan mengambil aku bila aku tidak menangis. dek kerana takut tidak diambil apabila menangis aku berusaha untuk tidak menangis.. aku tak mahu tinggal di sekolah itu sendiri. 
ketika hari penyampaian sijil tamat sekolah tadika, aku berkali2 mengigatkan lelaki tua itu agar hadir ke majlis itu. namun sehingga nama aku dipanggil tidak kelihatan kelibat lelaki tua itu. aku pasrah...mungkin lelaki tua itu tidak dapat datang kerana sekolah yang menjadi tuan rumah majlis itu terlalu jauh dari tempat tinggal aku.  Sehingga nama aku dipanggil untuk menerima anugerah Pelajar Terbaik Tadika Perpaduan Pt. Banyumas, juga lelaki tua itu tidak kelihatan. aku lihat pelajar2 lain ada ibu bapa masing2 yang menemani. tapi aku sendiri..:(
pulang ke rumah aku merajuk dengan lelaki tua itu. aku tak mahu makan. aku diamkan diri dan tidak menyahut bila dipanggil olehnya. pada aku lelaki tua itu sangat kejam ketika itu. 
yang sebenarnya..lelaki tua itu datang. tetapi lambat sedikit dan dia mencari di mana barisan tadika aku, tapi malangnya tidak berjumpa. dia hanya mendengar nama aku dipanggil. melihat aku dari jauh sudah cukup katanya..dia pulang ke rumah lebih awal sebelum sempat aku berjumpa dengannya kerana dia perlu meneruskan kerja yang ditinggalkan.

ketika aku di sekolah rendah, aku tak suka hari terbuka. pada aku hari terbuka akan menyebabkan aku malu. malu pada rakan2 yang punya ibu dan ayah yang berada. punya kereta. punya motor mahal...aku selalu menjadi murid terakhir yang mengambil buku laporan kerana lelaki tua itu hanya akan datang mengambil laporan aku setelah siap kerjanya di pasar ikan. arh. penat aku tunggu. sudah lah penat menunggu, datangnya pula bersama kasut but dan baju yang berbau hamis ikan. aku malu. ketika itu aku malu. malu sangat!!!!  aku berjalan jauh dari lelaki tua itu. aku biarkan lelaki tua itu balik dulu dan aku akan menyusul dengan basikal aku. lagi satu basikal aku, aku letakkan jauh di tempat letak basikal  kerana basikal aku buruk. lelaki tua itulah yang meminta aku naik basikal buruk itu. basikal ntah dari mana dia baiki dan minta aku naik. arh. jeles aku tengok basikal orang lain.

ketika aku di darjah 3, aku berjaya di dalam peperiksaan PTS, (penilaian tahap satu) dan aku berjaya melompat satu kelas dan kejayaan ini aku anggap kejayaan yang membuktikan aku lebih pandai sikit dari kakak aku. aku harapkan lelaki tua itu akan membelikan aku beg baru atau kasut sekolah Sparx yang bertapak tebal kegilaan kanak2 ketika itu. namun hampa. tiada apa2 hadiah istimewa untuk aku. yang ada hanyalah beg dan baju sekolah bekas dari kakak aku. arh.bosan. tak pernah aku rasakan baju dan beg yang baru. semua pon dari kakak aku. aku benci. 
Masuk ke alam sekolah menengah, aku sudah mula pandai meminta. minta itu minta ini dalam keadaan yang mendesak. kalau tidak dibelikan aku akan mendiamkan diri dengan lelaki tua itu berhari2 lamanya. biarkan. asal aku puas. ketika kakak mendapat tawaran ke sekolah teknik aku juga berazam aku mahu bersekolah sepertinya. setiap kali kakak balik dari asrama, menceritakan tentang keseronokan hidup di asrama membuatkan aku rasa teruja dan aku rasa aku juga mahu ke sana.   Ketika aku mendapat tawaran ke sekolah teknik, aku suarakan rasa gembira aku pada lelaki tua itu, yang aku lihat hanya kekeruhan di wajahnya.  Aku mula rasa tak sedap hati. apakah impian ini akan aku lupakan atau bagaimana?? dan dengan nada yang perlahan lelaki tua itu berkata, dia tak mampu menghantar aku ke sana. Apa???? aku berkurung 3 hari lamanya. tidak makan malam dan pergi sekolah tidak bersalam dengan lelaki tua itu. aku cuma menangis dan merenung surat tawaran ke sekolah teknik itu. hahahaha...kasihan. apalah aku bodo sangat ketika itu. bukankah di sekolah biasa juga boleh berjaya. 

