Tuesday, May 31, 2011

ujung minggu yang sangat penat.

hye all. oUh...harini baru aku dapat masuk ofis bersama satu beg ubat demam dan sakit tekak untuk bekalan pada hari ini. kih kih kih..
semalam aku MC. sebab...masa aku bangun pukul 5 pagi tu, kepala aku sakit. ini bukan pening tau. tapi sakit. siyes aku nak bangun tu aku rasa susah sangat. ekceli sepanjang malam pon aku tido asik terjaga je. mimpi2 yang bukan2, and menyeramkan. emosi ibu mengandung ni sensitif sangat. bila aku cuba nak bangun tak boleh , aku gerakkan suami and cakap kat dia aku sakit kepala, suami suruh aku sambung tido je. cuti. tak payah keje. dia pon akan cuti sekali. tapi aku cakap kat dia, aku nak keja. suami kata tak payah. nanti dia antar aku gi kinik. dah suami cakap macam tu aku terus diam. aku telelap sampai lah kedengaran azan subuh, aku cuba nak bangun lagi, tapi masih lagi sakit kepala aku. aku jadi takut lah kan. nak bangun solat subuh pon tak larat. berat sangat pale aku rasa. 

bila aku sedar dari tido, aku tengok suami tade kat sebelah. aku nak bangun cari suami, aku terasa ada benda atas pale aku. rupanya suami letak tuala basah atas pale aku. suami kata kepala aku panas sangat. badan aku pon panas. lepas suami papah gi mandi, aku pon bersiap gi kinik. sampai kinik doktor bagi ubat demam dengan ubat sakit tekak tapi untuk tahap yang selamat untuk pregnancy. doktor kata panadol tu boleh makan time pregnant. tapi aku tak berani lah. betul ke boleh makan?? ada sesiapa nak bagi jawapan?? ehehe..sila tinggal komen :) komen dari kak najwa adalah amat dialu2kan :) (kak sila baca entri ni. sehingga abis tau)
dah dapat mc tu aku berehat lah kat umah sepanjang hari, baring je, nak bangun kena bangun pelan2. masa solat zuhur tu paling mencabar ar. rasa nak tombang je bila takbiratul ihram. tapi kuatkan semangat. 

moral of the story, jangan lanyak badan anda seperti anda normal kerana lepas ni setiap aktiviti kena ingat, " aku ni mengandung tak boleh lasak2".

sabtu tu aku bangun pagi2 gi rumah Nisa tunang, kemudian gi umah mak mertua dan menghadiri majlis perkahwinan besan mak mertua aku, then petang tu gi rumah Rodah tunang juga, then malam gi umah Mak Embong , kenduri lenggang perut kakak Ain Comey. stay di hotel malam tu,  esok paginyer aku gi umah Mak Embong lagi jalan2. then tengah hari gerak gi umah pakcik suami yang nak ke Mekah. Magrib baru sampai umah. patot tak aku penat??? patot tak???


Friday, May 27, 2011

ehem. bahagia bila tengok orang lain bahagia.

hari ni aku nak ceritakan tentang satu kisah hidup aku yang ...agak bosan sebenarnya tapi takpelah, aku nak citer gak.
suatu ketika dulu, aku pernah kapel dengan somebody, dia ni kakitangan kerajaan juga, seorang yang sedikit berumur dari aku. tapi tak ada jodoh. dan kami clash tanpa kata rasmi. kira cam masing2 buat haluan sendiri. and aku rasa aku selesa kot dengan kehidupan tanpa dia. banyak2 ex aku, (ehem cam banyak sangat je kan. 7 orang. banyak tak?) aku paling tak berminat nak amik tau pasal dia lepas kami clash. and dalam seumur hidup aku ini kali pertama dan kali terakhir aku kapel dengan orang yang cemburu tak bertempat. kah kah kah..apelah citer lamelah. nak citer balik pon tak guna. 
bukan apa, tadi aku sebenarnya view page dia, aku tak tau lah kenapa dia tak nak delete aku dari fwens dia, even kengkawan dia pon masih ada yang friends dgn aku dalam FB. so aku pon tak naklah delete2 mendelete ni. biarkan je lah. sebab dia tak cari pasal kan, biarlah. 
ekceli, masa aku kapel dengan dia , aku berkawan baik dengan suami aku, then dia pernah suarakan rasa tak puas hati dia sebab aku baik dengan suami. (masa tu aku bahasakan suami aku sebagai En. Azmee)  dia  pernah cakap, 
" abang rasa pegawai ict awk tu, apa nama dia?? En. Azmee?? ada hati kat awak lah, kalau tak kenapa dia ajak awak makan mee bandung sampai  kat Kajang?"
masa ni aku memang agak tekejut lah kan bila seorang lelaki yang aku percaya , aku sayang boleh syak kat aku cam ni kan. 
" tak de apelah. kami cuma kawan satu ofis. lagi pun kami asal daerah yang sama. apa salahnya dia ajak makan mee bandung. makan je kot. awak nk ikut pon boleh " 

masin mulut dia kan. hah..skang tengok...(sambil tunjuk perut yang boncit ni) sape dah buat aku  jadi cam ni?? suamilah. En. Azmee. kah kah kah..
k stop citer sal tu.
tadi masa aku tengok page dia, aku tengok dia dah ada anak. seorang lelaki. wife dia selalu tulis kat wall dia ayat2 yang menggambarkan dia sangat sayang kan ex aku tu. syukur. aku rasa cam aku happy on behalf pulak.
tade sikit pon rasa jeles ke ape kan, malah aku rasa cam bagusnya, kalau dia tak clash dengan aku masa dlu, mesti dia tak jumpa wife yang sangat menyintai dia kan. 
macam tu juga dengan aku, kalau aku masih kapel dengan dia, mesti aku tak dapat merasa bahagia sebagaimana aku bahagia dengan suami skang. kah kah kah...
i'm happy for him.  semoga dia bahagia dengan family dia. And kalau lah dia atau kengkawan dia ada terbaca entry aku ni, aku harap dia sedar, kecurangan aku dulu penyebab kebahagiaan dia skang :) 
tol tak?? tol tak??

kepada  *** ****** , jangan suka bangun tido kul 2 petang. tak elok. 


Thursday, May 26, 2011

pagi yang terharu

IT'S TEARING UP MY HEART (N'Sync)
It's tearing up my heart when I'm with you
But when we are apart, I feel it too
And no matter what I do, I feel the pain
with or without you
Baby I don't understand
Just why we can't be lovers
Things are getting out of hand
Trying too much, but baby we can't win
Let it go
If you want me girl, let me know
I am down on my knees
I can't take it anymore 

CHORUS
Baby don't misunderstand
What I'm trying to tell ya
In the corner of my mind
Baby, it feels like we are running out of time
Let it go
If you want me girl, let me know
I am down on my knees
I can't take it anymore 

CHORUS
Tearin' up my heart and soul
We're apart I feel it too
and no matter what I do, I feel the pain
With or without you
Tearin' up my heart and soul
We're apart I feel it too
and no matter what I do, I feel the pain
With or without you 

CHORUS
And no matter what I do, I feel the pain
With or without you 

terharunya rasa bila dengar suami menyanyi. ok suami aku bukan kaki karok ye. bukan juga peminat lagu jiwang era 80-90an cam orang2 lain punya bf / tunang/ suami.  Suami saya seorang yang pasif dan pemalu (auw! pemalu amat) yang pernah dengar suara dia cuma mawi, kak zila , madi and a few members  yang penah ke karok lah dengan kami. 
pagi2 tadi masa aku otw gi keje, aku baik hati hari ni duduk kat kusi co-pilot dalam keadaan sopan sambil pandangan aku lontarkan ke luar jendela kereta. (kelas mak kau, ayat cam novel kak yati berahim) sedang aku melayan perasaan  aku dengar lagu kat sinar.fm ada lagu nsync tajuk dia tearing up my heart. aku tak cam lagu ni sebab bila pagi aku selalu tak guna ekon, guna angin semula jadi kan, so bunyi angin tu mempengaruhi kadar pendengaran aku pagi2 ni kan. aku cam tak caya plak bila tengok suami nyanyi lagu ni. sambil drive selaju 120km/j suami dengan gaya santai menyanyi... 

senget je aku pandang suami aku.. aku tak tau kalau suami peminat nsync weh.siyes aku tak sangka. suami nyanyi lagu ni seikhlas hati dia. sebab aku dapat rasa suara dia tak macam selalu dia cakap. seolah2 keluar dari hati dia. mungkin dia menyanyi sambil ingat kenangan silam dia kot. dah penat aku tengok suami tapi suami buat tak nampak je kan, aku pon sambung melayan perasaan. 

