Friday, July 29, 2011

pagi Jumaat yang hujan.

bangun pagi hari dah hujan. Uish..perasaaan malas tu membuak2 siot. rasa nak terus peluk Abby kesayangan sambil gentel jari suami dan ZzZzZz...tapi! tapi ini hari Jumaat ok. bukan hari Sabtu. so kena bangun dan pergi keje. keje. ok keje. 

aku kalau bangun aku suka temenung sat..duduk korek2 kaki dulu ....tengok muka kat cemin. then baru amik towel. bukak almari, cari baju nak pakai and tudung sangkut kat pemegang almari dan  masuk bilik air...

dalam bilik air lagi sekali aku temenung...tengok muka aku yang super duper serabai sambil cari berus gigi dan letak ubat gigi , siap gosok gigi, mandi2...aku akan make sure water heater tu ON, baru aku bukak air. ari tu aku telupa..aku main tadah je kepala kat bawah shower tu. amik kau! sejuk nak mati.
lepas mandi iron baju dan solat. siap2 dan terus nak gi keje..

Setiap kali solat aku akan usap2 perut aku, mana part yang keras tu aku tekan2 sikit and aku cakap kat baby aku nak solat. aku suruh die duduk diam. jangan tolak2 aku. alhamdulillah...die ikut skang. kalau dulu die cam tak biase kot kan, aku tengah sujud tu die boleh tolak perut aku. kejang sekejap. suami ingat aku pengsan time sujud sebab tak bangun2 lagi even die dah nak masuk sujud ke dua ( masa ni duduk antara 2 sujud)
Eh. aku belum nak mati lagilah. hahaha...

ramai yang cakap perut aku dah mula ketara. hahaha..mane nak sorokkan...die makin hari makin besar ...dan terbaru aku gi KKIA, doktor scan die tetonggeng. (cerita pasal KKIA akan aku buat di entry lain) masa aku gi private clinic pon doktor scan, mula2 die tengah isap jari die, then die tutup muka, kemudian die berpusing2 dan alih2 die tunjuk bontot. Dr.Kevin kata die dah tak nak discan. so aku pon redha jelah kan die tak bagi kita tengok die lama2...
alhamdulillah setakat hari ni aku dan baby sihat. Cuma HB aku turun sikit. dulu 12, last 2 days ago cek dah turun jadi 11.2. Misi suh makan makanan yang boleh tambah darah. masih selamat tapi perlu ambil langkah berjaga2. 

skang ni kalau aku lapar, mulalah baby bagi signal, perut rasa keras, pastu aku rasa cam ada orang berjoget2 dalam perut aku. haha...rasa kelakar pon ada.. bila aku makan kenyang...die diam. Maybe ni perasaan aku je ke tak tau lah kan. tak penah mengandung pon sebelum ni. ngeh3x..jakun sikit perasaan ni.

pada kawan2 yang sama2 preggy cam aku, semoga korang kuat dan tabah. nak2 lagi yang dah start muntah kuning tu..sabarlah ye. aku pon dulu cenggitu. seksa tu seksa. tapi bila ingat itu amanah Tuhan, insya Allah kita akan ada kekuatan yang Tuhan bagi. yakin itu ye!

pada kawan2 yang masih belum ada rezeki tu, jangan sedih2 k. insya Allah...Tuhan akan bagi cuma belum masanya...jangan putus asa ok. practice make perfect...

pada yang akan mengakhiri zaman bujang cam Mira, Ujie, Wana, Anati, Niesa and semua la kan...semoga korang kuat dan tabah mengharungi alam pertunangan ini :) 

laparlah. mari makan kopok. :)

Thursday, July 28, 2011

hey you.thanks for reading :)

hey you. thanks for reading my blog. ngeh2...dah2 malas nak bersikap poyo nanti orang mengkeji. actually ada somebody yg bertindak sebagai silent reader aku bertanya kat aku, kenapa aku tak suka aplod picture dalam blog. cuma tulisan je memanjang2 kan. 
ok. jawapannya ialah kerana...

1. aku tak ada kamera canggih seperti DSLR dan seangkatan dengannya :)
kamera hp aku ni sekor 3.2 pixel sekor lagi 5.0 pixel tapi kualiti pic ke laut lah kalau masuk dalam blog. boleh edit untuk kurangkan 'ringan'kan die dalam blog ni tapi aku ni MALAS. aku tak tau kenapa aku tak dijadikan sebagai manusia yang suka explore benda2 edit ni. puas dah suami ajar aku guna photoshop, photoscape, photo segala photo lah. macam2 lah . suami kan pegawai ICT cum Freelance tak berbayar kat ofis ni ;) so die banyak lah tau cane nak edit bagi nampak ada lighting, ada impak itu ini ouh. tak kuasa aku.
kamera DSLR dan seangkatannya tu aku dah cuba nak dapatkan tapi bila nak beli je ada je halangan. that mean itu memang bukan rezeki aku buat masa ni :) so sabar lah tasa :)

2. kerana aku tak CANTIK. 
ok hari2 aku tanya suami aku status muka aku. cantik ke tidak. tapi hari2 juga aku cakap kat diri, suami aku ni tipu. hahaha...betul pon . kadang2 aku bangun tido dengan serabai itu aku bukak mata suami dan suruh die tengok aku cantik tak. mesti die cakap "cantik lah :) " hahaha..
dlu masa aku muda2 ..ceceeh..macam tua sangat pula, aku suka tangkap gambar. ketika kegemilangan aku masa tu hp aku kira canggihlah kan boleh amik pic kat mana2 je. dalam toilet pon aku ada amik. sape penah add myspace aku memang tau lah banyak sangat pic perasan aku dalam tu. tapi skang keghairahan itu hilang bila aku punya hp makin lapuk dek zaman. uhuhuhuuk...sadis!
+ aku tak cantik kan. hari2 amik and aplod kang orang muntah mabuk jumpa aku cakap aku cuba nak santau orang baca blog aku plak. arh. biarlah semuanya berlalu. insya allah kang kalau aku dah cantik, ilmu cantik aku dah jadi, aku amik pic banyak2 and aplod semua kat blog. kikikiki..