Di hari konvokesyen aku, aku belikan lelaki tua itu sepasang baju batik biru, segak betul dia menggayakan baju itu. tak pernah sekali dalam hidupnya merasa baju seperti itu. berkali2 dia kata dia mahu memakai tshirt yang dibelinya di pasar malam. tapi aku membantah. baju batik itu mesti dia pakai. aku tak nak lelaki tua itu kelihatan seperti orang kampung. wah. sombong sungguh aku ketika itu.

lelaki tua itu sabar menanti kepulangan aku setiap bulan..emak kata, bila dia rindu aku, dia akan bertanya ada atau tidak aku telefon. kadang2 kata emak dia akan bersihkan bilik tidur aku. kasihan lelaki tua itu...
dia tak pernah cakap dia sayangkan aku. dia selalu berdiam diri kalau aku ajukan soalan adakah dia  sayang kan aku atau tidak. dia hanya tersenyum.  Lelaki tua itulah yang selalu memujuk aku tatkala emak memarahi aku. arh. emak. kalau emosi semua pon mahu dimarahnya. dan lelaki tua itulah yang menenangkan aku.
sekarang, aku tak malu lagi menaiki motor bersamanya. ke kedai mahupun kemana saja aku tak malu lagi. tapi aku berbangga.motor buruk itu yang menghantar aku ke sekolah dan masih lagi boleh digunakan :) 

pernah sekali ketika aku mahu pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti, aku hulurkan duit belanja kepadanya, dia menolak duit itu dan diberi kepada emak. dia kata emak lebih memerlukan untuk belanja dapur. emak apa lagi dicium2 duit itu. gembira amat. aku tahu, lelaki tua itu bukan mahukan duit aku, tapi dia mahu aku menjenguk dirinya setiap bulan.  Selagi termampu dan terdaya aku akan pulang setiap bulan. pada aku KL - Yong Peng tidak jauh mana berbanding rindu aku pada dia..

ketika aku disunting seorang lelaki , aku lihat wajah lelaki tua itu, tenang dan kadangkala sedikit risau. mungkin dia risau , mampukah aku memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada seorang lelaki.  ketika lafaz ijab kabul menjadi janji yang mematri ikatan aku dan suami, aku lihat mata lelaki tua itu bergenang air.  Tatkala aku bersalaman dengannya, dia hanya berdiam diri. aku lihat emak sudah menitiskan air mata. aku menangis di dalam pelukannya..aku menangis dalam pelukan lelaki tua yang suatu ketika dulu aku malu menjadi anaknya..lelaki yang aku anggap miskin dan tak mampu memberikan apa2 kepada aku. aku menangis sepuas2nya..

lebih memilukan aku sebagai seorang anak kepada lelaki tua itu apabila dia meninggalkan aku di rumah keluarga suami aku. ketika itu barulah aku melihat air mata seorang BAPA.seorang ABAH. seorang AYAH mengalir deras mengenangkan diri aku yang kini menjadi milik orang lain..betapa sedihnya hati lelaki tua itu tatkala menyerahkan aku kepada keluarga mertua. 
sebelum abah pulang, aku memeluknya erat. seerat mungkin. aku rasakan diri aku kini bukan lagi miliknya. dia terlepas dari menanggung dosa2 ku. dia kini bebas. 

dan aku..tak kan pernah berhenti dari menyayangi dan merindui lelaki tua itu. lelaki yang menjadi wali aku. lelaki yang membesarkan aku. yang menidurkan aku. yang menjaga aku ketika sakit. yang tak pernah jemu menjawab soalan2 bodo aku , yang sentiasa menghiburkan aku, yang tak pernah menjentik aku, yang menyayangi aku sepenuh hatinya...

selamat hari abah. adik sayang abah sangat2. 

adik sayang abah :)

ape lah yang abah risaukan...

"ini saya serahkan anak saya, kalau ada salah silap dia, tegurlah seperti anak sendiri. saya serahkan anak saya kepada keluarga abang"
" adik sayang abah. adik sayang abah." tu je yg aku mampu kata..
dan lelaki ini terlalu  banyak berkorban untuk aku dan keluarga. lelaki ini terlalu banyak bersabar dengan aku dan keluarga aku. kasihnya lelaki ini tidak pernah luntur. walaupun kadang2 aku menyakitinya...inilah kasih seorang abah .. 

KL Gengster. apa yang tak bestnye??

Hari Jumaat lepas keje ari tu aku terus gesa suami untuk tengok movie KL gengster. well citer aksi2 ni memang favourit kami . jadi kami berkeputusan untuk menonton di Ampang. Senang nak faking (parking eh) di samping tak ramai orang. ceh. bajet tak ramaikan.
sampai sana dalam kul 6 sengah, hamek kau beratur sampai ke kaunter popcorn.  aku dengan kengkang2nyer pon beratur di sisi suami. belakang aku ada sepasang couple, berdiri terlalu rapat dengan kami, sampai aku naik rimas. rimas lah weh. dia berborak sayang2 tu menyesakkan telinga aku. Well kami yang dah kahwin ni pon time beratur tu tak berbunyi apa2 pon melainkan suami cuma senyum2 je tengok muke aku yang dah naik nak pitam sebab telalu sesak berdiri dan menjadi pendengar cerita orang belakang. chet. depan aku ada sepasang couple juga, tapi kami tak lah berdiri terlalu rapat di belakang mereka, sebab kami tak nak jadi macam orang yg kebulur tak dapat tengok movie. beratur rapat2 macam lah kaunter tu lari kan. rileks sudey. kau nak berborak2 sayang2 pon beragaklah orang tak nak dengar de kau punye cerita. 