" lagu ni dulu masa abang kat vokasional kajang. baru2 lagu ni keluar masa tu abang kat sanelah " suami cuba bercerita.
"abang peminat nsync??"
"erm.." (senyum)

aku tak suka tengok muka dia masa dia senyum ni. seolah2 dia sedang mengengang sesuatu. ish. rasa jeles pulak kan. rasa cam dia sedang mengenang kembali kenangan dia dengan somebody. should be a gurl. arh! menci. Masya Allah..syaitan cuba tiupkan api cemburu dalam diri kau. tapi malangnya dia tak berjaya sebab aku rasa suami berhak kenang zaman silam dia, dengan siapa pon. itu hanyalah kenangan silam dia. sebab aku memiliki suami bukan dari kenangan silam dia, tapi aku miliki suami pada masa ini bukan untuk hari ini je, aku juga memiliki masa depan dia, dan kenangan itu hanya secebis dari kehidupan dia. manakala selebihnya ialah masa depan dia dan keluarga bersama aku dan bakal anak kami :) 
patotlah dulu aku pernah bukak external disc husband aku, and kat dalam tu ada banyak sangat koleksi lagu BSB, Westlife, Nsync and macam2 lagi lah. Metallica pon ada. aku ingatkan tu adik dia punya lagu. cish. lembap btol tasa ni lah. dah dlm external disc husband, mestilah husband yang punya.


Wednesday, May 25, 2011

layanan ini bukan aku yang mintak

semalam petang aku dan suami pegi beli bateri kereta untuk kereta suami. tulah dah lama sangat tak start, weak lak baterinye. di samping memang dah sampai masa bateri tu hembuskan nafas terakhirnya kan. dah setahun . as i know sel kering kalau pakai untuk kegunaan daily memang takat setahun tu dah2 lah kan. kalau kau lanyak gak berkemungkinan ia akan menyebabkan korang kena tolak kereta dan masuk gear sebab nak idup kan kereta. ini kalau manual, kalau auto?? no choice, cari jumper. kalau tade jumper carilah kabel letrik mane2 tolong sambung bagi mengalir arus dari bateri kereta kawan, atau jiran atau sapelah yang sudi sedekah bateri. tapi jangan mimpi ar nak charge kat bateri jam ke ape eh. tak berhasil. hahahahaha..( tiba2 teringat falin ketam and fadzil pintu)

terlanjur beli bateri tu aku ajak suami singgah umah mak dia, mak mertua aku lah kan. sampai je rumah mak and ayah tak sampai lagi , so aku pon masuk umah dengan beger ayam baru separuh aku makan kat tangan. semalam aku tak tau lah kenapa aku sepanjang hari rasa loya je. makan sikit dah rasa nak tekuar balik. tapi tak adalah kuar muntah isi perut, cuma kuar air je. tabahlah tasa. bila mak sampai rumah je, aku pon salam mak and ayah dan duduk2 sambil borak2. tengah aku borak2 mak plak nak goreng ikan. bau gorengang itu...sungguh buat aku loya dan kembang tekak. Ya Allah ... tu aku masih boleh bertahan. bila mak tumis rencah nak masak sayur, memang aku tak tahan ar. sumpah bau dia...tuhan je tau cane aku rasa. loya..
ayah suruh aku masuk bilik dan duduk dalam bilik tu diam2. sambil tu aku baca2 buku sejarah ayah bagi kat aku. so that aku lupa lah kejap loya aku tu kan. 
lepas mak masak kami pon nak bersantap, biaselah kalau kat rumah sendiri,  suami aku yang suap aku makan, aku memang tak taulah kenape perangai aku mengada2 sangat time pregnant ni. makan nak bersuap, tido nak kena temankan, buat apa je suami mesti ada kat tepi aku. tak leh tinggalkan aku.  semalam perut aku sakit masuk angin sebab tahan lapar dari ofis kan, so bila dah masuk angin tak lalu makan nasi, aku makan ikan mak goreng. ikan saja...kah2 sampai abis ikan 3 ekor aku ratah tanpa sedar. then mak pon cerita2 lah kan dulu masa mak pregnant, mak pon tak lalu makan nasi, tak boleh bau orang masak, bunyi lesung pon mak tak suka. hah. ini lagi lah heavy aku rasa. 
kadang2 aku fikir kenapa lah aku ni sekarang mengada2 sangat, kadang2 aku sendiri rasa tak sabar dengan diri aku, kenapa lah aku ni??? tapi bila aku fikir, mungkin ini ujian bagi aku untuk rezeki yang tuhan bagi kan.  rata2 cerita orang yang aku dengar boleh dikatakan dugaan setiap orang berbeza2. setiap orang ada bahagian masing2 kan. bila aku fikir balik, tuhan bukan saja nak uji aku, tapi uji juga suami aku, so dari sini lah aku akan lihat sebenarnya siapa suami aku tu. bila aku tengok dia tak pernah merungut layan aku. tak pernah aku tengok dia kesal ke, penat ke, layan aku. layan karenah pelik2 aku lately. dia coOl dan steady..pernah aku gatal mulut tanya, menyesal tak layan aku cam skang?, dia cuma jawab, "abang tak pernah menyesal , untuk sayang insyaallah selagi termampu abg cuba "

aku pon bersyukur sangat bila semua family aku faham keadaan aku. mak abah aku,  mak  ayah mertua aku faham keadaan aku. malah aku dilayan seperti puteri raja.  tapi..layanan ini bukan aku yang mintak. aku tak tau kenapa aku mesti dilayan seperti ini. bagi yang belum pernah mengandung , nanti bila korang pregnant, korang akan rasa betapa diri korang berbeza dengan diri korang sebelum ini. :) dan perbezaan itu menuntuk 1001 kesabaran.

muka pucat dan mulut yang sentiasa nak makan!!!

Tuesday, May 24, 2011

baru aku sedar, aku dah ada 2 emak dan 2 ayah :)

semalam, semasa aku dan suami sedang berjalan kaki menuju ke parking , aku dengar ada bunyi motor yang aku rasa aku biasa dengar. tapi memandangkan owner bunyi tu dah tak keje kat ofis aku, so aku abaikan jelah. tapi bila bunyi tu betul2 dah makin dekat aku toleh ...
ya...MAWI!!!! 
rasa cam nak peluk2 je mawi time tu. rindu banget dong. terus kitorang lepak2 kat parking bercerita tentang style rambut baru beliau yang cukup..fwah. macam bonser jaga kelab dangdut. aisey..memang ganas bro. kalau mcam nilah dulu dia temuduga dengan spa. aku yakin dan pasti beliau tak kan diterima bekerja dengan kerajaan, kah kah kah..ganas tak gambaran aku?? lantak ar. :P

kami lepak kat parking dalam 10 minit cam tu, then beransur ke kedai mamak KTM. ahahaha...lame dah aku tak lepak dgn mawi, rasa cam dah lama benor nyer aku tak dgr gurauan dia2. tulah Tuhan kesian kan kat ibu mengandung ni, baru petang semalam aku teringat mawi, siap buat entry lagi, tiba2 tepacul dia depan aku.syukur dia selamat menaiki JKR beliau. aish..aku risau mawi kalau naik JKR tu sangat berbahaya :) 