3. untuk elakkan benda2 tak elok. 
ok ada satu pengalaman aku sendiri ok, pengalaman aku di mana suatu ketika dulu aku sakit (sakit yang diangkarakan oleh benda tak nampak ) and orang yang ubatkan aku tu kata, kalau boleh jangan suka sangat letak pic2 kat mana2 yang mana pic itu berada dalam keadaan sempura samada dari atas ke bawah atau separuh badan ke atas atau sebagainya lah yang mana pic tu sempurna nampak wajah kita, kerana pengamal ilmu hitam ni skang dah makin maju. pakai pic separuh pon boleh kena weh. aku bukanlah pecaya sangat kan tapi untuk elakkan kena mandi lagi tengah2 malam dengan air kelapa, baiklah aku amik langkah berjaga2. sebab tu pic2 aku akan senget sikit, tangan takde sebelah. mulut tejuih senget2..hehehe...+mulut aku ni puaka sikit. kang orang tak puas hati die hantarnye aku menatang2 khurafat tu. mati aku. :( aku nak idup lama.

k lah aku rasa itu saja setakat ini sebab musabab aku tak aplod pic aku kat blog ni eh. sok lusa aku aplodlah pic menda lain  :) weE...

Wednesday, July 27, 2011

pening.

sejak dari Isnin aku rasa tak sedap badan. kepala aku sakit. aku jumpa doktor and memang tekanan darah aku sedikit rendah. doktor suruh aku banyak berehat sebab aku mungkin akan pitam kalau tak betul2 cukup rehat. aku rasa dada aku sesak skang ni. ofis aku panas. aku rasa tak selesa.

semalam aku MC. aku duduk umah dan aku abiskan masa di rumah dengan mengemas rumah. kalau kat umah aku sakit kepala pon aku mampu buat keje.Semalam aku boleh memasak and lipat kain yang dah berminggu2 aku tak lipat. kepala sakit ni. tapi masih lagi kuat nak buat keje. bila di  ofis aku tak boleh nak buat pape melainkan menghitung waktu nak balik rumah. aku mengidap sindrom tak suka ofis sejak mengandung ni. dlu masa aku awal mengandung tak suka masuk court. bila masuk je pening and rasa mual+ loya. nampak tak betapa aku malas nak gi keje sampai muntah2. :P
skang ni aku tak suka ofis aku plak. tempat duduk aku lah especially. aku tak tau kenapa. aku rasa semak je semua benda atas meja ni. tapi aku kena lawan perasaan tu.
hari ni masuk2 ofis bahang panas dah terasa..aku rasa dada aku laju je berdegup jantung ni. aku rasa nak pitam. tapi aku cepat2 duduk. and take a deep breath...

jalan2 gi tempat suami, ada plak staff promot kuih raya, ape lagi aku pon gasaklah tunjuk katalog kat suami and bagi tester. ok suami sangat suka chocodamia ( biskut ni memang mables rasanya) 
tapi mujurlah biskut tu dapat lagi 2 minggu nak raya. kalau dapat minggu depan , insya allah lah sebelum raya abis dilanyak dek suami. die mane boleh tengok benda sedap simpan lama2. 

mari kita sambung baca blog ibu preggy yang gojes. kak najwa masih lagi tunggu time bersalin. aku lak yang tak sabar2 nak tau. eh?

Monday, July 25, 2011

Isnin yang...ala...malasnye..

sape kat sini yang suka hari Isnin?? angkat tangan!!! 
aku benci giler kalau Ujung minggu yang sepatutnya diisi indah terganggu dan aku tak dapat bemanja2 dengan suami dengan kadar 48 jam @ selama 2 hari . 
last weekend suami kena jadi urusetia bagi Kursus Persediaan Peguam Syarie.  Dah bertahun suami jadi Ajk tetap menatang ni. tak syioknye sebab suami kena bekerja seperti hari biasa pada hari Sabtu. dah tak dapat aku nak bermanja2 dengan suami seperti selalu di ujung minggu. hahahaha..
see..aku sangat berkira dengan masa kan skang?? orang kedekut lah katekan..

Sabtu pagi, aku dah bangun kul 6 pagi sebab suami kata kena ada di ILSAS Uniten Bangi at least kul 7.30 pagi. suami seorang yang punctual. so dia tak suka kalau waktunya tak ditepati. suami beranggapan kita perlu menghormati masa orang lain. jadi biarlah dia yang tercepat asalkan bukan dia yang terlambat.
lepas sembahyang subuh, iron baju suami, sementara suami mandi aku masakan air panas untuk buat teh O. lepas siap semua aku baring lagi kat katil. dah kalau baring lagi...tadenye aku bernyawa..aku telelap tanpa sedar. Tiba2 aku rasa suami cium dahi and bisik, "tido lena ye syg, abg pegi dulu. i love u "  aku boleh bukak mata kecik je. aku rasa suami cium tangan aku, pegang perut aku and berlalu.aku tak boleh nak bukak mata. hahaha..ape punya bini lah aku ni. suami gi keje tak hantar pon kat depan pintu. kikiki..bak kata zila, tak bagus punya bini ..hahahahahaha...

seharian aku kebosanan kat umah. aku sedar2 je dari tido dah tengah hari, bangun masak asam pedas ikan kembung dengan sambal goreng jawa and msg zila suh datang umah makan dengan aku. hahahaha... mujur zila ada, tadelah aku bosan. zila sampai bosan tengok aku asyik tepon suami aku je. See?? aku kan tak boleh jauh dengan suami aku. kejap2 aku tepon bila nak balik. bila nak abis. bila nak siap. Mujur suami pon turut berkongsi kebosanan juga dengan aku. 

Petang mawi datang dengan sapik, dan suami pon pulang membawa cemilan yang dia beli masa otw balik dari ILSAS. heavennyer suami balik...weeeee...lepas sembang2 dan berborak2, sambung tengok bola, Malaysia vs Singapore...
lepas taman tengok bola Mawi bawak kami makan ais kerim sambil duduk tepi jalan kat jambatan depan Perdana Putra. lepas mentekedarah sambil kutuk orang yang lalu lalang, kami balik.....
sebab dah tak dapat bangun lambat sambil leset2 kat suami pada Sabtu pagi, maka hari Ahad itu aku and suami habiskan masa sebaiknya2 untuk bermanja2. lepas solat Subuh ujan lebat pulak kan...aku pon ape lagi. peluk suami and sambung mimpi indahlah kan. weE...

petang semalam aku gi Alamanda dengan suami, suami nak gunting rambut. jalan2 dah malam pula...rasa cam sekejap je masa berlalu. hari ni dah hari Isnin.
argh....boringnyer....tak suka Monday.....
tapi sebenarnya aku bukan saje tak suka Monday, aku tak suka bekerja setelah hari cuti. itu je. kikiki..kalau aku naik cuti hari Khamis pon aku jadi tak suka dengan hari Khamis. ngeh2....