sampai je masuk dalam panggung tu da ada preview filem. tibe2 terhenti seketika . dalam lebih kurang 10minit juga preview tu benti. stuck. ..aku teringat masa aku tengok movie dengan nisa, wani and tatin time bulan puasa dlu2. tengok citer The Expendables kat KLCC. kah kah kah...preview tu terhenti juga, sampai ada yang jerit " oi..org nak masuk ofis  ni cepat la woi.."  yang jerit tu lelaki. hari Jumaat weh. rehat lama kan. kami manfaatkanlah tengok movie :) rindu nak macam tu lagi :) 

sepanjang tengok citer KL Genster ni aku enjoylah dengan aksi Aaron Aziz , Adi Putra and Ajib :) tak lupa juga Abg Long Padil :) keh keh keh.. actually bagi yang minat citer aksi cam aku, ini pandang peribadi aku lah kan, cerita ni tak susah nak faham, senang nak carry citer ni sepanjang tayangan, cuma bila Shamsul appear je  aku rasa nak hentak2 kaki sambil jerit APA PON TAK BOLEH. sebab aku tak suka . 
tak perlu  lah nak bertatu bagai nak tunjuk kau gengster, bertindik segala, (yg ni mungkin die pakai anting2 lekat2 tu je ;P ) tapi pada aku la, tak perlu nak buat cenggitu untuk nampak gengster. for example, Dominic Toretto (ehem. febret artis ni) tak perlu lah tatu segala kat leher ke kat lengan ke, tapi die tetap dipandang sebagai gangster, pencuri dan juga car racer yang menjadi teraju utama filem Fast Furios the series.. 
semua orang yg tengok filem tu rata2 aku tanya cakap benda yang sama, Shamsul terlalu statik untuk watak tu. macam tak masuk lah senang kata. apekah?? hahaha...ok lar aku cakap sekadar berkata2 kosong. maklumlah tade basic pon dlm perfileman kan. jangan lak nak saman2 aku kata aku kuang ajar la ape kan. haha.ini pandangan peribadi saje. 

aku nak tengok sangat citer ni sebab aku ada terbaca kat wall kawan aku tentang tayangan filem ni yang menjengkelkan sebuah badan NGO yang katanya berjihad demi kepentingan agama dan rakyat. well sejauh mana perjuangan mereka aku tak tau la kan sebab rata2 pon aku dengar sal NGO ni bukan tentang perjuangan, tapi tentang kuasa mereka yang menakluki sesuatu kawasan. betul tak betul tu wallahu allam. 

mungkin aku tak terbuka atau tak terdedah tentang badan NGO ni dari dasarnya kan tapi pada aku lah kan, kalau orang biasa yang tengok citer ni, tade pe yang menjengkelkan heheh..apa yang dipaparkan ialah sikap sebenar orang melayu. kenapa aku berani cakap macam ni?? sebab orang melayu memang suka bergaduh...suka berebut sesuatu..suka dengki mendengki...hahaha...aku pon melayu , sebab aku melayu aku berani cakap benda ni. sebab tu la bangsa kita jauh ketinggalan, sebab benda2 ni yang jadi pegangan. kita bertikam lidah sana sini sedangkan di satu sudut yang lain ada bangsa2 lain yang bertepuk tangan dengan kejahilan kita bergaduh sesama melayu :P. Samada kita nak benci orang yang bawa perubahan atau kita duduk di takuk pemikiran  yang lama dan selesa berada di zon tersebut. tanpa sedar kita telah memberi peluang kepada bangsa2 lain menjadikan kita batu loncatan mereka :) 

well..ape pon kL gengster best. :) enjoy sangat tengok citer ni. sangat enjoy dengan Ajib :) miahahahahaha...

Friday, June 10, 2011

hai lah staff senior..

kadang2 bila kita berurusan dengan staff yang senior yang mana umur dia sebaya mak kita, kita akan rasa cam semacam kan. rasa nak marah tu tak sampai hati je. tapi bila kita tunjuk hormat. respek kat dia. mulalah mereka2 ni gunakan kuasa veto nak tunjukkan betapa dia berkuasa ke atas kita. 

walaupun aku ni pegawai baru, pon tak lah baru sangat kan, 3 tahun gak aku dah menebeng kat makamah ni. aku tak suka nak tunjuk kurang ajar kat orang lebih tua. seboleh2nya aku hormat semua orang. setakat ni tade lagi la berita aku bergaduh ke bertegang urat ke dengan mana2 unit. semua pon aku respect. tapi..bila seseorang ni telah cuba menunjukkan betapa dia berkuasa ke atas aku, sorry to say, i have to...i have to .... defence my self. 