(aku rasa tak bape selesa sikit menaip dalam keadaan meja aku ada bau sirap ni, tah monyet mane duduk kat meja aku then tumpahkan air sirap sampai basah keyboard aku , kalau aku dapat aku cepuk dia masuk longkang. marah ni!)
biaselah bila dah duduk dengan abg bad, abg shiro , akram , mawi and husband mulalah kitorang bercerita tah apa2 kan. macam2 kitorang dok borakkan. sambil borak2 tu aku layan roti telur kirai dengan teh tarik, + mee goreng mamak laki aku pon aku sakau sekali :) Mawi gembira katanya melihat aku kuat makan sekarang. maklumlah makan bagi pihak kan. bukan makan untuk diri sendiri je :) 

banyak yang Mawi ceritakan . ehem. salah satunya ....ehem. 
aku doakan semuanya berjalan lancar and jadilah tahun ini sebagai tahun yang menggembirakan :) weeeehhhhuuuuuuu.....
tapi yang tak bestnyer :( on 5.6.2011 abg shiro kawin and kitorang bercadang nak berkonvoi ke Raub, tak acinya bila diorang nak singgah mandi kat sungai, aku tak leh pegi :( arh..jelesnye...diorang kata tak boleh pegi sebab aku pregnant :( tape.bertabah hati dan maafkan. maafkan..maafkan..

untuk dis week juga kami ada beberapa plan, memandangkan dis week ada beberapa jemputan pertunangan, jemputan kenduri so aku and husband serta mawi merancang lah nak pergi berkonvoi, sedang sedap mengatur perjalanan tiba2 hp aku berbunyi...
tengok no, umah mak metua aku. aku jawablah dengan sopannyer...
ayah mertua aku nak gitau, dis weekend ad kenduri and lawatan menziarahi pakcik suami yang akan berangkat ke Mekah untuk umrah. sebabkan semua adik beradik berkumpul, kami suami isteri tak terkecuali.arh!!!!!!!!!!! aku rasa nak tebalikkan meja je.
alamak...kekucaran lah aku punya plan cenggini :( 

aku tengok muka suami pon ada riak tak puas hati kan, aku rasa dia pon rasa cam aku, tapi suami aku ni anak yang baik (ceh. puji suami sendiri kan ) dia tak cakap tidak, tak cakap ya.dia cuma diam je. puas kami berbincang2 dan cuba adjust mana yang patot, tapi nampak gayanya kenalah muhasabah diri kan, sekarang ni bukan lagi zaman berkapel. skang ni dah kahwin. dan aku ada 2 orang mak yang aku nak jaga hatinya serta 2 orang ayah yang aku kena jaga hatinya.  actually pada  minggu ni juga ada majlis meraikan menantu / bertandang abang sepupu aku. tapi ni aku memang dah rasa tak bley pegi lah sebab aku memang komited and eksaited nak pegi majlis tunang odah. Yang memeningkan kepala ialah semuanya berlaku pada hari yang sama 28.5.2011. ada apa lah tarikh ni?? sangat memeningkan aku . hahahaha...

bincang2 pun tiada penyelesaian, akhirnya ketika azan maghrib kami pon pulang ke rumah membawa haluan masing2..dalam pada suami memandu tu aku memang mendiamkan diri je. kalau aku balik kampung, boleh jumpa mak aku, boleh gi umah wak long aku :) , tapi aku akan rasa bersalah pada odah, ain and nisa  serta ibu dan ayah mertua aku.  bila aku tak balik kampung, nanti abah and mak aku mesti tak dapat pegi rumah mak long aku sebab mak aku tak tahan naik motor lama2 pinggang dia sakit, umah kami tak ada kereta okeh. aku anak orang susah :) so kalau nak pegi mana2 mak akan harap aku balik antarkan dia. tapi tu dulu..time aku bujang..skang aku dah ada suami...aish...

sedih pulak kenangkan benda ni.

aku sedar..sekarang ni aku bukan lagi milik keluarga aku sepenuhnya..aku milik suami aku. 
 



Monday, May 23, 2011

"ditepiku kenangan silam 
mengusik2 naluri ini
didepanku idup yang tanpamu
kau kekasih yang...
pencinta yang abadi..
pencinta abadi..
hangat jemarimu telah digantikan
dingin salju dan air mata
yang kian lenyap dan bergenang
kerana syurga yang kita idamkan
kita terpisah di dalam igauan
engkau hampiri aku yang tertinggal menantikan..." 


ni lirik lagu cempaka di rembulan by SPRING. lagu ni memang evegreen. aku tak tau kenapa aku suke sangat dengar lagu ni. hari2 pon aku dengar...tak tau lah. 
aku rasa kalau aku nyanyi lagu ni seolah2 aku nyanyikan lagu ni untuk mawi. rindu mawi :( 
dulu..
masa mawi satu ofis dengan aku, kitorang selalu bfast sama, makan lunch kadang2 sama kadang2 tak lah kan sebab mawi selalu kes abis lewat :) bos beliau berdedikasi :) 
kah kah kah..
aku selalu cerita macam2 kat mawi, dari perkara yang menyenangkan sehingga menyakitkan. 
dari awal aku kawan dengan husband aku sehinggalah aku sekarang dah jadi wife orang :) mawi masih lagi menjadi tempat kami berdua bercerita.
pernah sekali aku and husband duduk2 dan bercerita, tentang mawi, tiba2 aku sebak. sebak bila kenangkan perjalanan dia yang ....takpelah tak patot aku tulis kat sini.
apa istimewanya budak gemuk seakan2 bantal air ni?
hahaha...banyak keistimewaannyer..
dia kuat bergurau. aku dah biasa dah tahap bergurau die tu. arh..kalau nak terasa pon aku bukan jenis simpan dalam hati dengan mawi ni. 
dia ni permurah. kalau dia terpijak duit kat mana2 tak kisahlah jalan2 langgar duit ke, korek lobang tepegang duit ke, dia tak pernah kedekut. mesti ada lah dia nak belanja :) sangat baik hati dan permurah :) 
mawi punya semangat setiakawan tinggi. kalau dia tau ada kawan2 dia yang ditimpa musibah mesti dia akan jadi orang pertama sampai, tak pun bila kawan2 kahwin dia akan sedaya upaya attend :) ingat lagi kami berkonvoi ke rumah Bulat :) tu lah yang paling manis sepanjang tahun lepas aku rasa :)
masa aku kawin pon aku jadikan mawi pengapit di kedua2 belah tempat. kat rumah aku dia dah macam Fong Sai Yuk obesiti kan, di rumah suami aku mawi kelihatan kacak dengan sedikit tacapan dari Pak handam yang handal menacap beliau kelihatan seperti hero tamil :) okeh. sori hero lainlah.
pun begitu, kadang ada juga yang berperangai musibat dengan dia, tapi dia tak amik kisah pon. pada dia life is easy. tade yang rumit :) aku puji sikap dia yang satu ni. sangat mudah memaafkan orang lain dan melupakan kesalahan orang. aku pon cuba jadi cam dia. tapi tak bolehlah aku kan perempuan.kah kah kah..
entahlah mawi, pepetang ni tiba2 teringat kau dan menulis perkara merapu ni kat entry. aish..
entri ni bukan  nak melobi mawi, tapi nak bagitau korang, aku ada kawan baik lelaki yang sentiasa di hati aku dan husband :) husband anggap dia macam adik , dan aku anggap dia cam saudara aku sendiri :) kalau nak marah aku marah je, tapi bila mawi marah aku , aku  lari masuk bilik dan bercerita kat abot and abby kat luar ada raksasa besar dan garang telah memarahi aku :) kah kah kah kah...

kakak aku pon senang dengan mawi ni, kakak aku susah nak bagi no tepon kat lelaki tapi dengan mawi,dia sendiri volunteer suruh aku bagi no die kat mawi :) warh.. kelas kau maria :P opss ..sori telepas nama samaran kau plak.

mak ayah aku sampai skang ingat mawi ni, mak ayah aku kata senang nak ingat mawi sebab dia gemuk2. ehehehe...kalau abg aku dulu dia kata kawan aku yang naik subaru :) fwah..kelas abg aku, dia nak ingat mawi dia kata mawi naik subaru :) tu semua sebab idung kat kerta mawi yang menjadikan kereta mawi seakan2 subaru :) giler lah.

tu bukan tdo tu , dia tengah bergosip tu sebab tu tangan die cam tu :)

hah. nampak tak same kan cara dia duduk dengan pic tadi??
memang mawi ada sawan dengan tangan die tu..keh keh keh..

eh. ??