Friday, July 22, 2011

ini semua perluke ???

tadi aku pegi bilik suami, tengok2 suami tengah siapkan name tag untuk urusetia bagi kursus persediaan peguam untuk esok. aku bagi beberapa pandangan pada suami and kami berdiskusi tentang tag itu (nampak kan aku tade keje?? kikiki..well...aku kan PA makan gaji buta as somebody told to everyone..)

aku tengok tray in suami penuh dengan bil celcom, 
"bill ape ni yg?"
"bill broadband.."
"sape guna broadband???"
"erm..pegawai and hakim"

dengan muke keriut2 aku tanya lagi,

"perlu ke broadband ni?? nak akses ape ?? bukan ke line esyariah kalau tade line jabatan tak leh akses?? kenapa nak ada broadband? nak link dengan jabatan mana2 ke ?? kenape tak guna line ofis je?? ada ke mana2 bilik yang tade lagi line tenet??" 

suami yang dari tadi tengah potong2 name tag urusetia terus pandang aku. kalau tadi dia jawab sambil fokus buat keje, kali ni die renung dalam2 anak mata aku. aku dah rasa nak lari blah dah. rilek dulu..dan suami jawab..

"syg, abang ada peluang nak amik broadband ni tapi abang tak nak, sebab abang rasa abang masih mampu beli sendiri broadband dan guna secara peribadi tanpa perlu fikirkan untuk apa broadband ni, atas urusan apa dan sebagainya." 

aku tediam and aku cuma tekebil2 dengan jawapan suami aku. aku rasa dia tak jawab soalan aku atau dia sedang bagi aku satu jawapan dalam bentuk kiasan?? ouh. aku tiba2 rasa nak lempang2 je muka sendiri. kenapa lah banyak tanya tadi..adoi.
lepas balik ke tempat duduk aku dan termenung seketika till now aku masih lagi berfikir..
suami yang penuh misterious macam suami aku ni jarang bercakap, sekali dia bersuara tebelit otak aku nak fikir...

nota pelempang : 
ada orang gaji beribu, pangkat lebih besar dari aku, pon masih harapkan pen cikai kat stor. aku yang gaji tak seberapa ( ini gaji dengan living cost kat KL ok) boleh je beli pen pilotGt. baru bape hengget pon..abis beli lah ink refill, tak perlu nak memekak2 pen kat stor tak boleh guna..hahahaha...dah senang nak lagi senang.

Thursday, July 21, 2011

takut nak besalin. arh.

just now blogwalking kat blog2 ibu yang ada pengalaman bersalin. dari akak spupu sendiri sampailah ke mana2 aku pegi blognyer..semata2 nak baca pengalaman bersalin.
well semua orang pon berpengalaman berbeza2 kan. ada yang sakit lama, ada yang sakit sekejap. ada yang tak sakit pon tapi tau2 nak teberak kuar baby. hah. itu memang anugerah lah kan.
dalam aku membaca ni, tiba2 perut aku mengeras..dari kiri, ke kanan...ke bawah dan akhirnya ...aku kentot. eh. sori  nak kentot rupanya...

baca lagi dan lagi....tibe2 rasa nak tempeleng muka sendiri ni. sebab...kenapa tah nak mengalir je air mata bila baca blog mereka yang menceritakan sakitnya, azabnya,pedihnya,semua penderitaan ketika nak bersalin. ouh..aku dah lah penakut sakit. ok aku akui aku sangat penakut ok. benda lain insya allah aku tak bape takut. sakit memang aku takut. 

ok time ni. time ni. time ni pukul 12.32 tgh, perut aku mengeras lagi. macam ada sesuatu yang berpusing dan melanggar organ dalaman aku. iya..bukan nk kentot ok. hahaha...memang ajaib ar rasa ni. sampai mengilu2 di beberapa bahagian. nanti dia hilang. tade rasa apa2. 
nnti aku tengah berangan die datang lagi. ...

kamu main pingpong kah sayang di dalam sana??? atau kamu lapar???

Wednesday, July 20, 2011

keterujaan.

semalam petang, aku dan suami pegi umah mak mertua aku.  Mak mertua aku belikan aku cempedak untuk di goreng sebab masa hari Ahad ari tu aku datang umah die, ada orang goreng cempedak, tapi setelah kami berusaha mencari cempedak di sekitar Cheras Baru masih tidak berjumpa, aku tadelah nak makan sangat tapi bila terbau orang goreng tu aku tercakap kat suami " sedapnye bau cempedak" suddenly mak mertua terdengar dan dia gesa kami cari cempedak untuk digoreng.
orang tua2 ni kalau die dengar je orang pregnant cakap cenggitu terus je nak suh cari. takut anak meleleh air liur katanya..
tapi pada aku benda2 tu normal lah kan. aku tadelah nak makan sangat sampai tak boleh nak tido ke ape. just terasa nak makan je. esok lusa rasa tu hilang cenggitu je. tade effek ape2 pon kat kau. kikikiki...

semalam lepas makan cempedak goreng aku rest dengan suami depan tv sambil baring kat peha suami. dalam pada aku baring2 tu aku pegang lah perut aku. tiba2 aku rasa ada benda bergerak dari kiri ke kanan. berulang lebih 3 kali. then aku suruh suami pegang dan rasa juga. Terujanya suami sampai die usap2 perut aku cam usap batu geliga pulak. Ayah mertua yang memerhatikan aku senyum2 je. aku tak tau nak cakap cane. rasa teruja sangat dengan pergerakan tu.

malam sebelum aku tido, aku dah siap mandi dan berpakaian uniform masuk tido , aku baring2 and aku cakap kat baby yang aku nak tido and jangan main ganas2 aku takut aku tak leh tido nanti. weE..macam die dengar kan. kikikiki..

pagi ni masa aku tengah dalam court, tiba2 aku rasa ada benda bergerak2 dalam perut aku. dah bangun dah si kecil ni. aku biarkan je tapi sampai ngilu aku dibuatnye. tah ape die buat kt dlm tu kan. 
sepatutny aku ada appointment doktor KKIA tapi aku tak pat gi coz hari ni dalam sejarah, aku punya kes cerai almost 2+ , cerai saje. pitam aku tengok senarai tadi. 

ape2 pon aku happy sangat skang. di saat aku susah hati, tension2 ni Allah datangkan kegembiraan yang aku tak duga. Tuhan kesian kat aku kot, tak patot aku tension2 time pregnant kan..sian anak aku.

syg, kami sangat gembira dengan perkembangan ini, dan kami harap kamu sihat di dalam sana. syg iye sangat2.