pada yang dah sah jawatan memang heavenlah kan, dah rasa gaji sebenar korang, dah boleh buat pasal sebab dah sah. aku ni dari tahun 2008 tak sah lagi. tu aku boleh sabar lagi. tapi bila orang yang sepatutnya menguruskan tentang perjawatan aku ni, asyik salahkan aku je kenapa tak cukup maklumat lah, tade salinan sijil lah, tade tu tade ni, semua tade, aku dah naik menyirap weh. selama hari ni aku cuba sangat tak nak sakitkan sesiapa tapi bila dah melampau cam ni, tak patot kot  aku diamkan diri. Semua salinan sijil exam, sijil kursus aku dah serahkan kepada orang yang bertanggungjawab buat perkhidmatan ni, just now die kata tade detail dalam fail tu. WTF eh??? kau buat ke tidak keje sebenarnye?? baru beberapa bulan lepas aku selesaikan semua. semua yang dia dakwa tade dalam salinan dia, aku dah bagi. aku dah bagi. aku ulang, aku dah bagi kat dia, dia boleh kata TAKDE PON DALAM FAIL. 
macam Si...je aku tengok muke kakak dah pangkat makcik ni. ewah2..mentang2 aku diam selama ni, aku turut je ape die suruh, ini jam kau buat taik dengan aku eh. sorilah makcik , saya dah tak tahan dengan perangai makcik ni. 

Ofismet aku si Anim pon tekejut tengok aku melawan cakap akak tu tadi.  Bukan apa sebab semua orang pon tau , akak tu memang suka salahkan orang lain, nak dia je menang, kena pulak tadi aku yg debate dengan dia, aku tak tahan dah dari dulu aku diam je. aku nak apply elaun trengkas yang aku layak pon dia kata 
" sahkan dulu jawatan tu baru sebok urusan lain , bukti mana nak guna elaun tu " WTF weh, aku menaip dalam dewan, dalam kamar aku mencatat, even tak guna trengkas aku guna nota rintas. kalau setakat nak tunjuk cane aku guna trengkas anytime aku boleh buktikan, tapi janganlah cakap aku sebok nak duit. aku nak hak aku. aku layak. aku belajar untuk dpt sijil tu, bukan aku pandai2 sendiri. kalau PA2 lain kat jabatan2 lain boleh rasa nikmat duit elaun tu even tak  seberapa hasil dari elaun tu, kami kat sini bermimpilah.

"jangan ingat kami ni muda2 kami tak tau akta, pekeliling, taktau perkembangan tentang perjawatan kami, kami pon pergi kursus, kami tau cuma kami malas nak bising2 lah kak oi...kami ni mengharapkan akak tu buat lah kerja ikhlas sikit. kalau memang dah akak yang salah letak, salah bagi kat orang lain, jangan nak salahkan kami ok. jangan. sebab sekali kalau kami dah bersuara, akak yang akan terasa diri akak terhina dengan kata2 kami. please, kalau kerja akak tu macam tu, buatlah macam tu, jangan nak bagi alasan yang tak berasas kepada kami. kami sangat2 tidak suka mendengar alasan2 yang tak munasabah ye. kalau takut lupa, bersihkan tempat duduk akak tu letak kan satu tray in and out. ni semua pon bersepah. cane nak tau ada ke tidak orang letak dokumen atas meja akak.Grrrrr...."

nilah bila berurusan dengan staff dah senior ni. belagak lebih. chet!


Thursday, June 9, 2011

Entry Geram Ni!

kau cakap aku jalan kengkang kan? nanti aku nak tengok kau jalan cane masa kau  mengandong. kalau lebih kengkang aku akan jalan lagi kengkang depan kau . chet.

lagi satu, biarlah laki aku nak bawak handbag aku kemana aku pegi. esok aku nak tengok kau kawin ada tak laki yang sudi bawak kan handbag kau . kah kah kah.
lah lupa. kau kan demand. mesti kawin lambatkan.

Wednesday, June 8, 2011

I Am 2 Months Already! :)

pejam celik pejam celik 2 bulan dah aku pregnant. walaupun usia kandungan masih di bawah trimester pertama tapi aku excited sangat nak tunggu perkembangan demi perkembangan kandungan aku.   everyday before aku tido aku selalu cakap2 dengan anak aku. hehehe...borak2 lah kononnya. tak banyaklah yang aku cakapkan. selalunya aku akan usap perut aku and baca beberapa ayat Quran yang menjadi amalan ibu mengandung untuk melindungi kandungan dari gangguan jin dan syaitan. lepas baca ayat tu aku aku akan cakap " jadilah anak yang soleh / solehah sayang ye " then aku pon tido lah kan. 

sejak2 kandungan makin membesar ni, keadaan aku makin  pelik. selain dari simptom2 biasa ibu mengandung, terdapat juga lah 1 ,2 perkara pelik yang aku rasa sebelum ni aku tak pernah buat. 

simptom2 aku biaselah kan, muntah...pening...sakit pinggang...standardlah kan.
kadang2 tu macam nak give up. tapi bila fikir, aku sedang kandungkan amanat Tuhan, umat Islam yang kesekian kalinya, aku kuatkan semangat hadapi dugaan demi dugaan yang mendatang.