Isnin yang OuTTTT!!!

huh. letih mak noks..tempuh jem. (ehem. bukan aku pon yang drive, aku duduk sebelah co pilot sambil angkat kaki letak kat dashboard )  kah kah kah kah..
pagi ni aku kejut suami aku bangun gi keje, tapi dia malas bangun. puas aku pusing2 kan teddy bear dia yang sangat besar itu, tapi dia kepit je. tak mau bangun. aish. aku geram aku picit idung dia. padan muka! puas ati aku.
lepas aku mandi aku nak gi solat and nak iron baju kat bilik blakang , aku cari sterika aku takde. lorh. gawat deh. aku dah lah lambat ni, dah kul 6.30 tak pakai baju lagi, sterika lak ilang.
tiba2 aku dengar ada orang kelentang kelentung kat dapur. 
aku jengah lah, rupanya suami duk kat sinki tengah gosok sesuatu.
Lailahaillallah..
korang tau tak, suami aku tengah gosok iron tu dengan berus periuk, dia kata iron tu dah lobangkan seluar dia and dia tengah berusaha nak bersihakan iron tu. 
kau gila???? dah pukul bape nak bersihkan iron tu, aku nak gi keje ni. 
mujur lah aku ada simpan iron spare hadiah hari keluarga suami aku, aisey..suami aku ni.....
aku suh dia tinggal iron tu kat dpur balik keje kang aku selesaikan. aku suh dia iron baju dia cecepat and bersiap gi keje.

masa kami keluar rumah , biasenye dia kunci pintu and aku akan picit butang lif, untuk mengelakkan masa terbuang. tapi tadi sampai lif tu dah terbukak suami aku tak juga muncul kat depan lif, aku masuk je lah dalam lif tu sambil jerit " bang..cepat.." hahahaha...dah macam ape tah aku menjerit. tapi tak juga muncul sebabkan dalam lif tu ada sorang akak yang dah sedia menanti kan, so aku pon masuk jelah . aku tinggal suami aku. geram. 

sampai je kat parking aku panaskan kete guna kunci aku, aku tengok tank dah tinggal 2 bar. myvi der, kalau 2 bar tu tak leh nak pakai ekon kalau nak smpai KL. perjalanan dari Putrajaya ke KL 30 km , plak tu dah lambat memang tak bijak lah kalau kau ikut laluan selain dari highway MEX. so aku kena ikut gak lebuhraya takde petrol pam tu. sampai lah turun kat Kuchai Lama, jalan dah jem. teruk. tak gerak. 
huh. :( dah lah tak boleh pakai ekon, jem pulak, minyak dah nyawa2 ikan, tade lak petrol pam yang berdekatan. sabor je lah.

dalam jem2 ni dengarlah berita kat Hot FM pasal tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di Ulu Langat tu. ada sorang pemanggil ni yang menunjukkan rasa tak puas hatinya aku rasa dia tujukan kepada kerajaan, dia punya ayat lebih kurang macam ni  " tulah bila dah jadi macam ni baru nak salahkan pihak tu, pihak ni, sampai bila kita nak terantuk baru nak tengadah, sepak batu, batu yang dimarahkan " ada lagi dia nak membebel tapi crew hot dah cut apa yang dia nak cakap. 
terus aku dan suami berbincang pasal benda ni, dalam2 jem, dengan tingkap tak leh bukak besar2 (abuk dan asap kenderaan yang tak sihat ) aku pon cubalah menyuarakan apa yang aku rasa secara peribadinya..
" pada brader tu, benda ni terjadi akibat sifat manusia yang tak nak ambil berat akan perkara2 yang sepatutnya dia ambil berat terutama sekali untuk membuka pusat madrasah seperti tu, kita ketepikanlah nasib anak2yang tak berdosa yang telah pergi menghadap Ilahi, kita tengok kesalahan sapekah yang menyebabkan mereka pergi?? pusat itu tak berdaftar dengan KPM, tak berdaftar dengan mana2 agensi di bawah kerajaan, dibina tanpa mendapat kelulusan dari PBT, tak ada sijil kelulusan menduduki, dibina pula atas lot tanah persendirian yang bersempadan dengan rizab hutan, tu sume bukan salah kerajaan. dia dibina atas tanah persendirian.  Cerun kat belakang tu tak ditarah mengikut kelulusan kejuruteraan cerun, cerun ditarah 70 darjah dan ini sangat berbahaya bila hari hujan, ada pergerakan air dan pergerakan tanah.  
cara brader nak salahkan kerajaan seolah2 kerajaan tak mengambil berat tentang nasib anak2 madrasah memang tak wajar, banyak lagi sebenarnya aku nak tulis tapi biarlah kita sendiri bukak minda dan fikirkan, kenapa ada sifat sesetengah manusia yang suka sangat tuding jari pada kerajaan.  baca, kaji, dengar berita btul2 jangan senang2 cakap kerajaan tak ambil berat :) " 

dalam jem2 tu aku membebel2 dengan suami, suami pon membebel2 juga pasal benda ni. bukanlah kita nak cakap kita ni baik kawan, tapi bila dah jadi macam ni, siasatan perlu dijalankan untuk memastikan atas kecuaian siapakah kejadian ini bole berlaku. :) sebelum kita salahkan takdir, sebelum kita kata ajal dia dah sampai, kita kenal pasti dlu kelemahan manusia yang menyebabkan kejadian tidak diingini ini belaku :) 
kasihan pada anak2 yang tak berdosa. 
Alfatihah.


dah puas membebel tak sedar kitorang dah sampai ofis, punch on 8.23 pagi. lambat 23 minit. huh. nama aku naiklah bulan ni kat tazkirah. ahahaha..mesti si Peah tu sakan nak pekena aku pada tazkirah akan datang. blah lah Peah. kah kah kah kah..

Friday, May 20, 2011

catatan ibu termengandung 5 minggu

diam tak diam dah 5 minggu aku pregnant :) syukur alhamdulillah...aku sangat bertuah diberi nikmat dan rezeki di kala kami masih lagi di fasa berbulan madu. 
last week pegi jumpe doktor untuk tengok adakah kandungan aku ni normal atau ektopik (kandungan luar rahim) biaselah suami memang tak prefer government punya klinik. bukan sebab memilih, tapi ada beberapa kejadian yang membuatkan aku dan suami rasa serik sangat nak gi knik kerajaan.tak perlulah aku ceritakan kat sini, nanti ada pula orang kata aku riak. maklumlah orang2 ini kadang2 niat nak bergurau, tapi terselar sikit kat hati aku :) 
first2 met doktor dulu die kata aku kurus sangat. after 2 week dia timbang berat aku dah naik 2 kg. dia kata satu perkembangan yang bagus, at least seminggu aku naik sekilo :) (current weight aku before pregnant ialah 38kg) so satu perkembangan yang bagus lah aku naik 2 kilo.  
masa awal2 dulu aku masih ada selera makan, tapi lately aku memang tak lalu jamah nasi. kalau aku makan nasi pon sekadar nak memenuhi nutrisi aku je. kalau aku tak makan kesian zigot aku. nanti dia tak boleh membesar dengan sihat :)
masa doktor scan perut aku, aku nampak seketul daging bulat berdiameter 2.05cm dalam rahim aku. 
"syg, tengok tu. itu dia..itu dia." aku minta suami tengok apa yang ada kat screen. tanpa sedar aku ucapkan kata2 ni dengan air mata yang bertakung. terharu sangat. tak sangka sangat ada isi dalam perut aku ni. (T_T) lepas cek tekanan darah dan air kencing aku , doktor pon mulakan sesi consultansi dengan aku, dia tanya ada sakit kat mana2 tak, and macam 2 lagi lah.
aku pon cakap, lately aku kurang selera makan, selalu sakit belakang, kerap kencing dan susah nak buang air besar.