Tuesday, July 19, 2011

buah hati sakit.

suami tak sihat hari ni. dari semalam petang balik keje dia dah tak sihat. magrib masa mandikan aku dia muntah.  aku suh dia rehat lepas solat magrib and tunggu aku masak untuk dia.
lepas siap masak aku kejut dia bangun makan. sambil tengok citer Juvana. 
(Siot kau Warden.pui) 

dia masih dalam kondisi yang lemah cam nak demam tu. aisey. aku susah sikit kalau suami yang sakit. suami ni dulu masa kecik2 tidak diberikan susu ibu sebab mak mertua aku ikut ayah mertua aku ke Sarawak sebab ayah mertua bertugas di sana sebaga ATM.(suami kena tinggal dengan atok dia kat Kg Bintang Peserai)   masa tu mak dalam pantang lagi. baru 16 hari dah kena tinggal baby dia. Biaselah orang dlu2 kan mane nak bagi baby ikut naik kapal terbang. takut itu, takut ini, macam2 lagi lah.  Sian mak mertua aku. bengkak susu tepaksa tahan. dan yang paling kesian ialah suami aku. tak dapat susu ibu melainkan susu formula. so bila dia besar, dia memang kerap sakit. demam + selsema tu macam makanan dia je. memang dia mudah sakit. kalau aku pulak, jarang sakit tapi sekali sakit memang bekeladak ar muka masing2 nak layankan rengekan aku. WeeEEeee...

pagi tadi suami tak nak befast, dia beli tapau je nasi lemak. tak suka tengok dia diam je. macam kucing sakit tu. aku pujuk2 cakap die kacaklah , hensemlah die buat dek je. macam tade perasaaan. susah hatilah aku cenggini. Salah satu sebab aku susah hati, aku tak nak gi keje drive sendiri. haha..kalau suami sakit aku kene gi keje sendiri sementara dia MC kat umah. aku tak mau! aku nak dia teman gi keje...ouh perangai ape lah ni.

semoga suami cepat sembuh. susah hati ni. kan dah sakit kepala lagi. adoi ai.

Monday, July 18, 2011

kekuatanku.

sekarang ini, aku ada 2 kekuatan untuk teruskan life aku. 
1st, suami
2nd, baby 
mereka ini yang buat aku kuat menghadapi segala rintangan.
aku sanggup buat apa saja demi nyawa yang aku kandung ni. aku tak kan sekali2 mensia2kan kehadiran dia. jauh sekali menjadikan dia beban dalam kehidupan aku. aku sayangkan dia. sangat menyayangi dia. aku terus sabar menunggu hari2 yang akan aku lalui dengan nyawa baru ini.
ini ialah lambang kasih sayang kami. terjadinya dia kerana cinta kami. dan kami menjadikan dia sebagai kekuatan kami. 
aku redha dengan dugaan Mu ya Allah. kau Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu...
aku pasti di akhir kesabaran ini ada kemanisan yang Kau janjikan.

aku dah hilang moOd nak berblog.

aku dah hilang mOod nak berblog bila aku rasa diri aku dah tade privacy nak bercerita. nak cakap. nak tulis.
siyes aku rasa nak daftar diri kat pusat sakit mental kat Tg. Rambutan.
menyampahlah. 
kenapa kah bila marah suami masih boleh buat muka CoOl kentang?? jeles betul!

Friday, July 15, 2011

Membaca jembatan ilmu.

IQRA
.Ertinya: Bacalah (wahai Muhamad ) dengan nama TuhanMu yang menciptakan ( sekalian makhluk ) . Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan TuhanMulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
( Surah Al-Alaq a.1-5).

semalam aku blogwalking dan aku terjumpa satu blog yang aku rasa menarik aku nak baca. aku suka baca pendapat orang dan aku suka tengok perbezaan pendapat orang2 ni.  aku suka nak baca. suka. jadi tiada alasan tepat kenapa aku suka lah kan. pada aku setiap pendapat orang itu ada pro and conts. kita tak boleh salahkan orang atas pendirian dan pendapat masing2.  Kita punya hak untuk bersuara. as we are in democracy country.

sape nak tau kena klik  link  tu baru tau apa yang aku baca. aku malas nak tulis kat sini sebab aku  tade mOod pagi ni. mOod ke laut sebab benda2 yang remeh je. tapi yelah preggy women ni mane leh tesentap hati sikit kan. nanti dia akan jadi mudah kecewa dan merajuk. so aku lah one of them. (kikiki..sentap konon. mulut cam puaka nasiblah kan kalau orang sentapkan kau balik tasa) 

aku rasa cukup sekadar ini ja entry aku untuk hari ni. 
pengajaran yang aku dapat dari blog yang aku baca ni ialah, 

"kita tak boleh compare hidup kita dengan orang lain, sebab setiap orang ada bahagian dan rezekinya masing2 yang Allah dah rencanakan. kenapa dikesalkan benda yang tak menjadi milik kita kelak kita akan sentiasa rasa diri kita tak pernah cukup. Masya Allah" 

aku sakit kepala lah. bye.

Wednesday, July 13, 2011

hidup ini tak semuanya pilihan kita.

hidup ni, tak semuanya akan jadi seperti apa yang kita nak. tak akan jadi seperi angan2 yang kita anyam indah. tidak. walaupun kita merasa kegembiraan , kesenangan, mungkin juga kemewahan tapi sebelum mengecapinya kita mesti melalui dugaanya dulu. begitulah di dalam rumah tangga. 

aku rasa aku terlalu muda untuk bercerita tentang alam rumah tangga ni. Beside usia perkahwinan aku baru je menginjak 4 bulan. sapelah aku untuk berkata aku tahu asam garam perkahwinan kan.. 
aku bersyukur sangat dapat suami yang memahami dan menyayangi aku seikhlas hatinya. 
aku bersyukur doa aku selama hari ini menampakkan hasilnya..aku tak pernah menyesal dengan jalan hidup aku yang penuh dugaan ni.  Tuhan maha Adil. sangat adil dalam memberikan rezeki kepada hambanya. aku tau apa kekurangan aku. aku tau apa kelemahan aku, dan aku bersyukur hidup aku didukung oleh seorang lelaki yang bertanggungjawab sepertinya dan menerima setiap kelemahan aku seadanya aku..

tapi percayalah, sebelum kebahagiaan hari ini aku miliki, beronak duri dan ranjau aku lalui, aku tak pernah membandingkan diri aku dengan orang lain kerana aku percaya setiap manusia ada bahagiannya sendiri. ada rezekinya sendiri. jadi aku bukanlah sesiapa yang selayaknya mempersoalkan tentang jodoh, rezeki , ajal dan maut.  sejujurnya aku selalu memohon petunjukNya sebelum aku membuat pilihan aku. agar aku tidak menyesali tindakan aku seperti kesilapan2 aku yang lalu. semoga Allah terus menerangi jalan2 hidup ku.