tipulah kalau korang leh betahan dengan steady tanpa rasa macam nak putus asa, bagi yang pernah pregnant memang ini lah dugaannya. bagi yg tak penah pregnant, dis is a lesson to you. lesson ok. lepasni jangan kuang aja dengan mak korang. keh keh keh keh...

sekarang ni aku tak boleh bau orang menumis, menggoreng, tanak nasi, dan seangkatan lah dengannyer. aku rasa tekak aku kembang semacam je  kalau bau. rasa nak muntah.
susu pon aku dah tak nak minum. dulu awal 3 minggu boleh minum lagi. tapi lately bau susu sudah cukup menjelakkan. rasa nak muntah. tapi aku akan cuba minum juga. kuatkan semangat babe.

makan nasi pon cam tu gak, kalau nak makan sangat baru aku makan. kalau ikut tekak biasa, memang tak lalu lah kau nak jamah nasi tu. tapi semalam tah ape lah yang buat aku rasa nak makan nasi dengan telur dadar. malam tadi suami gorengkan telur dan masakkan nasi serta sadin. :) aku lahap macam orang kebuluran. sungguh pelik. aku rasa sedapnyer lauk tu nauzubillah...sadap sangat.

nowadays, seluar aku banyak yang dah ketat. dlu  kalau malam aku suka pakai seluar tido dengan baju thirt buruk2 buat tido. haha...aku suka sangat macam tu. tapi sekarang bukan baju aku yang aku pakai, tapi baju suami and seluar suami. terpinga2 suami aku tengok aku pakai suar pendek die. hahaha...padan muka kau gemok! dia punya seluar hawai tu aku sarong  tanpa rasa bersalah. sdahnyer suami pakai seluar pendek tanpa baju lah untuk tido malam. sebab baju thirt dia yang dia selalu buat tido aku dah pakai. lepas tu aku tak bagi dia pakai baju tshirt dia takot nanti tak cukup seminggu aku nak pakai. hahaha...pemalas basuh baju aku ni. :) 

aku cepat tido sekarang ni. kalau korang tepon aku time kul 10 tu insyaAllah lah aku dah tido. ari tu kawan aku dari Penang call, mujur aku tak lelap lagi. aku dapatlah borak dengan dia dengan kadar seminit dua kan :)
suami pon tak bagi aku tido lewat, kul 10 tu lampu sume dah mati. tibi pon dah goOdbye lah . kena tido. suami akan teman aku tido sampai aku dah lelap. nanti dia bangun tengok tv or bola :) kalau aku sedar tetengah malam suami tade kat sebelah aku dah tak heran. mesti die ada kat luar tengok tv. suara tv tahap cakap dalam kelambu kan. tak nak bagi aku sedar. 

kadar kemalasan aku skang memang melampau lah. malas. semua malas. padahal dulu, kalau aku cuti ujung minggu dari depan sampai belakag aku mop umah aku, sapu kipas, lap tingkap , lap tv, susun baju dalam almari... mcam2 lagi lah. tapi skang, kalau korang datang or tiba2 rasa nak jenguk aku kat umah, janganlah teperanjat, umah aku bersepah2...hahaha..suami lah yang kena kemas. tapi dia pon manusia biasa, penat keje kan, jadi dia kadang2 telepas pandang juga mana yang bertabur kat lantai tu :) sekali lagi terharu dengan suami dan keikhlasan die :) 

aku harap semua ni cepatlah berakhir, aku dah tak larat makan kat luar hari2, buat sepah kat umah , ..aku nak kemas umah aku, nak masak untuk suami aku, aku nak masak ketam masak lemak kegemaran dia ...kawan2 doakanlah cepat berakhir allergy / morning sickness aku ni :) 
masa teman odah outdoOr :)
ni aku baru amik beberapa minit yg lepas :) pucat kan?? abaikan.
k lah. bye dear. :)

Monday, June 6, 2011

roti jala done!

weee...sukenyer aku dapat dah makan roti jala yang aku cari2.. hehe..thanks to Puan Zila (ehem. name separuh je. nanti popular sangat susah) hehehehe...
pagi2 Sabtu jam lebih kurang kul 7 pagi Zila dah call ajak aku gi bfast roti jala kat Pantai Dalam. aku cargas bangun dan bersiap untuk menikmati bfast roti jala. 
pagi2 kat Putrajaya mane ade kereta. so kesempatan yang ada digunakan oleh Zila untuk memandu dengan agak cargas.suami masing2 masih lagi lena duulit mimpi kami dah dok tepacak kat kedai tu . Memang ramai. nasib baik kami sampai dan ada meja kosong. terus port dan order. 
sekali kena roti dia memang mengancam abis lah. aku bedal 4 keping sebelah mata je. Zila masih lagi tekulat2 nak makan aku dah siap. finish. rasa puas hati. kalau ikut hati nak makan lagi tapi malu ....hahahaha..
dah nak balik tapau lagi 2 bungkus. (1 untuk suami. 1 untuk aku) 

sampai rumah dalam area kul 10 lebih , aku dah start ar nak memabukkan diri kan. so aku dah tekulai kat sofa , suami lah tolong makankan roti jala 2 bungkus tu untuk aku :) 
pepetang Sabtu tu Zila ajak makan kat umah dia, dia masak ikan bawal masak merah and sayur campur goreng. pucuk di cita ulam mendatang, kecik tapak tangan, dulang aku tadahkan. hehehehe....
kami suami isteri berkunjunglah ke rumah Zila. Aku tengok suami aku makan sampai bertambah 4 kali. kesian dia, mesti dia rindu nak makan nasi kan and lauk2 cam tu. dlu masa aku sihat, aku selalu masakkan untuk dia, siap hias2 dengan daun salad, heheh..cam makan penantin pulak kan.