antara penjelasan doktor kat aku
selera makan berkurang tu sebab hormon badan aku yang sedang mengalami perubahan, macam kite period lah kan, kadang2 ada orang selera bertambah2 ada orang langsung tak lalu. cam aku ni dikira aku kehilangan selera sebab sistem semula jadi badan aku yang mengalami perubahan hasil dari rembesan hormon Progesteron.
selalu sakit belakang tu sebab tulang belakang aku sedang membentuk kan postur badan aku, kejap lagi punggung aku nak besar, dan rahim aku nak tampung satu baby, tulang2 ni sedang meregang dengan lembut ( aku pon tak lah pandai sangat kan bab2 ni, ini je yang aku dengar doktor tu cakap, lau salah boleh lah betul kan eh :) ) 
selalu kencing tu sebab rahim berada di atas pundi kencing bila rahim membesar dia menekan pundi kencing secara tak sengaja, sisa kumuhan tak boleh ditampung banyak dlam pundi, bila penuh je kena kencing. so tu sebab aku selalu kencing je. plak tu aku selalu sangat minum air kosong sebab haus memanjang :)
selalu susah buang air besar ni doktor tak terangkan secara jelas sebab dia cuma cakap, nanti dia bagi ubat bagi senang aku buang air, mungkin susah kot die nk jelaskan. hahahaha..aku ni plak dengan mata tekebil mulut sedikit terlopong aku angguk jelah kan. hahahaha...
doktor minta aku selalu berehat, doktor yang check aku ni lelaki cina muda lagi . hensem. dia sangat memahami. sistem kat klinik dia pon maju. sume pakai komputer. setiap kali pegi dapat susu percuma. rasa vanillah lah, coklat lah, susu kat umah pon aku tak minum lagi. sejak 2,3 hari ni rasa muak lak dengan bau susu. aish..macam2 lah tasa ni.
kalau kata aku teringin nak makan tu kena aku makan, sebab kalau aku tak makan aku akan ingat sampai malam, for example ari tu aku nak mkn kfc, then suami pon bawak aku gi VIVA home kat tepi Jln Loke Yew tu, mall tu baru bukak kami ingat ada lar kfc dlm tu kan, smbil nk makan boleh cuci mata. bila sampai, arh...emosi nyer..papan yang selalu menjadi rujukan kita bila kita nk gi floor ni, floor tu, nk tengok kt floor ni ada apa, tu kan belum ada. so kami kena jalan satu mall tu cari kalau2 ada kfc kan. kalau kecik takpelah kan..ini ..kusssemangaatttt...besar kau. baru jalan aras G aku dah penat. aku kata tak pelah bang makanlah benda lain. so suami kata makan subway sajalah. aku pon oder subway tu..aku makan set tuna. memang tak leh blah. tekak ni tetap kata ini bukan kfc, nk kfc juga. tapi aku cuba tahan diri tak mau tunjuk kat suami rasa tak puas hati tu kan. 

balik keje petang tu aku baru nak suarakan hasrat hati nk makan kfc untuk dinner , belum sempat aku cakap, suami kata kepala dia pening dia nak balik awal dan tido kejap. terus aku telan air liur. hampa.
tapi sebab aku dah tak tahan sangat perut aku lapar berbunyi2 minta kfc, aku cakap juga kat suami. suami kata nanti dia belikan tapi bagi dia balik dan tido dulu. 
Ya Allah, maghrib tu aku nk kejut suami tak sampai hati, aku tengok dia tido macam penat sangat. kat luar ujan lebat. aku kejut juga sebab nak suruh dia solat maghrib dan mandi. lepas aku siap mandi and nak gi solat aku lalu kat bilik tengah, aku tengok suami dah siap solat and tengah siap2, aku tanya nak gimana, dia kata nak gi bli kfc untuk aku. terharu aku. aku pandang je suami bersiap2 aku plak badan lemah abis, rasa cam tak larat sangat nak berdiri, so aku pon baring kat katil sambil perhatikan suami aku pergi. sepanjang tunggu suami aku tu aku tak sudah2 berdoa agar suami aku selamat. aku rasa kesal pulak sebab ikutkan sangat tekak ni kan, kesian suami ujan2 kena keluar belikan kfc untuk aku. (kfc terhampir dengan umah aku  hanyalah di Alamanda yang mengambil masa kira 20 minit memandu :( ) aku nangis semahu2nya sebab aku rasa aku dah susahkan suami, suami aku tu sanggup je demi tak nak menghampakan aku. Ya Allah ...kasih betul suami pada seorang perempuan annoying seperti aku ni.

bila suami balik dengan kFc di tangan, dia terus siap2 hidangkan atas meja and papah aku bangun makan, terus aku lahap kfc tu macam orang tak pernah jumpa kfc. aku tak sangka aku begitu sekali weh. lepas aku makan dan abis kfc tu baru aku rasa badan aku bertenaga and boleh bangun berjalan2 dlm rumah. berbeza dengan waktu maghrib tadi yang aku rasa seksa betul nak bergerak dan berjalan. rasa nak pitam je.

walaupun hari2 aku lalui dengan perkembangan2 baru diri aku, aku tempoh dengan redha. tak semuanya indah time awal2 ni tak sume nye pahit. kata cik puan bunga nanti bila kita dah bersalin, ini lah masa yang paling manis kita nak kenang. so aku laluinyer dengan tenang even kadang2 rasa cam nk give up tapi aku kuatkan semangat demi seketul daging yang kian membesar dalam rahim aku ni :)

nk tepon tengok time lah kawan..

wah. pagi2 Jumaat yang penuh barakah ni sepatutnya aku penuhi dengan zikir2 taubat and kifarah kan. tapi pagi ni aku dah sesiap dah taip entri ni . ni sume pasal orang yang tak ada jam dinding kat rumah. 
aku bengang sangat tahap nak terajang muke orang bila malam tadi pukul 3.23 pagi . ok PAGI. bukan petang . ada lah makhlok yang tah lah dah berapa kali die call aku, msg aku tanye " ni tasha ke?" aku geram, aku matikan telefon aku sebelum aku sempat tau sape gerangan makhlok tak tau tido tu. kesal betul!

eh, ini Malaysia ok, bukan New Zealand kalau kau berada di waktu malam gelap, tak kan lah aku kat sini siang terang berderang. tak de rasa bersalah langsung dok tepon2 aku, bila aku tak jawab, mesej lak tanye ni tasha ke bukan, then tak sempat aku reply dah video call aku. what did u expect me to do?? answering your call and say "hye  ini tasha sape di sane??? " dengan nada ceria bahagia??? 

commonlah weh, tetengah malam kot, aku ni bini orang, bukan anak dara lagi kau nak tepon2 tengah2 malam. 
aku tak tau lah kenapa ada orang yang macam ni, aku tak pastilah dia ada kekeliruan dalam mentafsir keadaan samada malam atau siang atau dia ada mental disorder sampai tak boleh nak beza ini malam atau ini sedang waktu petang.
aku bukan lah nak marah sangat pasal benda kecik ni, tapi sebagai ibu yang mengandung ni, bukan senang tau nak tido malam sekali kalau aku dah tertido tu memang nikmat tak payah cakap lah, bila aku dah terganggu tido aku dah susah nak lelap mata balik gelisah je nak tido tak boleh.

nasib baik suami aku tak banyak tanya, mungkin sebab die pon sedang nyenyak tido pada asalnye kan, bila dia terjaga die dengar aku marah telefon tu, die cuma suruh aku jangan jawab panggilan tu and jangan mesej pape2. then dia pujuk suruh aku tido. arh..lepas tu aku susah nk tido balik. tekebil2 mata aku.

sempatlah jugak aku hambur kemarahan dlm mesej aku send kat no tu and aku matikan telefon tu. pagi ni aku bukak tade lak reply dari mangkok tu.

aku kalau nak hubungi orang, kalau family aku cam cousin ke, makcik ke, paling lambat pon aku call or msg kul 10 malam. selepas dari tu aku tak kan msg or call. kalau perlu pon aku akan tangguh sampai esok pagi sebab aku rasa cam tak patot ganggu masa orang kan. 
kalau dengan kawan2 ni depends ar.. kalau kawan pempuan aku leh layan mesej smpai mata aku tepejam, macam baru2 ni kawan aku zaman skolah dulu die keje kat Cameron, die msg aku dalam kul 10 mlm cam tu, aku tunjuk kat suami kawan aku msg , and aku tanya die boleh tak aku msg smpai aku tertido, suami kata bleh. aku pon mesej2 lah smpai aku telelap. lagipun aku percaya kalau perempuan yang mesej ni diorang tak ada benda lain , paling2 tidak pon dia cuma tanya khabar bla..bla..bla..(biaselah kan pempuan :) )
tapi mesej dari no malam tadi yang call aku, aku rasa dia lelaki.
no ni pernah call aku masa tu aku tinggal beberapa hari nak nikah, bila aku tepon balik dia tak jawab. so?? aku memang tau lah ni mesti budak lelaki. jarang lah perempuan nak tepon tetengah malam. kalau nak pedajal pn bukanlah tetengah pagi nk video call kan. 