Ya Allah aku sayang lelaki ini. aku ingin menjadi bidadarinya di dunia dan akhirat..

Tuesday, July 12, 2011

14 minggu yg berlalu :)

pejam celik dah 14 minggu syg dlm perut ni..
sekarang bila nampak makanan je aku rasa nak makan. pantang aku dapat capai aku masuk je dalam mulut.  Bila lapar tak boleh ditahan2. Dan2 tu juga nak cari makanan. bila dah kekenyangan...mula lah muke kelabu ijau je dengan nafas temengah2 nak duduk bersandar..ahahahah..apekah ini normal untuk ibu pregnant?? 

lately selalu tersedar time tido malam, tesedak2 then nak minum air. bila dah minum mesti nak gi toilet. aisey..aku paling sayang nak gi toilet time tido. sayang masa berjalan kan..haha..
 
so far setelah melalui trimester pertama dengan penuh kegigihan. now dah bermula perjalanan ke trimester kedua :) wee..tak sbr nk tunggu rasa "DOING" tu lagi...
bila malam aku nak tido aku pegang perut aku and suami akan tekapkan telinga die kat perut aku..suami sangat eksaited dengar bermacam2 bunyi kat perut aku. tapi dia kata ada satu ritma bunyi yang setiap kali dia tekap telinga dia kat perut aku die kata die dengar bunyi tu. tak tau lah bunyi tu cane. suami je yang tau. die pon susah nak describe. 

suami paling pantang kalau aku cakap aku tak sedap badan, die cepat suh MC. tapi aku akan cuba kuatkan semangat nak keje. even kadang2 aku rasa tak larat, aku akan rehat kat bilik rehat then cuba sambung buat keje semula. mak aku kata, kena lawan rasa tak sedap tu nanti kalau dilayan kita jadi lembik. anak pon jadi lembik.  tapi..kadang2 tu tak telawanlah juga. semangat kena kental :) 

lately aku dikhabarkan dengan berita kawan2 yang sama2 pregnant :) sangat gembira.  aku berharap kawan2 aku juga akan kuatkan semangat. dulu aku ingat lagi cane aku muntahkan balik semua isi perut masa awal 8 minggu.ngeri ah. tak mau ingat.

tak sabar nak jumpe doktor lagi :) 


cuma..aku masih lagi malas kemas umah. ahahaha..ini penyakit aku harap cepatlah berakhir. tak tahan aku tengok baju2 aku tak belipat. kikiki..mujur suami dah beli vacum, senang sikit keje suami. suami lah yang kena vacum. ngeh2...syukur gak dah boleh memasak...skang ni bila ingat makan kat kedai rasa cam loya pula..kembang je tekak. kenape tah. aisey..yg peliknye untuk makan malam je. makan tengah hari got no choice kan. kene makan kat luar juga :)

semoga aku semakin sihat dan kuat. :)

Monday, July 11, 2011

speechless.

its  aaron ok! ouh!
permintaan untuk Aaron buat muka Malek :) weuuuuwwww...
menggigil ni weh!

Friday, July 8, 2011

sabar. tabah. redha.

pernah tak korang cuba maafkan orang tapi bila korang rasa kemaafan tu dah makin hampir di hati korang, tiba2 korang rasa tak patot korang maafkan orang tu??
cenggini ar, kalau kau gaduh dengan kawan kau, then kau dah minta maaf, kau harap benda tu setel sudah. tapi bila di lain hari kau tengok kawan kau tu macam masih tak maafkan kau. for example tak tegur kau even berselisih. tak pandang pon muka kau even kau senyum sakan kat dia. pernah tak kau kena cenggini?

well..inilah dunia kan..a lot of people yang hatinya berbeza2. tapi dalam menjalani kehidupan seharian, kesakitan2 macam nilah yang ajar kita tentang kehidupan, keharmonian dan  keperibadian diri kita sendiri..

aku bersyukur sangat dikurniakan hati yang sangat mudah maafkan orang even orang yang berperangai pailang tu layaknyer aku tunggu je kat akhirat nanti. tapi..aku tak sekejam itu. walau kadang2 kelakuan orang menghiris aku, aku cepat memaafkan.  marah sekejap je. bila orang tu pujuk balik dengan belikan aku eskim ke, tolong aku angkatkan barang ke, aku cepat je sejuk hati :)  HANYA APABILA AKU RASA AKU BERSALAH, DAN AKU YANG PATOT MINTA MAAF, aku akan cuba raih keyakinan orang itu dan mohon kemaafan seikhlas hati dengan dia. seboleh2nya aku cuba meyakinkan orang itu aku ikhlas memohon kemaafan dari dia.

penah tak korang dengar orang cakap cenggini 
" ala..aku dah minta maaf, urusan aku dah selesai, tu urusan die dengan Tuhan ar nak maafkan ke tidak"
aku tak suka ayat ni. pada aku lah, ini opinion aku sendiri, kalau rasa minta maaf HANYA UNTUK PENUHI SYARAT  asalkan kau tak dipandang JAHAT  dan MUSIBAT oleh orang, hentikanlah Leman..aku lagi rela tak minta maaf kalau aku minta maaf kat orang tapi niat dalam hati aku cenggini. seperti melepaskan batok di tangga.. nothing.. its nothing ok..