dulu umah tade meja. makan atas lantai :)
febret suami ni :)
dulu ni lah lauk2 yang selalu suami nak makan. skang ni kena lah suami bersabar. pernah juga aku suruh suami masak, ikut apa yang aku tunjuk, tapi suami tak mau. tak tau kenapa dia tak mau. maybe dia tak sampai hati kot nanti dia tumis2 kat dapur aku bermuntah2 di toilet. 

aku terharu sangat bila aku tengah mabuk cam ni kan, kakak aku datang tolong masakkan apa yang aku nak makan, ari tu aku nak makan mee hon sup dia masakkan..tapi last week akak aku balik kampung. aku tak blik sebab aku nak rest kat umah je. badan tengah tak sedap ni, nak baring je. memang tak la berjalan time2 ni. 

lepas ni aku berazam, baik je dari allergy ni, aku nak masak sesedap untuk suami aku :)  hopefully semua ni akan berakhir soon.. 

Friday, June 3, 2011

entry kesedaran : jangan merokok suka2 hati.

hari ni aku nak bebelkan lagi tentang sikap sesetengah orang kita yang smoke tapi tak prihatin dengan keadaan sekeliling atau orang2 di sekeliling mereka.
aku tak cakap smoker ni jahat. aku menaip di entry ini dengan kapasiti aku seorang anak yang berayahkan smoker dan ada abang dan adik yang smoke juga. syukur alhamdulillah suami bebas dari smoke. say no to smoke . ehem. 

apa yang aku nak kupaskan di sini ialah isu keprihatinan smoker kepada orang2 disekeliling mereka. Ari tu petang aku terasa nak makan kerang bakar, so aku dan suami bercadang nak makan kat AU5 , kat kedai Satay Melaka. memang sedaplah kerang bakar kat situ. tak caya, jom cuba :) 

Sementara menunggu pesanan dari pelayan kan, aku duduklah berborak2 dengan suami, tiba2 aku terganggu dengan asap rokok yang datang dari meja sebelah aku. ada sorang brader ni merokok dan menghembuskannyer tanpa rasa bersalah even sebelah dia tu aku. 
(selang meja tak jauh sangat sebab kedai yg tak bape besar) 
aku dah buat2 terbatuk sambil tutup idung aku dengan tudung aku. eh. makin aku batuk kuat2 dia makin hembus. tak cukup satu , dua , tiga sampai empat batang rokok dia hisap tanpa rasa bersalahnya. 
aku rasa budi pekerti orang Melayu sekarang ni makin teruk. sangat teruk. 
tak boleh ke kau baca perasaan orang yang pada zahirnya dah menunjukkan rasa tak senang dengan tindakan kau tu?? 
eh hello..abah, abang and adik aku pon smoke juga tau. tapi mereka menghormati kami kaum perempuan di dalam rumah tu untuk merokok. abah aku kalau nak merokok dia akan duduk tepi tingkap rumah aku sambil pandang ke luar tingkap menikmati pemandangan. tak pun dia duduk depan tangga rumah kami. abang aku pon kalau nak merokok dia akan pegi ke luar dari rumah tu atau duduk di mana2 tempat yang jauh dari kami2 semua. kenapa abah aku yang sekolah setakat darjah 5 tu tau menghormati orang lain, orang yang kelihatan seperti manusia bepelajaran tu berperangai macam bangsat??? sangat bangsat ok.

hanya kerana kau duduk di KL ok, kota metropolitan lah kononnya kan, kau melanggar sensitiviti sesama manusia, untuk menunjukkan sememangnya kau kelihatan hensem dengan menghisap tembakau tu?? hensem ke (tangan di bahu, mata ke atas)

beberapa hari lepas aku naik lift nak balik umah aku, sumpah kempam giler bau dalam tu dengan asap rokok. macam haram betul lah perangai orang2 ni kan. makin diberi kemudahan makin berperangai musibat. aku rasa yang duduk kuaters tu orang bekerja kerajaan majoritinya. kalau pun tak bekerja kerajaan mungkin orang2 tu ada wife, ada saudara mara yang tinggal di situ kan, tolonglah hormati papan tanda yang terpampang " no smoking" . macam orang tak reti membaca kan. merokok dalam lift. buang puntung rokok dalam lift tanpa rasa bersalah. aku tak rasa aku duduk kat kuaters kerajaan, tapi aku rasa macam duduk rumah flat PPR lak. kalau flat tu aku consider golongan yg duduk di situ orang yang macam mana kan. at least mereka terdiri dari golongan yang berbagai. 