dulu2 time study mungkinlah aku leh layan lagi kan orang mesej2 tetengah malam. kah kah kah..(eleh..macam korang tade kan...) sampai kredit 10 hengget tak cukup seminggu. asyik layan mesej dengan orang je kan, skang ni sejak kahwin, kredit aku smpai lupus tarikh. aku topap untuk activate kan nombor je. nak tepon sape??? suami ada kat sebelah, nak msj pon msg dgn mak aku je, tak pun akak2 sepupu aku. kalau msg dgn kawan pon masing2 bekerja kan,  2,3 msg dah tlis "k la take care daA.."

aku memang tak layan orang yang send mesej kat aku tapi dia tanya cam ni " ni sape eh?? " " boleh tau ni sape eh??"  MEMANG TAKLAH aku layan. pada aku kalau nak tanya betul2, telefon terus, kalau nak mesej tanya aku sape memang aku tak kan jawab. 
what the hell kau yang cari aku then nak tau aku sape. at least kenalkan diri kau dulu, then baru tanya sape aku. itu lah keikhlasan nak tau. 

lagi aku tak gemar kalau orang mesej nak kenal, " nak knl bleh?" " ala sombongnyer"  aku memang tak reply. tak kan reply. aku tade masa nak kenal2 lagi dah. dlu masa aku kapel dengan kapel2 sebelum suami aku skang, aku layan juga mesej dari kengkawan lelaki , tapi aku kenal je suami, aku kurangkan mesej dengan kawan lelaki , time dalam tempoh tunang lagi lah kurang, since kahwin memang tade lah. kalau ada pon mawi, tu je lah. tade lah mesej2 lagi dengan orang lain. berdosa tau! 

mujurlah kejadian semalam suami tak panjangkan pada pagi ni, dia cuma tanya aku ok tak pagi ni aku just cakap ok. aku betul2 geram dengan tukang tepon tu. len kali nak tepon fikirlah sensitiviti orang lain, ntah orang tu tengah tido, org tu dah ada suami ke belum, kalau pon orang tu tak kahwin lagi, please lah bukan tengah malam masanya kau nak bermesej2 tepon2 . kawal sikit nafsu tu. 

moral of the story hari ni, kalau ada nombor tak kenal, nak kenal dengan kita berhati2lah takut orang tu ada niat tak baik, lagi pun aku percaya rata2 pada umur yang sebaya2 aku ni mustahil tak ada bf. so stay je lah dengan bf . jangan layan mesej2 lelaki lain. hormati hubungan yang terbina tu. aku cakap ni, aku pon mengingati diri aku sendiri. semoga kita2 sama2 bahagia :) 

eh. tiba2 lapar lah. nak makan twisties lah. bye :)

Thursday, May 19, 2011

bila nak siap ni?

bila nak bagi album ni? orang dah tak ingat dah bila majlis aku, aku sendiri dah tak kuasa nak layan pertanyaan dari mak ayah, saudare mare aku. arh..letih larh nak jelaskan, 
album, pic tak siap lagi. 
geng, kalau nak kawin sok, amik photographer yang betul2 boleh komit dengan korang. jangan cari yang tangkap muat cam aku . kan dah tekena :( arh..tension ar!

mimpi kadang2 menganggu emosi

hye all..
k hari ni tak mau citer banyak2 sal orang lain, nk citer sal aku yang mimpi sehingga menganggu emosi seharian :) selalunya aku kalau mimpi sesuatu ni aku tak amik pusing sangat..pada aku mimpi just mimpi..
kecuali kalau aku mimpi arwah nyaie aku , memang tu aku rindu betul kat  dia sampai mimpi. selain dari mimpi yang macam tu ( means, mimpi orang yang dah tiada ) aku tak pernah percaya. aku tak nak terlalu percaya sebab kalau kita percaya kita dah percaya mimpi lebih berkuasa dari kententuan Allah. 

korang nak tau tak apa yang aku mimpi sampai terganggu emosi ni??
ni dia..

ni lah ..aku mimpi aku drive kete ni..arh~!!!! emosi lah ~!!!!
sebab aku dah mimpi kan...suami pon terus ajak tengok movie Fast 5 last Saturday ari tu. giler..mimpi cam apakah ini??
pada asalnya aku dan suami nak tengok Fast 5 ni pada hari pertama di panggung, tapi sebabkan suami masih tak sihat dan muntah2 kan, so postpone....bila postpone ni yang aku terbawak2 sampai ke tido .
sian suami..gagahkan diri juga tengok movie ni.nasib baik suami dah baik demam and dah boleh makan nasi :) 
so far suami sangat mengambil berat tentang aku. dia akan cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan aku. tapi ini bukanlah  lesen pada aku untuk dilayan seperti puteri k. mesti ada yang sebok nak kata aku ni mengada2 kan. aku tak kisahlah...esok lusa senah, kalau kau yang pregnant kau taulah cane rasanya...

apa2 pon aku memang sangat suke tengok Dominic Toretto. since fast furios yang sebelum2 ni aku dah memang admirer kat die, sebab die kacak, bergaya dan macam2 lagilah.
aku selalu tengok citer orang putih ni cara dia berdialog tu aku rasa cam bergaya je.even tengah marah pon muke rileks je. for example masa Dom menyirap bila Vince termati (uhuk.termati lak) masa diorang diserang oleh Luke Hobb (arh..ini tak hensem) 
masa tu aku rasa dia marah tapi dia coOl de..
beza dengan filem melayu. adoi ai..lagi2 kalau filem aksi..macam ape tah..tengok2 lar juga tapi kalau dah muke yang sama je jadi penjahat, takde karakter lain rasa cam nak muntah weh.


ouh..begaya nyer...dengan senapang tu ..ouh..shit. hensem!
Chinese guy tu pon coOl..tapi bijak. yang kekabut dan mata duitan tu..adoi ai...
ape lah name die...kelaka siot!
hensem banget dong ah!

k lah nak gi tengok dah selesai ke belum suami aku donlod Fast 5 ni. ah.pasni nak tengok citer ni banyak2 kali . sambil baring dengan abot and abby di depan tibi. 
weeeeehhhhuuuuuuuu....

Wednesday, May 18, 2011

geram!

gerammnyer...bila baca blog kawan2 tapi tak leh komen :( giler lah .

catatan ibu termengandung :)

assalamualaikum. :) 
last week aku pegi kenduri kahwin my buddy, Madihah :) ouh..kahwin dah si madi ni :) 
aku, suami, mawi and akak aku pon pergi le ke Kuala Pilah...aku suke weh gi kuala Pilah ni, teringat zaman2 dulu.time kat poli, aku dengan budak rumah aku gi umah Ain (one of our housemate) kat KP ni..sangat best. masa tu highway bukit putus tu belum siap lagi, kitorang naik bas zaman jepun tuh, baik punya die lap, we all mengucap je kan, gila kau, dah lah pintu die tak leh tutup, ujan plak tu, bila driver layan lap kat corner tajam tu, ijau je muke masing2..aku time ni duduk dengan lili kot..tak ingat lah...hahaha...
sampai je rumah madi, aku yang sedari rumah tadi memang dah standby perut kau2 punya nak melantak, terus lah melantak apa yang ada, menu  nasi ape tah, kuning je kale die, ada kismis, nak kata nasi jagung tak macam nasi jagung, tak juga nasi beriyani, tah lah aku bedal je, dengan lauk die daging salai masak lemak cili api, daging masak kari, and ayam goreng.
emosi ar bila tak pat makan manyak, baru makan sikit dah nak temuntah. giler ar. aku dah terasa cam nak fedup je, perut lapar tapi rasa nak muntah bila makan. arh...emosi!!!!

ape2 pon selamat pengantin baru lah Madihah :) 
semoga berbahagia bersama Fakri tersayang, :) 