Maruah dengan Ego tak sama kawan..
jangan salah anggap..ada orang sanggup cari point orang lain dari mengaku salah sendiri dan minta maaf atas kesalahan diri. itu perkara BIASA yang kita jumpa di sekitar kita kan..hahaha..
pada mereka2 ini, minta maaf hanya perlu dengan orang2 tertentu je. kalau setakat nak minta maaf then mengaku salah NO WAY..
Maruah ialah apa yang kau perlu pertahankan untuk mengelakkan diri kau dari dipandang hina, dipandang keji oleh orang. tak salah kau minta maaf pada orang atas kesalahan diri kau, sekurang2nya kau berani mengaku salah kau dari kau sakan dok canang kat orang KAU LAH YANG BETUL. aku lah yang salah...baiklah kau tengok balik dlm diri kau, setakat mana kebenaran kata2 kau tu?? 

dalam setiap apa yang kita lalui seharian ini  kadang2 kita lupa, yang sebenarnya cara kita melalui hari ini bagaimana, lebih positif atau lebih negatif?? kalu hari2 kita sangka orang akan fikir negatif tentang kita, maka negatif lah kita sepanjang hari itu.  cuba sangka yang baik2, orang senyum kat kita tanda mesra, ini yang ada kat kepala kau orang yg senyum kat kau tu orang perli kau. memang susah ar nak jadi orang positif. bila orang jengah blog kau tinggalkan komen kau delete post blog kau sebab tak mau orang komen, so for what kau buat blog kan?? cenggitulah ibaratnya...

so BERSIH kan lah hati kita...terimalah kesilapan dan kelemahan orang lain dengan hati yang terbuka, dan lebih positif menerima teguran orang :) kalau betul iyakan. kalau salah diamkan. 

semoga kita lebih kaya dan berjaya :)

Thursday, July 7, 2011

kadang2 perangai pailang sesetengah manusia mempengaruhi emosi

perangai pailang sesetengah kakitangan kadang2 buat hari aku jadi tak best sepanjang hari. WhatDeff...bila kau dah lah tak boleh guna sistem jabatan untuk akses kes bila kau mintak tolong orang lain printkan maklumat boleh lak orang tu banyak cekadak. 

aku tak nak cakap banyak, nak bagi ke tak nak? tak nak bagi pegi mam*** ar. aku tak kisah pon kalau tade jadual kes harian. aku datang ke tak datang ke aku tak penting kan dalam jabatan ni?? so what?? 

aku tak hadap lah duduk kat jabatan ni. banyak lagi jabatan lain yang memerlukan PA cantik dan boncit macam aku. excuse me, hello...aku PA yang layak jaga 48 and above tau. aku duduk kat ofis ni jaga boss yang tak layak ada PA ok. so berterima kasihlah sikit aku ringankan sikit keja2 kau. kalu aku tak datang pon bukan kau nak taip. chet! esok kalau aku blah, padan dengan muka kau.  taiplah tekedek2. esok kalau ada rayuan padan dengan muka kau!

kejap lagi kak sue nak tinggalkan kita, lepas kak sue blah aku plak cuti besalin. taniah lah :)

Wednesday, July 6, 2011

agus kini perlu lebih berdikari :)

agus atau nama sebenarnya Muhammad Nazeem bin Abd Rahim adalah sepesis manusia yang tak kenal awal pagi itu apa. ini kerana dia seorang yang suka bangun lambat. kalau kau kejut dia bangun Subuh, harus kau kejut sebelum subuh kerana dia hanya akan bangun untuk solat bila ada riak2 mega dah nak naik matahari tu . sangat pemalas! arh. emosi arh kalau kejut die bangun pagi.

sape agus ni??
agus  ni adik akulah. agus itu gelaran dia. hahaha...gelaran penuh dia di rumah Agus Salim. kedengaran macam Endon tak?? haruslah. dia kan anak jawa. kah kah kah. 
(eh. aku pon samelah)
walaupun Agus seorang pemalas bangun pagi, tapi kalau kau pancing die dengan duit, pergerakan dia akan laju bergantung pada nilai duit yang kau offer tu. kalau kau suh gi kedai dengan upah 2 hengget ketika dia tengah beradu, memang die pandang sebelah mata je lah. untuk mintak tolong dia belikan aku lontong Wak Karno di pagi hari, haruslah aku upah dia RM5. Upah plak ikut masa, kalau ofis hour RM5 ok lah. kalau malam, upah itu akan jadi 2 kali ganda. sangat mata duitan kan Agus ni???? hahahaha....tapi dia pandai simpan duit. aku penah hadiahkan dia tabung beger masa birthday dia yang ke tahun bape tah. dia simpan lagi tabung tu and aku selalu dengar dia masukkan duit dalam tabung tu. aku tanya bila nak pecahkan tabung tu, jawapan dia " tak boleh pecahkan. aku nak bli kasut converse"  
tapi..kasut converse tu akak aku blikan so duit die selamat lah kan secara tak langsungnya?? hahaha..
semalam adalah ari pendaftaran dia di Kolej Komuniti Segamat.  Aku memang pada mulanya tak berniat nak hantar. memandangkan aku MC 2 hari dek kerana Food Poisoning kan, (ehem) aku pon balik lah kampung dengan suami untuk hantar Agus daftar di Kolej Komuniti.
kolej komuniti ialah kolej bagi pelajar2 yang tak layak ke Poli / IPTA yang lain  kerana result yang mungkin tak begitu melayakkan. tapi Kolej ini masih dibawah KPT yang bermaksud masih di bawah seliaan Kerajaan ok. bukan IPTS.  Cuma bezanya di sini, modul lebih kepada praktikal dan amali berbanding teori. 

awal pagi semalam mak kejut aku bangun pagi aku cakap aku taknak ikut ar. sebab aku tak nak berpanasan di sana, aku terbayangkan masa aku mendaftar kat PPD. sumpah ramai orang. then beratur panjang2...smpai melimpah2 keluar dewan. aku terbayang cenggitu, aku terus tak nak ikut. tapi bila aku tengok orang sume ribut2 nak pegi, tak kan lah tinggal kan aku sorang2, aku pon suh laki aku masakkan air panas (umah mak kami tade water heater okeh) then aku mandi, bersiap dan berhimpit2lah aku dlm Xtrail milik aku tu .(mata ke atas tangan di bahu) 

before pegi Agus suruh singgah umah mak cik aku. die nak amik seluar di samping nak minta restu mak kedua dia. dulu kecik2 Agus ialah Toddler mak Cik Puan Bunge. 