paling aku tak boleh blah bila kita pergi tempat sesak2 contohnya cam kita gi konsert ke kan, dalam sesak2 tu ada lak yang tanpa rasa bersalah smoke dalam penuh sesak2 tu. pleaselah. jangan lah selfish sangat. kau fikir kau je nak puaskan hati kau. abis orang lain tak ada hati dan perasaan ke?? yang bau asap ni lagi cepat mati dari yang isap.

lagi satu aku menyelar tindakan peguam2 yang selalu ada kes kat tempat aku ni. peguam tu kan pengamal undang2 kalau dah atas kepala tu tulis, no smoking, tapi diorang2 ni masih lagi menyalakan asap rokok tanpa rasa malunya dengan orang2 yang memandang, aku rasa cam nk ckp, " tak payah lah jadi peguam kalau tak reti baca signboard"  sepatutnya kalau nak hisap juga beringat lah kat mana bumi dipijak. lagi satu, semua jabatan kerajaan adalah kawasan LARANGAN MEROKOK. pekeliling ni ada dalam PKPA. sape yang takde buku PKPA terbaru sila cek kt google. kesian aku tengok orang yang tak terupdate dengan pekeliling ni.  

yang paling menjadi kekesalan aku ialah, mereka2 yang tak reti bahasa ni adalah orang berbangsa MELAYU. kalau kau orang selain bangsa aku, aku takdelah marah sangat. sebab aku fahami mereka2 ini mungkin betul2 tak faham bahasa.  bila kerajaan naikkan rega rokok kemain membebel2 orang2 ni, nanti dah sakit paru2, sakit jantung, sakit macam2 lagi tedampar lah kat spital kerajaan mintak belas ikhsan sane sini kan. tak nak plak masa tu kau cakap, "tak patot aku ada kat spital ni. sebab aku yang sengaja cari penyakit." hah?? sanggup cakap mcam tu?? sanggup?? sanggup???

aku tak adalah cakap smoker2 ni jahat. tidak. aku cuma tak suka dan benci dengan perangai sesetengah smoker yang tak berfikiran je. ada juga  kawan2 aku yang smoke tapi tau jaga hati and perasaan orang skeliling dia. ada sekali tu kawan aku nak isap rokok then die tengok sebelah dia ada aku, sebelah kiri dia ada budak perempuan bersama keluarganya, dia tak jadi isap dan bila aku tanya kenapa?? dia cakap 
" i tak sanggup nak isap, kanan i ada u, kiri i ada adik ni, kalau i isap i akan bahayakan banyak nyawa"  
see???

ada juga kawan aku seorang perempuan, dia nak isap rokok after makan, dia tanya dulu, aku boleh tak bau asap rokok, well aku jujur je cakap tak boleh sebab aku boleh sesak nafas tak pasal2, dia mintak izin blah jap dari aku and dia gi merokok kat somewhere. see???

dalam ramai2 koleksi bf aku, semuanya merokok. dan aku tak kekal dengan mana2 yang merokok. tapi aku kekal dengan suami sebab dia tak merokok. alhamdulillah.

mujurlah aku melayu jawa. 

Thursday, June 2, 2011

perlukan uniform baru. tak terlalu awal ke?

lately baju kurung aku sume dah tak boleh kancing lah kainnyer.  kalau boleh kancing pon kejap je. nanti lepas kau melantak bfast, dah kena bukak zip tu. kalau setakat tak leh kancing tu takpe  la juga. ini tak boleh zip sampai atas. kalau zip juga, mati tak bernafas aku. arh...terasa nak beli baju lain. tapi kang beli2 banyak lak bajuk kat almari tak terpakai.. seluar tido aku pon dah tak boleh pakai kebanyakkannya. semua ketat kat perut. boxer bunga2 aku pon dah tak boleh pakai. kalau pakai kene lorotkan bawah perut baru selesa. dah rupa cam ape tu tasa?? 
mujur kebaya bandung aku sempat pakai sabtu lepas. tu pon sib baik kain die besar skit auntie tu buat. kalau kain normal memang tak leh kancing dah. 
perlukan dana ni nak beli baju baru. ada sesape nak sedekahkan sekeping dua baju maternity?? tapi untuk saiz akulah kan. kalau saiz CPB tu mau lah aku pakai jadi jubah. kih kih kih. (i am short, really short)
suar kecik pon dah banyak yang kena tukar lah. semua yang low cut dah banyak yang teselit kat celah tut. kah kah kah...
ari tu aku pakai inner sebab aku nak pakai kemeja putih kan. tapi inner aku tu banyak kali aku betulkan sebab dia tejungkit ke atas je. betulkan nanti tejungkit. betulkan nanti tejungkit. 
suar jeans yang dulu aku pakai agak longgar, skang kalu pakai dah ngam2.sikit jam lagi tak muat lah gamaknyer peah. adoi ai.
tapi takpe lah kan. at least aku dapat rasa perkembangan yang normal terhadap perut aku :) tade lah risau kan :)
tak terlalu awal ke kalau aku beli baju yang ala2 modern mom tu?? awal tak ?? awal tak???