*cepat2 proceed nanti leh saing aku :)*
ni ayah Madi :) cayalah pakcik :) 
dengan Acik Imah, mak Madi ..
dan ini kami, pengantin yang dah lapuk :)
pelamin madi cantik ...bilik die pon cantik...tapi..gambar yang lain dalam hp suami aku, so tak pat ar nak aplod :( 
balik tu kami tak terus balik..
tapi kami ke rumah Ain...hehehe...di Kg Tengah , Jemapoh ...miahahaha...hasil idea aku yg bernas dan kacak bergaya, aku suarakan hasrat nak ke rumah Ain kepada Mawi, terus Mawi call ain,
tapi kat umah ain ini banyak amik pic kai hp suami kan, tak dapat lah nak aplod sebab pic kat sana tak transfer lagi dalam pc, yang aku amik pakai hp aku sendiri ni je pic nyer ..
itik peliharaan mak embong :) (mak ain lah ni )
hah, ini je pic yang aku amik pakai hp aku, tapi time ni itik ain malu plak..tapi at least nampak tepi rumah ain tu kira bukti ar aku dah sampai umah die kan :) hahahahahahaha.... agak lama lah lepak kat umah ain ini, mane taknyer, mak ain suka bercerita kan, banyak cerita dia cerita kat kami, malam jugaklah aku baru beransur blik :) sedap laksa mak ain buat dengan ain, aku tukang potong2 sayur je :) 
malam tu aku dan suami terus balik ke kampung aku kat Johor :) 

sekali bila aku dah penah sampai sesuatu tempat, mesti aku akan datang lagi , 
aku percaya itu :)

Thursday, May 12, 2011

mengah ni ..huh ..huh..huh..

skang ni kalau korang ajak aku jalan2, janganlah harap aku jalan macam dlu...sumpah mengah..
aku pon tak tau larh nak ckap cane..hahaha..
jalan sikit nafas laju macam lari seratus meter..
giler mengah.baru awal pregnant..belum lagi besar perot ni..dah mengah kan..aisey....
kadang2 aku seronok rasa cam ni, pengalaman kan..hari2 ada je perkembangan baru aku.heeheheheh..tapi tak leh lar semua aku aplod kat sini kan, nanti dah tade citer lah aku nak share dengan kawan2 yang aku jumpe kat pasar, mahupun di lobby parking umah :) ngeh2x..
most of the time aku sentiasa mengenal pasti perkembangan aku, setiap yang berubah kat aku mesti aku tanya cousin aku, ngeh2..tak pun aku tanya mak aku :) tapi bonus lah kalau mak aku nak cakap lembut2 kan..balik2 die jerit kat telinga aku suh aku jaga diri elok2, jangan lasak2..bla..bla..bla...(berjela2 weh die pesan, berdarah lah tinge kalau biarkan lelama telefon di ganggang ni )

untuk hari ni, suami dah boleh makan nasi. Yes! aku suke sangat. syukur..die dah ada selera semula :) 

mak aku pancing aku dengan keenakan buah mempelam yang sedang gemuk2, dan gempal2 di sekeliling umah aku, cish...aku dah lar ada appointment doktor sabtu ni, disamping menghadiri majlis madihah di kuala pilah. saje je tau mak enon ni...argh!!!! tetekan! 

nk blik ke tak ni eh?? kalau korang?? balik kah?? tak balik kah???

Wednesday, May 11, 2011

kenape??

kenape?? 
kenape suke buang sampah merata2??
keje kerajaan, duduk kuaters kerajaan, pagi petang makan duit kerajaan, buang sampah pon nk suruh kerajaan tlong buangkan ke??
sedarlah sikit , kau tu dah lah tak reti bersyukur, asyik mengomplen itu ini, barang naik lah ape lah, tapi??? pernah tak kau tanye, ape yang kau dah sumbang untuk kerajaan??
tempat yang ada tulis " dilarang buang sampah di sini " pon kau campak kan sampah kau kan?????
so?? mentaliti kelas berapakah yang menjadi pegangan kau wahai penghuni kuaters yang suke buang sampah kat dalam lif, kat parking, kat peti pos!!!!

catatan untuk pagi ni :)

pagi ni suami dah sudi bangun pagi untuk gi keje. :) bahagia je rasa dia nak pegi keje..sebab..aku dah tak sanggup drive sensorang gi keje. bosan tahap puaka tebing biru :) 
aish... kenapa kah badan aku sengal2 dan rasa lemah je ni?? terasa cam nak tido je..
pale pusing2..
aku benci dan tak suka tengok court. tak suka ok. tak tau lah kenapa. cane aku nak start keje pagi ni?? ya tuhan...apakah ini dugaan Mu untuk kesekian kalinya??? menyampah giler aku tengok court kat ofis ni, rasa cam nak jerit kat semua orang bahawasanya, aku benci dengan court serta isi dalamnya !!! 

Tuesday, May 10, 2011

sanggup weh.

demi entry ni aku sanggup weh tak makan tengah hari. makan epok2 je sebab nak buat post ni. intenet kene blok kan.time rehat je leh guna, sian zigot aku, mesti dia lapar kan :( 
well untuk blog ni aku SANGGUP WEH.
untuk beberapa hari ni aku harap korang tak lah muntah membaca entry aku ye sebab aku akan ceritakan je apa yang aku nampak / terjadi ke atas suami aku untuk beberapa harini.
beberapa hari lepas aku ceritakan tentang suami yang kerap muntah2 kan..
ok, lepas muntah2 tu tekak die luka, dan dia sakit tekak secara tak langsung.
hari Sabtu tu aku bawak suami gi kinik kat Nilai (sebab aku bli belanja sekali kat Tesco ) lepas aku terangkan simptom2 suami doktor terus cakap, " ni siapa yang mengandung ni??" aku pon jawab " saya doktor, tapi suami yang teruk kena alahan " 
lepas tu doktor pon bagi lah penerangan sikit, penyakit alahan mengandung ni memang tak leh dinafikan semua orang pon akan rasa cuma...sama ada dia rasa sendiri atau suami dia yang tolong rasakan. cam kes aku ni, suami yang tolong rasa, so besarlah hikmahnyer disebalik kejadian ni..
doktor kata, memang tiada penemuan santifik yang boleh dispesifik kan dengan kejadian ni, aku rasa aku pon takde lah kuasa bluetooth kan, cane lak aku yang ada isi suami aku yang terasa alahannya..hehehehe...
so kesimpulan yang boleh dibuat, tade lah ubat yang memang dicipta untuk alahan ni melainkan makan ubat yang biasa doktor bagi bila kita muntah, makan ubat tahan muntah, bila pening makan paracetamol, cam tu je lah...
sian suami..aku balik dari klinik tu die terus telentang depan tv sambil bukak kipas..
tak lama lepas tu die mengerekot cam udang, aku tanya sejuk ke ,die kata sejuk sangat. aku pon amikkan selimut, amikkan ubat yang doktor bagi suh die makan..then die lelapkan mata..
petang tu aku pegang pale die masih lagi panas..aku kejut suami untuk mandi, die nak mandi, lepas makan malam, aku bagi lagi ubat and die tidur lagi..
aku pakaikan koolfever kat kepala die..comel je suami tido dengan kepala ada pelekat ni. hehehe...then aku pon berjalan ke rumah Midah..ehem. jiran kan...sekali sekala kene lah jengah..nk gi umah wani dah malam, so takut nak balik nanti. pegilah umah midah :) dekat sikit atas umah je :)
balik dari jenjalan tu aku pegang lagi kepala suami masih panas..tak kebah juga. :(
aku dah mula risau..then malam tu sepanjang malam aku tido asyik terjaga je. terjaga je aku cek dahi suami,panas je..aku gantikan koolfever..aku kejut suh bangun makan ubat and minum air banyak2...
semalam (isnin) aku kejut kan suami, tapi suami tak mau bangun die kata kepala die sakit lagi..aku pegang dahi die, masih tak kebah..aku dah risau.lepas solat subuh, aku duduk temenung...tiba2 teringat...
suami aku penah cakap, die tak rela tengok aku yang sakit, die kata nanti aku tak lalu makan..makin kurus aku jadinye.  aku jawab masa tu, aku lagi tak rela kalau die sakit, nanti tade sape nak drive kan kete gi keje...hahahaha..tanpa rasa bersalah aku jawab cam tu kan..
kau tengok skang! ape dah jadi??? 
sebab die tak sanggup aku tak lalu makan, die SANGGUP WEH  tanggung rasa mual , loya, pening, demam demi kerana aku.. aku yang tak leh tido malam, kejap2 sedar pegang dahi dia, kejap2 bangun cari kan ubat untuk dia..
aku rasa sedih..sedih sangat...kesiannyer suami aku..aku tengok die perit je nak telan bubur, nk minum air aku rasa nak menitik air mata..tapi aku tak nangis depan die, aku curi2 duduk kat bilik belakang (bilik solat) and aku nangis sepuasnya dalam bilik tu. 
andai ini dugaanNya kepada aku and suami aku redha..aku pasrah ketentuanNya..
aku terima dengan hati terbuka rezeki ni, andai ni penentu keikhlasan kami menerima rezekiMu ya Allah..kami redha..