Agus kata dia kacak.. paksa2 aku amik gambar die. kah kah ..
ni muka dia awal2 nak pegi ...haha..ceria kan??? ceria kan???

sampai sane je aku cari2lah mana lah yang dikatakan Kolej Komuniti Segamat ni. aku tengok ada khemah ala2 orang kawin tu. aku ckp dlm hati, mak aih..keciknyer tempat die. KK ni cuma sebesar 3 tingkat bangunan rumah kedai sederet. memang aku tak sangka lah kan. sebab aku bajet dia sebuah kolej yg besar macam poli ke, ikbn ke or else. sistem kat sane kelakar giler, daftar ikut kerusi. kau duduk kerusi depan kau lah daftar dulu. kau duduk kerusi belakang kau daftar kendian. tak faham lah cane kan sistem die. si Agus ni cari2 tempat nak duduk jumpe kusi kosong kat barisan depan sekali, terus dia gi daftar. sedangkan belakang die ramai lagi yang duduk bebaris. hahahah...berkat tunjuk ajar aku juga tu.kikiki.. 

selesai pendaftaran gi plak tempat dia menginap. KK ni tak sediakan hostel. yang ada hanyalah  pihak2 yg menawarkan perkhidmatan hostel ala2 asrama gitu. (ini apa yang Encik itu gitau aku) lepas aku selesaikan sewa penginapan die tu selama untuk 4 bulan, aku pon pegilah tempat yang dimaksudkan itu. 

tempat menginap Agus untuk 4 bulan tak ubah cam asrama Nepal keje kilang. syahdu aku rasakan. masa kami sampai, kami orang pertama yang bukak bilik tu, memang sangatlah syahdu. korang bayangkanlah, rumah kedai yg bahagian atas, tiada dinding, tiada apa2 cuma 18 katil berbaris dan almari kayu yang bersusun tak ubah cam hostel Nepal lah. tade apa yang menghalang pemandangan kau. walaupun syahdu aku buat2 kuat je depan Agus. kalau ikutkan, Agus kat umah, satu bilik die duduk sorang2. tilam dia saje tak nak kongsi dengan orang. Kat sini tidur katil rapat2. ish..macam tak selesa je.

tengok ar mak aku pesan bukan dia dengar. buat perangai bongok die je.


selamat berjuang agus! hahaha..
cadar and selimut Agus tu aku yang pilihkan. kawan2 yang lain cadar alakadar je, dia aku blikan baru kat Giant Segamat. dalam ramai2 die yang paling kemas katilnya. aku lah yang kemaskan dengan mak aku. hahaha..anak emak. 

masa aku nak balik tu , ada riak sedih kat muka Agus. ah.biaselahkan. dulu pon aku rasa cenggitu. lagilah dlu aku tercampak nun jauh kat PD tu.. mujur dapat adik2 beradik angkat yang sangat baik, cam Nad, shima, ajar and liana. weee..+ bulat, ateen, ain, ji...ok, midah, lili....sape2 lagilah. penat nak tulis.

muka nak nangis. sudah lah kau Gus!
nangis juga akhirnya :) hehehehe..
aku tak nangis pon bila tengok Agus nangis. hahaha....tapi jauh di sudut hati aku, sedih bukan kepalang. adik aku tak penah jauh dengan kami sekeluarga. biarlah dia jahat ke , lembab ke ape ke, dia tak penah curi duit sape2, dia lurus sangat smpai orang bodo2kan dia,  tipu dia..tapi dia coOl je...dia tak suka cari gaduh dengan orang. itu yang dia selalu cakap kat aku. tapi kalau orang tu sakitkan aku, memang pantang dia. sebab tu bila dulu ada orang yang kekomen kat FB aku (ehem. cerita lepas malas nak kenang) ....

Masa aku balik, baru sampai kat Chaah aku dah terasa sunyi je ..selalunya kalau naik kete ni Agus lah yang banyak mulut. citer tu, citer ni, tadi pegi kete sempit je, balik kete dah lengang. tade dah suara2 dia. 
balik rumah tengok bilik dia tade orang..sedih je..adik bongsu aku lagilah..bila berdua dengan Agus dia gaduh je manjang kan. bila Agus dah tade, baru dia tau sunyi..dia tak nak tido  kat blik Agus sebab dia kata nnti dia teringat Agus. hahaha...

apa pon Agus, aku sayang kau Gus. kau lah yang selalu buat kami ketawa. kau tahan gurau. kena kutuk pon kau ok je kan. kau suka tolong orang. kau sayang orang yang sayang kau...
kau selalu tolong aku...syg kau Gus!

Agus Poyo!

Monday, July 4, 2011

sudah mula memasak semula :) iya beda beduOoo...

dah 3 bulan weh aku tak masak kat umah  sendiri. aku goreng keropok pon dengan idung aku bertutup bersalut bagai dengan tuala agar tidak tembus bau keropok tu. sedih weh. kadang2 nangis sendiri bila makan asik beli kat luar. tabah hati. tabah hati.

setelah hampir 3 bulan seminggu aku mengkuarantinkan diri dari memasak benda2 yang berkaitan menumis akhirnya last friday ari tu aku memasak  yeeehhhaaa....
balik dari ofis ari tu aku singgah pasar malam Putrajaya. Pilih2 sayur, barang2 basah...erm..
so the result are , 

Jumaat malam Sabtu :) 
labu lemak dengan sambal sotong :) yummy :) sori rupanya aagak sibet sikit.  

ini lauk malam tadi :) yang berkuah macam banjir tu kangkong goreng belacan, nadiah gemuk yang masak!!!
ketam kari tu aku yang masak..eweeerererererere...
aku dapat balik nafsu nak memasak ni ketika akak sepupu aku datang umah last week sebab nak tumpang park kete , die nak gi melancong dengan asben die, so bangun pagi tu aku terus rasa nak memasak. tak tau nape aku rasa nak jamu akak sepupu aku. itu percubaan yang tak bape proper lar kan sebab ketika itu aku memasak dibantu  oleh raksasa berambut kembang ditakuti oleh sekalian alam :) kakak aku lah tu :) 

hasil yang paling memuaskan bila tengok ada orang makan tak toleh kiri kanan tau2 dah melambak2 je kulit ketam dalam pinggan die. 
ni. ni. ni. ni. manusia makan tak toleh kiri kanan semangat makan tak hengat.
tapi jauh di sudut hati aku, sebenarnya aku kesian tengok suami aku... sebab...
lama sangat dah aku rasa dia tak makan masakan aku. aku tak kisah rasanya sesibet mane asalkan sedap di tekak suami. orang lain tak payah komen. tak sedap ke ape ke, aku tak kesah, pada aku, suami kata ok, oklah maknenye :) skang baru aku tau kepuasan bila dapat jaga perut suami. baru aku tau. baru aku tau. baru aku tau. pasni dah tak payah lah susahkan zila lagi :) heheheh..tapi sekali sekala malas masak kemudian bagi alasan tak sihat, mesti zila tak marah. hehehehe...(berlalu dengan muka poyo)


pesanan ringkas :) to CPB , aku nak cuba buat mee bandung kau tu. haha..cam sedap je :)