Wednesday, June 1, 2011

resepsi lapuk bahagian 1

setelah 2 bulan baru dapat album and softcopy gambar time resepsi di rumah suami di Ampang on 27.3.2011
serba sedikit pic yang tak de lah lawa tapi boleh lah buat tengok2 kan ;) 

make up by zatie collection :)
crown tu inspired from ratu elizabeth :P ewah.

bersama Nurul Faizal and Dato Roy :) thanks dear for coming :)
banyak lagi sebenarnye pic2 kengkawan yang hadir tapi aku tak nak aplod semua. nak tengok datanglah rumah :) eheheheheh...

outdoor session at Masjid Besi :)
suami kesayangan aku :) miahaha..kacak!
pun begitu terdapat juga babak sedih ketika abah and keluarga nak berangkat pulang ke Johor. terasa sayu di hati aku sebab ditinggalkan abah di rumah mertua. terasa diri dah tak menjadi tanggungjawab abah and emak. syahdu sangat. memang terharu. 

ni masa abah tepung tawar :(
ni part makcik aku nangis. die tak nak amik gambar. tapi aku tau die tak nak orang tau die sedih :(
i love u abah.
nak tengok lagi?? meh lar datang umah aku. :)

entry kesedaran : situasi mempengaruhi produktiviti

hari ni aku nak membebel tentang keperitan yg aku alami. for almost 1 year and half aku menghadapi masalah ni. bukan aku je, malahan seluruh kakitangan yang berada di aras aku dan aras bawah aku mengalami masalah sama. sistem penghawa dingin yang dah kokak ni telah menyebabkan semua orang kat ofis aku menggelupur kepanasan. aku kalau ikutkan hati tak nak juga membebel pasal benda ni, tapi bila dah bertahun lamanya seolah2 tiada langkah penambahbaikan dari pentadbiran, aku rasa cam kitorang ni tak diambil berat akan kebajikannya..kalau orang lain, panas sikit econ terus tekan 16'c. kami?? nak tekan apa??? tekan dinding??  semua orang cam buat tak nampak je dengan masalah ni. adakan mesyuarat berulang2 kali tapi masih tiada keputusan. aku tak pasti mesyuarat tu intipatinyer apa, diskusi atau pencari solusi. setahu aku, meeting tu tempat kita luahkan masalah dan dapatkan solusi. bukan asik bincangkan isu2 sama sampai berbangkit2 kan. arh. emosi kalau fikirkan benda2 ni.

kesan dari kepanasan ni, aku rasa produktiviti aku makin menurun. nak2 lagi sejak mengandung ni, aku mudah sangat berpeluh, panas, aku rasa bahang je badan aku ni.  setiap hari rasa nak naik angin je. sampai aku meluat tengok tempat keje aku sendiri.  bila aku nak gi keje je aku teringat rasa panas yang akan aku lalui. mesti buat aku rasa malas tahap nak terjun bangunan. pakkal lah suami selalu bagi sokongan moral. 

aku dah buat aduan dah berkali2 dah, aku minta kalau tak boleh betulkan econ yang mengambil cost beribu2 tu carilah pendekatan lain, ini bangunan zaman jepun bukan memang dah layak lah tu jabatan warisan amik alihkan. tapi malangnyer bangunan baru yang dijanjikan tak juga boleh kami duduki. kata bulan 4 nak pindah, bulan 5 masih tak ada perpindahan. ni dah bulan 6 dah. aku tak tau lah bila kami nak rasa bangunan baru yang dijanjikan econ sesejuk kutub utara tu. 

aku bukan nak menyelar jabatan aku sendiri, tapi fikirlah secara logik, mampukan seorang manusia berada di bawah situasi yang tak selesa untuk hasilkan produktiviti yang baik??? aku bercakap bukan untuk diri aku je, tapi untuk kakitangan lain juga. memanglah mereka2 ni kelihatan ok memanjang. abis tu tak kan kami nak berpiket pulak kan. 

kalau orang lain masuk ofis aku dah mengeluh2, " panas nyer.." hah ini lah yang kami tanggung betahun lamanya. masih lagi idup sampai skang. kadang2 aku kesian tengok client aku yang berpeluh2 bagi keterangan, tapi apa yang kami mampu buat, kipas 2 biji je nak tampung seluruh dewan perbicaraan.  kipas bukan kipas siling, kiipas berdiri ni hah yang kelajuannyer tahap nak tegolekkan taik idung aku pon tak lepas. 

alahai..kat manalah sensitiviti orang yang sepatutnya mentadbir urusan ni??? 

kepada yang ada mata, lihat. yang ada telinga dengarlah. yang ada akal fikir. jangan tau nak tingkatkan pencapaian je tapi tak tau nak jaga kebajikan pekerja. chet!
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.