and hari ni pon suami masih tak leh gi keje..kepala masih pening..ubat doktor bagi tu bagi kesan sikit je..pening and mual tu tetap tak leh ilang ....
aku keje pon hati tak senang, sebab ingatkan suami je kat umah..sape lah yang bagi dia makan tengah hari ni, mesti die lapar sorang2...
adala makanan aku dh sediakan tapi aku tak biasa biar kan suami makan sorang2..selalunya aku teman dia makan walaumacam mana cara sekalipun, aku mesti duduk teman dia makan....

kalaulah rasa ini boleh dibahagi dua, dan kita sama2 rasa kannya, saya sanggup bang!

Thursday, May 5, 2011

my new day today..

hye dear..miss you all sume especially my silent reader yang sudi baca entry ni..thanks a lot..aku happy bila tengok jumlah pengunjung tu betambah2 hari demi hari..thanks eh....nuffnang?? belum ada lagi..sebab aku rasa biarlah cerita aku ni jadi satu catatan peribadi bukan untuk tujuan komersial.  tapi tak tau lar lepas ni cane kan...ngeh2..mane lah tau kan..tibe2 duit tesengkak , aku tebukak hati nak jadikan blog ni sebagai blog komersial mungkin aku akan letak nuffnang kat dalam blog ni :)

ekceli..kat sini aku nak kongsikan tentang berita gembira yang aku rasa sangat happy bila mengetahuinya...
aku rasa ramai yang dah tau..ramai yang dah view facebook aku tahu akan berita ni.cuma kat sini aku nak jelaskan lagi cane asal kejadian aku mengetahui tentang berita ni.
hari Jumaat 29.3.2011 sepatutnya hari ni aku naik keje setelah berkursus selama 12 hari.  Tapi harini aku cuti sebab...
pagi tu aku kejutkan suami aku..aku suh die bangun, tapi die tak mau..die kate die nak demam..badan die tak sihat.
aku pon dengar je die tak sihat, terus aku sambung tido lepas solat subuh tu.
sehari sebelum tu hari Khamis, balik dari ofis aku ajak suami ke pesta buku..aku meround tak hengat..yelah..pesta buku kan...banyak benda aku nk cari.  Tu pon dapat bape kerat je novel ( 2beg plastik je )
aku rasakan suami penat sebab semalam die berjalan dengan aku kan..tapi bila aku pegang pale die tak panas, aku biarkan je dlu..dan sambung tido...ZzZzZz..

lepas je kul 10 pagi suami bangun..aku dah bersiap2 nk antar die gi kinik, ingatkan nak mintak MC kan..alih2 aku tengok suami sihat walafiat. gerammnyer aku time ni...kok ye pon nak menipu sakit janganlah nampak beno...sakit ati aku.
dah terlanjur dua2 makhlok ni tak keje, aku cecita dengan suami tentang kitaran haid aku yang tak muncul tiba..atas cadangan suami, dia blikan aku pregnancy test stick yang buat kat umah tu.  Then petang tu lepas maghrib aku buat test. (kat kotak tu tulis, kalau due date period dah lebih 3 hari, boleh buat test bila2 masa, kalau due date baru sehari buat awal pagi ketika kencing yang pertama )  
keluar satu garis kale purple terang, and satu lagi gari purple cair..(masa ni aku dah panik)
aku rasa test stick ni tipu.
esok pagi2 masa nak solat subuh tu aku buat  lagi...then i got the same result.
lepas zuhur aku dengan suami bersiap nak amik akak aku kat Damansara untuk kitorang sama2 pulang ke kampung..lepas amik akak aku tu lah aku gi cek kat kinik..
aku gi ke Klinik Pakar Sakit Puan, kat SS2. Nama doktor tu Dr.Kelvin. hensem giler.
Menurut Dr.Kelvin , memang aku disahkan mengandung tapi kandungan masih lagi di bawah 4 minggu sebab tu stick tu kuar satu garis normal satu lagi garis agak kabur..kalau dah lebih sebulan mean, 4 minggu maybe garisan tu akan lebih jelas lagi.
at this moment..happynyer suami ..muke die cam ada cahaya dari syurga aku tengok..berseri2 je. aku ?? telan2 air liur cam tak caye..sebab aku rasa cam baru semalam je kawin kan :) 
lepas cek tu cek ni scan bagai, aku pon balik lah kampung...dalam perjalanan balik tu aku khabarkan berita gembira ni kepada kawan2 rapat aku, pada mulanya aku minta diorang tak bagitau sesiapa dulu sebab terlalu awal kan..
tapi selepas balik dari kampung dan berbincang dengan suami, suami kata eloklah diberitahu pada kawan2 dan minta kawan2 doakan semuanya berjalan lancar :) eheheheheh...
alhamdulillah...aku bersyukur..kawan2 aku yang mana kenal aku, semua gembira dengar berita ni.  kalau diorang pon teruja mesti lah aku pon teruja..cuma aku kena jaga diri lah kan. giler kau, banyak pantang mak aku pesan. 

patotlah sebelum ni aku rasa :
1. badan aku sakit2, lemah je, pening2...
2. aku kerap nak terkencing je. sehari tu dalam berbelas kali aku ke toilet buang air.
aku dah rasa sign ni masa kat kusus lagi, tapi aku tak endahkan..aku fikir sebab aku ni memang selalu je pening2 kan. tekencing2 tu sebab aku kerap minum air masa kat kusus tu

mak aku pesan :
1. jangan makan benda pedas, masam,tajam mcam nenas, 
2. tak leh minum air gas, air sejuk de air batu, air tebu...
3. tak leh makan ketam banyak2 nanti kembar darah, tak leh makan masam nanti anak lembap, tak leh makan jeruk nanti gugur, tak leh lah banyak tak leh ...
aisey...aku ingat ni je pantang larang die...
ade lagi, 
tak leh duduk kat tangga nanti susah beranak, tak leh tidur bangun lewat nanti badan lesu, tak leh tidor tengah hari, tak leh mandi malam nanti kembar air, tak leh buat keje tangguh2, nak buat kena abiskan...nak makan kene abis, jangan suke makan tak abis, nanti teran2 anak tak kuar..erk??? adoi ai..

banyak giler pesanan mak aku weh. di samping itu aku juga cari informasi dari kakak2 sepupu aku, especially Cik Puan Bunge, akak ipar aku, kawan2 lama kat FPT, mana yang dah beranak pinak ni aku tanye la kan..lagi banyak tanya lagi banyak la ilmu kan. 

mak pesan, baju ketat2 simpan, kena pakai baju yang polos2 longgar2 je..suar pon same, suar jeans mak aku dah haramkan pakai, die kate pakai suar yang lebih selesa selain jeans.  Mak kata juga, jaga diri baik2, jangan kuar magrib2..

setelah beberapa hari ni, aku tengok suami lak yang dapat sign..die yang muntah2, mual and loya. abis apa yang dia makan mesti kuar balik :) petanda tu tak kena kat aku buat masa skang ni, tapi aku makin selera nak makan ade la..

aku harap aku kuat untuk hadapi dugaan dalam tempoh paling susah ni (trimester pertama) time nilah org kata kena jaga betul2 takut apa2 jadi kan. aku mudah mengah skang ni.jalan sikit mengah2. macam dah 6 bulan lak :) 
kengkawan sume, doakanlah aku selamat eh..aku pon berdoa agar kawan2 aku yang dah kawin cam bulat, masz, olin, nad arom and yang lain2 cepat dapat anak juga....
ok, bye dear :)
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.