Friday, July 1, 2011

entry kesedaran : jangan cari masalah

pernah tak kau bagi pinjam barang kat orang dan mengikut  perjanjiannye orang tu boleh guna suke hati dia, tapi bila kau nak balik barang tu, orang yang pinjam tu tak leh cakap banyak. kena pulangkan..penah tak?? penah tak?? penah tak??

atau penah tak korang tejumpa situasi di mana sistem tukar pakai diaplikasikan dan tiba masa pertukaran semula barang yang ditukar pakai itu dah tak rupa barang yang kau tukar dlu? 
let say, kau beli motor, then tiba2 abang kau nak tukar motor die dengan motor kau dengan alasan motor die jenis sporty tak sesuai untuk ditunggang berdua (abg kau dah kawin ketika ini). dan kau dengan rasa belas kasihan terhadap darah daging sendiri bagi lah motor tu kat abang kau.  Tiba masa kau rasa nak tukar kepada kereta pulak, kau nak jual motor tu, kau pon mintak balik motor tu dari abang kau dan kau tengok motor itu keadaannya dah rupa apek punya basikal. apakah tindakan wajar yang perlu kau ambil??? sedangkan motor abg kau yang gaya sporty kononya itu kau jaga dengan baik?? 

ape tindakan wajar yang perlu diambil??

kat sinilah selalunya konflik keluarga berlaku.  kadang2 sampai bermasam2 muka lah. tapi kan..
kalau lah kita berada di situasi di atas, kita kena sedar, pinjam dengan beli tu lain maksudnya. ada orang tak sedar, pinjam tu dengan beli sendiri 2 perkara berbeza.  Kalau lah terjadi pada kita atau  keluarga kita  cecepatlah kita ingatkan, jangan cari masalah kemudian hari. kita ni nak cakap baik sangat pon tak de lah kan, sebab manusia ni tak lari dari hasutan dan dengki dari syaitan. Dalam kita cuba nak kasihankan orang , kita kena lihat juga kesan jangka panjang dari tindakan kita ni. Manusia ni ada macam2 kdang2 dengan adik beradik sendiri pon kita tak boleh percaya sangat. bukan aku nak menghasut ke ape.. tak tak tak..
niat aku ialah, untuk kita berhati2 dan tidak terjerat dengan masalah yang akan menyusahkan kita kemudian hari. 

ini ialah cerita yang aku nak jadikan tauladan. sebelum kita terpaksa menanggung masalah pada masa akan datang, kita bersiap sedialah bersifat sedikit lokek dan berkira. hahaha...boleh gitu??? 

lagi satu situasi, kalau korang ada kereta/motor janganlah sewenang2nya bagi orang lain pakai even adik beradik sendiri. kalau adik atau abang korang nak pakai, pastikan kau tau tujuan dia, kat mana dia pegi, dengan siapa dia pegi, at least biarlah ada pengetahuan sikit tentang tujuan dan arah penggunaan itu. bukan apa, nanti kalau kena saman laju ke, saman parking ke tadelah kau tekejut kan. kalau adik beradik guna ke luar daerah kita bolehlah tau memang bukan kita yang guna, tapi kalau dalam daerah yang sama?? pulak tu kau tanya dia, betulke dia yang bawa / drive terus2 die buat muka palat dengan kau?? hah..kan dah susah. nanti kita yang dilabel suka menuduh. ini selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita. tipulah kan kalau tade...haha...kecuali kalau memang family berduit, yang duit note 10 hengget buat selet taik cicak kat lantai, memang tak heranlah setakat 2,3 ratus ilangkan.. bagi yang tak berkemampuan, atau mampu cukup2 makan, perkara2 ni yang buat hidup jadi huru hara .

lagi satu perkara penting, jadi Guarantoo orang . ini memang famous amous kat ofis aku ni. kadang2 suami beli kereta adik ipar jadi guaranto, esok suami dah cerai dengan isteri dia, tak bayar utang kereta, adik isteri yang dicari. plak tu dah tade kena mengena.  Tak pun isteri yang beli barang, suami jadi guarantoo, bila dah bercerai suami ni tanggung lah beban utang isteri yang tak bayar, dengan nafkah anak, nafkah untuk diri sendiri lagi... perkara ni memang tak boleh dipandang ringan je. adik beradik sendiri pon kalau nak jadi guarantoo kena berjaga2. aku memang tade lah nak jadi guaranto sape2 kan. kalau aku tak mampu, aku tak beli. kalau aku tak ada, aku buat cara tak ada. 
penah lah dulu ada somebody nak buat loan minta aku jadi guaranto, aku cakap je terus terang kat die, adik beradik aku pon lau nak buat loan aku tak nak jad guaranto ni. susah cane pon aku tak nak. aku tak nak esok lusa aku yang ada masalah. biarlah aku masam muka sekarang dari esok lusa aku menangis air mata darah nak kena cari orang yang lari dari bayar hutang ni bukan senang weh...sumpah tak mahu!

moral of the story adalah, janganlah kita terlalu bersikap pemurah kerana kita tak tahu siapakah manusia disekeliling kita yang akan cuba amik kesempatan atas kita. kalau kita boleh scan hati masing2 takpe. Rambut sama hitam, hati lain2.  Zaman sekarang ni kehidupan semakin mendesak, living cost makin tinggi, tak mustahil orang akan cuba cari peluang untuk mengejar kesenangan dengan jalan pintas . jadi berhati2lah kawan2. 

semoga anda lebih kaya dan berjaya. (macam pesanan kat dalam radio Sinar plak)

kepala sakit ah.

dari semalam sakit kepala. kenapa tah. dah tido awal pon bangun pagi tak boleh ilang lagi. nak makan PCM takut lah. even doktor kata selamat untuk preggy mommy tapi aku rasa nak tahan je. ape punye degil lah aku ni.  aku akan makan kalau dah betul2 tak tahan je. sebab aku nak cuba motivate diri jangan bergantung harap pada ubat time preggy ni. 

tadi suami datang tempat aku and gitau die nak gi persidangan pegawai syariah kat Grand Season.  :( tak suka kalau suami tade kat ofis. nak ikut tak boleh pulak. 

untuk mengkhayalkan diri dari terfikir2 kan tentang sakit kepala ni, aku review pic2 scan doktor bagi :) 

baby!!! we love u so much !
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.